Friday, July 11, 2008

Berdua lebih baik.....

Bulan terakhir di tanahair agak memenatkan.. Segala urusan berkaitan 'pemergian'ku harus diselesaikan..Alhamdulillah, dengan sokongan dan bantuan suami tercinta yang sentiasa menjadi tulang belakangku, segalanya dapat kuuruskan dengan teratur dan mudah.. Bukanlah urusan ni jadi mudah atau senang tapi kehadirannya menjadikan hatiku tak pernah berputus asa walau apa juapun dugaan yang melanda...
Hampir separuh persiapan telah dilakukan, terutamanya yang melibatkan dokumen penting dan penempatan di sana... Yang harus diuruskan kini; bagaimana untuk memenuhkan beg yang minta diisi... Ini perjalanan jauh kami yang pertama, bersiap pun untuk bertiga, bukan sekadar berdua.. Tp buat masa ini, memang berdua lebih baik..
Suamiku, terima kasih.....

Cukup Sudah....

Habis sudah masa berkabung....
Aku bangun dgn semangat baru di bulan Rejab nan mulia ini..
Belajar menerima bahawa bulan sebelum Ramadhan adalah masa Allah mengambil roh2 mereka yang dikasihi-Nya...
Al Fatihah buat semua yang telah pergi.....berturut2 di bulan Jun lalu....

Allahyarhamah Masanah Abdullah, Allahyarham Hj Selamat Idros, Allahyarham Abral Hj Isa, Allahyarham Mohd Hafiz Abdullah, Allahyarhamah Noryati Mar'ah dan Allahyarham Idris....
Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya jualah kita kembali....