Sunday, August 3, 2008

Terakhir Kalinya....

Suamiku tiada malam ini...Ke Sungai Chongkak, menyertai pelajar baru kolej menjalani Kem Pendedahan Reccan... Cintanya pada rekreasi, sayangnya pada kolej membuatkan dia berada di situ malam ini, dan meninggalkan aku di rumah....
Ops..jangan silap telahan, aku tak marah dan aku tak bersedih...Rindu, itu sudah tentu...tp yang pasti, aku mengerti mengapa dia harus ke sana dan mengapa aku harus tinggal di sini....
Kalau aku tak berbadan dua, kalau aku tak membawa baby dalam perutku ini, pasti aku sudah berada bersamanya di sana.... Kerana selama ini, aktiviti rekreasilah 'pengikat' kami...termasuklah KPR ini....
Biarlah dia yang menyampaikan salam kasihku kepada ssemua dia sana... Ini terakhir kalinya sebelum kami pergi dan tidak berpeluang menyertainya lagi bagi temppoh 2 tahun yang akan datang...kala itu, pasti segalanya akna berubah.....
Apapun, semoga dia selamat pergi dan pulang semula ke pangkuanku...
Sayang, jaga diri....

Candle Light Dinner...

Alhamdulillah..semalam selesai sudah kenduri doa selamat di rumahku... Walaupun hanya kami anak beranak namun segala persiapan dapat dilakukan dengan teratur dr pagi sampailah ke petang....Terima kasih buat ibu dan ayah yg bersusah payah mengatur majlis ini buat kami...Juga buat suami, abang, adik2 dan rizan yang turut membantu...Terasa ringan sekali kerja yang dilakukan....Kenduri ini dibuat sekali dengan kenduri arwah memperingati arwah orang2 yang kami sayang, yg telah pergi meninggalkan kami...
Tiga khemah terpasang di jalan di hadapan rumahku... Sehingga jam 8 malam, segalanya masih lancar. Tetamu mulai hadir...Namun jam 8.15pm, tiba2 seluruh blok rumahku bergelap. Bekalan elektrik terputus tiba2! Aku sedikit kaget namun cuba tenang berdepan keadaan.. Seisi rumah berusaha mencari lilin di sana sini bagi menerangi ruang rumah dan khemah kami...Ya Allah...dugaan betul!
Sehingga saat jemaah masjid tiba, elektrik masih belum disambungkan..KEadaan masih gelap..Kami melihat dlm samar,mengangkat lauk, memotong buah dalam gelap...mujur benda lain dah disiapkan petang tadi....Aku sendiri kurang nampak siapa yang memenuhi rumah dan khemah tetamu....
Sebaik doa mula dibaca, tiba2 bekalan elektrik disambung semula...Ssempatlah ia 'main-main' 3 kali sebelum benar2 tersambung..Yang kelakarnya, kami meniup dan memasang lilin berulangkali kerana tertipu dek bekalan yang putus2... :)
Alhamdulillah segalanya dapat diatasi....Dan aku rasa berkat doa yang diaminkan oleh semua, maka Allah membantu mempermudahkan majlis ini.... Kalau tidak, harussss semua orang ber'candle light dinner' malam tadi.... ;p
Terima kasih selaut alam buat mereka yang turut membantu usai kenduri... Kawan2 Ila, Edy n Enal, serta beberapa tetamu lain yang membuatkan segalanya menjadi lancar dan begitu mudah diuruskan..... Arigato goxaimas!!!
Apapun, semua sudah selesai..Terima kasih buat semua yang hadir malam tadi... Walaupun bukan acara yang besar, namun cukup bermakna bagiku..Aku mengharap restu dan dipermudahkan perjalanan sepanjang di US....Insya Allah akan aku cuba tabahkan hati sebelum kembali membalas jasa dengan menabur budi buat anak bangsa......Dan aku harap Burn benar...ramai yang doa selamat untukku, insya Allah semuanya akanberjalan lancar.... Amiinnnn