Saturday, September 5, 2009

Bukan Ibu Tak Sayang...

Muhammad Faris Safiy,

Maaf sayang, ibu terpaksa tinggalkan Faris tadi... Faris tahu tak betapa berat kaki ibu nak melangkah keluar tinggalkan Faris dengan ayah di rumah? Melihat anak mata Faris yang bersinar-sinar, ibu rasa macam tak jadi nak keluar... Apatah lagi bila Faris menangis sebab ibu letak Faris dekat ayah.. Faris merangkak peluk kaki ibu, sambil nangis kuat2..Kesiannn anak ibu.... Ibu terpaksa juga keluar sebab ibu kena pergi kelas... Kalau tak, nanti ibu tak pandai.. Macam mana nak ajar Faris... Nak ajar kakak2 abang2 Faris di UPM? Ingat tau, ibu tinggal sebab ibu sayang, bukan ibu benci....

Ingat tak sebelum tu kita main peluk2? Ibu peluk Faris kuat2, lepas tu Faris peluk ibu balik..kuat2? Siap ada sound-effect lagi...:) Lepas tu pagi tadi Faris temankan ibu bersahur macam biasa... Faris macam tau2 je dah berapa hari ibu bersahur sendiri, Faris selalu bangun teman ibu, lepas tu Faris tidur balik lepas ibu sembahyang Subuh. Thanks, anak ibu... Ibu sunyi bila ayah pergi kerja tapi Faris selalu buat ibu ceria...

Ibu seronok melayan karenah Faris.. Faris dah pandai usik ibu sekarang ye?... Suka acah2 ibu balik kalau ibu kata tak boleh... biase nii..:) Sekarang pun Faris manja sangat dengan ibu... Kadang2 sampai ibu tak boleh nak buat kerja.. Nasib baik ada ayah.. Walaupun ayah kadang2 garang dengan Faris, tapi ayah sayang Faris... Ayah marah sebab sayang, bukan benci tau... Tu dah tanggungjawab ayah... Dia kan ayah...

Faris dah pandai tepuk tangan bila ibu nyanyi Tepuk Amai2... Faris goyang kepala dan badan bila dengar muzik.. Faris khusyuk bila dengar nasyid 25 Rasul, siap marah kalau nasyid tu terhenti... Faris merangkak keliling rumah, meniti dari satu sofa ke satu sofa... Siap tolong ibu punggah barang utk dikemas... Bila ibu melipat kain, Faris pun tolong kirai2kan... Kadang2 Faris tolong tutupkan TV, atau tukar channel waktu ibu asyik tengok cite Drop Dead Diva... Kalau nak disenaraikan, tak cukup muka surat apa yang ibu lihat Faris buat dan pelajari setiap hari... Ada je benda baru yang Faris kuasai... Alhamdulillah...

Cuma, ibu tak tau kenapa Faris belum tumbuh gigi..... Takpelah, takde gigi lagi pun masih comel lagi sekarang ni..:)


Anak ibu,buah hati...

Ingat tau... Setiap hari Selasa dan Jumaat untuk 4 bulan yang akan datang, ibu akan selalu tinggalkan Faris dari pagi sampai tengahari... Faris jangan nakal2 duduk rumah dengan ayah, ye.. ayah berkorban kurangkan waktu kerja sebab nak jaga Faris sendiri, Faris kena sayang ayah, dengar cakap ayah, ye sayang... Nanti lepas kelas, ibu balik, kita main sama2 lagi... Faris boleh sayang ibu n peluk ibu mcm Faris selalu buat bila geram kat ibu... Kita boleh main guling2 atas katil macam selalu... Then ibu boleh bacakan buku untuk Faris macam selalu...

Cuma ibu terpaksa tinggalkan Faris seketika demi masa depan kita... Ingat ye sayang, ibu pergi sebab ibu cinta, bukan sebaliknya.... Ibu n ayah sayang Faris selamanya....

Tabahlah menempuh hari2 membesarmu ya, Cinta....

Sayang selalu,
Ibu

2 comments:

Bee said...

Aik,Faris lom tumbuh gigi lagi ka?Hawa dah ada 2 batang gigi bawah...cuma Hawa lebih advance berbanding Adam...Hawa sungguh cepat.La nie tgh belajar naik,turun n meniti kat kerusi.Padahal baru 8 bulan 3 hari.X per la Dik Syeda,selalunya Baby boy mmg cam gitu kot.Lambat sikit n manja kan.Salam Ramadan utk Adik n family.

Syeda said...

Haaa Faris dengar tu apa ibu kata! Hehehe..

Alahai manjanya dia..tak sabar nak tunggu Faris balik ni..nk cuddle222 puas22