Sunday, May 24, 2009

Malam yang sepi..pi..pi...

Uwaaa.........'
Jeritan Faris membuatkan aku meninggalkan segala pekerjaan dan berlari ke kamar... Kutepuk2 batang tubuhnya yang comel dan kecil.. Seolah mengerti, Faris, tanpa membuka mata, merapatkan badannya padaku.. Menyembamkan mukanya ke dadaku.. Sambil jemari kecilnya menggenggam erat jariku... Kukucup dahinya, pipinya... Dan dia lena kembali... 

Indahnya menjadi ibu.. Hanya seorang ibu yang bisa menerangkannya.. Walau mungkin ia menyebabkan pergerakan kita terbatas, menyebabkan kita terpaksa berjaga malam, dan bekerja keras melapangkan masa buat diri sendiri... Perasaan itu tak setanding dengan keindahan rasa bila si kecil mendakap kita penuh kasih... 
Aku akui rasa itu terlalu indah dan tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkannya.. Terasa diperlukan bila Faris mencari aku kala terbangun di tengah malam.. Terasa disayangi bila Faris tetap inginkan aku walau saat itu dia masih didakap ayahnya.. Terasa menjadi penyelamat bila Faris diam bila saja aku mengangkatnya... dan terasa diriku begitu cantik bila Faris senyum memandangku....
Namun aku hairan...Kenapa ada orang yang tak nak merasai indahnya perasaan itu? Kenapa ada yang tergamak membuang si kecil yang tak berdosa ini? Kenapa ada yang sanggup menzalimi, malah mengambil nyawa anak2 suci ini? Manusia semakin hilang ketamadunan bila mereka semakin maju... 
Faris buah hati kami... Aku tak dapat bayangkan kehidupan tanpanya... Semoga satu hari nanti dia akan mengerti betapa sayangnya kami padanya... 

Faris menangis lagi...... dan aku mendakapnya erat...

'Tidur ye, sayang ibu... Dah malam ni...'



'

Saturday, May 23, 2009

Sejenak...

Sudah beberapa hari angin dan kehangatan yang selalu kurindui muncul lagi. Kali ini bukan sekejap2.. Matahari tersenyum megah di bumi Champaign-Urbana...
Walaupun masih sedih dengan pembatalan MWG09, hidup harus diteruskan. Lets look for the silver linen..-kata Apek. Memang pun..-kata aku..:) Hari2 terakhir bersama adik2 undergrad yang bakal pulang ke tanah air dimanfaatkan dengn pelbagai acara yang memenuhi diary Summer yang masih kosong. (Dibaca: Sabtu - Final Fling at OD Community Center & Makan2 wit Ustaz's family, Ahad - fishing picnic with Ustaz's family at Lake of the Woods, Isnin - BBQ@Illini Grove, Selasa - Meeting (+makan2)@Asian American Culturak Center, Rabu - Lepak di rumah Teda & Ily, Khamis - Picnic at the Quad, Hari ni - Lunch at Asma's.. )
Ternyata matahari datang bersama harapan bahawa cahayanya bakal menerangi hari2 kami dengan keceriaan... Tapi, manakan biasa ada keceriaan andai tidak dicari? Kan?
Bukan tidak cemburu melihat wajah2 teruja menanti tarikh keberangkatan pulang ke Malaysia. Kalaulah saat ini diberi tiket percuma, pasti saja aku sudah sampai di depan pintu rumah. tambahan pula, bila mendengar ibu yang sudah 2 minggu tidak sihat, hati ini sedikit2 tercalar... Semoga ibu cepat sembuh...
Aku dan Encik Anda ada merancang beberapa acara untuk melepaskan diri dari kesunyian yang menjadi teman setia bila cuti menjelma di CU. Kalau tiada aral melintang, Insya Allah kami bakal merentas negeri jiran.. Hmm..updatenya, biarlah aku ceritakan nanti, di post seterusnya (-selepas pulang..:))



Wednesday, May 20, 2009

Maaf dan Semangat...

Manusia tak pernah sunyi dari kesilapan.. Setiap kita melakukan kesilapan.. Baik yang ternampak secara zahirnya, mahupun yang tidak terlihat.. Itu lumrah...
Dan apakah pula lumrah bagi orang yang bersalah? Lumrahnya ialah meminta maaf.. Dan kemaafan bukan sesuatu yang mudah dilafazkan, sekurang2nya bagi sesetengah orang...
Akhir2 ini aku semakin belajar bahawa melafazkan maaf, walaupun dituntut, masih tak mampu mengubat hati yang tercalar.. 'It's easy to forgive, but not to forget..' kata orang...Benar sekali, dan ia berlaku pada banyak jiwa.. Apatah lagi ucapan maaf yang hanya dinyatakan secara kias tanpa ikhlas (atau mungkin ikhlas yang tak tergambar) - 'Sorry for your inconvenient'.
Namun, ada ketikanya, hanya maaflah yang mampu kita luahkan, yang termampu kita lafazkan.. Kerana tiada kata secantik bahasa lagi yang mampu dikarang untuk menyatakan bahawa kita menyesali segala yang terjadi, malah lebih menyedihkan, kudrat kita tak mampu mengubah keadaan...

Aku mengomel terlalu panjang tentang maaf... Tapi itulah hakikatnya...

Buat yang telah berkobar2 mengumpul semangat juang untuk bertarung di gelanggang UIUC, maaf kerana tahun ini kita tak dapat bertemu.. Bagi yang telah melaburkan modal menempah tiket kapal terbang, tren, menyewa kereta dan sebagainya, maaf kerana tiada pampasan yang mampu kami perjuangkan buat kalian... Buat segala cerita indah malam Midwest, kehangatan debat Student's Conference dan keenakan ayam dan daging halal Midwest Dinner, maaf kerana tiada titik pertemuan di hujung jalan yang kita pilih....
Kita hanya merancang, Tuhan lebih mengetahui mengapa ia tidak berlaku... Swine flu lebih menakutkan sesetengah orang berbanding api semangat yang kita nyalakan...
Apapun, kalian telah melakukan segala yang terbaik.. dan kenangan bekerja untuk acara yang tak terlaksana ini pasti akan memberi pulangan yang lebih bermakna kelak...

Midwest Games 2009's committee...u guys rawk!

Tuesday, May 12, 2009

Selamat Hari Lahir - Mac dan Mei...

'Kakak, masa awak kawen dulu, berape belanjanya?...'
'Kakak, sebulan berapa awak simpan sebelum bertunang?..'
'Kakak, peningla duit mcm short je bulan ni..'
'Kakak, tolong review artikel adik...'
'Kakak, bila nak balik?..Rindu kat Faris...'

Aku - '???'
Aku - ' Adik-adikku sudah makin dewasa....'

*Senyum..*

Adik-adikku,
Rindu saat kalian masih dalam dakapku....
Rindu zaman kanak-kanak dan remaja yang kita kongsikan...
Rindu...kalian...

~Kakak

Monday, May 11, 2009

Yang Tersurat..Yang Tersirat...

Sejambak bunga tanda kasih tidak dapat sedikitpun menggambarkan hutang kasih dan budiku pada ibu. Apalah nilainya sejambak bunga untuk dihakimi sama tinggi dengan cinta dan kasih sayang yang telah ibu taburkan sejak aku menghuni bumi fanaa ini?


Pertama kali menjadi ibu, baru aku mengerti mengapa seorang ibu sanggup bergadai nyawa demi anaknya. Ibu mengajarku meletakkan diriku di tangga ketiga, selepas suami dan anakku..Dan berbelas2 tangga selepas mencurah cinta pada Allah, rasul, ibubapa, keluarga, guru dan teman2..Terlihat betapa murninya kasih yang selama ini hanya aku adili dengan mata jahil seorang anak.


Aku belajar bahawa keluarga yag paling utama melalui ibu. 'Walau sesibuk mana pun, jangan lupa masak untuk keluarga.. Air tangan seorang ibu membawa barakah buat seisi keluarga,' kata ibu. Justeru, walau letih dengan tugas seorang isteri, pelajar, dan ibu...aku masih meluangkan masa untuk menjamu keluarga dengan apa yang termampu tangan ini sediakan. Ibu membekalkan aku dengan ilmu yang cukup untukku menjalankan tugasku yang satu ini. Baru aku terpandang betapa berharganya 'waktu latihan' yang telah ibu luangkan untukku. Sekurang2nya, aku tak malu berada di rumah mentua, sambil2 aku belajar, dapat juga aku bertukar rasa....


Ibu mengajar aku untuk menghormati orang tua. 'Yang tua dihormati, yang muda dikasihi..,' kata ibu. Aku masih ingat pelajaran pertama yang paling penting dalam hidupku ialah belajar menyalam dan mencium tangan orang yang lebih tua... Kemudian, tunduk jika melintas di hadapan orang tua, dan jangan menyampuk jika tak diminta. Ternyata, berada di bumi asing ini, nilai itu amat kurang terlihat. Apatah lagi, budaya barat yang mengajar kanak2 menyuarakan rasa semahunya. Aku akui, aku jadi jengkel melihat anak2 yang tidak mengerti untuk memperlihat rasa hormat pada org tua. Dan ternyata, didikan yang berbeza oleh anak2 'rumpun kita' jelas terpamer melalui cara mereka melayan orang tua... Kerana itu, aku tak terlalu bangga Faris lahir di tanah Uncle Sam ini.. Aku ingin dia terdidik dengan nilai murni kebanggaan masyarakat timur...Semoga Faris menjadi anak yang berhemah tinggi....


Kata ibu, kita tidak hidup sendiri di muka bumi. Maksudnya, apa jua tindakan yang kita ambil, pasti akan meninggalkan kesan kepada orang lain. Kita perlukan kawan, kita perlukan jiran.... Jadi, jangan sampai kita melanggar sempadan yang ada, namun jangan pula sampai kita terlalu jauh dr sistem mereka.. Ibu mengajarku agar berfikir sebelum bertindak kerana hidup kita ini dilingkari oleh sistem2 luar yang pelbagai. Ada hati yang perlu dijaga kerana kita tidak hidup sendiri di dunia. Jangan sampai kita mementingkan diri semata2... Ibu mengajarku bergaul mesra dengan masyarakat. jangan jadi kera sumbang..'Jangan sampai jiran sebelah rumah meninggal pun kita tak tau dan masih keluar bekerja'... Itu pesan ibu yang aku ingat sampai bila2..


Ibu membekalkan aku dengan kemahiran mengaji, menyanyi, bersyarah, berpidato, bersyair, dan berpuisi... Walau aku bukan yang terhandal antara yang berbakat, namun aku tak pernah gagal memberi saingan.. Yang penting, kata ibu, aku mencuba... Teringat setiap kali aku perlu berlatih, ibulah yang akan menjadi guru yang paling istimewa..kerana bisa aku bawa pulang ke rumah... Aku selalu ingin bermarhaban dan mengaji sehebat ibu.. walau ibu juga mungkin bukan selalu di tempat pertama, namun ibu sentiasa menjadi juara buatku...


Walau aku akui, ibu mengajarku banyak perkara, ibu juga tidak mengajarku bermacam benda.


Ibu tak pernah mengajarku berdendam dengan orang. Kaat ibu, 'pemaaf itu lebih dikasihi Allah..yang bersabar itu lebih mulia..' Justeru, itu kata hikmat yang aku jadikan bekal hingga kini..Bukan lemah, tapi malu terpuji... Bukan tak tahu menegakkan hak, cuma membezakan taraf insan penyabar dengan mereka yang bertindak melulu....


Ibu tak pernah mengajarku berkasar pada sesiapa, termasuklah pada jurujual yang kadangkala menyakitkan hati... 'Pilihlah ayat terbaik dan elakkan kalau perlu..jgn sampai bertelagah..' Kerana itu, aku selalu jadi tak sampai hati, terutama kalau ada yang mahu datang berjual..Jalan keluarnya, aku elakkan bertembung dgn mereka...


Ibu tak pernah mengajarku berdusta...Kejujuran kunci kepercayaannya padaku.. Kerana itu, aku merengsa andai tidak bercakap benar... Rasa berdosa pada Pencipta, rasa bersalah pada ibu... Dan aku sendiri benci pendusta... Katakanlah yang benar, walau ia menyakitkan, namun pilihlah perkataan yang paling melegakan...


Ibu tak pernah mengajar aku berhenti merindui keluarga walau aku kini jauh daripada mereka.. Malah, semakin menjauh, semakin rindu itu mendera.. Kerana kasih ibu, aku jadi rindu sepanjang masa.. Keakraban kami membuat aku tiada teman sebaik ibu. Walau kini aku sendiri seorang ibu, aku masih memerlukan kehadiran ibu dalam hari2ku.. Bukan sekadar hari sepi, malah di celah2 warna pelangi ceria...


Aku hargai tulus hati ibu yang tidak mahu aku risau di sini. Ibu tak pernah menceritakan masalah keluarga di rumah. Semua sihat, semua baik2 saja.... walau ada kala bukan itu yang kudengar dari adik2ku... Kalaulah aku berada di rumah.. Kalaulah dapat aku datangkan cucu kesayangannya ke pangkuannya...


Ibu, teman paling akrab yang Tuhan kurniakan buatku.. Walau nahuku kini adalah nahu suami, namun hakikat bahawa aku terlahir dari rahim ibu tak pernah berubah.. Hakikat bahawa susu ibu yang membesarkan aku, jua takkan berubah... Dan hakikat bahawa aku selalu menyayangi ibu, takkan dapat digambarkan dengan hanya sejambak bunga. Ibu ratu hatiku setiap masa...





Selamat Hari Ibu, Ibu...





~Adik

Thursday, April 23, 2009

Suara syahdu di dinihari......

4.39 am..Central time, IL....

Aku sedang bertungkus-lumus mengerjakan tugasan saat azan tiba2 bergema di corong 'peti ajaib' ini... Entah mengapa, hati ini begitu terusik..

Tiba2 teringat azan Subuh yang selalu kudengar di bulan Ramadhan... Petanda sudah tamat waktu bersahur, tanda sudah tiba masa menghadap Allah SWT dan meninggalkan segala pekerjaan duniawi....Waktu untuk sujud dan menyerah...Selayaknya seruan yang memanggil untuk bersolat berbanding meneruskan tidur di atas tilam yang empuk.....

Kemudian, baru aku tersedar, Ramadhan tahun ini juga bakal aku lalui tanpa keluarga tersayang yang jauh di tanah air... Lalu, lakrimaku menitis....Sunyi......

Namun aku bersyukur..sekurang2nya tahun ini aku punyai Faris... Permata hati harapan aku dan Encik Anda... Sekurang2nya pagi lebaranku akan terisi dengan melayani Faris sebagaimana lazimnya setiap pagi yang normal di Urbana...

Mungkin tangisannya akan menghentikan tangisanku di pagi lebaran nanti..Mungkin... Mungkin jerit tawanya akan mengurangkan rindu di hati ini...Itu juga mungkin....Namun, hakikat bahawa selepas lebaran menandakan makin hampir waktu untuk aku dan keluargaku berkumpul semula, itu adalah penguat semangat buatku terus tersenyum...Itu pasti....

Entah..Azan pagi ini begitu menyentuh hati... Begitu indah bahasa Allah SWT... Terasa kerdilnya aku sebagai hamba...

Wednesday, April 8, 2009

Doa..

Kata orang, 'hati2 bila berdoa..'..

Allah itu Maha Mendengar, dan begitu jujur dalam menafsir doa kita.. kerana hakikatnya rahmat Allah itu Maha Suci...

Aku senyum sendiri.....

Jujur, aku akui, benar kata2 di atas..

Saat aku mengandungkan Faris, aku begitu berdoa agar dipermudahkan.. Kalau boleh biar mudah segalanya...Mudah mengandungkannya, mudah melahirkannya.. Malah acapkali berdoa, aku sebut satu2...

'Ya Allah, jika anak ini kau pinjamkan buatku, maka permudahkanlah bila aku mengandungkannya, melahirkannya dan membesarkannya... '


Ternyata, proses mengandungkan Faris amat mudah. Aku tidak mengalami sebarang alahan, aku tidak mengalami morning sickness. Aku gembira berbadan dua. Aku sentiasa menikmati hari2 membawa Faris dalam perut yang sentiasa makin membesar... Aku masih tega berada dalam pesawat berbelas2 jam untuk sampai ke sini... Bukan mudah, namun aku masih gagah...


Saat hatiku risau kalau2 aku akan menghadapi masalah untuk mendapatkan insurans buat Faris, aku dibantu oleh insan2 yang pemurah dan berhati mulia, yang akhirnya menjadikan aku begitu mudah mendapatkan sumber yang aku perlukan sebagai persediaan menyambut kelahirannya...


Kemudian aku berdoa semoga proses melahirkan Faris dipermudahkan. Aku banyak sangat membaca doa mengurangkan kesakitan waktu bersalin. Hingga akhirnya, aku tidak langsung dapat merasa sakit itu.. Walau setelah diinduce, walau setelah dipecahkan ketuban dan ditahan selama 4 jam di hospital... Faris dilahirkan melalui C-Section... Yang mana aku tidak merasa peritnya akibat anestetik yang menyebabkan aku kebas seluruh anggota....


Kemudian aku bertanya pada diri.. Tidakkah aku ingin merasa sakitnya melahirkan?

Sudah tentu.. Kata ibu, ia adalah kesakitan yang paling sakit antara segala sakit... Namun ajaibnya, ia hilang tatkala bayi yang dikandung sampai ke dakapan kita....

Aku ingin, ingin merasai keajaiban tersebut.. Namun aku takut andai aku berdoa untuk merasa kesakitan itu, kesakitan yang dikurniakan akan membuatkan aku merasa seolah aku telah tersilap memasang doa... Walau aku sentiasa mengerti dan menerima bahawa Allah takkan menduga makhluknya andai ia bukan sesuatu yang mampu kita galasi...

Yang pasti, doa harianku tidak pernah terlupa untuk kuseru nama suamiku, ayah dan ibu, abang dan adik2, kaum keluargaku, guru2 yang berjasa padaku, teman2 yang banyak mengajarku erti hidup, muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau pun yang telah pergi, juga mereka yang memusuhiku, walau tanpa aku sedari... Dan aku tidak pernah berdoa sesuatu yang buruk walau pada insan yang membenciku...

Buat Faris, doa ibu...

'Semoga kau menjadi insan yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti terpuji, sempurna iman dan akalmu, cerdas dan cergas mental dan fizikalmu, berjaya dalam apa jua yang kau lakukan, berjaya dalam pelajaran dan kehidupan serta menjadi insan yang berbakti kepada agama, keluarga, dan masyarakat.....'

Dan jujur...itulah yang aku ucapkan dalam doaku setiap hari........