Sejambak bunga tanda kasih tidak dapat sedikitpun menggambarkan hutang kasih dan budiku pada ibu. Apalah nilainya sejambak bunga untuk dihakimi sama tinggi dengan cinta dan kasih sayang yang telah ibu taburkan sejak aku menghuni bumi fanaa ini?
Pertama kali menjadi ibu, baru aku mengerti mengapa seorang ibu sanggup bergadai nyawa demi anaknya. Ibu mengajarku meletakkan diriku di tangga ketiga, selepas suami dan anakku..Dan berbelas2 tangga selepas mencurah cinta pada Allah, rasul, ibubapa, keluarga, guru dan teman2..Terlihat betapa murninya kasih yang selama ini hanya aku adili dengan mata jahil seorang anak.
Aku belajar bahawa keluarga yag paling utama melalui ibu. 'Walau sesibuk mana pun, jangan lupa masak untuk keluarga.. Air tangan seorang ibu membawa barakah buat seisi keluarga,' kata ibu. Justeru, walau letih dengan tugas seorang isteri, pelajar, dan ibu...aku masih meluangkan masa untuk menjamu keluarga dengan apa yang termampu tangan ini sediakan. Ibu membekalkan aku dengan ilmu yang cukup untukku menjalankan tugasku yang satu ini. Baru aku terpandang betapa berharganya 'waktu latihan' yang telah ibu luangkan untukku. Sekurang2nya, aku tak malu berada di rumah mentua, sambil2 aku belajar, dapat juga aku bertukar rasa....
Ibu mengajar aku untuk menghormati orang tua. 'Yang tua dihormati, yang muda dikasihi..,' kata ibu. Aku masih ingat pelajaran pertama yang paling penting dalam hidupku ialah belajar menyalam dan mencium tangan orang yang lebih tua... Kemudian, tunduk jika melintas di hadapan orang tua, dan jangan menyampuk jika tak diminta. Ternyata, berada di bumi asing ini, nilai itu amat kurang terlihat. Apatah lagi, budaya barat yang mengajar kanak2 menyuarakan rasa semahunya. Aku akui, aku jadi jengkel melihat anak2 yang tidak mengerti untuk memperlihat rasa hormat pada org tua. Dan ternyata, didikan yang berbeza oleh anak2 'rumpun kita' jelas terpamer melalui cara mereka melayan orang tua... Kerana itu, aku tak terlalu bangga Faris lahir di tanah Uncle Sam ini.. Aku ingin dia terdidik dengan nilai murni kebanggaan masyarakat timur...Semoga Faris menjadi anak yang berhemah tinggi....
Kata ibu, kita tidak hidup sendiri di muka bumi. Maksudnya, apa jua tindakan yang kita ambil, pasti akan meninggalkan kesan kepada orang lain. Kita perlukan kawan, kita perlukan jiran.... Jadi, jangan sampai kita melanggar sempadan yang ada, namun jangan pula sampai kita terlalu jauh dr sistem mereka.. Ibu mengajarku agar berfikir sebelum bertindak kerana hidup kita ini dilingkari oleh sistem2 luar yang pelbagai. Ada hati yang perlu dijaga kerana kita tidak hidup sendiri di dunia. Jangan sampai kita mementingkan diri semata2... Ibu mengajarku bergaul mesra dengan masyarakat. jangan jadi kera sumbang..'Jangan sampai jiran sebelah rumah meninggal pun kita tak tau dan masih keluar bekerja'... Itu pesan ibu yang aku ingat sampai bila2..
Ibu membekalkan aku dengan kemahiran mengaji, menyanyi, bersyarah, berpidato, bersyair, dan berpuisi... Walau aku bukan yang terhandal antara yang berbakat, namun aku tak pernah gagal memberi saingan.. Yang penting, kata ibu, aku mencuba... Teringat setiap kali aku perlu berlatih, ibulah yang akan menjadi guru yang paling istimewa..kerana bisa aku bawa pulang ke rumah... Aku selalu ingin bermarhaban dan mengaji sehebat ibu.. walau ibu juga mungkin bukan selalu di tempat pertama, namun ibu sentiasa menjadi juara buatku...
Walau aku akui, ibu mengajarku banyak perkara, ibu juga tidak mengajarku bermacam benda.
Ibu tak pernah mengajarku berdendam dengan orang. Kaat ibu, 'pemaaf itu lebih dikasihi Allah..yang bersabar itu lebih mulia..' Justeru, itu kata hikmat yang aku jadikan bekal hingga kini..Bukan lemah, tapi malu terpuji... Bukan tak tahu menegakkan hak, cuma membezakan taraf insan penyabar dengan mereka yang bertindak melulu....
Ibu tak pernah mengajarku berkasar pada sesiapa, termasuklah pada jurujual yang kadangkala menyakitkan hati... 'Pilihlah ayat terbaik dan elakkan kalau perlu..jgn sampai bertelagah..' Kerana itu, aku selalu jadi tak sampai hati, terutama kalau ada yang mahu datang berjual..Jalan keluarnya, aku elakkan bertembung dgn mereka...
Ibu tak pernah mengajarku berdusta...Kejujuran kunci kepercayaannya padaku.. Kerana itu, aku merengsa andai tidak bercakap benar... Rasa berdosa pada Pencipta, rasa bersalah pada ibu... Dan aku sendiri benci pendusta... Katakanlah yang benar, walau ia menyakitkan, namun pilihlah perkataan yang paling melegakan...
Ibu tak pernah mengajar aku berhenti merindui keluarga walau aku kini jauh daripada mereka.. Malah, semakin menjauh, semakin rindu itu mendera.. Kerana kasih ibu, aku jadi rindu sepanjang masa.. Keakraban kami membuat aku tiada teman sebaik ibu. Walau kini aku sendiri seorang ibu, aku masih memerlukan kehadiran ibu dalam hari2ku.. Bukan sekadar hari sepi, malah di celah2 warna pelangi ceria...
Aku hargai tulus hati ibu yang tidak mahu aku risau di sini. Ibu tak pernah menceritakan masalah keluarga di rumah. Semua sihat, semua baik2 saja.... walau ada kala bukan itu yang kudengar dari adik2ku... Kalaulah aku berada di rumah.. Kalaulah dapat aku datangkan cucu kesayangannya ke pangkuannya...
Ibu, teman paling akrab yang Tuhan kurniakan buatku.. Walau nahuku kini adalah nahu suami, namun hakikat bahawa aku terlahir dari rahim ibu tak pernah berubah.. Hakikat bahawa susu ibu yang membesarkan aku, jua takkan berubah... Dan hakikat bahawa aku selalu menyayangi ibu, takkan dapat digambarkan dengan hanya sejambak bunga. Ibu ratu hatiku setiap masa...
Selamat Hari Ibu, Ibu...
~Adik
No comments:
Post a Comment