Thursday, February 14, 2008

Bersendiri.....


Hujung minggu ini nampaknya aku bersendiri...Suami tercinta ke selatan tanah air menjalankan tugasnya...Kadang2 terfikir gak, kenape lain sangat perasaanku kali ini?Mungkin semenjak berkahwin, kami belum pernah berpisah selama dan sejauh ini...4 hari bukan sekejap... Ada resah yang terbit di sudut hati...Walaupun ini adalah tugas rasmi pertamanya bersama SmartzFitness, entah mengapa aku jadi begitu lemah menepis rindu.....


Apapun, semoga dia selamat selalu. Aku cuma mengharapkan dia segera menyelesaikan tugasnya dan kembali ke Serdang. Mungkin ini yang dikatakan demam bulan madu...Setiap hari dimanja olehnya, membuatkan aku menjadi tidak biasa jauh darinya.....Seorang teman pernah mengatakan, mengapa orang yang belum kahwin, boleh hidup sendiri selama berpuluh tahun, tp setelah berkkahwin, sehari tanpa dia seolah suatu yg menyeksakan...Aku mengaku, aku salah seorangnya...Entahlah, mungkin itulah sbb mengapa Allah suruh kita berkahwin..Kerana ia akan memberikan kita ketenangan dan hidup dalam kasih sayang....


Aku akan sabar menanti dia kembali... Semoga dia dilindungi dalam jihad mencari rezeki buat menampung hidup kami... Ya Allah, lindungi suamiku, perjalanan pergi dan pulangnya.. Jauhkan dia daripada malapetaka, bahaya bencana dan kemalangan...Semoga dia akan pulang segera ke dakapan mesra kasih sayangku....

Tuesday, February 12, 2008

Mengenangmu...Auntie Gene...(1957-2008)

Tahun 2008 ini aku hujani lagi dengan air mata..Baru masuk bulan kedua, namun aku telah kehilangan dua orang yang membawa erti dalam hidup ini. 7 Februari 2008...saat segelintir teman2 sedang bersiap meraikan Tahun Baru Cina...Berita pemergian Auntie Gene membuat kami sekeluarga hilang keghairahan bercuti panjang...Lama sudah dia tidak mampu menguruskan diri sendiri..akhirnya dia pergi jua....

Auntie Gene begitu akrab dengan keluargaku..Semenjak aku kenal erti hidup sebagai kanak2, aku telah diperkenalkan dengannya...Aku membesar dengan dia sentiasa ada dekat di hati keluargaku...Terlalu peramah dan baik hati..Itu yang dapat aku simpulkan tentang personalitinya....Semua raya yang disambut oleh rakyat Malaysia, akan diraikan dengan mengadakan rumah terbuka...Dia teman baik ibu meniti pahit getir kerjaya di UPM ini..Memang ibu terlebih dahulu bekerja di UPM namun mereka telah bersama semenjak ibu mula2 ditempatkan di makmal SRT, FPP....

Mengapa aku terlalu bersedih dengan pemergiannya? Ada sesuatu yang mengikat aku, keluargaku dan Auntie Gene...Kasih sayangnya padaku membuatkan aku dan adik beradik lain menganggapnya sebagaia seorang ibu..Memang dia tidak pernah berkahwin, namun dia menyayangi kami, anak2 ibu ini umpama anak sendiri..Didikan penuh nasihat, dibelikan makan dan pakai, dibawa berhibur dan bercuti...Lalu apakah lagi bukti yang diperlukan untuk mendalami kasihnya?

Terlalu sedih aku dengan pemergiannya..Ada air hangat mengalir dari kolam mataku...Seperti yang tercatat di akhbar, dia terlalu muda untuk pergi kerana anak bangsa masih memerlukan ilmunya...Teringat aku kali terakhir aku bercakap dengannya semasa tahun baru...Dia sudah tidak pandai bercakap namun aku mampu mengesan kegembiraan di nada suaranya bila kukhabarkan aku telah mendapat tempat belajar di Illinois...Dia pendorong utama yang menyuruh aku ke sana...'Pergilah kakak...go for it...u can do it...' Masih bergema suaranya tatkala memberikan aku sokongan moral waktu mula2 ingin memohon melanjutkan pelajaran...

Dahulu, aku bersedih dengan keputusan SPM ku..namun dia masih tersenyum dan memberikan semangat..'It's not d end of the world, kakak...'. Acapkali bila aku melawat ibu di tempat kerja, ada saja yang dititipkan buatku, duit belanja, makanan etc...Setiap kali juga aku akan mencium tangannya, menciumnya yang sentiasa manis berbaju kurung...Kasih sayang kami bertaut erat..

Semenjak aku mengikat tali pertunangan, dia beria2 menyuruh aku berkahwin segera..'Auntie dah tak sabar nak buat baju la kakak...', katanya...Namun saat aku bersanding di atas pelamin, dia masih sakit dan tidak dapat bersama...Seolah satu sumpahan, mereka yang terlalu ingin melihat aku bersanding tidak dapat bersama...Pilu hati ini hanya Tuhan saja yang tahu...Tak sempat untuk dia melihat aku bersanding, tak sempat aku nak memperkenalkan suamiku, apatah lagi anak-anakku....

Ibu adalah yang paling merasai pemergiannya...Manakan tidak, ibu dan dia ibarat adik beradik...Mereka saling melengkapi..Ibu amat sedih bila terpaksa bertukar tempat kerja, dan tambah sedih bila Auntie mula sakit..Niatku menghantar ibu ke Sarawak sekali lagi untuk melawat Auntie hanya tinggal niat yang tidak mungkin terlaksana...Auntie Gene sudah tiada lagi..

Tak tau di mana hatiku berada...Tak tahu bagaimana ingin menghadiahkan doa buatnya..Dia terlalu baik berbanding sesetengah orang Islam yang aku kenali..Cuma bukan rezekinya menerima hidayah itu...Uncle Mat yang setia bersama pasti lebih sedih lagi...Dan aku menatap satu lagi wajah mereka yang kehilangan mereka yang dicintai.....

Auntie, walau di mana auntie berada kala ini, kakak berharap auntie bahagia...Entahlah, kala ini tiba2 aku angankan keajaiban...Yang tentu takkan jadi kenyataan...Terlalu besar kasih kami pada Auntie Gene..Seolah kami hilang seorang pembakar semangat yang tak pernah jemu menasihatkan kami dengan penuh kasih sayang...Andai aku berjaya nanti, sebahagiannya kerana dia...Kerana Auntie Gene yang akan selalu kurindui....

With my heartfelt condolences....KAKAK