Friday, January 4, 2008

Selamat Hari Lahirmu, Sayang....


4 Januari 2008 - Masih belum hilang kegembiraan menyambut ulangbulan perkahwinan, hari lahir suamiku pula tiba. Hari ini merupakan hari dia semakin dewasa. Tak dilupakan, hari ini, 2 bulan lalu, kami bersanding di atas pelamin..Hari yang penuh indah buat kami...

Untuk tahun ini, aku mengejutkan dia dengan kek kegemarannya, NY Cheese..Plain but very rich!(So CHEESY - kata Caar..)...Dia terkejut, sbb dalam pada aku selalu bersamanya, masih ada masa aku meloloskan diri pergi menmpah kek, membawanya pulang dan menyorokkannya di dalam fridge..heheh...credit to Aira, Ila dan Edy yg membantu dalam usaha menghadirkan kek itu di rumah ini. Malam tadi, ayah, ibu dan bee turut bersama dalam 'parti' kecil-kecilan yang kuanjurkan..Memang kurang meriah kerana tak ramai yang ada, tapi cukup bermakna kerana inilah hari lahir pertama buat menantu di rumah kami ini.....

Minggu nan lalu, aku dan Bet ke MidValley..Mendapatkan Hadiah dan Kad Istimewa buatnya...Jenuh juga nak menyorokkan dari pandangannya semalam...Suamiku begitu teruja dan aku suka melihat senyuman meleret yang tidak putus2 dari bibirnya...Ia membuat aku merasa begitu bahagia.....Hadiah yang kuberi? Hmm...Satu Magnetic Dart Set...Namun ia bukan dart biasa..mengapa?Biarlah ia jadi rahsiaa :)....Aku harap dia menyukainya...Sesuai dengan perangainya yg suka main-main, dan kerana aku merasa dia sudah terlalu stress untuk menerima sebuah hadiah yang serius....Plus..An A1 size Bday Card serta sebuah sajak yang kukarang khas untuknya....Tergelak namun aku terharu, bila dia melafazkan setiap bait sajak dan tulisan yang aku nukilkan dalam kad tersebut...Dapat aku rasakan, cintaku bertambah dalam buatnya......

Suamiku, hari ini kau dewasa setahun lagi..Semoga kematangan berlari seiring kedewasaan yang menyapa...Semoga harimu dicurahi rahmat, dilimpahi kurnia...Berjaya dan dipermudahkan segala usahamu...Terima kasih atas cinta dan kasih sayang yang kau curahkan buatku.Aku bukanlah wanita terbaik buatmu, namun cintamu membuat aku selalu ingin menjadi isteri yang terbaik setiap hari...Semoga kesejahteraan buatmu dan semoga kita bersama hingga ke syurgawi......
Selamat Hari Lahir yang Ke-26, Suamiku.....

Thursday, January 3, 2008

Purnama Kedua Muncul Sudah...

Hari ini, genap dua bulan aku diijabkabulkan...Hari ini dua purnama lalu, Muhamad Fauzi Salihin menerimaku secara rasmi sebagai isterinya. Pada hari ini juga ayah menyerahkan aku kepadanya untuk dicintai, disayangi, dijaga dan dididik sebagai isteri yang solehah...Betapa cepat masa berlalu.Tanpa sedar, ada air hangat mengalir di sudut mataku..Sudah dua bulan aku menjadi seorang isteri.....


Kasih yang aku semai setiap hari hadir dan bertambah mekar setiap detik..Kasih yang kami kongsikan cukup membalut aku dengan rasa cinta setiap hari..Suamiku, terima kasih atas selaut cinta yang kau curahkan mewarnai hamparan hati ini...

Andai dia membaca kala ini, ingin aku sampaikan satu perkara padanya...
'Cinta dan kasih yang telah aku ikhlaskan ini hanya untuknya...Cintailah aku sepertimana seorang isteri itu layak dicintai...Harta berkoyan bukanlah jaminan untuk kebahagiaan..Apa yg aku damba sekadar keikhlasan dan ketulusan dalam mendidik aku menjadi isteri yang solehah...Sekali janji telah kulafazkan, takkan kupermainkan...Pimpinlah aku ke syurga abadi...'
Selamat UlangBulan Perkahwinan Kita Yang ke-2...

Meniti Jejak II....


Sekali lagi entri di blog ini dipenuhkan dengan perkhabaran gembira mereka yang membina atau sedang menuju arah untuk membina masjid. Kali ini lensa kameraku (acewah..macam photographer handalan la pulak!) beralih ke Kg.. Baru HICOM, Shah Alam...
30 Disember 2007, 2 hari sebelum kita melangkah ke tahun baru 2008.

Dalam pada bengang2 kerana tarikh yang tak dapat ditetapkan, akhirnya Iza, sahabatku selamat ditunangkan dengan kekasih hatinya yg juga kawan kami, Fendi...Tulah, bila dah sampai masanya, maka kalau nk jadi, akan tetap terjadi. Majlis yang pada mulanya terpaksa ditangguhkan kerana kesukaran mengumpulkan ahli keluarga Fendi (lepas ni aku punggil Apen je...geli lak panggil Fendi..formal sangat!) yang bersepah di serata muka bumi, akhirnya berlangsung juga dalam suasana sederhana namun cukup meriah.




Kemenangan bagiku kerana berjaya mem'booking' suamiku untuk bersama dalam acara ini. Turut serta ialah Bee, Haziq dan Ibu....Aku dan Yan bersama membantu menyiapkan Iza...Teringat waktu aku melalui hari yang sama tahun lalu....Debaran, namun kegembiraan bertakhta di sudut hati...Pun begitu, yang penting ialah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang......


Iza dan Apen, sudah seperti sebahagian ahli keluargaku. Di mana kami berada, bercuti, biasanya mereka turut serta. Persahabatan semenjak menjadi MTM terpatri erat sehingga kini dan semoga takkan ada penghujungnya. Rumahku sudah menjadi seolah rumah kedua baginya...

Iza memilih serba hijau untuk majlis pra-bersejarahnya itu (aku tau dia memang minat hijau)..dan aku bersyukur akhirnya mereka dapat mengikat tali pertunangan dan semoga cepat2lah berlangsung hari bersejarah yang paling indah itu....Haih..Lepas ni turn sapelah pulak...

Iza & Apen, tahniah buat kalian..Semoga persahabatan kita akan terus mewangi ibarat setanggi syurga.....


Asal Kapas Jadi Benang

Dari Benang Dibuat Baju

Barang Lepas Jangan Kenang

Sudah Jadi Orang Baru...Mengapa Dirindu.....