Monday, June 28, 2010

Ujian dan hikmah...

Sebagai seorang yang percaya dan yakin pada ketentuan dan kuasa Allah, aku selalu menjadi insan yang redha atas apa jua yang didatangkan kepadaku. Memang kadangkala hati terdetik utk mengeluh dan menangis, tp selalunya, jiwa akan selalu tabah menerima...
Sebab itu, aku tak banyak complaints atas apa jua pun yang didatangkan. Percaya semua benda ada sebab dan ada hikmahnya... Biarpun segala kepayahan diturunkan, selagi mampu, aku akan terus tabah dan mencari jalur cahaya di sebalik kegelapan yang menyesakkan dada.
Ape2 ajelah yang aku nak merapu ni......
Ok, kalaulah anda semua masih ingat, cerita tentang aku dan En Anda yang mencari rumah sewa bukanlah baru... Walaupun ada rumah sendiri di Kajang, dek kerana area yang tak berapa bagus, jadi kami decide untuk mencari rumah yang dekat dengan UPM, supaya senang aku nak pergi balik kerja (as for time being, ayah is still my best 'car coordinator')... En Anda ada mencadangkan duduk je di sana, tp setelah menimbangkan kedudukan, jarak, and surrounding area, maka kami mengambil keputusan, Serdang is still a best place to live....
Jadi bulan lepas kami mulalah misi mencari rumah2 berdekatan... Hmm..banyak gak rumah yang nak disewakan/dijual kat sekitar Seri Serdang ni... N surprisingly di Serdang Jaya juga... Pada mulanya, kami sudah sepakat menyewa rumah yang sedang dalam pengubahsuaian... Dah cakap dah pada tuan rumah, kalau dah siap, kami nak sewa... Mujur tuan rumah baik, sanggup bertolak ansur, dan dia pun kata, kalau masa renovation dijalankan, tetiba kami jumpa rumah lain, takpelah, dia tak kisah... Jadi, kami senang hati...=)
Percaya atau tidak, aku dan En Anda melawat rumah tu setiap hari... Kami akan update diri tentang apa jua perubahan yang dah dilakukan.. Simen dan ada, pasir dah berlonggok, cat dah tukar, tiles dah pasang...semuanya kami update... Weekend lalu, genap 2 minggu kami menanti.... Rumah tu belum siap sepenuhnya, tp kami dah nampak rumah yang lebih baik dr sebelumnya...
Jadi Sabtu lepas En Anda cuba menghubungi tuan rumah berkenaan nak confirmkan pasal rumah tu.. Boleh pulak no tel pakcik tu hilang, pulak tu, bila kami tunggu di rumah tu, dia tak muncul, tp bila kami gerak dan datang balik, pekerja tu kata boss dia baru je balik...aihh..banyak betul halangan.... Takpelah, ahad jelah kita confirmkan... Kata En Anda laa....
Then, Ahad tu, sebelum pulang ke Serdang (kami balik Selayang), tiba2 adikku call.. Katanya mak sebelah rumah nak sewakan rumah dia... Oh mann!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Saya sangat nak rumah itu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Gembira mcm dapat emas sebungkal, aku tak habis2 senyum bila ibu kata dia dah tolong confirmkan pada mak& ayah sebelah... (Terharunya..wuwuwuwuuu T__T).. Then malam tu aku dan En Anda pergi ke rumah ayah sebelah tu dan berbincang tentang hasrat kami secara proper la kann...
Alhamdulillah... ayah sebelah sangat baik sbb bagi kami sewa rumah tu utk RM4XX/- je.... Tanpa deposit bla bla bla, dah ada landline... Syukurrrr sangat!!! What else could you wished for? Rumah sebelah rumah sendiri, tempat yg kita dah biasa makan tidur be*ak bermain sejak kecik, rumah yang sangat banyak sentimental valuenya pada diri ini... Bergenang sekejap air mata ini... Tak sangka dalam dunia ni ada lagi insan yang baik hati mcm keluarga mak&ayah sebelah.... Thank you very much!!!!
Then malam sebelum tidur tu, aku mula terfikir.... Patutlah bermacam dugaan nak call pakcik rumah yang kat SS tu...tp aku n En Anda tak mengeluh pun... then kesabaran menanti sehingga segalanya confirm...akhirnya dibayar dengan rumah yang memang kami idamkan, akhirnya dapat kami diami.... Dengan sewa yang amat berpatutan... Alhamdulillah....
Oleh itu, percayalah setiap ujian yang datang, pasti hadir dengan hikmah yang tak terbayangkan...=)

3 comments:

She-Gnome said...

Insaf membaca ini.

sy mengaitkannya dgn kesusahan sendiri dan berfikir, apakah penghujungnya utk sy?

Adakah nasib sy akan sebaik syeda?

Kerana sesekali hikmah dtg di dalam bentuk menyedihkan.

Saya takut.
Dan darah sy luka-luka.

anastasia said...

suka la baca blog kak sheda. memang banyak bagi inspire tuk sume orang .. Bukan sume orang percaya bahawa setiap kesusahan yang datang itu ada hikmahnya , tapi saya sentiasa yakin setiap yang berlaku adalah perkara yang paling baik untuk saya walaupun bukan semua yang terjadi itu manis....

am said...

this is my kakak.