Saturday, September 5, 2009

Bukan Ibu Tak Sayang...

Muhammad Faris Safiy,

Maaf sayang, ibu terpaksa tinggalkan Faris tadi... Faris tahu tak betapa berat kaki ibu nak melangkah keluar tinggalkan Faris dengan ayah di rumah? Melihat anak mata Faris yang bersinar-sinar, ibu rasa macam tak jadi nak keluar... Apatah lagi bila Faris menangis sebab ibu letak Faris dekat ayah.. Faris merangkak peluk kaki ibu, sambil nangis kuat2..Kesiannn anak ibu.... Ibu terpaksa juga keluar sebab ibu kena pergi kelas... Kalau tak, nanti ibu tak pandai.. Macam mana nak ajar Faris... Nak ajar kakak2 abang2 Faris di UPM? Ingat tau, ibu tinggal sebab ibu sayang, bukan ibu benci....

Ingat tak sebelum tu kita main peluk2? Ibu peluk Faris kuat2, lepas tu Faris peluk ibu balik..kuat2? Siap ada sound-effect lagi...:) Lepas tu pagi tadi Faris temankan ibu bersahur macam biasa... Faris macam tau2 je dah berapa hari ibu bersahur sendiri, Faris selalu bangun teman ibu, lepas tu Faris tidur balik lepas ibu sembahyang Subuh. Thanks, anak ibu... Ibu sunyi bila ayah pergi kerja tapi Faris selalu buat ibu ceria...

Ibu seronok melayan karenah Faris.. Faris dah pandai usik ibu sekarang ye?... Suka acah2 ibu balik kalau ibu kata tak boleh... biase nii..:) Sekarang pun Faris manja sangat dengan ibu... Kadang2 sampai ibu tak boleh nak buat kerja.. Nasib baik ada ayah.. Walaupun ayah kadang2 garang dengan Faris, tapi ayah sayang Faris... Ayah marah sebab sayang, bukan benci tau... Tu dah tanggungjawab ayah... Dia kan ayah...

Faris dah pandai tepuk tangan bila ibu nyanyi Tepuk Amai2... Faris goyang kepala dan badan bila dengar muzik.. Faris khusyuk bila dengar nasyid 25 Rasul, siap marah kalau nasyid tu terhenti... Faris merangkak keliling rumah, meniti dari satu sofa ke satu sofa... Siap tolong ibu punggah barang utk dikemas... Bila ibu melipat kain, Faris pun tolong kirai2kan... Kadang2 Faris tolong tutupkan TV, atau tukar channel waktu ibu asyik tengok cite Drop Dead Diva... Kalau nak disenaraikan, tak cukup muka surat apa yang ibu lihat Faris buat dan pelajari setiap hari... Ada je benda baru yang Faris kuasai... Alhamdulillah...

Cuma, ibu tak tau kenapa Faris belum tumbuh gigi..... Takpelah, takde gigi lagi pun masih comel lagi sekarang ni..:)


Anak ibu,buah hati...

Ingat tau... Setiap hari Selasa dan Jumaat untuk 4 bulan yang akan datang, ibu akan selalu tinggalkan Faris dari pagi sampai tengahari... Faris jangan nakal2 duduk rumah dengan ayah, ye.. ayah berkorban kurangkan waktu kerja sebab nak jaga Faris sendiri, Faris kena sayang ayah, dengar cakap ayah, ye sayang... Nanti lepas kelas, ibu balik, kita main sama2 lagi... Faris boleh sayang ibu n peluk ibu mcm Faris selalu buat bila geram kat ibu... Kita boleh main guling2 atas katil macam selalu... Then ibu boleh bacakan buku untuk Faris macam selalu...

Cuma ibu terpaksa tinggalkan Faris seketika demi masa depan kita... Ingat ye sayang, ibu pergi sebab ibu cinta, bukan sebaliknya.... Ibu n ayah sayang Faris selamanya....

Tabahlah menempuh hari2 membesarmu ya, Cinta....

Sayang selalu,
Ibu

Wednesday, August 26, 2009

Empat telekung...

Satu kali setiap hari.
Selepas satu waktu solat.
Empat telekung berteleku....
Satu nafas....
Bismillah......
Kini hanya ada satu telekung.
Masih, Bismillah.....

Wednesday, August 19, 2009

Hujung Musim Hangat

Kadangkala kita rasa kita hebat..
Kita rasa segalanya dalam tangan kita..
Hakikatnya, ketentuan Allah kunci segala...

Kadang-kadang ingin pergi jauh dari apa yang mampu kita capai..
Tapi tak tertunai...
Tak perlu risau... Ia bukan hujung dunia...

*
*
*
*

Summer break hampir tiba ke penghujungnya... Minggu depan, kelas akan bermula lagi. Tak pasti apa yang mahu diharapkan.. Tak pasti apa yang akan kuhadapi.. Tapi yang penting, aku sedang cuba sedaya upaya menyediakan diri untuk menempuh semuanya dgn tabah dan cekal.

Faris makin lasak. Kadang2 aku sendiri lelah dibuatnya. Bayangkan anak sekecil Faris, yang keletah dan sudah pandai menyakat dan merajuk. Kadang2 lelah mengejarnya membuatkan aku teringat2 pada ibu. Lelahnya beliau mengejar kami lima beradik. Apapun, kehadiran Faris memberi aku peluang menguji kesabaran, ketabahan dan kekuatan aku sebagai seorang ibu. Biarpun aku masih bertatih, seperti Faris yang masih melangkah dengan bantuan, aku bersyukur kerana aku masih dikelilingi oleh insan2 yang banyak memberikan aku sokongan dan bantuan. Seolah tak terbayang andai aku menghadapi ini semua sendirian. Pasti aku sedih...
Sepanjang cuti, aku ingatkan aku akan lebih rajin meng-update blog ini. Namun ternyata, terlalu banyak perkara yang aku pelajari setiap hari yang tak termampu dicoretkan di sini. Hari2 yang kulalui bersama Encik Anda dan Faris, yang sentiasa membuatkan aku tertawa... Senyum yang tak perlu dipaksa. Segalanya tak mampu diluahkan dengan kata2..
Kehadiran Aini Marina dan Nashriq, serta Teda yang sentiasa bersedia menghulur bantuan dan meneman di rumah, membuatkan hidupku ceria lagi. Mungkin kalian tak mengerti seronoknya mempunyai adik yang boleh diajak berbicara, bercerita dan berkongsi suka duka. Merantau jauh di bumi asing ini, kami hanya ada sesama sendiri untuk menumpang kasih. Sesekali rindu terhadap adik2 di Malaysia rasa terubat dan menyembuh...

Musim hangat ini, aku habiskan dengan mencurah seluruh kasih terhadap Faris dan seluruh cinta buat ayahnya. Kami tak perlu pergi jauh untuk bergembira dan ketawa bersama.. Seluruh Chambana menjadi saksi cinta kami. Sesekali hati merasa terlalu ingin menyeberang sempadan negeri, tapi selagi dua cinta itu masih di sisi, rumah ini terasa seperti syurga yang tiada galang ganti....

**Ketawa ini ikhlas...:)

Wednesday, June 24, 2009

Southern Beat...

(Ini hutang cerita Road Trip kami ke Tennessee...)

Akhirnya, 26 Mei tiba jua.. Tak sabar2 Encik Anda nak bertolak. Oleh kerana aku masih perlu menghadiri kelas online malam itu, maka dia compromise untuk gerak dari Orchard Downs 1 minit selepas jam 10malam. Dugaan pertama sebelum bertolak.. ada problem dgn debit card dan bank account untuk sewa kereta. Oleh kerana En Anda takde credit card dan balance dalam acc kat cni pun tak sebanyak mana, Budget tak nak approve kad dia untuk sewa kereta. Kat cni, nak sewa kereta pun kena tgk credit history n score.. Payah gak kalau takde credit card. Pelik, org mmg sengaja soh kita berhutang kalau nk sewa kereta..heh..Aku pulak takde lesen walaupun ada kredit kad dr Malaysia. Terpaksalah Teda bertekak dengan CSR Budget tu...heh... Rupe2nye, aku boleh selesaikan masalah ni dengan hanya satu panggilan telefon untuk transfer funds ke account En Anda.. Kat cni, acc aku tu kira acc primary sbb all scholarships masuk kat situ... Punyelah lama fikir cemana nak transfer duit dah malam2 tu.. Sebaik la toll free TCF Bank senang nak ingat, 1-800-TCF-BANK... Haihh... Akhirnya dapat juga sewa kereta malam tu.... Jadi, taklah kami kerugian kereta mahupun sewa kabin yang bakal bermula esok...
(Note to self: Do not underestimate what your bank could do...huhu)
Perjalanan selama 8 jam tak terasa kerana Faris sentiasa menceriakan suasana.. Walaupun dah tengah malam, bukan senang nak bagi dia tidur.. Di samping terpaksa menahan rengekannya yang memang sangat tak suka duduk dalam car seat... Jenuh la si Teda melayan.. Since kami VIP dalam trip ni, maka kami pun taklah terlibat dalam acara pemanduan berhemah yang disertai oleh Ily dan En Anda..:) Sampai di Tennessee, kami berhenti sarapan di Waffle House yang terletak lebih kurang 1/2 jam dari Pigeon Forge, persinggahan pertama kami. Masing2 dengan muka separuh sedar, termasuklah Faris.. Tapi kami agak kecewa sbb nama je makan kat Waffle House, tapi waffle kat cni takleh nak dibanggakan sbb tak sedap dan kebanyakan hidangan ada bacon.. Hurmm.. Limited choice la kata orang.. Penat dan lapar punye pasal, layan je la..
(Note to self: Waffle House tak semestinya menghidangkan waffle yang sedap...)
Check in di cabin... Pejabat cabin ni terletak di downtown Pigeon Forge, tapi cabin kami terletak lebih kurang 20 minit lagi perjalanan meredah hutan dan bukit.. Seram gak la sbb jalan licin dan dalam hutann.. Ala2 jalan kat Ulu Yam.. Tapi kami puas hati kerana cabin tu memang superb.. 2 bed, 1 1/2 bath.. Siap hot tub, pool table, Smokey Mountain view, dapur yang lengkap dan serba serbi kelengkapan yang sebuah rumah perlukan. I feel sooo like home! Oleh kerana hujan tak berhenti2 hari tu, kami cuma menghabiskan petang di cabin, main pool (tetibe aku tersedar yang aku ada bakat main pool..:P), melayan Faris, masak2 untuk makan dan merehatkan badan. Malamnya, kami yg dara ni(heheh) berendam dalam hot tub.. Layannnn..... Malam yang dingin dan keletihan yang masih bersisa membuatkan kami lena tanpa kompromi.. Kumpul daya untuk aktiviti esok..
(Note to self: Walaupun anda sudah menjadi ibu, anda masih boleh berendam dalam hot tub bersama anak dara dan merasa diri menjadi muda..heh)

Esoknya, kami memulakan aktivit meround Pigeon Forge. Bandar PF memang menarik. Banyak amusement park dan lokasi keluarga berhibur.. Basically, ia berdasarkan pekan koboi, cuma lebih mantap dengan McD..heh.. Kami berhenti di Wonder Works, kerana binaan bangunannya cukup menambat hati, terbalik. WW ialah sebuah pusat ala2 muzium seni dan planetarium, yang dibina berkonsepkan Mining activity yang menjadi mata pencarian utama penduduk PF. Menariknya, kami tak diberi tiket, cuma distamp di tangan, dan kami masih boleh kembali pada keesokan harinya kalau tak sempat habis round dalam hari yang sama.. Bagus, kan? WW ni cuba mengintegrasikan sains dan seni.. Konsep yang menarik.. :) Penat jugaklah meroundnya. Faris sampai berapa kali tertidur terbangun.. Yang penting, bila keluar, aku dapat merealisasikan hasrat naik roller coaster dgn En Anda, walaupun hanya dalam simulator. Then, kami round bandar PF dan lunch di Chinese Restaurant kepunyaan org Malaysia. Layan jugaklah sbb murah.. Makan buffet dan boleh masuk dr pagi sampai malam (obviously la kami tak tggu sampai malam, kan). Faris merasai pengalaman pertama duduk di atas high chair di restoran ini.. Gembira dia sbb dapat duduk sama 'tinggi' dgn ibu dan ayahnya... sayang anak ibu! Sempat juga kami mengambil gambar dgn costume koboi dan southern Army.. saje buat kenangan..
(Note to self: Kalau suami anda tak suka naik roller coaster, cadangkan beli simulator roller coaster letak di rumah..:))


Hari kedua, kami berhorse riding di Pendarosa Riding Stable. Pengalaman baru kerana berkuda masuk hutan dan mendaki bukit. Aku, Ily dan Teda je yang naik kuda sbb En Anda nak jaga Faris..katanya.. Agak cuak jugakla sbb bukit tinggi, kuda tinggi, dan trek licin.. Aku cuma berdoa semoga selamat sampai semula ke bawah. Turun je kuda, aku terus mencium Faris.. Baru aku tau, sedihnya bila terasa akan berjauhan dari Faris dan En Anda.. Kemudian, kami bertiga merealisasikan hasrat untuk melakukan bungee jumping. Ternyata ia pengalaman yang sukar diungkapkan. Masa terjun tu terasa mcm hilang segala masalah. Sampai lupa aku masih ada assignment yang belum siap..hehe.. En Anda tak bungee jump kerana menjaga Faris..katanya... :P.
(Note to self: Bungee Jumping bukan untuk orang yang gayat...)

Lewat petang baru kami bertolak ke Gatlinburg. bandar yang sangat cute dan cantik.. Baru je kereta memasuki bandar ini, aku sudah terpana dgn keindahannya. Tapi, yg penting kami harus mencari tempat berteduh. Oleh kerana waktu itu weekend, banyak motel dan hotel yang penuh. Nasib baik kami dapat menginap di Four Season Inn yang terletak di tengah2 Gatlinburg. Malamnya kami meround bandar kecil ini dan purchase tiket untuk masuk Aquarium dan 2 lagi tempat tarikan Ripley's. Aku dan En Anda end up dengan memasuki Ripley's Guinness World Record, Aquarium, dan Ripley's Motion Theatre (tgk movie mcm naik roller coaster dibuatnya!). malam itu, kami merehatkan diri kerana esoknya, kami akan berjalan lama..
(Note to self: Kalau keluar malam dan kedai makan semua dah tutup, makan subway suda... )

Esoknya kami memulakan hari dgn melawat aquarium. They said that it is the #1 aquarium in the US. En Anda pun kata lebih best dari aquarium di Chicago (eleh, hint tanak bg aku g la tu...). Aku yang memang suka tgk jerung ni memang asyik la tengok jerung buat renang gaya bebas di aquarium ni. Banyak juga cipataan Allah yang belum pernah aku lihat, dipamerkan di sini. Faris sangat excited melihat sekeliling. Tapi seperti biasa, dia agak anti-klimaks.. Berapa kali ntah dia bangun tertidur, bangun tidur... Mesti dia pelik sbb banyak lak ikan2 berenang atas kepala dia..:)
(Note to self: Pastikan anak anda kenal siapa ikan...) Then, kami teruskan dgn memasuki Ripley's Motion Theatre. Tgk movie, bukanlah full movie pun. Tapi dptlah membuatkan tulang belakang aku n En Anda tergeliat. Masa kami di MT ni, Faris dijaga oleh Teda dan Ily sambil makan aiskrim Baskin' Robins. So, dapatlah aku bermanja mesra dgn ayah Faris..:P
(Note to self: Pastikan baby sitter anda bagi sikit aiskrim pada anak anda kalau mereka pergi makan di kedai aiskrim.. )

Hari seterusnya di Gatlinburg, kami bersiap packing dan memakai baju untuk dibasahkan. Aku nak jugak ke Smokey Mountains dan mencelup kaki dalam sungai. Selepas mendaki Smokey Mountain ~dengan keta, dan ambil gambar di puncak tertinggi yg boleh dicapai ~dengan kereta, kami singgah di Ocnaluftee Park, pusat berkelah berkonsepkan Red Indian's town. Rupenya, tak semudah itu nak kenalkan Faris dgn sungai. Sejuk mengelatuk airnya. Aku yg adventourous ni pun tak tahan sbb makin direndam, makin bisa pulak kaki ni. Patutlah takde org buat terjun tiruk kat cni..Akhirnya kami cuma merendam kaki sekali sekala sambil melihat gelagat angsa yang berenang berkawan2 di sungai ni..
(Note to self: Pastikan bayi anda tidakk dipatuk angsa semasa berkelah di tepi sungai yang ada angsa..)


Kami meneruskan perjalanan selama 6 jam menuju ke Memphis. Hasrat hati nak merasai pengalaman Encik Elvis Presley dan zaman kegemilangan beliau. On the way, jalan agak jammed tapi sampai Memphis kami tak tau kenapa.. Walhal takde accident pun, jalan pun OK je.. Lebih kurang jam 12 malam kami tiba di motel, check in dan terus bersedia nk landing. Selepas cuci apa yg patut, kami pun mempraktikkan hikmat lelap tanpa kompromi dalam masa kurang dari 0.001s (ini exaggerating saja..:P).. Sedang kami beradu, lebih kurang jam 3 pagi, pintu motel diketuk kuat.. Macam nak roboh.. Dalam mamai2 tu, Encik Anda buka pintu separuh.. Orang di luar, perempuan, separuh menjerit, kata ada leaking dalam bathroom kami. Dia gesa encik Anda bukak pintu. Encik anda yang maish separuh sedar, buka pintu dan perempuan tu terus meluru masuk bilik air. Aku terjaga, Faris menangis, Ily dan Teda pun terjaga. Then Teda tanya perempuan tu dr mana.. dia tak jawab straight sebaliknya suruh kami check telephone, berfungsi ke tak. Aku pelik gak kenapa dia suruh check phone tu. Tapi kepala yg masih mamai tak boleh nak mengeluarkan logik antara phone leaking, check telephone, dgn perempuan yang dtg pukul 3 pagi. Urghh... Lepas Teda menggesa perempuan tu keluar, dia pun keluar sambil berkata, 'You know that you can call 0 if you have any problems, right?'. Kami iyakan je n suruh dia keluar cepat. Sempat la dia mintak maaf sebab Faris menangis masa kelam kabut tu. Lepas perempuan tu keluar, kami buat wrapping session. Siapa dia dan kenapa dia dtg? Kami call reception, sah2 dia kata jgn bukak pintu.. Shoot! Terus kami check barang kami dan rupanya sempat la jugak dia capai wallet Encik Anda masa tgh mintak maaf dgn aku tadi... Nak marah, salah sendiri... Takpelah, bukan rezeki kami.. Melayang jugak hundred dollars ++ (nasib baik kami mmg tak pegang cash banyak2.. tu pun sbb baru dapat payment buatkan website kawan dia..huhu), dan kebetulan debit card aku pun dalam tu.. hmmm... payah nak senyum, tapi kami tabahkan hati... Tokey motel tu call kan police dan tak pasal2 kami kena interrogate.. Sebaik abg polis tu baik dan mesra..so, taklah aku terbakar sangat. Siap dia tanya kami dr mana, kenapa pakai tudung etc. Then atas keramahan aku, sempat jugakla kami dapat tau bini dia keje kat Graceland dan dapat nasihat tentang keselamatan sewaktu berada di Memphis. Tapi apakan daya, nasi dah jd bubur...Sedang diinterrogate tu, tetibe pakcik security lak masuk, jumpa wallet Encik Anda tepi keta polis.. Haih, nasib la.. Duit, debit card n staff card Encik anda dah takde. Sebaik lepas je sedar wallet tu hilang, aku call terus card center, cancelkan debit cards kami. Sekali lagi, 1 800 TCF BANK berjasa kepada kami. Kami sambung tidur selepas puas disoaljawab oleh abg polis...
(Note to self: Jangan beri stranger tumpang bilik air motel walaupun dia kata dah tak tahan..suruh dia pegi general restroom kat lobby je...)


Esoknya, kami ke Graceland. Sebelum tu sempat singgah makan di Middle East restaurant. Layan makan kebab, nasi beryani.. Faris seronok sbb macam2 makanan masuk dlm perut dia.. Yang akhirnya membuatkan dia nak muntah bila disuapkan Gerber Foods. Dramatik sungguh anak ibu ni. Kami menghabiskan sepanjang hari di Graceland. Menelusuri detik kegemilangan Elvis. Best betul jadi Elvis... rumah besar, keta banyak, duit banyak.. (Tau tak elvis memang terkenal sbb suka bagi kereta dia kat ahli keluarga, kawan2, pekerja dan sesape je yg dia suke? huh...) Dari seorang yg jahil Elvis, aku dah kenal Elvis dan kisah hidupnnya lepas balik Graceland. Malam tu kami singgah di Beale Street. Takde apa yang nak dibanggakan, cuma spot ni mmg terkenal dengan irama blues nya.. Like they said, 'There are no Black or White.. There's only Blues...' catchy, huh?
(Note to self: Jangan ramah sangat sewaktu di Beale Street, anda mungkin terpaksa belanja org yg tak dikenali makan...)




Kami menghabiskan hari terakhir di Memphis dan meneruskan perjalanan pulang ke Champaign. Memphis memang agak sunyi. Aku pun tak sure orang2 Memphis ni gi mana.. Tapi, ramai populasi African American dari Caucasian.. Secara kasarnya la.. Sebab mana2 pergi, org diaaa je yg kami jumpa... 6 jam lagi di atas jalan, dan akhirnya kami sampai semula di Champaign. aku terlepas online class malam tu sbb samai2 rumah dah pukul 9. Nasib baik boleh bukak archive.. :P Dengan itu maka tamatlah road trip kami ke Tennessee...

**Aku memang tak arif memanggil kembali semua kenangan satu persatu. Maaf kerana aku recall kembali segalanya dalam bahasa yang sangat santai. Mungkin influence dari Encik Anda..
Tapi aku yakin aku belajar sesuatu dari road trip kali ini.
  • Aku mendapat pengalaman pertama membawa seorang anak sekecil faris menempuh perjalanan yang panjang.
  • Aku belajar menasihati seorang adik sekali lagi...
  • Aku belajar, hilang wang bukanlah sesuatu yang harus ditangiskan. Yang penting, kami semua selamat...
  • Dan aku belajar bahawa, semakin aku meneroka alam yang luas ini, semakin banyak benda yang perlu aku pelajari, ingin ketahui, dan dalami.. Semoga akan ada kali kedua....


(Last Note to self: Kadangkala menyembunyikan kesedihan adalah lebih mudah dari menelannya...)


Sunday, May 24, 2009

Malam yang sepi..pi..pi...

Uwaaa.........'
Jeritan Faris membuatkan aku meninggalkan segala pekerjaan dan berlari ke kamar... Kutepuk2 batang tubuhnya yang comel dan kecil.. Seolah mengerti, Faris, tanpa membuka mata, merapatkan badannya padaku.. Menyembamkan mukanya ke dadaku.. Sambil jemari kecilnya menggenggam erat jariku... Kukucup dahinya, pipinya... Dan dia lena kembali... 

Indahnya menjadi ibu.. Hanya seorang ibu yang bisa menerangkannya.. Walau mungkin ia menyebabkan pergerakan kita terbatas, menyebabkan kita terpaksa berjaga malam, dan bekerja keras melapangkan masa buat diri sendiri... Perasaan itu tak setanding dengan keindahan rasa bila si kecil mendakap kita penuh kasih... 
Aku akui rasa itu terlalu indah dan tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkannya.. Terasa diperlukan bila Faris mencari aku kala terbangun di tengah malam.. Terasa disayangi bila Faris tetap inginkan aku walau saat itu dia masih didakap ayahnya.. Terasa menjadi penyelamat bila Faris diam bila saja aku mengangkatnya... dan terasa diriku begitu cantik bila Faris senyum memandangku....
Namun aku hairan...Kenapa ada orang yang tak nak merasai indahnya perasaan itu? Kenapa ada yang tergamak membuang si kecil yang tak berdosa ini? Kenapa ada yang sanggup menzalimi, malah mengambil nyawa anak2 suci ini? Manusia semakin hilang ketamadunan bila mereka semakin maju... 
Faris buah hati kami... Aku tak dapat bayangkan kehidupan tanpanya... Semoga satu hari nanti dia akan mengerti betapa sayangnya kami padanya... 

Faris menangis lagi...... dan aku mendakapnya erat...

'Tidur ye, sayang ibu... Dah malam ni...'



'

Saturday, May 23, 2009

Sejenak...

Sudah beberapa hari angin dan kehangatan yang selalu kurindui muncul lagi. Kali ini bukan sekejap2.. Matahari tersenyum megah di bumi Champaign-Urbana...
Walaupun masih sedih dengan pembatalan MWG09, hidup harus diteruskan. Lets look for the silver linen..-kata Apek. Memang pun..-kata aku..:) Hari2 terakhir bersama adik2 undergrad yang bakal pulang ke tanah air dimanfaatkan dengn pelbagai acara yang memenuhi diary Summer yang masih kosong. (Dibaca: Sabtu - Final Fling at OD Community Center & Makan2 wit Ustaz's family, Ahad - fishing picnic with Ustaz's family at Lake of the Woods, Isnin - BBQ@Illini Grove, Selasa - Meeting (+makan2)@Asian American Culturak Center, Rabu - Lepak di rumah Teda & Ily, Khamis - Picnic at the Quad, Hari ni - Lunch at Asma's.. )
Ternyata matahari datang bersama harapan bahawa cahayanya bakal menerangi hari2 kami dengan keceriaan... Tapi, manakan biasa ada keceriaan andai tidak dicari? Kan?
Bukan tidak cemburu melihat wajah2 teruja menanti tarikh keberangkatan pulang ke Malaysia. Kalaulah saat ini diberi tiket percuma, pasti saja aku sudah sampai di depan pintu rumah. tambahan pula, bila mendengar ibu yang sudah 2 minggu tidak sihat, hati ini sedikit2 tercalar... Semoga ibu cepat sembuh...
Aku dan Encik Anda ada merancang beberapa acara untuk melepaskan diri dari kesunyian yang menjadi teman setia bila cuti menjelma di CU. Kalau tiada aral melintang, Insya Allah kami bakal merentas negeri jiran.. Hmm..updatenya, biarlah aku ceritakan nanti, di post seterusnya (-selepas pulang..:))



Wednesday, May 20, 2009

Maaf dan Semangat...

Manusia tak pernah sunyi dari kesilapan.. Setiap kita melakukan kesilapan.. Baik yang ternampak secara zahirnya, mahupun yang tidak terlihat.. Itu lumrah...
Dan apakah pula lumrah bagi orang yang bersalah? Lumrahnya ialah meminta maaf.. Dan kemaafan bukan sesuatu yang mudah dilafazkan, sekurang2nya bagi sesetengah orang...
Akhir2 ini aku semakin belajar bahawa melafazkan maaf, walaupun dituntut, masih tak mampu mengubat hati yang tercalar.. 'It's easy to forgive, but not to forget..' kata orang...Benar sekali, dan ia berlaku pada banyak jiwa.. Apatah lagi ucapan maaf yang hanya dinyatakan secara kias tanpa ikhlas (atau mungkin ikhlas yang tak tergambar) - 'Sorry for your inconvenient'.
Namun, ada ketikanya, hanya maaflah yang mampu kita luahkan, yang termampu kita lafazkan.. Kerana tiada kata secantik bahasa lagi yang mampu dikarang untuk menyatakan bahawa kita menyesali segala yang terjadi, malah lebih menyedihkan, kudrat kita tak mampu mengubah keadaan...

Aku mengomel terlalu panjang tentang maaf... Tapi itulah hakikatnya...

Buat yang telah berkobar2 mengumpul semangat juang untuk bertarung di gelanggang UIUC, maaf kerana tahun ini kita tak dapat bertemu.. Bagi yang telah melaburkan modal menempah tiket kapal terbang, tren, menyewa kereta dan sebagainya, maaf kerana tiada pampasan yang mampu kami perjuangkan buat kalian... Buat segala cerita indah malam Midwest, kehangatan debat Student's Conference dan keenakan ayam dan daging halal Midwest Dinner, maaf kerana tiada titik pertemuan di hujung jalan yang kita pilih....
Kita hanya merancang, Tuhan lebih mengetahui mengapa ia tidak berlaku... Swine flu lebih menakutkan sesetengah orang berbanding api semangat yang kita nyalakan...
Apapun, kalian telah melakukan segala yang terbaik.. dan kenangan bekerja untuk acara yang tak terlaksana ini pasti akan memberi pulangan yang lebih bermakna kelak...

Midwest Games 2009's committee...u guys rawk!

Tuesday, May 12, 2009

Selamat Hari Lahir - Mac dan Mei...

'Kakak, masa awak kawen dulu, berape belanjanya?...'
'Kakak, sebulan berapa awak simpan sebelum bertunang?..'
'Kakak, peningla duit mcm short je bulan ni..'
'Kakak, tolong review artikel adik...'
'Kakak, bila nak balik?..Rindu kat Faris...'

Aku - '???'
Aku - ' Adik-adikku sudah makin dewasa....'

*Senyum..*

Adik-adikku,
Rindu saat kalian masih dalam dakapku....
Rindu zaman kanak-kanak dan remaja yang kita kongsikan...
Rindu...kalian...

~Kakak

Monday, May 11, 2009

Yang Tersurat..Yang Tersirat...

Sejambak bunga tanda kasih tidak dapat sedikitpun menggambarkan hutang kasih dan budiku pada ibu. Apalah nilainya sejambak bunga untuk dihakimi sama tinggi dengan cinta dan kasih sayang yang telah ibu taburkan sejak aku menghuni bumi fanaa ini?


Pertama kali menjadi ibu, baru aku mengerti mengapa seorang ibu sanggup bergadai nyawa demi anaknya. Ibu mengajarku meletakkan diriku di tangga ketiga, selepas suami dan anakku..Dan berbelas2 tangga selepas mencurah cinta pada Allah, rasul, ibubapa, keluarga, guru dan teman2..Terlihat betapa murninya kasih yang selama ini hanya aku adili dengan mata jahil seorang anak.


Aku belajar bahawa keluarga yag paling utama melalui ibu. 'Walau sesibuk mana pun, jangan lupa masak untuk keluarga.. Air tangan seorang ibu membawa barakah buat seisi keluarga,' kata ibu. Justeru, walau letih dengan tugas seorang isteri, pelajar, dan ibu...aku masih meluangkan masa untuk menjamu keluarga dengan apa yang termampu tangan ini sediakan. Ibu membekalkan aku dengan ilmu yang cukup untukku menjalankan tugasku yang satu ini. Baru aku terpandang betapa berharganya 'waktu latihan' yang telah ibu luangkan untukku. Sekurang2nya, aku tak malu berada di rumah mentua, sambil2 aku belajar, dapat juga aku bertukar rasa....


Ibu mengajar aku untuk menghormati orang tua. 'Yang tua dihormati, yang muda dikasihi..,' kata ibu. Aku masih ingat pelajaran pertama yang paling penting dalam hidupku ialah belajar menyalam dan mencium tangan orang yang lebih tua... Kemudian, tunduk jika melintas di hadapan orang tua, dan jangan menyampuk jika tak diminta. Ternyata, berada di bumi asing ini, nilai itu amat kurang terlihat. Apatah lagi, budaya barat yang mengajar kanak2 menyuarakan rasa semahunya. Aku akui, aku jadi jengkel melihat anak2 yang tidak mengerti untuk memperlihat rasa hormat pada org tua. Dan ternyata, didikan yang berbeza oleh anak2 'rumpun kita' jelas terpamer melalui cara mereka melayan orang tua... Kerana itu, aku tak terlalu bangga Faris lahir di tanah Uncle Sam ini.. Aku ingin dia terdidik dengan nilai murni kebanggaan masyarakat timur...Semoga Faris menjadi anak yang berhemah tinggi....


Kata ibu, kita tidak hidup sendiri di muka bumi. Maksudnya, apa jua tindakan yang kita ambil, pasti akan meninggalkan kesan kepada orang lain. Kita perlukan kawan, kita perlukan jiran.... Jadi, jangan sampai kita melanggar sempadan yang ada, namun jangan pula sampai kita terlalu jauh dr sistem mereka.. Ibu mengajarku agar berfikir sebelum bertindak kerana hidup kita ini dilingkari oleh sistem2 luar yang pelbagai. Ada hati yang perlu dijaga kerana kita tidak hidup sendiri di dunia. Jangan sampai kita mementingkan diri semata2... Ibu mengajarku bergaul mesra dengan masyarakat. jangan jadi kera sumbang..'Jangan sampai jiran sebelah rumah meninggal pun kita tak tau dan masih keluar bekerja'... Itu pesan ibu yang aku ingat sampai bila2..


Ibu membekalkan aku dengan kemahiran mengaji, menyanyi, bersyarah, berpidato, bersyair, dan berpuisi... Walau aku bukan yang terhandal antara yang berbakat, namun aku tak pernah gagal memberi saingan.. Yang penting, kata ibu, aku mencuba... Teringat setiap kali aku perlu berlatih, ibulah yang akan menjadi guru yang paling istimewa..kerana bisa aku bawa pulang ke rumah... Aku selalu ingin bermarhaban dan mengaji sehebat ibu.. walau ibu juga mungkin bukan selalu di tempat pertama, namun ibu sentiasa menjadi juara buatku...


Walau aku akui, ibu mengajarku banyak perkara, ibu juga tidak mengajarku bermacam benda.


Ibu tak pernah mengajarku berdendam dengan orang. Kaat ibu, 'pemaaf itu lebih dikasihi Allah..yang bersabar itu lebih mulia..' Justeru, itu kata hikmat yang aku jadikan bekal hingga kini..Bukan lemah, tapi malu terpuji... Bukan tak tahu menegakkan hak, cuma membezakan taraf insan penyabar dengan mereka yang bertindak melulu....


Ibu tak pernah mengajarku berkasar pada sesiapa, termasuklah pada jurujual yang kadangkala menyakitkan hati... 'Pilihlah ayat terbaik dan elakkan kalau perlu..jgn sampai bertelagah..' Kerana itu, aku selalu jadi tak sampai hati, terutama kalau ada yang mahu datang berjual..Jalan keluarnya, aku elakkan bertembung dgn mereka...


Ibu tak pernah mengajarku berdusta...Kejujuran kunci kepercayaannya padaku.. Kerana itu, aku merengsa andai tidak bercakap benar... Rasa berdosa pada Pencipta, rasa bersalah pada ibu... Dan aku sendiri benci pendusta... Katakanlah yang benar, walau ia menyakitkan, namun pilihlah perkataan yang paling melegakan...


Ibu tak pernah mengajar aku berhenti merindui keluarga walau aku kini jauh daripada mereka.. Malah, semakin menjauh, semakin rindu itu mendera.. Kerana kasih ibu, aku jadi rindu sepanjang masa.. Keakraban kami membuat aku tiada teman sebaik ibu. Walau kini aku sendiri seorang ibu, aku masih memerlukan kehadiran ibu dalam hari2ku.. Bukan sekadar hari sepi, malah di celah2 warna pelangi ceria...


Aku hargai tulus hati ibu yang tidak mahu aku risau di sini. Ibu tak pernah menceritakan masalah keluarga di rumah. Semua sihat, semua baik2 saja.... walau ada kala bukan itu yang kudengar dari adik2ku... Kalaulah aku berada di rumah.. Kalaulah dapat aku datangkan cucu kesayangannya ke pangkuannya...


Ibu, teman paling akrab yang Tuhan kurniakan buatku.. Walau nahuku kini adalah nahu suami, namun hakikat bahawa aku terlahir dari rahim ibu tak pernah berubah.. Hakikat bahawa susu ibu yang membesarkan aku, jua takkan berubah... Dan hakikat bahawa aku selalu menyayangi ibu, takkan dapat digambarkan dengan hanya sejambak bunga. Ibu ratu hatiku setiap masa...





Selamat Hari Ibu, Ibu...





~Adik

Thursday, April 23, 2009

Suara syahdu di dinihari......

4.39 am..Central time, IL....

Aku sedang bertungkus-lumus mengerjakan tugasan saat azan tiba2 bergema di corong 'peti ajaib' ini... Entah mengapa, hati ini begitu terusik..

Tiba2 teringat azan Subuh yang selalu kudengar di bulan Ramadhan... Petanda sudah tamat waktu bersahur, tanda sudah tiba masa menghadap Allah SWT dan meninggalkan segala pekerjaan duniawi....Waktu untuk sujud dan menyerah...Selayaknya seruan yang memanggil untuk bersolat berbanding meneruskan tidur di atas tilam yang empuk.....

Kemudian, baru aku tersedar, Ramadhan tahun ini juga bakal aku lalui tanpa keluarga tersayang yang jauh di tanah air... Lalu, lakrimaku menitis....Sunyi......

Namun aku bersyukur..sekurang2nya tahun ini aku punyai Faris... Permata hati harapan aku dan Encik Anda... Sekurang2nya pagi lebaranku akan terisi dengan melayani Faris sebagaimana lazimnya setiap pagi yang normal di Urbana...

Mungkin tangisannya akan menghentikan tangisanku di pagi lebaran nanti..Mungkin... Mungkin jerit tawanya akan mengurangkan rindu di hati ini...Itu juga mungkin....Namun, hakikat bahawa selepas lebaran menandakan makin hampir waktu untuk aku dan keluargaku berkumpul semula, itu adalah penguat semangat buatku terus tersenyum...Itu pasti....

Entah..Azan pagi ini begitu menyentuh hati... Begitu indah bahasa Allah SWT... Terasa kerdilnya aku sebagai hamba...

Wednesday, April 8, 2009

Doa..

Kata orang, 'hati2 bila berdoa..'..

Allah itu Maha Mendengar, dan begitu jujur dalam menafsir doa kita.. kerana hakikatnya rahmat Allah itu Maha Suci...

Aku senyum sendiri.....

Jujur, aku akui, benar kata2 di atas..

Saat aku mengandungkan Faris, aku begitu berdoa agar dipermudahkan.. Kalau boleh biar mudah segalanya...Mudah mengandungkannya, mudah melahirkannya.. Malah acapkali berdoa, aku sebut satu2...

'Ya Allah, jika anak ini kau pinjamkan buatku, maka permudahkanlah bila aku mengandungkannya, melahirkannya dan membesarkannya... '


Ternyata, proses mengandungkan Faris amat mudah. Aku tidak mengalami sebarang alahan, aku tidak mengalami morning sickness. Aku gembira berbadan dua. Aku sentiasa menikmati hari2 membawa Faris dalam perut yang sentiasa makin membesar... Aku masih tega berada dalam pesawat berbelas2 jam untuk sampai ke sini... Bukan mudah, namun aku masih gagah...


Saat hatiku risau kalau2 aku akan menghadapi masalah untuk mendapatkan insurans buat Faris, aku dibantu oleh insan2 yang pemurah dan berhati mulia, yang akhirnya menjadikan aku begitu mudah mendapatkan sumber yang aku perlukan sebagai persediaan menyambut kelahirannya...


Kemudian aku berdoa semoga proses melahirkan Faris dipermudahkan. Aku banyak sangat membaca doa mengurangkan kesakitan waktu bersalin. Hingga akhirnya, aku tidak langsung dapat merasa sakit itu.. Walau setelah diinduce, walau setelah dipecahkan ketuban dan ditahan selama 4 jam di hospital... Faris dilahirkan melalui C-Section... Yang mana aku tidak merasa peritnya akibat anestetik yang menyebabkan aku kebas seluruh anggota....


Kemudian aku bertanya pada diri.. Tidakkah aku ingin merasa sakitnya melahirkan?

Sudah tentu.. Kata ibu, ia adalah kesakitan yang paling sakit antara segala sakit... Namun ajaibnya, ia hilang tatkala bayi yang dikandung sampai ke dakapan kita....

Aku ingin, ingin merasai keajaiban tersebut.. Namun aku takut andai aku berdoa untuk merasa kesakitan itu, kesakitan yang dikurniakan akan membuatkan aku merasa seolah aku telah tersilap memasang doa... Walau aku sentiasa mengerti dan menerima bahawa Allah takkan menduga makhluknya andai ia bukan sesuatu yang mampu kita galasi...

Yang pasti, doa harianku tidak pernah terlupa untuk kuseru nama suamiku, ayah dan ibu, abang dan adik2, kaum keluargaku, guru2 yang berjasa padaku, teman2 yang banyak mengajarku erti hidup, muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau pun yang telah pergi, juga mereka yang memusuhiku, walau tanpa aku sedari... Dan aku tidak pernah berdoa sesuatu yang buruk walau pada insan yang membenciku...

Buat Faris, doa ibu...

'Semoga kau menjadi insan yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti terpuji, sempurna iman dan akalmu, cerdas dan cergas mental dan fizikalmu, berjaya dalam apa jua yang kau lakukan, berjaya dalam pelajaran dan kehidupan serta menjadi insan yang berbakti kepada agama, keluarga, dan masyarakat.....'

Dan jujur...itulah yang aku ucapkan dalam doaku setiap hari........

Thursday, April 2, 2009

Selamat Malam Cinta...

Menatap wajah2 kesayangan yang sedang lena...

Aku bertanya pada diri, apa yg sedang aku buat jam 2 pagi...bersendiri...

Membiarkan mereka menemaniku dan beradu di atas couch saat mereka sepatutnya lena beralaskan tilam empuk di kamar....

Tapi mereka tak pernah berdendam....

Dan kerana itu, aku masih berjaga.....agar bila mereka terjaga,sepenuh kasih dapat aku curahkan buat mereka....

**Selamat malam, cinta.....

Saturday, March 21, 2009

Bicara Rindu...

Di suatu petang yang berangin...Sepasang suami isteri dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dengan menaiki van Nissan Vanette Elite 2006...


Encik M: Yang, awak ingat lagi tak masa kita bercinta dulu? Macam mana perasaan awak rindu kat saya,yek?


Puan M: Huh? Entah dah lupa pulak... Eh, kenapa abang tetibe tanya soalan ni, nih?


Encik M: Hmmm....Abang rindu la... Kat Faris..... Rasanya mcm dah lupa camana rindu kat awak dulu, tp mcm teringat balik pulak.......Bila la kita nak jumpa Faris lagi ye....


Puan M: Hmmmmm..........**


*

*

*

*

...dan air mataku bergenang... I've been sooo unfair to them..... :(


**like what ibu told by phone just now..


Wednesday, February 18, 2009

Whining...

Yang dikurniakan buat kita itu mungkin bukan yang paling sempurna..

Tapi bersyukurlah...

Kerana andai dia tiada,
mungkin beban rindu itu lebih azab tak tertanggung,
mungkin hari lebih suram dari musim dingin yang cukup muram,
mungkin pekerjaan akan lebih sukar untuk dibereskan...

Sekurang-kurangnya,
Guraunya mengukir ceria di wajah kita,
Rajuknya menimbulkan kasih yang berpanjangan,
Senyumnya mengubat lara hati yang gundah...

You complete me........

Sunday, February 15, 2009

It is written...

What is the meaning of motherhood in educational endeavor?

Well, I just can imagine one word to describe this: SACRIFICE.... And I mean A LOT of sacrifices...

As I wrote in my previous post, being a mom and a student, simultaneously, simply means that you have to give more, even more than you ever gave before...

Faris is almost 3 months old now.. Since he was born, I don't remember sleeping for 6 straight hours like I always do (that is at night, let alone taking naps during the day).. And I don't remember not rushing back from class everyday just to make sure he's not hungry for being at home for at least 3 hours without me.. (Well, he don't enjoy breastfeeds from a 'fake' boobs...:P) I've to really plan what my nights are going to be like, as I have to do the readings, finish the assignments, cooking for my beloved hubby, and of course spend some time to cuddle the baby... As a wife, your hubby needs more than just good foods. He also need a friend whom he can talk to, share the story with, and share the love he had... And I may say, it is not EASY to arrange all that....

Sometimes, it's kinda tiring.. You'll be the first to wake up everyday (actually you never sleep well at all..), you'll be the one who serve breakfast (by cooking and by breastfeeding..), before you get ready to class, you have to make sure the baby got his bath, well-dressed and full with milk.. Sometimes you even face with dilemma, whether to feed him or to pump the milk first (Moms will understand this, after you feed your baby, most probably you don't have enough milk to be pumped..huhu).. and for me, the hardest part is when you want to make the first step out of your door, seeing him staring at you with that beautiful eyes...ohohohoh....

Urgghh....You'll always wish to turn back...

Amidst that 'huru-harare' life, being a mom actually teaches you to be strong...Stronger than you ever think you could be... Read this:

  • When you think you can't afford to wake up every hour at night and attend class during the day, you actually can...And you have no problem to concentrate, at all....
  • When you think 24 hours everyday is not enough for you to finish all that readings, assignments, chores, and managing your baby, you actually have more than enough (and you still can enjoy facebook-ing..:P)..~now that's what we call Time Management Skills..
  • When you feel like the day is not by your side, as you feel like giving up everything, surprisingly, you still have enough strength to play with your baby (and be nice to his dad...:P)

On the other hand, being a mom reveals talents you (or at least me..) never knew we had before....such as:

  • 'Fast-cooking' skills
  • Baby-shopping skills
  • 'Typing-and-breastfeeding-at-the-same-time's' skills...:D
  • Setting up baby's car seat......................and
  • Translating baby's cries......(Actually this is the hardest part...)


I never regret my decision to be a mom...NEVER...I'm glad that my decision have turned myself into a new me which is more matured (I betcha..), and give me the satisfaction I never had before...

But the best lesson of becoming a mom, is to really adore and appreciates mom's love...And I just adore the ideal motherhood feelings... I understand now why a women called ibu, mak, mama, mummy, bonda or ummi (whatever you call them) have a very high status in our life.. Nothing could ever replaced their eternal, unconditional love, sincerity and sacrifices for us.. They just deserves it more than anybody else..

The funniest part of me being a mum is I knew at first place that this is what I'll get through when I decided to bring Faris to this world..during the hardest and loneliest period in my life (at least until today)....But I still pushed through it until he was born....

And they asked me, why on earth do I still want to do it when I know that I'm going to face all this?

Well......

It's a motherhood call, I guess... Or perhaps, simply because...


...D: It is written.

Thursday, February 12, 2009

Kembali

Lama aku berhibernasi..Serentak musim dingin yang mengundang sejuta rasa suram...

Kekadang tak pasti mengapa putih salju tak mampu mencerahkan hati yg kelam dengan rindu...
Cuma awan kelabu yang memberi impak maksima pada hari dan malamku...

Mungkin juga aku tak punya apa rasa yg terlalu ingin dikongsikan...

Apapun, tabik spring buat teman2 yang mampu maintain mendisiplinkan diri, menulis pelbagai cerita yang membuat aku terfikir kenapa aku tak mampu menyaingi mereka...(You know who you are..)..Tapi, melayari blog mereka juga menjadi acara wajibku, walau aku tak punya waktu menghidangkan mereka dengan perkembangan terkini dalam hariku...

Namun aku yakin, mereka faham.. Tugasku kini semakin bertambah..Jadi aku lebih memilih medium yang ringkas.. Facebook, Friendster, hi5, Tagged..you name it... kerana mudah untuk aku update dan paparkan pada dunia, apa yg berlaku lewat hari2 sepiku di Urbana...

Aku kembali hari ini kerana gesaan beberapa perkara...

1) Aku belum mengucapkan salam maal hijrah secara terbuka.. Selamat tahun baru buat semua.. Tahun ini, seperti tahun2 lalu, azamku untuk menjadi yang lebih baik... Tu azam general..walaupun tak menepati ciri2 objektif dalam Bloom's Taxonomy, tapi kita buat dia, jadi terserah kita...:).. Azam spesifik pastinya meningkatkan kualiti sebagai isteri, mendidik Faris sebaiknya, menamatkan pengajian dengan gred yg unggul, dan pulang ke Malaysia sebagai aku yang lebih dewasa... Itu tak termasuk beberapa azam sosial, kerjaya dan keluarga yang tak perlulah aku senaraikan...

2) Aku perlu kongsikan, bukan mudah menjadi isteri, ibu kepada anak yg masih bayi, dan belajar pada masa yang sama.. Hari bermula dengan menyusukan Faris, menyiapkan sarapan, memandikan Faris, bersiap ke kelas, sebelum tu menyusukan Faris lagi, memerah otak di kelas, pulang dan menyusukan Faris lagi..menyiapkan dinner, menyusukan Faris, menidurkan Faris, menyudahkan tugasan, eh! Faris bangun..so, menyusu dan melayan Faris semula... sambung tugasan berselang seli dengan menyusukan Faris dan menidurkan semula dia serta menukar diapersnya bila perlu... So, di mana masa untuk ayah Faris? En Anda juga punya agenda..Selain menjaga Faris bila aku ke kelas, dia sibuk menghadap tugasannya... Dan aku sentiasa akan memastikan dia terlibat menguruskan Faris... Kami meluangkan masa bersama, bercerita, bila Faris tidur... Dan tugasan terhenti seketika... Jadi..Tak mudah...
Apapun, ini jalan yang aku pilih...Aku pasti di sebalik aku merasa lelah dengan jadualku yang padat, Allah kurniakan aku kekuatan untuk mengharungi hari yang mendatang. Aku masih ada masa sekurang2nya untuk memastikan email penting berbalas, sesekali melayari internet untuk rekreasi, dan melakukan sesuatu untuk diri sendiri...Alhamdulillah atas masa yang dikurniakan...
Dan andai diberi pilihan memutar masa, aku takkan ubah apa2... Kerana perancangan-Nya itu lebih cantik dari apa yang aku boleh bayangkan...


3) Berita pemergian pensyarah di tempat aku bekerja pagi ini agak mengejutkan aku.. Takziah buat keluarga Dr. Lily... Siapa sangka.. Rasanya masih baru aku dan dia sama berhempas pulas di bilik seminar menyiapkan semakan kurikulum.. Hari ini dia sudah tiada.. Takdir Tuhan..Siapa yang terduga...Pemergiannya sememangnya meninggalkan kesan pada emosiku.. Hati meronta ingin pulang dan berada dekat dengan keluarga yang tersayang... Semoga mereka yang aku tinggalkan akan dipanjangkan usia dan sihat selalu... Mungkin kita bisa berkata, andai sudah tiba masa, tiada siapa bisa menghalang... Tapi aku akan terkilan andai aku yang memilih untuk pergi jauh, dan tidak dapat bersama di saat2 terakhir mereka di dunia... Ya Allah, kuatkan semangatku...

4) Musim dingin hampir berakhir..Minggu ini agak hangat dan aku bisa ke kelas tanpa jaket yg tebal.. Serentak itu, hati ini mula berbunga.. aku merasa bertenaga.. Urbana tidak seperti pekan mati lagi..:)

5) Faris makin besar..Sudah pandai demand dan sudah pandai bermain.. Dia yang mengejutkan aku setiap pagi (setiap jam, sebenarnya...), dan gelak tawanya menjadi kerinduanku bila aku ke kelas... Masih..Aku masih meng'update' perkembangan hariannya pada keluarga di Malaysia.. Dan aku tau betapa ibu amat merinduinya... Faris, sabar ye sayang..nanti kita balik Malaysia (ini pesan Faris kepadaku...:P)...

Apapun, aku mencuba mencari daerah ceria di celah2 hati sepi ini.. Semoga dengan Faris yang semakin membesar, dan tugasan yang semakin menghimpit, aku bisa terlupa cerita sedih yang aku simpan jauh di sudut hati... Aku sudah ketawa...dan akan terus senyum dan ketawa setiap hari... Selamat pulang, cinta...

Sunday, January 18, 2009

Masih kedinginan....

Ayah dan ibu sudah selamat sampai di tanah air...
Airmataku juga sudah membeku lewat kedinginan yang mencucuk di sini...

Sudah.....

Aku sudah mahu berhenti bersedih dan ingin meneruskan langkah seperti layaknya aku yang biasa...
Walau sebenarnya aku masih menatap pameran memori dalam kaca kenangan di arkib kerinduan...
Walau aku yang biasa itu sebenarnya juga bukanlah aku yang biasa...

Luar biasa.....

**Dan kekasihku itu tak pernah berhenti menceriakan hariku dgn gurau senda...Masih sudi berkongsi rindu, masih setia menyulam cinta...Faris, sayang ayah banyak-banyak ya, cinta....