It's almost due on everything......
Papers, Final exam, Presentations.... and My Baby.....
Well, still...I hope everything will end well....
As what it should be.....
Ibu n ayah is currently processing their visa....
Aira has got a good plan to come here during winter break (Oh,she always had good plan in her head!)..
Me and En Anda is struggling to make their visit a meaningful one...
But we'll see...What can I do...
After the one inside my tummy is already here...
Even I know, the more the merrier...
And that's what I always missed since I came here....
Saturday, November 8, 2008
Monday, November 3, 2008
Setahun sudah berlalu...
Diam tak diam, esok genap setahun aku dan en anda menjalani hidup sebagai suami isteri....
Sungguh, aku mengakui, percintaan kami selama tiga tahun tak seindah setahun yang kami lalui ini.. Hari2 sebagai isteri bagiku, penuh cinta, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang... walau kadangkala ada hujan yang datang, ia tak pernah menjadi bah dan menghanyutkan segala rasa kasih yang kami bina.....Perkahwinan memang indah....
Mungkin juga kerana percintaan kami bukan seperti pasangan lain yang sakan... Kami tidak serapat dan sedekat ini saat bercinta..Bukan merpati sejoli yg sering berdua...Segalanya kerana kami ingin segalanya menjadi lebih indah selepas diijabkabulkan..Memang kami sering bertemu, tapi pertemuan itu selalunya atas dasar profesional dan urusan keluarga...Keluar pun dengan kawan2... Hanya sesekali kami keluar berdua, itupun selalu berakhir dalam jangka masa yang singkat...Aku juga tidak pernah menjejakkan kaki ke rumahnya sebelum berkahwin...Pertemuan dengan ibu bapanya hanya sewaktu dia berkonvo, dan sewaktu mereka masuk meminang....
Memang kedengaran agak kelakar... Macam orang dulu2..
Tapi itulah yg mengikat kami selama ini...Yang menjadikan hidup kami lebih bahagia dan indah...
Setahun berlalu sudah...dan kami akan memasuki fasa kedua perkahwinan kami....
Zuriat yang bakal lahir ini tanda kasih sayang kami yang utuh....
Saat ini, aku sedang memerhatikan suamiku yg terlena sementara menantikan aku menghabiskan tugasan...
Namun cintanya tetap terpancar..walau matanya terpejam....
Selamat ulangtahun perkahwinan kita yg pertama, suamiku.... Aku bahagia menjadi isterimu...
Semoga Allah merahmati perkahwinan kita, dan semoga kita terus bersama hingga akhir hayat....

Saturday, November 1, 2008
Selamat tinggal Oktober...
Esok November akan bermula...Meninggalkan Oktober yang penuh memori....
November 2..Daylight savings will end...Masa akan dicepatkan sejam.....
November 3...Our first anniversarry, baby!Alhamdulillah....
November 16...Iza, my dearest bestfriend akan menyiapkan masjid yg dibina atas nama cinta dengan Apen...Tahniah juga....
November 20... Buah cinta kami dijangka lahir....Semoga Allah pelihara aku dan dia dari segala musibah...dan semoga dia lahir sebagai permata hati yg soleh, menjadi perwira agama dan nusa....
Segalanya sudah terlalu hampir...Ya Allah, berikan aku semangat dan semoga segalanya akan menambah berkat dalam hidup kami.....Amiinn...

Wednesday, October 22, 2008
36 penuh debar...
Hari ini sekali lagi aku bertemu doktor untuk memeriksa keadaan kandunganku...
Tak sampai 4 minggu lagi, dia akan lahir menyerikan hidup kami...
Semoga Allah akan kurniakan dia segenap kesempurnaan pancaindera..kemuliaan akhlak para nabi, ketinggian ilmu para ahli sufi dan bergunung2 cinta pada Allah dan kasih sayang dalam hatinya.....
Dan semoga Allah terus tabahkan hatiku, berjuang menjadi seorang ibu di bumi yang terlalu asing buatku..Tanpa ibu tercinta.... Aku ingin tabah...Ingin sekali......
Alhamdulillah, segalanya berada dalam keadaan yang baik, buat aku dan anakku....
Sudah genap 36 minggu kini dan mulai bulan minggu depan, aku perlu bertemu doktor setiap minggu......Tak sampai 4 minggu lagi, dia akan lahir menyerikan hidup kami...
Semoga Allah akan kurniakan dia segenap kesempurnaan pancaindera..kemuliaan akhlak para nabi, ketinggian ilmu para ahli sufi dan bergunung2 cinta pada Allah dan kasih sayang dalam hatinya.....
Dan semoga Allah terus tabahkan hatiku, berjuang menjadi seorang ibu di bumi yang terlalu asing buatku..Tanpa ibu tercinta.... Aku ingin tabah...Ingin sekali......
Tuesday, October 21, 2008
Dia yg ditinggalkan...
Dalam hidup ini kita perlu memilih...
Apa yg boleh dibawa dan apa yg perlu ditinggalkan...
Kadangkala keputusan itu terlalu sukar untuk dibuat..
Apatah lagi, untuk seseorang atau sesuatu yg terlalu dekat di hati...
Yang terlalu mewarnai hidup ini....
Pasti rindu itu sukar diungkapkan....
Namun aku pasti dia faham...
Mengapa dia ditinggalkan...
Aku akan pulang demimu.....
Nantikan aku......

Monday, October 20, 2008
Ibu..ratu hatiku...
Bila berada di depan matanya, aku tak pernah terasa begitu merindu...
Tapi entah kenapa, akhir2 ini, rindu itu terlalu menggamit, hingga kadangkala aku rasa ingin saja menempah tiket pulang segera ke pangkuannya...
Nyata, ibu sangat tabah tiapkali aku menghubunginya...Jarang sekali air matanya tumpah, tapi aku masih terus cengeng umpama anak kecil bila mendengar suaranya...
Pengalaman menjadi ibu hampir aku tempuhi...Tidak sampai 3 minggu lagi, aku akan bergelar ibu, insya Allah..Bagi sesetengah org yg masih mempunyai ibu, saat ini pasti akan dikongsi bersama ibu tercinta..Namun aku terpaksa melupakan hasrat tersebut, at least utk baby yg pertama ini, kerana ibu berada terlalu jauh dari bumi Urbana....
Malam tadi akhirnya aku luahkan juga pada ibu, bahawa aku merinduinya...Betapa hati terlalu meronta ingin pulang ke pangkuan keluarga tercinta...Tp ibu membuka cerita, bahawa dia juga tak punya ibu bersamanya saat melahirkan aku, cuma ibu mertua yg membantu...Tp berpantang semuanya dilakukan sendiri...
Mengenangkan betapa berdikarinya ibu, aku melihat kembali diri sendiri...Kenapa aku tak mampu menjadi setabah itu? Ibu kehilangan ibunya waktu berusia 17 tahun..saat menduduki peperiksaan SPM...dan aku masih mempunyai ibu yang banyak menjadi tulang belakangku sehingga kini..Mungkin kerana hakikat itulah, aku menjadi terlalu bergantung padanya....
Dalam 2 hari ini, aku dan Aira banyak berkongsi rasa, merindu orang2 yang berada jauh dari dakapan kami...Sekurang2nya itu mendatangkan sedikit kelegaan di hati....Tapi yg pasti, bukan mudah melupakan rasa itu, terutama bila saat aku hampir melahirkan ni... Meskipun keghairahan menjadi seorang ibu mengundang jutaan perasaan yang indah, masih jauh di sudut hati, aku mengharapkan keajaiban berlaku...ibu berada di depan mataku bila aku membuka mata.....Mungkinkah ia berlaku?....
Friday, October 17, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri.....
Salam Aidilfitri...

Maaf buat teman2 yg asyik bertanya mengapa aku dah lama tak menjengah ke ruang rasa ini.. Sejujurnya, hari2 sebelum raya dan selepas raya ini, walaupun dapat aku penuhi dengan pelbagai aktiviti yang memekarkan bunga2 ceria di jiwa, jauh di sudut hati, aku terlalu lemah untuk menaip walau apa jua yg aku rasa. Alasannya, mudah, tahun ini tahun pertama aku beraya jauh dr insan2 yang teramat aku sayang, walau aku berada di sebelah insan yg aku cinta. Percayalah, ikatan kekeluargaan buatku, jauh lebih sukar dileraikan rindunya berbanding menyambut hari bahagia bersama suami tercinta. Apatah lagi, bila melihat wajah adik2 dan ibu di lensa kamera, melihat wajah ayah yang merindui aku, aku jadi tak keruan... 2-3 hari sebelum aidilfitri, aku menangis setiap malam, 2-3 hari selepas aidilfitri, aku masih lagi membanjirkan wajah dengan air mata...Hasilnya, aku demam dan selsema beserta batuk yang masih belum sembuh hingga kini...
Mungkin aku anak manja yang tak pernah mengerti apa itu berada jauh dari keluarga tercinta. Sementelah dengan keadaan aku yang menunggu hari, tahap sensitiviti semakin bertambah, hingga aku mudah jauh hati dan pantas sahaja merindui wajah ibu..Mungkin ini pengalaman pertama menjadi ibu, dan rasa sakit yang kadangkala mencucuk membuat aku rindu belaian ibu acapkali aku kurang sihat....(Nahh...air mataku bergenang lagi...)
Pun begitu, aku tak pernah menafikan bahawa semakin lama aku di bumi Urbana-Champaign ini, aku semakin belajar untuk tabah menanggung rasa. Ia membuat aku menjadi dewasa...Menggalasi tanggungjawab sebagai seorang isteri, pelajar, kakak, adik dan teman, di samping belajar menjadi seorang ibu membuatkan aku merasa lelah ada tikanya...Dikelilingi teman2 baru, yang menjadi ahli keluargaku di sini, sedikit sebanyak mengukir senyum di wajah..Meladeni suami yang kerap membuat aku ketawa, membuatkan rasa rindu itu kadangkala dapat kulupakan seketika... Biar aku menggamit semula beberapa acara penting sepanjang 'kehilanganku' di daerah yang hingar ini...Ist Chapter: Raya...
1. Raya Pertama...
Pagi raya dipenuhi dengan solat Eid berjemaah di masjid CIMIC di Lincoln Street.. Mas Eko yang membawa kami ke sana..Bertemu beberapa pelajar Malaysia dan keluarga Indonesia yang sama bersolat...Air mata jadi murah bila kami saling bermaaf2an dan bertukar rasa rindu pada kampung halaman. Yang baru tiba, seperti aku, pastinya tahun ini amat sukar bagi kami merana berjauhan dari keluarga buat kali pertama..Yang mana sudah tiba masa pulang, sedih kerana tahun depan pasti tidak ketemu lagi dengan teman2 yang bakal ditinggalkan..Air mata yang punya makna tersendiri..Pulang solat, aku bermaafan dengan suami. walaupun dia kata, dia tidak mengerti bagaimana aku selalu bisa menitiskan air mata saat bermaafan dengan keluarga, dia berjaya menenangkan aku saat aku memohon ampun dan maaf darinya...Alhamdulillah, aku masih ada dia buat teman di hari mulia ini...Maaf zahir batin,suamiku....

Tengahari itu, kami dibawa beraya ke rumah Pak Arya di Savoy... Alhamdulillah..Riuhnya membuat aku lupa air mata yang aku tumpahkan pagi tadi...
Tengahari itu, kami dibawa beraya ke rumah Pak Arya di Savoy... Alhamdulillah..Riuhnya membuat aku lupa air mata yang aku tumpahkan pagi tadi...
2. Raya di Chicago
Sebagaimana tradisinya, kami menghadiri rumah terbuka Pengarah MSD, Pn Rohana, di Chicago..Perjalanan selama 3 jam tidak terasa bila aku mengenangkan saat untuk bertemu Burn dan teman2 tutor UPM yang sama2 menuntut di universiti di midwest. Thanks to CikMat, Dzelda, Ezamil, Saffiyah and urghhh..(what'd dat guy's name?)...yang sama2 membuatkan perjalanan menjadi tidak sunyi.. Kami tiba di chicago lebih kurang pukul 1pm dan menghabiskan masa lebih kurang 4 jam juga di sana..Burn makin kurus.-puasa katanya... Then, sempat bermesar2 dengan students from U Minessota, Michigan State U,U o Michigan, Western Michigan U, Purdue U, dan Wisconsin-Madison... Tutor UPM lain yg aku jumpa including Reese, Mashitah, Shazene, and Salahuddin. Semua pun meluahkan rindu pd UPM dan tanahair...
Ramai juga yang hadir,mungkin dekat 500 orang...Seronok melihat ramai yang berbaju kurung, berbaju melayu dan berbicara bahasa sendiri...aku tentunya tidak melepaskan peluang makan nasi dagang kegemaran...Teruja jumpa ikan kat sini..Kat UC,nak cari ikan segar pun susah..memanjang ikan frozen je...huhu...
Dalam perjalanan pulang, kami singgah solat Asar di Masjid Jame' Chicago...Then, bershopping daging halal di Devon Street sebelum menamatkan acara shopping di Tai-Nam, pasar Asia yang menwarkan barang oriental dengan harga yang..hmm.AGAK murah la berbanding FarEast...Sempat membeli 10 pounds dada ayam, 6 pounds ground beef dan 5 pounds lamb's legs...Buat bekalan untuk beberapa bulan ni..Nak ke Chicago lagi..entah bilalah pulak....
Hasrat nak jalan2 di Lake Michigan terpaksa aku simpan sebab hari makin gelap, cuaca pun main sejuk...dengan kami masaing2 berbaju kurung dan berbaju melayu..macam tak tahan je nak membuat aksi2 Titanic kat tepi tasik..Hmm..mungkin lain kali...Ke Navy Pier dan menghabiskan round2 Chicago.....One day...Perhaps...
3. Jamuan Raya MaSA
Sabtu nan lalu, MaSA UIUC menganjurkan sambutan hari raya buat kami, keluarga Malaysian di UIUC..Berkumpul lagi dengan adik2 yang ceria...Tak sangka, aku masih muat menyarung kebaya yang ditempah sebelum ke sini...(Kalau Ibu tau mesti terbeliak biji mata dia...:))
Aku sempat menyediakan dessert moist chocolate cake utk jamuan tersebut..dalam kepala ni rasa macam nak masak macam2..Tp bila kelas asyik habis petang and assignments pun banyak yang nak diselesaikan, pulak tu masak sorang2...hasilnya cuma seloyang kek coklat je lah...
Alhamdulillah, ramai gak yang bawa juadah enak2 hari tu..Soto, lodeh, rendang, nasi minyak etc...Walaupun rasanya taklah lengkap seperti di tanahair..Sedikit sebanyak ia mengubat rindu di hati...Kenalah terima hakikat, bukan senang nak cari kerisik bermutu, santan yang segar dan rempah ratus yang lengkap di sini...
Majlis berlangsung dengan sangat meriah...Mungkin mereka sudah tegar dengan kehibaan beraya di sini..Ada yang gembira meraikan tahun terakhir beraya di perantauan...Aku?Tetap tersenyum walau di hati...Tuhan saja yang tahu....
Subscribe to:
Posts (Atom)