Wednesday, October 3, 2007

Belasungkawa.....

3 Oktober 2007.....

Kehilangan seorang teman yang pernah akrab di zaman persekolahan membuat aku berfikir kembali mengenai singkatnya hidup ini...semuda usia 26 dia kembali menemui Pencipta...Allah lebih sayangkan dia....

Terkilan rasa hati, tak tersampai ke pengetahuanku akan kecelakaan yang menimpanya...Lewat tirai malam yang berlabuh, aku dikejutkan dgn berita pemergiannya...Terkedu....Terkesima....seolah baru semalam bercerita dan bertegur sapa..Hari ini dia telah tiada...

Sejarah aku dan dia..biarpun kami tidak sebaya tetapi ada sesuatu yang mengikat kami untuk terus berkawan..Mungkin kerana dia rakan seangkatan abang2 yang begitu menjagaku sepanjang aku di SMKSS...Kemesraan dan kedekatan seolah seorang abang dan adik membuat kami selesa berbicara...

Walaupun dia punya kekurangan yang tersurat, namun dia tidak pernah menunjukkan rasa rendah diri..Keyakinannya membuat aku selalu berfikir betapa bertuahnya aku dilahirkan sempurna seluruhnya...dan membuat aku begitu bersyukur....dan senyuman selalu ada terukir di bibirnya....

Zaman persekolahannya memang dia agak nakal, walhal aku pula pengawas sekolah..Namun itu bukan alasan untuk kami saling bermusuh...yang penting, hingga kali terakhir kami bersua, senyuman masih lagi tetap aku terima dan senyuman jugalah yang kuhadiahkan buatnya....

Mungkin aku tak berpeluang menyelami isi hatinya hingga ke dasar....namun, dia akan selalu kekal sebagai seorang abang, kawan dan kenalan yang cukup meninggalkan kesan di kanvas memoriku...

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu, Abg Zhafis......Al-Fatihah....

Friday, September 28, 2007

Semakin jauh aku berlari, semakin dekat bayangmu menari...

Alhamdulillah...Ramadan telah tiba di petengahannya...Dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang meneruskan puasa dengan kondisi yang sihat, tanpa terjejas seluruhnya...Rindu setahun pada Ramadhan terubat jua...Dan aku terus mensyukuri nikmat yang dikurniakan ini....

Namun entah mengapa, Ramadhan kali ini juga yang paling mencabar emosi...Walaupun aku bertekun menganyam selembar kesabaran, namn ada kalanya jemari masih terluka dek pisau meraut yang cukup tajam...Harus kukatakan, mempertahankan kesabaran di bulan yang mulia ini adalah sesuatu yang amat menduga iman...Alhamdulillah, aku sudah lali dengan menahan perasaan...Sudah biasa dengan dugaan bertimpa...Lalu aku redha seluruhnya....Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk memperjuangkan ketabahan yang aku pertahankan selama ini..

Kehadiran seseorang yang mengetuk pintu hati buat kesekian kalinya membuatkan luka lama berdarah kembali...Bertahun aku memadam rajuk, merawat luka yang sentiasa berdarah...Namun mengapa dia hadir kembali mengocak kolam hatiku yang tenang? Sudah lupakah dia akan segenap kelukaan yang dihadiahkan buatku semasa aku masih mendamba kasihnya? Lalu, untuk apa dia kembali?......Memang aku tidak mungkin mencintainya sekali lagi...Namun usahlah diungkit kembali kisah lama yang menyebabkan hatiku berparut hingga kini...dan gurauan berbisa yang dilafazkannya membuatkan aku terasa harga diri ini diletak jauh di bawah telapak kakinya....Sewenangnya dia pergi dan sewenang itu jugakah dia ingin kembali?Usahlah sampai aku menarik kembali kemaafan yang telah aku ikhlaskan buatnya.....

Dan kerana dia itu juga...seseorang yang aku sayangi menjauhkan diri...Sepi....Lalu aku menyalahkan kealpaanku yang tidak berterus terang lewat fajar kedekatan kami....Maafkan aku....Sedalamnya, tiada seputik niat membelakangkan dirimu...Kekesalan bertapak di sudut hati ini...Dan air mata sedih jatuh di sudut bibirku...Puas kucuba memaksa diri bertahan dgn kerinduan ini..Namun makin jauh aku berlari, semakin dekat bayangmu menari...Mungkinkah dia akan kembali ke laman hati ini?..Hanya Tuhan mengerti....

Thursday, May 24, 2007

Rajuk dan pujuk...

Lelah hati menahan rajuk sepanjang minggu ini dan hujung minggu nan lalu..Mana tidaknya, serasa aku merajuk pada yg tak sudi memujuk..Mungkin aku terlalu menunjukkan padanya yang aku bisa berdiri walau tanpa ditongkat dengan pujuknya..lalu dia merasakan yang rajukku bukanlah pujuk jawabnya..Mungkin dia tidak, lambat atau belum sedar......
Tapi memang hati ini seakan telah kebal dengan rajuk..Aku tau merajuk dan taulah aku memujuk...Lalu dia gembira lagi....

Tuesday, April 24, 2007

Derai...

Alhamdulillah, aku masih bernafas di sini...Syukur pada Allah atas nikmat kehidupan dan iman yang tak terhingga...Semalam selesai sudah apa yang kami usahakan selama ini...Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada kami tetapi kami puas kerana dapat bekerjasama menjayakannya...After all, winning is not everything...Tahniah buat sepasukan yang begitu gigih mencari kesempurnaan dalam persembahan malam tadi...Mungkin rezeki kemenangan itu bukan milik kami..Aku redha...
Cuma malam tadi tak dihiasi dengan kehadiran insan yang aku harap datang memberi sokongan...Mungkin bukan tempatnya di situ, mungkin dia benci menatap trek yang banyak meninggalkan kesan dalm hidupnya...Namun bencikah dia padaku? Bencikah dia pada apa yg aku lakukan? Berdosakah aku padanya hingga sedikit pun dia tidak ingin menimbangkan harapan yang aku bina agar dia hadir malam tadi?Hampa....sekali lagi...
Kemudian aku dikejutkan pula dengan berita yang lebih membuat hatiku berderai...Dia akan bercuti esok, berlibur bersama 'anak-anak buahnya' dan ke tempat yg tak pernah aku sampai bersamanya (walaupun telah kuajak berkali2...)...Lalu siapa lagi yang boleh memberikan bukti bahawa aku masih tetap yang istimewa di matanya? Mungkin aku yang terlalu mengharap... walhal dia tak memikirkan begitu...Dia mengajak, namun setelah aku bertanya...Hatiku telah tawar..Memang ajakan itu yg kunanti tapi bukan dalam situasi begini...(refer to friendster blog post dated today)...
Sepanjang malam aku berfikir...wajarkah aku pergi dan menumbangkan sekali lagi ketegasan hatiku meladeni rasa hati...Namun sehingga mataku terlelap, aku masih tidak ketemukan jawapan...Dan pagi ini, aku bangun dengan satu ketetapan...biarlah dia pergi..dan aku terus di sini....

Tuesday, March 13, 2007

Majlis...

Hujung minggu nan lalu menyaksikan aku dan keluarga berjalan jauh ke Segamat menghantar abang saudaraku yang bakal melangsungkan perkahwinan. Ditemani keluarga dan insan tersayang, jalan yang kutempuh tidak terasa memenatkan walau memang hakikatnya cukup panjang...Dan aku tiba2 mengakui bahawa sesuatu yg dilakukan dengan HATI, maka bukan beban yang terasa sebaliknya kepuasan melanda jiwa....Bahagia kerana kedekatan itu tercipta dan kasih ini semakin bertaut...Meladeni segala keperluannya, sesekali minta dimanja...Hari2 kami penuh ceria...
Saat akad dan lafaz berlangsung, ada air jernih yang mengalir daripada kolam mataku..Betapa tidak, Abang Fathul yang sangat rapat dengan keluarga kami, bakal bergelar suami..Kasih kini terbahagi, namun kuharap ia akan menambah seri...Memang sukar kuungkapkan perasaan yang bergolak kala itu...Gembira, terharu, sedih..semuanya terlalu menyelaput jiwa...Namun aku berdoa semoga jodoh mereka kekal buat selamanya.....
Teringat kala kami masih anak-anak...Aku, abang, abg fathul dan abangnya memang sentiasa bersama..paling tidak pun, aku yg meminta agar selalu bersama kerana aku satu-satunya cucu perempuan yang lebih kurang sebaya mereka...Kalau mereka memanjat, maka memanjatlah aku...andai mereka berlari, maka berlarianlah jua jawabnya...Namun itu semua meninggalkan kenangan yang amat berharga....
Kini hanya tinggal abangku yang masih belum berkahwin...Walau hatinya kini telah dimiliki semula, belum ada petanda dia akan menamatkan zaman bujangnya dalam waktu yang terdekat ini. Ibu pun dah tak mahu bersuara..Biarlah dia yang memilih jalan hidupnya....

Buat Abang Fathul dan Kak Pah, semoga hidupmu disimbahi cahaya dan diulit tawa ria serta kebahagiaan buat selamanya.....

Thursday, March 8, 2007

Kerana Cinta...

Kerana cinta
Adam tersingkir dari syurga
Hawa terpisah daripada kekasihnya

Kerana cinta
Manusia menjadi khalifah di bumi Allah
Diberi amanah mentadbir dunia
Diangkat kekasih Allah
Sebagai utusan agung-Nya

Kerana cinta
Maka adanya ummat yang istimewa
Adanya syafaat dan karamah yang membela
Janji Tuhan..
Tiada yang akan menghuni syurga
Sebelum ummat kekasih-Nya berkunjung tiba...

Kerana cinta
Dua hati bersatu
Lalu membina mahligai bahagia
Bersendi kasih dan sayang
Menyambung zuriat pewaris iman
Mencari redha Tuhan dalam segenap kesamaran..

Kerana cinta
Aku di sini
Mencari keredhaan yang tidak putus-putus
Melayari samudera harapan
Yang penuh dengan cabaran...

Kerana cinta aku ke mari
Mendamba kasih-Mu Ya Rabbi
Lalu aku berserah
Kerana sesungguhnya
Kaulah yang lebih mengerti
Apa yang mungkin kukecapi
Hanya kerana cinta di hati......


Syahidatul Khafizah Mohd Hajaraih
UPM Serdang
Oktober 6, 2006

**Puisi yang terbaca oleh warga kerja MHI, Fedtri...

Tuesday, March 6, 2007

Keluarga, kekasih dan teman...

Alhamdulillah...aku masih lagi bernafas di bumi Tuhan nan indah ini...menghirup udara yang terus memberi aku peluang hidup sehari lagi...Kehidupan masih tak banyak berubah, cuma kesibukan menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak, kakak, kekasih dan pekerja ada kalanya membuat aku sedikit kelesuan...Namun itu bukan alasan menidakkan kesempurnaan dalam pekerjaan....

Keluarga tercinta...seperti biasa masih terus memberikan sokongan buatku menempuh hari yang semakin mencabar. Merekalah nadi yang terus berdenyut dalam tubuhku. Tanpa mereka bagaimana harus kutempuh kehidupan ini dengan segenap kesunyian? Perselisihan faham adalah sesuatu yang rutin namun ia tidak pernah menggugat kasih sayangku yang terpatri...

Kekasih di hati masih yang satu...Kami sedang berusaha membina kehidupan yang lebih sempurna. Sebelum aku rasmi menjadi miliknya maka segenap kehidupannya adalah hak miliknya yang mutlak...Namun aku akan merasa berbesar hati andai dilibatkan sama dalam keputusannya, walaupun aku tahu baginya itu bukanlah suatu perkara yang mudah...Pun begitu, tak pernah aku berhenti berharap semoga dia mengerti...Dan doaku yang tulus masih lagi kukarang buatnya....
Teman-teman...ramai yang semakin jauh....Di mata namun bukan di hati...Kekangan masa membataskan pertemuan yang lazimnya menjadi makanan jiwa yang paling mengenyangkan...Namun aku faham, transisi kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh kita tentukan...Kita hanya mampu merancang namun Allah SWT lebih bijak mencorak keputusan...Pun begitu, tidak sekali aku berhenti berusaha mengadakan perancangan terbaik dalam setiap fasa kehidupan, selain itu, berserah dan bertawakkallah...

Teman baru semakin tak terkira...tugas yang mengkehendaki aku berinteraksi secara meluas membuka ruang aku menambah rakan., yang pelbagai ragam dan ceritanya... Baru aku tersedar, aku semakin dewasa meniti usia... Bukan lagi gadis comel yang dibenarkan membuat kesilapan demi suatu pelajaran... Akauntabiliti yang tergalas di batu jemala ini bukanlah kecil muatannya...Bersediakah aku untuk memikul bebannya?

Keluarga, kekasih dan teman...3 elemen yang mencorak kehidupanku semenjak dahulu. Mereka ibarat bunga, daun dan tangkai yang tak mampu kupisahkan. Andai dicarik jua, maka layulah bunga, matilah daun dan keringlah tangkai yang tidak berdosa....Lalu aku terus berdoa lagi...semoga kasih Tuhan melimpah pada mereka...kerana mereka wajar mendapatnya atas kasih sayang yang telah mereka ikhlaskan buatku...hanya buatku...