Friday, August 1, 2008

Aku dan Sesuatu....

Sekarang hanya tempoh menghitung hari buatku dan suami...juga mereka yg bakal kami tinggalkan...Masa2 yg berbaki ini, aku gunakan bersama suami mencari barang2 keperluan yang akan dibawa ke sana... Sambil2 itu, melunaskan sisa2 tanggungjawab di kantor...
Ini kali pertama aku akan benar2 terpisah jauh dr keluargaku..Bayangkan selama 26 tahun aku hidup, ini pertama kalinya aku akan memulakan kehidupan baru di tempat yang sangat asing bagiku..Syukur masih ada seseorang yang amat akrab di sisiku...Sekurang2nya, beban rindu yang tak tertanggung ini masih punya penebatnya....
Pemergianku kali ini membawa bersama tanggungjawab yang amat besar..Aku akan memulakan semula hari2 sbg pelajar, bukan pengajar seperti 2 tahun kebelakangan ini. Dan tanggungawab utk pulang dgn segulung ijazah dan berbuku2 pengalaman untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama anak bangsa.... Aku juga perlu melunasi tanggungjawabku melahirkan seorang lagi ummat Nabi Muhammad SAW di muka bumi ini, dan padaku, ittulah tanggungjawab yg paling utama... Aku agak gentar memandangkan ini pengalaman pertamaku bergelar ibu dan aku akan menghadapinya sendiri....hanya dengan suami tercinta....
Saat ini aku cuba belajar merindui sesuatu yang jarang aku zahirkan... Kasih sayang keluarga... Selama ini aku dan mereka mengerti kasih antara kami, namun kali ini, aku perlu belajar menzahirkan itu, belajar pula menanggung rindu, hidup jauh dr keluarga...
Aku dan sesuatu tentang hati ini mengatakan bahawa aku mampu menghadapi semua ini..Namun jauh di sudut hati, aku masih gentar memikirkan cabaran menumpang kasih di tempat orang...
Ya Allah, tabahkanlah aku.....

Tuesday, July 29, 2008

Look at what happened!

It's even better..
My new blog is now even even better with the whole new bunch of things, new links, ads on etc..
The special part -- new banner....
Baby...u deserve a ki*s for all this...I love you....

It's really true that when someone u love did something u love...
It will double the love!!!!

Aksi spontan....heh

BetTAKJahat.com....



Semalam ketemu Bet yg dirindui..Since dia berpindah ke Penang,this is our first met,probably the last sebelum aku fly...Kami sempat bersarapan bersama Burn n Kak Imah dan berborak panjang sebelum dia pulang untuk menguruskan hal berkaitan researchnya....(Hahaha...EPRD yg membuat aku diklasifikasikan seangkatan Burn..heh)..
Well, Bet...thanks for the bfast,the talk...N Burn,thanks for the treat..Kak Imah, thanks for the accompany...
Bet ada gak bercerita tentang dunia barunya...Homesick bile kesunyian..Especially bile Subuh n Maghrib...Semua wajah yang dirindu,muncul...Agaknya, aku pun akan menghadapi benda yg sama, bezanya ada sorang yang kurindu sentiasa menemani aku setiap masa...Alhamdulillah....
Lama kami berborak,macam2 yg dikongsi..As usual, terlalu banyak yg boleh aku ceritakan dan dengar dr Bet kerana dia seorang pendengar yang baik..And I tried my very best to be one,too...
Sebelum dia pulang,dia ada menitipkan sekeping kad n sepersalinan buat Baby dalam perutku ini..(Orang tak lahir lagi tp baju dan barang dah banyak dah--thanks to all!!)..
Kami berpeluk buat kali terakhir petang itu....

'Promised to hang out together again rite after u came back..k,babe'
'I promise!!!'

Bet memang TAK jahat.......Love u,babe...

Monday, July 28, 2008

Bersatu bertambah mutu....


Tergelak sendiri aku tatkala menaip tajuk post ini...
'Bersatu bertambah mutu'..macam cogankata hari pekerja je...heheheh
Tp itulah hakikatnya....
Mulai hari ini , blog ini akan berwajah baharu...Pengisiannya masih yg sama.....
Cuma ditambah dengan elemen2 baru yg memikat..
Latarnya juga makin cerah berseri...seceria hati ini...
Entahlah, selama ini tak tersedar yg blog ini terlalu kelam...Seolah mendung yg sentiasa berarak di hati ini...
Aku lupa, keceriaan telah memadam semua warna kelam dalam hidup ini..
Jadi mulai hari ini, segalanya akan berwajah baharu...Aku bangkit dengan semangat baharu...
Yang paling penting tajuk itu menggambarkan ia bukanlah 'air tangan'ku seorang kerana aku akan ditemani oleh seorang lagi pengkarya...Dan kerana dia blog ini berubah warna....
Selamat datang,sayang......

Wednesday, July 16, 2008

Aku akan....



Bulan ini merupakan bulan terakhir aku di Malaysia.. Tinggal hanya berbaki 3 minggu sebelum kami terbang ke rantau orang..menjadi perantau.. Kupandang satu satu wajah yg akan kurindu sepeninggalanku..
Kala ini ibu sedang sibuk merancang tarikh kenduri... meraikan pemergianku, bukan bersuka, tp doa semoga segalanya selamat hinggalah aku selamat pulang ke pangkuannya. Mak pula sudah berkali2 mengingatkan agar tidak melupakan dia waktu aku nk ke KLIA - dia nk ikut... Ayah pula masih seperti selalu...kerjanya membelikan aku susu segar..hmm,kasih ayah tak pernah berubah walau kini aku isteri orang. Apa saja yg kuminta, akan cuba ditunaikan..sementelah aku sedang berbadan dua ni, semakin galak dia..kadang2 tak mintak pun dia bagi, untuk cucu katanya... Adik2 seperti biasa..Tp telah kuingatkan merekalah yang akan menggantikan tugasku sbg kakak di rumah...Aku yakin mereka sudah cukup dewasa untuk diajar berdikari...



Pergi pada 12hb Ogos ini bermakna aku akan terlepas banyak acara penting keluarga dan teman2...perkahwinan rizan, hari raya pertama bersama keluarga mentua, beberapa sepupu yg akan menamatkan zaman bujang, kawan2 yg akan melangsungkan hari bersejarah, majlis konvo adik2...tahun depan haziq adik bongsuku akan menghadapi SPM..selalunya aku menjadi rujukannya tp kali ini, dia harus belajar mencari segalanya sendrii....Teman2 sekerja yg menjadi tempat berkongsi rasa dan cerita... Perkahwinan iza tersayang dgn apen... Perkahwinan shah, my bestfriend ever dgn fafai aka jepuk...n maz pun khabarnya sedang merancang hari bahagia.....Hmmmm... Ada sape2 lagi yg aku tertinggal? Haihh....Sorry,pal!
Aku akan merindui semua dan segalanya tentang UPM dan Malaysia...Hujan emas di tempat orang, hujan batu di tempat sendiri..Lebih baik di tempat sendri.....

Friday, July 11, 2008

Berdua lebih baik.....

Bulan terakhir di tanahair agak memenatkan.. Segala urusan berkaitan 'pemergian'ku harus diselesaikan..Alhamdulillah, dengan sokongan dan bantuan suami tercinta yang sentiasa menjadi tulang belakangku, segalanya dapat kuuruskan dengan teratur dan mudah.. Bukanlah urusan ni jadi mudah atau senang tapi kehadirannya menjadikan hatiku tak pernah berputus asa walau apa juapun dugaan yang melanda...
Hampir separuh persiapan telah dilakukan, terutamanya yang melibatkan dokumen penting dan penempatan di sana... Yang harus diuruskan kini; bagaimana untuk memenuhkan beg yang minta diisi... Ini perjalanan jauh kami yang pertama, bersiap pun untuk bertiga, bukan sekadar berdua.. Tp buat masa ini, memang berdua lebih baik..
Suamiku, terima kasih.....

Cukup Sudah....

Habis sudah masa berkabung....
Aku bangun dgn semangat baru di bulan Rejab nan mulia ini..
Belajar menerima bahawa bulan sebelum Ramadhan adalah masa Allah mengambil roh2 mereka yang dikasihi-Nya...
Al Fatihah buat semua yang telah pergi.....berturut2 di bulan Jun lalu....

Allahyarhamah Masanah Abdullah, Allahyarham Hj Selamat Idros, Allahyarham Abral Hj Isa, Allahyarham Mohd Hafiz Abdullah, Allahyarhamah Noryati Mar'ah dan Allahyarham Idris....
Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya jualah kita kembali....