Wednesday, January 9, 2008

Teman seperjuangan....

Sepatutnya post ini telah kucoret minggu nan lalu lagi..Tapi kerana gambar yg kuperlukan baru kuperolehi, maka hari ini baru ia terlakar di sini...

Ajakan teman-teman lama zaman persekolahan (SKS) untuk lepak bersama membuat aku begitu terharu..Yelah, dah bergelar isteri orang, tp mereka tak pernah melupakan aku...Tp yg membuat aku begitu pelik ialah, ajakan mereka yg beria-ia agar aku datang juga..Walaupun tahu begitu banyak acara yang perlu aku penuhi. Sebagai teman, aku takkan sesekali sengaja ingin menghampakan pelawaan mereka, namun komitmen yang banyak kadangkala membuat aku terpaksa mengatakan 'tidak'....
Suamiku tidak dapat menemani..Dia hanya menghantar dan meneruskan urusannya. Agak hampa juga, namun dia punya komitmen tersendiri. Kepada teman2, aku kirimkan salamnya dan mohon maaf kerana belum berkesempatan membawa dia ke dunia kecil kita...Well, the appology accepted but still, they insist to get to know him better one day....

Rupanya lepak2 malam itu bukanlah lepak2 yg biasa...Ada kejutan menanti..Sambutan hari lahir buat semua yg lahir pada tanggal Disember..Aku, Mira dan Azlan Idris yg hadir malam itu, walaupun sepatutnya PutraWan turut diraikan. Dari Chop n Steak, kami bergerak menuju ke dataran putra di Masjid Putrajaya...Lebih meriah, kata Junn..Kita boleh berhadapan dan tak perlu menjaga protokol macam di restoran..Ok, thanks Junn n Ina - They all yg masak spaghetti buat santapan kami...hehehehe..Sekali lagi, Secret Recipe menjadi pilihan..Memang kenyang kek bulan ni..


Masjid Putrajaya jadi saksi persahabatan kami..Siapa sangka, inilah teman2 seperjuangan semenjak aku bersekolah rendah...Tahun ini maka genaplah 20 tahun persahabatan kami..Mungkin lebih, mungkin kurang, tp ia berkisar kepada perkenalan kami sewaktu sama2 di SKS.....

Buat teman-teman yg sudi meraikan hari kedewasaanku...Terima kasih selaut alam...Semoga apa yg kita kongsikan hari ini akan terus menjadi azimat berharga, menjadi teman buat kita menempuh hari....Aku sayang kalian!
'...Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga...'

Friday, January 4, 2008

Selamat Hari Lahirmu, Sayang....


4 Januari 2008 - Masih belum hilang kegembiraan menyambut ulangbulan perkahwinan, hari lahir suamiku pula tiba. Hari ini merupakan hari dia semakin dewasa. Tak dilupakan, hari ini, 2 bulan lalu, kami bersanding di atas pelamin..Hari yang penuh indah buat kami...

Untuk tahun ini, aku mengejutkan dia dengan kek kegemarannya, NY Cheese..Plain but very rich!(So CHEESY - kata Caar..)...Dia terkejut, sbb dalam pada aku selalu bersamanya, masih ada masa aku meloloskan diri pergi menmpah kek, membawanya pulang dan menyorokkannya di dalam fridge..heheh...credit to Aira, Ila dan Edy yg membantu dalam usaha menghadirkan kek itu di rumah ini. Malam tadi, ayah, ibu dan bee turut bersama dalam 'parti' kecil-kecilan yang kuanjurkan..Memang kurang meriah kerana tak ramai yang ada, tapi cukup bermakna kerana inilah hari lahir pertama buat menantu di rumah kami ini.....

Minggu nan lalu, aku dan Bet ke MidValley..Mendapatkan Hadiah dan Kad Istimewa buatnya...Jenuh juga nak menyorokkan dari pandangannya semalam...Suamiku begitu teruja dan aku suka melihat senyuman meleret yang tidak putus2 dari bibirnya...Ia membuat aku merasa begitu bahagia.....Hadiah yang kuberi? Hmm...Satu Magnetic Dart Set...Namun ia bukan dart biasa..mengapa?Biarlah ia jadi rahsiaa :)....Aku harap dia menyukainya...Sesuai dengan perangainya yg suka main-main, dan kerana aku merasa dia sudah terlalu stress untuk menerima sebuah hadiah yang serius....Plus..An A1 size Bday Card serta sebuah sajak yang kukarang khas untuknya....Tergelak namun aku terharu, bila dia melafazkan setiap bait sajak dan tulisan yang aku nukilkan dalam kad tersebut...Dapat aku rasakan, cintaku bertambah dalam buatnya......

Suamiku, hari ini kau dewasa setahun lagi..Semoga kematangan berlari seiring kedewasaan yang menyapa...Semoga harimu dicurahi rahmat, dilimpahi kurnia...Berjaya dan dipermudahkan segala usahamu...Terima kasih atas cinta dan kasih sayang yang kau curahkan buatku.Aku bukanlah wanita terbaik buatmu, namun cintamu membuat aku selalu ingin menjadi isteri yang terbaik setiap hari...Semoga kesejahteraan buatmu dan semoga kita bersama hingga ke syurgawi......
Selamat Hari Lahir yang Ke-26, Suamiku.....

Thursday, January 3, 2008

Purnama Kedua Muncul Sudah...

Hari ini, genap dua bulan aku diijabkabulkan...Hari ini dua purnama lalu, Muhamad Fauzi Salihin menerimaku secara rasmi sebagai isterinya. Pada hari ini juga ayah menyerahkan aku kepadanya untuk dicintai, disayangi, dijaga dan dididik sebagai isteri yang solehah...Betapa cepat masa berlalu.Tanpa sedar, ada air hangat mengalir di sudut mataku..Sudah dua bulan aku menjadi seorang isteri.....


Kasih yang aku semai setiap hari hadir dan bertambah mekar setiap detik..Kasih yang kami kongsikan cukup membalut aku dengan rasa cinta setiap hari..Suamiku, terima kasih atas selaut cinta yang kau curahkan mewarnai hamparan hati ini...

Andai dia membaca kala ini, ingin aku sampaikan satu perkara padanya...
'Cinta dan kasih yang telah aku ikhlaskan ini hanya untuknya...Cintailah aku sepertimana seorang isteri itu layak dicintai...Harta berkoyan bukanlah jaminan untuk kebahagiaan..Apa yg aku damba sekadar keikhlasan dan ketulusan dalam mendidik aku menjadi isteri yang solehah...Sekali janji telah kulafazkan, takkan kupermainkan...Pimpinlah aku ke syurga abadi...'
Selamat UlangBulan Perkahwinan Kita Yang ke-2...

Meniti Jejak II....


Sekali lagi entri di blog ini dipenuhkan dengan perkhabaran gembira mereka yang membina atau sedang menuju arah untuk membina masjid. Kali ini lensa kameraku (acewah..macam photographer handalan la pulak!) beralih ke Kg.. Baru HICOM, Shah Alam...
30 Disember 2007, 2 hari sebelum kita melangkah ke tahun baru 2008.

Dalam pada bengang2 kerana tarikh yang tak dapat ditetapkan, akhirnya Iza, sahabatku selamat ditunangkan dengan kekasih hatinya yg juga kawan kami, Fendi...Tulah, bila dah sampai masanya, maka kalau nk jadi, akan tetap terjadi. Majlis yang pada mulanya terpaksa ditangguhkan kerana kesukaran mengumpulkan ahli keluarga Fendi (lepas ni aku punggil Apen je...geli lak panggil Fendi..formal sangat!) yang bersepah di serata muka bumi, akhirnya berlangsung juga dalam suasana sederhana namun cukup meriah.




Kemenangan bagiku kerana berjaya mem'booking' suamiku untuk bersama dalam acara ini. Turut serta ialah Bee, Haziq dan Ibu....Aku dan Yan bersama membantu menyiapkan Iza...Teringat waktu aku melalui hari yang sama tahun lalu....Debaran, namun kegembiraan bertakhta di sudut hati...Pun begitu, yang penting ialah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang......


Iza dan Apen, sudah seperti sebahagian ahli keluargaku. Di mana kami berada, bercuti, biasanya mereka turut serta. Persahabatan semenjak menjadi MTM terpatri erat sehingga kini dan semoga takkan ada penghujungnya. Rumahku sudah menjadi seolah rumah kedua baginya...

Iza memilih serba hijau untuk majlis pra-bersejarahnya itu (aku tau dia memang minat hijau)..dan aku bersyukur akhirnya mereka dapat mengikat tali pertunangan dan semoga cepat2lah berlangsung hari bersejarah yang paling indah itu....Haih..Lepas ni turn sapelah pulak...

Iza & Apen, tahniah buat kalian..Semoga persahabatan kita akan terus mewangi ibarat setanggi syurga.....


Asal Kapas Jadi Benang

Dari Benang Dibuat Baju

Barang Lepas Jangan Kenang

Sudah Jadi Orang Baru...Mengapa Dirindu.....

Friday, December 28, 2007

Suram..

Hari ni kondisi badan tak berapa nak ok..Entah..Ada penyakit baru 'hinggap' dalam tubuh aku ni..Seriau jugak, aku harap ia tak berlarutan....Terharu dgn keprihatinan suamiku..Aku tau, dia risaukan keadaan aku...Usai ke PK n amik ubat, aku terus balik rumah, tidak menyertai Ai, Kak Rai dan Bet berjamuan tahun baru aka pau Kak Rai di laksa shack JJ cheras selatan.....
Tengahari ini, aku menerima perkhabaran yang agak menggetarkan. Jumlah biasiswa ke US hanya berbaki satu. Aku dan Aira seolah sudah kehilangan motivasi untuk meneruskan permainan ini. Terserahlah.....Patutlah hari ini suram...Ada khabar2 yg tak menyenangkan hati nak kuterima.....Semoga ada hikmah atas segalanya..Amiin

Wednesday, December 26, 2007

Meniti Jejak....

Tanggal 17 November 2007 lalu, Aira selamat bertunang...Semenjak dia menyertai daerah akademik ini, kami semakin akrab sehinggalah hari ini, kami menjadi teman sebilik (Ops!Sebilik di pejabat sahaja...hehehe)..Terharu bila dia sanggup mencari alasan untuk membolehkan aku dan suami hadir di majlis pra-bersejarah baginya. Manakan tidak, kalau dia tidak berbuat demikian, silap2 hari pertunangannya jatuh pada hari yang sama aku dihantar ke rumah mentua!Sebagai teman sekerja, kakak(nyeh!) dan..hmm..sukar diungkapkan...aku takkan sanggup menghampakan jemputannya. Aira agak terkejut bila aku hadir, agak lewat, bersama suami tercinta...


Seperti biasa, perjalanan ke rumah Aira dihiasi dengan gurauan mengenai rumah kawan baik yang jauh, salah dan silap memasuki lorong serta masalah2 biasa yang melanda bila kami travel bersama, ke tempat yang agak asing dan jauh...Tapi, kami masih berjaya menemukan rumah Aira, dan aku gembira dapat berkongsi kegembiraanya hari itu....Mungkin ini yang dikatakan badi...Aku kawen, dia bertunang....Hmm..bagus,kan?Alhamdulillah....
Buat Aira & Parie: Congratulations!!....Semoga ikatan ini akan menjadi tanda permulaan suatu perhubungan yang lebih bermakna dan kekal buat selamanya buat kamu berdua.....Amiinn..

Sunday, December 23, 2007

Keluargaku Sayang....

Sebenarnya topik ini bukanlah suatu yang baru. Ia kisah yg telah lama berlalu, namun, sengaja aku kongsikan di laman ini. Kisah keluargaku...Keluargaku sayang...

Siapakah kita tanpa keluarga? Apakah yang akan kita jadi tanpa mereka? Orang lain mungkin terpaksa membayar untuk mendapatkan sebuah keluarga yang sempurna..Dengan membeli anak,misalnya...Ada yang terpaksa menempah iklan, menjual muka di media, untuk menjejak kasih sebuah keluarga..Betapa mahalnya harga untuk memiliki sebuah keluarga..
Aku lahir dalam keluarga yang lengkap...Sepasang ibubapa, seorang abang dan tiga orang adik yang cukup sifat dan saling sayang-menyayangi...Hidup sederhana di bawah bumbung sebuah teratak yang tidak besar, tapi cukup luas buat kami...Dan kini, aku memiliki seorang suami yang mencintaiku..Maka semakin lengkap keluarga yang kupunyai...Mungkin beberapa tahun lagi, ia akan dihiasi pula dengan keletah anak2 kecil, yang akan menyambung generasi kami.....
Sebenarnya, istilah 'keluarga' bagiku cukup besar...Ilham, adik saudaraku yang dijaga oleh adikku, sudah menjadi adikku seniri, ke sana ke mari bersama kami...Keluarga yang kumiliki kini juga, bukan sekadar nukleus yang membentuk sebuah keluarga asas, tapi, aku turut memiliki sebuah keluarga lain tempat menumpang kasih dan sayang....Keluarga di Felda Chini Timur...Program Bakstisiswa telah menemukan kami dan kasih sayang kami bertaut hingga kini...Iza dan Fendi, merpati sejoli yg menjadi sahabat karibku, turut menjadi ahli keluarga ini....Saat aku dapat menemukan kedua keluargaku ini, adalah yang paling membahagiakan.....Semoga ikatan kekeluargaan kami berkekalan sehingga akhirnya....

P/S: Rindu nak makan tempoyak ikan patin mak...huhuhu(Nak balik Chini!!!)