Tuesday, March 13, 2007

Majlis...

Hujung minggu nan lalu menyaksikan aku dan keluarga berjalan jauh ke Segamat menghantar abang saudaraku yang bakal melangsungkan perkahwinan. Ditemani keluarga dan insan tersayang, jalan yang kutempuh tidak terasa memenatkan walau memang hakikatnya cukup panjang...Dan aku tiba2 mengakui bahawa sesuatu yg dilakukan dengan HATI, maka bukan beban yang terasa sebaliknya kepuasan melanda jiwa....Bahagia kerana kedekatan itu tercipta dan kasih ini semakin bertaut...Meladeni segala keperluannya, sesekali minta dimanja...Hari2 kami penuh ceria...
Saat akad dan lafaz berlangsung, ada air jernih yang mengalir daripada kolam mataku..Betapa tidak, Abang Fathul yang sangat rapat dengan keluarga kami, bakal bergelar suami..Kasih kini terbahagi, namun kuharap ia akan menambah seri...Memang sukar kuungkapkan perasaan yang bergolak kala itu...Gembira, terharu, sedih..semuanya terlalu menyelaput jiwa...Namun aku berdoa semoga jodoh mereka kekal buat selamanya.....
Teringat kala kami masih anak-anak...Aku, abang, abg fathul dan abangnya memang sentiasa bersama..paling tidak pun, aku yg meminta agar selalu bersama kerana aku satu-satunya cucu perempuan yang lebih kurang sebaya mereka...Kalau mereka memanjat, maka memanjatlah aku...andai mereka berlari, maka berlarianlah jua jawabnya...Namun itu semua meninggalkan kenangan yang amat berharga....
Kini hanya tinggal abangku yang masih belum berkahwin...Walau hatinya kini telah dimiliki semula, belum ada petanda dia akan menamatkan zaman bujangnya dalam waktu yang terdekat ini. Ibu pun dah tak mahu bersuara..Biarlah dia yang memilih jalan hidupnya....

Buat Abang Fathul dan Kak Pah, semoga hidupmu disimbahi cahaya dan diulit tawa ria serta kebahagiaan buat selamanya.....

Thursday, March 8, 2007

Kerana Cinta...

Kerana cinta
Adam tersingkir dari syurga
Hawa terpisah daripada kekasihnya

Kerana cinta
Manusia menjadi khalifah di bumi Allah
Diberi amanah mentadbir dunia
Diangkat kekasih Allah
Sebagai utusan agung-Nya

Kerana cinta
Maka adanya ummat yang istimewa
Adanya syafaat dan karamah yang membela
Janji Tuhan..
Tiada yang akan menghuni syurga
Sebelum ummat kekasih-Nya berkunjung tiba...

Kerana cinta
Dua hati bersatu
Lalu membina mahligai bahagia
Bersendi kasih dan sayang
Menyambung zuriat pewaris iman
Mencari redha Tuhan dalam segenap kesamaran..

Kerana cinta
Aku di sini
Mencari keredhaan yang tidak putus-putus
Melayari samudera harapan
Yang penuh dengan cabaran...

Kerana cinta aku ke mari
Mendamba kasih-Mu Ya Rabbi
Lalu aku berserah
Kerana sesungguhnya
Kaulah yang lebih mengerti
Apa yang mungkin kukecapi
Hanya kerana cinta di hati......


Syahidatul Khafizah Mohd Hajaraih
UPM Serdang
Oktober 6, 2006

**Puisi yang terbaca oleh warga kerja MHI, Fedtri...

Tuesday, March 6, 2007

Keluarga, kekasih dan teman...

Alhamdulillah...aku masih lagi bernafas di bumi Tuhan nan indah ini...menghirup udara yang terus memberi aku peluang hidup sehari lagi...Kehidupan masih tak banyak berubah, cuma kesibukan menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak, kakak, kekasih dan pekerja ada kalanya membuat aku sedikit kelesuan...Namun itu bukan alasan menidakkan kesempurnaan dalam pekerjaan....

Keluarga tercinta...seperti biasa masih terus memberikan sokongan buatku menempuh hari yang semakin mencabar. Merekalah nadi yang terus berdenyut dalam tubuhku. Tanpa mereka bagaimana harus kutempuh kehidupan ini dengan segenap kesunyian? Perselisihan faham adalah sesuatu yang rutin namun ia tidak pernah menggugat kasih sayangku yang terpatri...

Kekasih di hati masih yang satu...Kami sedang berusaha membina kehidupan yang lebih sempurna. Sebelum aku rasmi menjadi miliknya maka segenap kehidupannya adalah hak miliknya yang mutlak...Namun aku akan merasa berbesar hati andai dilibatkan sama dalam keputusannya, walaupun aku tahu baginya itu bukanlah suatu perkara yang mudah...Pun begitu, tak pernah aku berhenti berharap semoga dia mengerti...Dan doaku yang tulus masih lagi kukarang buatnya....
Teman-teman...ramai yang semakin jauh....Di mata namun bukan di hati...Kekangan masa membataskan pertemuan yang lazimnya menjadi makanan jiwa yang paling mengenyangkan...Namun aku faham, transisi kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh kita tentukan...Kita hanya mampu merancang namun Allah SWT lebih bijak mencorak keputusan...Pun begitu, tidak sekali aku berhenti berusaha mengadakan perancangan terbaik dalam setiap fasa kehidupan, selain itu, berserah dan bertawakkallah...

Teman baru semakin tak terkira...tugas yang mengkehendaki aku berinteraksi secara meluas membuka ruang aku menambah rakan., yang pelbagai ragam dan ceritanya... Baru aku tersedar, aku semakin dewasa meniti usia... Bukan lagi gadis comel yang dibenarkan membuat kesilapan demi suatu pelajaran... Akauntabiliti yang tergalas di batu jemala ini bukanlah kecil muatannya...Bersediakah aku untuk memikul bebannya?

Keluarga, kekasih dan teman...3 elemen yang mencorak kehidupanku semenjak dahulu. Mereka ibarat bunga, daun dan tangkai yang tak mampu kupisahkan. Andai dicarik jua, maka layulah bunga, matilah daun dan keringlah tangkai yang tidak berdosa....Lalu aku terus berdoa lagi...semoga kasih Tuhan melimpah pada mereka...kerana mereka wajar mendapatnya atas kasih sayang yang telah mereka ikhlaskan buatku...hanya buatku...

Friday, March 2, 2007

Jarak...

Berbicara tentang kedekatan...
Sudah 2 hari dia menjadi penghuni baru di daerah tempatku mencari rezeki...
Semoga dunia baru ini akan membuatnya selalu gembira, tertawa dan ceria...
Dia semakin hampir di mata...harap2 semakin rapat di jiwa....
Semoga ada hikmah di sebalik kedekatan yang tercipta antara kami ini...

Doaku tulus buatnya...
Agar dia sentiasa percaya bahawa restu dan kasihku sentiasa ada buatnya...
Walau apa pun yang sedang diusahakannya...
Selagi tidak melanggari adat dan batas susila...

Tuhan...
Kurniakanlah aku segenap kekuatan...
Agar tidak rebah di pertengahan jalan...
Agar sayangku ini sentiasa...tetap jadi miliknya....

Tuesday, February 27, 2007

A Friend...

Didedikasikan dengan tulus buat seorang teman...yang sentiasa di sisi, walau siapa pun aku, di mana aku berada dan apa yang aku miliki.....Kata-kata ini juga dihadiahkan buatku oleh seorang teman bicara.....:

A friend is someone we turn to
When our spirits need a lift
A friend is someone we treasure
For our friendship is a gift

A friend is someone who fills our lives
With beauty, joy, and grace
And makes the whole world we live in
A better and happier place
Thanks for being my friend......

Doa buatmu..

Kau yang bernama kekasih...
Maafkan aku mencuri perhatianmu di medan penuh sarat ini...
Sukar untukku menyatakan perasaan ini...
Kekadang berbolak balik...risau dengan segala kemungkinan...
Paling menakutkan andai perpisahan itu terjadi...
Mungkin aku tak mampu lagi untuk terus tabah....

Semoga Tuhan melindungimu daripada segala mara bahaya...
Semoga dirimu sejahtera dan berjaya dalam apa jua yg kau lakukan...
Aku hanya mendoakan dari kejauhan....
Walau jauh di mata namun tidak sekali berjarak di hati....

Semoga Tuhan tabahkan hatiku agar terus menanti...
Semoga Tuhan bukakan jalan dan berikan petunjuk-Nya...
Semoga kita bahagia buat selamanya...
Segalanya kerana menyatakan satu perkara...
Kau yang teristimewa...buat selamanya....

Kasih Sayang Sesama Insan...

Amalan berkasih syg sesama insan adalah ajaran agama Islam yg sgt mulia. Perasaan kasih syg yg tersemat di dalam hati perlulah diluahkan dgn kata2 supaya org yg dikasihi itu mengetahui bahawa dirinya dikasihi. Inilah salah satu cara yg diajar oleh Rasulullah s.a.w kpd umatnya bilamana mereka kasih kpd seseorg yg lain.
Perasan kasih syg yg tersimpan di dlm hati perlu di zahirkan dgn ucpn pd lidah. Ucapkanlah kasih syg kpd org2 yg kita sygi. Jwblah ucpn kasih syg yg kita terima itu. Sbgi suami, ucaplah kasih syg kpd isteri. Sbgi ibu bapa, zahirkan perasaan kasih syg kpd anak2. Sbgi guru, ucaplah kasih syg kpd anak2 didik anda. Sbgi seorg insan, nyatakan kasih syg kita kpd saudara mara kita. Ucapkanlah perasaan kasih syg kita kpd semua manusia yg kita cintai.
Kasih syg yg diucapkan melalui kata2 mempunyai kesan yg amat mendlm bg jiwa org yg mendengarnya. Ia mampu melembutkan hati dan menenangkan perasaan. Ia mampu mengalirkan air mata. Ia mampu mempereratkan perasaan kasih syg yg tlh sedia terjalin. Inilah kuasa yg ada pd ungkapan perasaan kasih syg sesama manusia.
Inilah sunnah Nabi s.a.w di dalam kehidupan berkasih syg sesama manusia. Lakukanlah scr ikhlas demi kerana Allah Taala. Sbgi ganjaran bg amalan yg mulia ini, Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “Allah Taala tlh berfirman : Wajiblah kecintaan-Ku bg org2 yg slg mencintai kerana-Ku, slg duduk bersama kerana-Ku, slg menziarahi kerana-Ku dan slg memberi kerana-Ku.”
Renungkan....