Saturday, September 13, 2008

Musim panas yang dingin.....

Segalanya memerlukan masa...
Penyesuaian terhadap segalanya yg baharu....
Tempat baru, tanggungjawab baru, kerinduan baru, semangat baru...
Plus..menanti kehadiran orang baru....

Alhamdulillah, esok genap sebulan aku dan en anda berada di sini, di Illinois...Dalam masa sebulan ini,bermacam situasi yang kami lalui bersama...Kepayahan menanggung sakit belakang dalam kapal terbang, kepayahan bila keluar bershopping barang2 dapur dengan menaiki bas..Aku yg ke kelas,namun en anda juga terasa dirinya dijadualkan mengikut aku ke kelas...Berdepan dengan kesejukan dalam musim panas yang dingin di sini....Hmm..segalanya terlalu indah dan banyak untuk dicoretkan...
Yang pasti,pengalaman mendewasakan...Aku makin tabah, Insya Allah... Mungkin kerana connection to internet semakin ok, aku takde masalah lagi berhubung dengan orang2 tersayang di tanahair, aku dapat bercakap dengan mereka bila2 sahaja yg aku inginkan...Jadi emosi aku tak terlalu terganggu memikirkan segenap kerinduan di sudut jiwa.....:)

Pengalaman sebagai pelajar graduate di US...banyak memberitahu bahawa tempoh ini adalah masa yang amat sunyi buat diriku... (Just like u said it,Bet...)..Tp aku berusaha mengatasi tiap rasa yg ingin terluah dengan memandang kembali pengorbanan dari seseorang yang bernama suami.....Jua amanah yang telah digalaskan ke bahu ini oleh mereka yang telah membawa aku ke sini...Ia tak mudah, namun aku yakin aku mampu andai aku tabahkan hati.....

Mata di luar memandang aku bertuah kerana dapat sampai ke sini...Aku pula memandang diriku sebagai insan kerdil yang hanya terpilih kerana nasib yang menyebelahiku...dan itu bukan bermakna aku boleh tertawa sesuka hati...Kerana imbalan yang diharapkan bukan sedikit....


Aku tak tau kenapa tiba2 aku jadi emosi cum energetic pagi ini...
Mungkin matahari yang kurindu muncul semula selepas dua hari tak menjenguk diri...
Jadi aku lebih bertenaga....dapat vitamin D...heh...

Thursday, September 11, 2008

The Quad!



Ini Main Quad. Tempat budak U*UC lepak berjemur sambil tunggu waktu kelas. Bebas najis mughallazah kerana tiada haiwan 'rakan baik manusia' hidup bebas di kawasan ini. Juga bebas pacat. Tungau tak tahu pulak kerana setakat ini tiada laporan dibuat.

Wednesday, September 10, 2008

Ramadhan di U*bana Ch*mpaign

Salam ramadhan buat semua. Hari ini genaplah 8 hari kita menunaikan tanggungjawab ketiga sebagai muslim yakni "Mengelakkan diri dari makan dan minun serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari" di bulan ramadhan yang barakah ini. Alhamdulillah, di sini tidaklah kami menempuh sebarang kesukaran untuk berpuasa walaupun cuaca di sini agak sejuk, selalu je terasa macam nak minum teh O dan pisang goreng.

DETIK DAN WAKTU
Waktu subuh di sini pada masa ini adalah pukul 5.13am dan semakin hari semakin lewat. Tidak pula diketahui waktu imsaknya kerana waktu solat ini kami perolehi dari internet, tidak tertulis waktu imsak. Kalau dulu kami berjaga-jaga dengan waktu imsak, disini kami pulun sampai dekat-dekat azan subuh. Azan dari internet, boleh buat pilihan azan m*kah, m*dinah atau m*sir..

Waktu berbuka pula pada masa ini 7.13pm dan semakin hari semakin awal. Juga azan live dari internet.

BUKA PUASA
2 hari lalu kami berbuka di Masjid. Di Ch*mpaign ini terdapat sebuah masjid. Berkeluasan seperti Dewan Ide*l U*M dan mampu menempatkan seramai 300-400 jemaah, Mungkin (I'm not good at it!). Lokasinya kawasan perumahan sebelah kampus. Sangat mudah untuk dicari namun sangat sukar untuk mencari parking. So, be cool car pool. Salah parking, anda akan diberi tiket(saman) dalam USD20 atau di tow USD250 per day.... Cabaran bagi orang2 yang beriman..

Purata jemaah dalam 200 orang semuanya (lelaki , wanita dan kanak2). Kebanyakannya dari timur tengah.

Berbuka di masjid, kami dihidangkan dengan jenis makanan dan volume orang timur tengah. Kebetulan time tu turn mereka sedekah iftar. Nasik macam nasik beriani untuk 2 orang makan, ayam 2 ketul seorang, kuah dal dan sayur. Punyalah banyak, kebanyakan orang asia tenggara, (kawan2 malaysia dan indonesia) tak habis tapi dipaksa juga habiskan kerana mereka tidak mahu berlaku pembaziran. Siap ada orang tunggu kat tong sisa lagi. Ada member tu tak larat nak habiskan dan siap ada orang tolong habiskan nasik dan ayam beliau. Hu hu.... No komen.

Tiap-tiap hari ada turn untuk organisasi berlainan. Tapi tidak pula diketahui menunya kerana itulah kali pertama dan terakhir setakat ini kami berbuka di situ.

Semalam kami ke bazaar Ramadhan. Walaupun agak suntuk sempat juga kami membeli ayam percik setengah ekor dan nasik kerabu. Oh, tidak lupa juga kuih akok yang menjadi kegemaran.

Ceh, berangan... semalam kami tidak kemana-mana. Syeda tiada kuliah untuk dihantar, Mas Eko tidak menghantar surat khabar untuk diteman, peti ais masih penuh untuk diisi dan pakaian masih suku bakul untuk dibasuh di laundry. So, duduklah dirumah menonton TV cerita Ob*ma dan McC*in meraih undi.

CUACA
Tadi cuaca agak baik. Cahaya matahari menyinar terik namun suhu agak sejuk. Dalam 16-17 darjah Celcius. Panas tapi sejuk. Hmmm.. sejuk dan bercahaya. Tak tahu pulak nak describe macam mana. Yang pastinya cerah, sejuk dan perlu bersweater.. Suhu tatkala blog ini ditulis pula adalah 12.6 darjah celcius..

http://www.wunderground.com/cgi-bin/findweather/getForecast?hourly=1&query=61801