Tengahari itu, kami dibawa beraya ke rumah Pak Arya di Savoy... Alhamdulillah..Riuhnya membuat aku lupa air mata yang aku tumpahkan pagi tadi...
Friday, October 17, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri.....
Tengahari itu, kami dibawa beraya ke rumah Pak Arya di Savoy... Alhamdulillah..Riuhnya membuat aku lupa air mata yang aku tumpahkan pagi tadi...
Sunday, September 14, 2008
Iftar at Savoy....
Malam tadi berbuka puasa bersama keluarga2 angkat dr Indonesia yang baik2 semuanya..Kami berbuka di rumah 'ketua' masyarakat Indonesia di sini yang digelar Pak Arya...Rumah di Savoy itu memang memikat hati..Aku dan en anda jatuh cinta dengan interior dan exteriornya...Sayang sekali malam tadi kami terlupa membawa kamera...huhuhu...I can say, it is among the most beautiful elite neighborhood here (well,I haven't been to ALL of them...) - reminder:next time mesti bawak kamera...heh
Berbuka ibarat sebuah keluarga besar...membuat aku terasa seperti berada di rumah sendiri...Punya teman buat bicara dang bergelak tawa...Malam tadi terasa terisi dengan aktiviti yang benar2 membuatkan aku gembira... Seperti hari2 lalu di Malaysia....
***Gambar Rumah Pak Arya dari depan...(dicuri dari koleksi gambar curi en anda)
Pak Arya sudah 10 tahun di UC..Belajar dan terus bekerja dengan sebuah syarikat komputer (tak silap aku laaa) di sini..Orangnya baik,lembut...sama dengan isterinya Ibu Riyan...Pendekatan yang sangat Islamik dan berhikmah membuat kami senang dan tak rasa kekok berada di sana...Kami yang masih belajar memang disatukan oleh beliau yang sudah dianggap seperti bapa di sini..Beliau akan tahu kalau ada rakyat senegaranya yang akan datang,lalu bertindak menyatukan mereka dengan keluarga2 yang lain,diajak ke kelas pengajian, dibantu dalam hal pengurusan kehidupan di UC..Aku dan suami amat berterima kasih kerana walaupun kami bukan dr Indonesia, tp layanan yang diberikan tetap juga sama....
Sebelum berbuka, kami bertadarus beramai2..kemudian sama2 menunaikan solat Maghrib berjemaah...berbuka dengan pelbagai makanan dr masakan tradisi Indonesia spt opor ayam, pecal, rendang, lontong etc....hinggalah dessert yang moden2 eg cheese cake, brownies etc..Aku sempat membakar seloyang moist chocolate cake (read: periuk kat umah cuma muat utk masak berdua sahaja...loyang kek tu jelah yang paling besar...)..Selepas itu kami terus solat Isyak berjemaah dan solat terawih bersama...Alhamdulillah...sekurangnya malam ini terisi dengan aktiviti yang penuh barakah......
Thanks to Pak Ariya for inviting us to join this event...I will never forget how you guys have treated me and en anda since the 1st day we arrived in UIUC..Frankly, all Indonesian families here have set up a high benchmark on how we should treat others like the way they did...They have thaught us to be helpful, sincere and from them,we learnt the concept of ummah unity...Alhamdulillah....May Allah bless ALL of THEM......dot
Saturday, September 13, 2008
Musim panas yang dingin.....
Penyesuaian terhadap segalanya yg baharu....
Tempat baru, tanggungjawab baru, kerinduan baru, semangat baru...
Plus..menanti kehadiran orang baru....
Alhamdulillah, esok genap sebulan aku dan en anda berada di sini, di Illinois...Dalam masa sebulan ini,bermacam situasi yang kami lalui bersama...Kepayahan menanggung sakit belakang dalam kapal terbang, kepayahan bila keluar bershopping barang2 dapur dengan menaiki bas..Aku yg ke kelas,namun en anda juga terasa dirinya dijadualkan mengikut aku ke kelas...Berdepan dengan kesejukan dalam musim panas yang dingin di sini....Hmm..segalanya terlalu indah dan banyak untuk dicoretkan...
Yang pasti,pengalaman mendewasakan...Aku makin tabah, Insya Allah... Mungkin kerana connection to internet semakin ok, aku takde masalah lagi berhubung dengan orang2 tersayang di tanahair, aku dapat bercakap dengan mereka bila2 sahaja yg aku inginkan...Jadi emosi aku tak terlalu terganggu memikirkan segenap kerinduan di sudut jiwa.....:)
Pengalaman sebagai pelajar graduate di US...banyak memberitahu bahawa tempoh ini adalah masa yang amat sunyi buat diriku... (Just like u said it,Bet...)..Tp aku berusaha mengatasi tiap rasa yg ingin terluah dengan memandang kembali pengorbanan dari seseorang yang bernama suami.....Jua amanah yang telah digalaskan ke bahu ini oleh mereka yang telah membawa aku ke sini...Ia tak mudah, namun aku yakin aku mampu andai aku tabahkan hati.....
Mata di luar memandang aku bertuah kerana dapat sampai ke sini...Aku pula memandang diriku sebagai insan kerdil yang hanya terpilih kerana nasib yang menyebelahiku...dan itu bukan bermakna aku boleh tertawa sesuka hati...Kerana imbalan yang diharapkan bukan sedikit....
Aku tak tau kenapa tiba2 aku jadi emosi cum energetic pagi ini...
Mungkin matahari yang kurindu muncul semula selepas dua hari tak menjenguk diri...
Jadi aku lebih bertenaga....dapat vitamin D...heh...
Thursday, September 11, 2008
The Quad!
Wednesday, September 10, 2008
Ramadhan di U*bana Ch*mpaign
DETIK DAN WAKTU
Waktu subuh di sini pada masa ini adalah pukul 5.13am dan semakin hari semakin lewat. Tidak pula diketahui waktu imsaknya kerana waktu solat ini kami perolehi dari internet, tidak tertulis waktu imsak. Kalau dulu kami berjaga-jaga dengan waktu imsak, disini kami pulun sampai dekat-dekat azan subuh. Azan dari internet, boleh buat pilihan azan m*kah, m*dinah atau m*sir..
Waktu berbuka pula pada masa ini 7.13pm dan semakin hari semakin awal. Juga azan live dari internet.
BUKA PUASA
2 hari lalu kami berbuka di Masjid. Di Ch*mpaign ini terdapat sebuah masjid. Berkeluasan seperti Dewan Ide*l U*M dan mampu menempatkan seramai 300-400 jemaah, Mungkin (I'm not good at it!). Lokasinya kawasan perumahan sebelah kampus. Sangat mudah untuk dicari namun sangat sukar untuk mencari parking. So, be cool car pool. Salah parking, anda akan diberi tiket(saman) dalam USD20 atau di tow USD250 per day.... Cabaran bagi orang2 yang beriman..
Purata jemaah dalam 200 orang semuanya (lelaki , wanita dan kanak2). Kebanyakannya dari timur tengah.
Berbuka di masjid, kami dihidangkan dengan jenis makanan dan volume orang timur tengah. Kebetulan time tu turn mereka sedekah iftar. Nasik macam nasik beriani untuk 2 orang makan, ayam 2 ketul seorang, kuah dal dan sayur. Punyalah banyak, kebanyakan orang asia tenggara, (kawan2 malaysia dan indonesia) tak habis tapi dipaksa juga habiskan kerana mereka tidak mahu berlaku pembaziran. Siap ada orang tunggu kat tong sisa lagi. Ada member tu tak larat nak habiskan dan siap ada orang tolong habiskan nasik dan ayam beliau. Hu hu.... No komen.
Tiap-tiap hari ada turn untuk organisasi berlainan. Tapi tidak pula diketahui menunya kerana itulah kali pertama dan terakhir setakat ini kami berbuka di situ.
Semalam kami ke bazaar Ramadhan. Walaupun agak suntuk sempat juga kami membeli ayam percik setengah ekor dan nasik kerabu. Oh, tidak lupa juga kuih akok yang menjadi kegemaran.
Ceh, berangan... semalam kami tidak kemana-mana. Syeda tiada kuliah untuk dihantar, Mas Eko tidak menghantar surat khabar untuk diteman, peti ais masih penuh untuk diisi dan pakaian masih suku bakul untuk dibasuh di laundry. So, duduklah dirumah menonton TV cerita Ob*ma dan McC*in meraih undi.
CUACA
Tadi cuaca agak baik. Cahaya matahari menyinar terik namun suhu agak sejuk. Dalam 16-17 darjah Celcius. Panas tapi sejuk. Hmmm.. sejuk dan bercahaya. Tak tahu pulak nak describe macam mana. Yang pastinya cerah, sejuk dan perlu bersweater.. Suhu tatkala blog ini ditulis pula adalah 12.6 darjah celcius..
http://www.wunderground.com/cgi-bin/findweather/getForecast?hourly=1&query=61801
Saturday, September 6, 2008
Mampu...
Puasa di musim panas di Illinois....
Puasa dengan baby membesar dalam kandungan...
Friday, September 5, 2008
Sepuluh Purnama Penuh Debar...

Tak cukup dengan itu, aku dimanja bagai anak yg baru masuk sekolah..Dihantar ke sini sana, walau hanya dengan menaiki bas, dibawakan begku yg sarat berisi buku tebal, ditunggu pergi dan pulangnya...Dibantu pula di rumah bila tiba masa memasak dan mengemas..

..Sekali,janji kulafazkan,akan kukotakan,walaupun dihalang...Sekali,kulafazkan kata cinta, takkan kupermainkan...