Friday, February 9, 2007

Tak pernah aku menolakmu...

Walau sebesar mana amarah ini membara
Tak pernah sekali aku menolak bila kau ingin hadir memujuk...
Tak pernah kutinggalkan kau keseorangan dengan seribu sesal di dada..
Aku pasti berpaling kembali padamu
Walau sejauh mana cubaku melangkah pergi....
Walau terkadang sikapmu terlalu menguji...
Tapi aku redha..kerana manusia itu lahirnya memang unik..
Hadir dengan pelbagai keistimewaan...
Yang tersendiri...

Namun kau tega menolak hadirku...
Yang ingin menjernihkan kembali kolam yg keruh terkocak dengan kealpaan...
Kau menidakkan gurauanku dan menjadikan ia suatu alasan membenciku....
Dan kau tidak sedar betapa aku berkecil hati....

Kau pengasih...
Namun kadangkala membuat aku tersisih.....

Monday, February 5, 2007

Aku dan Tok Wang...

Kelapangan hujung minggu memberikan aku kesempatan menghadiri majlis perkahwinan Firdaus, anak Cik Nor, sepupu ayah. Seperti biasa, bila dah semua berkumpul, yang datang jauh dekat, masing-masing seolah punyai terlalu banyak cerita untuk dikongsi, kenangan untuk diimbas kembali dan duka yang cuba diubati....Seolah-olah inilah masanya pertemuan yang dinanti....

Dari kejauhan, aku mengecam kelibat seseorang yang telah lama tidak kutemui...Hampir dua tahun...Wajah yang amat kurindu....Nyai Iti.....Lalu langkahku semakin deras merapatinya...Inilah nenek saudara yg amat sering memanjakan aku suatu tika dulu...Aku menjadi kesayangannya dan suaminya, Tok Wang...Tok Wang lah yang sering meladeni setiap kemahuan, kemanjaan, kenakalan dan karenahku semasa aku masih bergelar anak-anak....Memang aku bukanlah cucu mereka, aku juga bukan anak kandung mereka..namun keakraban mereka denganku seolah hanya akulah satu-satunya cucu saudara yang mereka ada..

Nyai Iti semakin dimamah usia. Kedut di wajahnya menunjukkan dia semakin berusia...Walau dia kulihat masih gagah mengukir senyum, namun aku tahu di hatinya dia telah terlalu banyak menghadapi saat2 yg amat menggetarkan..Namun aku kagum..dia tetap tabah dan ceritanya masih juga seperti dahulu...Gemar mengusikku dengan gurau dan canda yg bisa membuat aku terkenang kembali saat dimanjakan olehnya dan Tok Wang....Semenjak pemergian anak sulungnya, Cik Im..Aku jadi jarang menemuinya di keramaian keluarga..Mungkin aku yg hadir bila dia tiada atau dia yg datang bila aku tidak turut serta....Tapi, aku memang menanti saat bertemunya semula.....Banyak dendam rindu yg ingin kutebus...dan bertemu dengannya hari itu memang membuatkan aku terlalu teruja....

Tok Wang, suaminya memang baik..Dia amat gemar mengusikku dan kadangkala usikannya membuat aku menangis. Namun kasih sayang ini tak pernah luput buatnya. Aku merengek namun akan kembali juga padanya minta dipujuk..Setiap kali dia berkunjung ke rumah, akulah yang akan berlari untuk minta didukung dan duduk di atas ribaannya. Keletahku membuatkan anak bongsunya cemburu. Namun Tok Wang memang akan memanjakan aku....Aku jadi terlalu rapat dengannya hinggakan aku seolah merampas tempat anak bongsunya yg seusia denganku itu...Maklumlah, aku perempuan, dia lelaki, mestilah aku yg Tok Wang manjakan....Bila lama Tok Wang tidak menjenguk...Aku jadi rindu...Sampai demam2....Ibu dan ayah terlalu faham betapa aku sayangkan Tok Wang...Tok Wang selalu membuatkan aku merasa seperti seorang tuan puteri...Apa saja yg kuhajati, akan dipenuhi...sehingga ibu dan ayah terpaksa menyekat permintaanku daripada dilayani.....

Shukor akan cepat menyampah bila namaku disebut. Dia pantas akan menolakku bila aku berlari ke arah Tok Wang...Kadangkala kami berebut duduk di riba Tok Wang..Dengan badannya yang semangat dan tubuhku yg boleh tahan juga sihatnya semasa kanak-kanak dahulu, aku rasa Tok Wang sahaja yang larat memangku kami....Tok Wang besar dan tegap orangnya...Dia akan segera ketawa bila aku dan Shukor bergaduh dan saling berebut minta dimanja..Namun kami membesar dengan aku dan Shukor menjadi agak akrab. Ada satu ketika, aku boleh bertukar cerita dan meminta pandangan daripadanya. Tok Wang pasti bangga dengannya kini kerana dia telah menjadi guru...Seperti Nyai Iti...

Hujung minggu nan lalu kami bertemu semula..Serasa tidak ingin melepaskan peluk mesra Nyai Iti dari dakapan...Kucium puas2 wajah yang lama tidak kutatap..Entah mengapa, serasa aku begitu merindui usikan dan gurau mesra yg pernah aku kecapi semasa aku masih kanak-kanak. Komitmen tugas dan kesibukan memenuhi pelbagai acara kadangkala membuat aku tidak dapat berkumpul sama bila ada perhimpunan ahli keluarga...Ternyata pertemuan sekali ini bagi diriku amat bererti..Ia menerbitkan rasa rindu yang amat sukar kufahami...Pada Nyai Iti, zaman kanak-kanakku dan...Tok Wang.....

Aku dan Shukor masih bergaduh tentang siapakah yang selalu menang bila berebutkan tempat di riba Tok Wang...dan aku tidak mahu kalah....Nyai Iti hanya tersenyum menampakkan jelas wajahnya yg semakin ditelan zaman...Kalaulah Tok Wang ada, pasti dia pun akan ketawa....

Tapi kini, Tok Wang tiada lagi...dan akulah antara insan yg amat terasa ketidakhadirannya hari ini...Entah kenapa, semenjak pertemuan semula dengan Nyai Iti, dengan Shukor dan kakaknya, aku amat merindui Tok Wang....Kalaulah Tok Wang masih ada, tentu dia akan turut mengatakan bahawa aku telah dewasa...dah tak boleh nak dipeluk cium lagi seperti dahulu....tapi kalau diberi peluang dan keajaiban itu ada, aku akan tetap mencium Tok Wang kerana semenjak kali terakhir pipinya kucium...dia tidak pernah membuka mata lagi....

Al-Fatihah buat Cik Im dan Tok Wang....