Friday, March 2, 2007

Jarak...

Berbicara tentang kedekatan...
Sudah 2 hari dia menjadi penghuni baru di daerah tempatku mencari rezeki...
Semoga dunia baru ini akan membuatnya selalu gembira, tertawa dan ceria...
Dia semakin hampir di mata...harap2 semakin rapat di jiwa....
Semoga ada hikmah di sebalik kedekatan yang tercipta antara kami ini...

Doaku tulus buatnya...
Agar dia sentiasa percaya bahawa restu dan kasihku sentiasa ada buatnya...
Walau apa pun yang sedang diusahakannya...
Selagi tidak melanggari adat dan batas susila...

Tuhan...
Kurniakanlah aku segenap kekuatan...
Agar tidak rebah di pertengahan jalan...
Agar sayangku ini sentiasa...tetap jadi miliknya....

Tuesday, February 27, 2007

A Friend...

Didedikasikan dengan tulus buat seorang teman...yang sentiasa di sisi, walau siapa pun aku, di mana aku berada dan apa yang aku miliki.....Kata-kata ini juga dihadiahkan buatku oleh seorang teman bicara.....:

A friend is someone we turn to
When our spirits need a lift
A friend is someone we treasure
For our friendship is a gift

A friend is someone who fills our lives
With beauty, joy, and grace
And makes the whole world we live in
A better and happier place
Thanks for being my friend......

Doa buatmu..

Kau yang bernama kekasih...
Maafkan aku mencuri perhatianmu di medan penuh sarat ini...
Sukar untukku menyatakan perasaan ini...
Kekadang berbolak balik...risau dengan segala kemungkinan...
Paling menakutkan andai perpisahan itu terjadi...
Mungkin aku tak mampu lagi untuk terus tabah....

Semoga Tuhan melindungimu daripada segala mara bahaya...
Semoga dirimu sejahtera dan berjaya dalam apa jua yg kau lakukan...
Aku hanya mendoakan dari kejauhan....
Walau jauh di mata namun tidak sekali berjarak di hati....

Semoga Tuhan tabahkan hatiku agar terus menanti...
Semoga Tuhan bukakan jalan dan berikan petunjuk-Nya...
Semoga kita bahagia buat selamanya...
Segalanya kerana menyatakan satu perkara...
Kau yang teristimewa...buat selamanya....

Kasih Sayang Sesama Insan...

Amalan berkasih syg sesama insan adalah ajaran agama Islam yg sgt mulia. Perasaan kasih syg yg tersemat di dalam hati perlulah diluahkan dgn kata2 supaya org yg dikasihi itu mengetahui bahawa dirinya dikasihi. Inilah salah satu cara yg diajar oleh Rasulullah s.a.w kpd umatnya bilamana mereka kasih kpd seseorg yg lain.
Perasan kasih syg yg tersimpan di dlm hati perlu di zahirkan dgn ucpn pd lidah. Ucapkanlah kasih syg kpd org2 yg kita sygi. Jwblah ucpn kasih syg yg kita terima itu. Sbgi suami, ucaplah kasih syg kpd isteri. Sbgi ibu bapa, zahirkan perasaan kasih syg kpd anak2. Sbgi guru, ucaplah kasih syg kpd anak2 didik anda. Sbgi seorg insan, nyatakan kasih syg kita kpd saudara mara kita. Ucapkanlah perasaan kasih syg kita kpd semua manusia yg kita cintai.
Kasih syg yg diucapkan melalui kata2 mempunyai kesan yg amat mendlm bg jiwa org yg mendengarnya. Ia mampu melembutkan hati dan menenangkan perasaan. Ia mampu mengalirkan air mata. Ia mampu mempereratkan perasaan kasih syg yg tlh sedia terjalin. Inilah kuasa yg ada pd ungkapan perasaan kasih syg sesama manusia.
Inilah sunnah Nabi s.a.w di dalam kehidupan berkasih syg sesama manusia. Lakukanlah scr ikhlas demi kerana Allah Taala. Sbgi ganjaran bg amalan yg mulia ini, Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “Allah Taala tlh berfirman : Wajiblah kecintaan-Ku bg org2 yg slg mencintai kerana-Ku, slg duduk bersama kerana-Ku, slg menziarahi kerana-Ku dan slg memberi kerana-Ku.”
Renungkan....

Kenangan....

Hidup tanpa kenangan...bagiku...kosong....
Dalam hidup kita, pasti ada suatu peristiwa yg begitu mengusik jiwa dan takkan dapat kita lupakan...dan bila ia dihitung sejak dr awal kita mengenal dunia, maka jumlahnya bagiku, terlalu banyak, hingga kadangkala tak termampu untuk kuimbas semuanya sekaligus....
Beberapa peristiwa yg mungkin takkan mampu kita lupakan; hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah, mendapat adik baru, kawan baru, baju baru, hadiah peperiksaan dan mungkin kehadiran cinta pertama..Semuanya terlalu akrab dengan hari2 yang kita lalui dan pasti selalu ingin diimbas kembali....
Namun tidak semua kenangan itu manis untuk dikenang...Walaupun setiap yang terjadi itu pasti punya hikmahnya, namun ada tika kenangan itu seolah belati tajam yang menghiris kalbu...Luka, tidak berdarah namun terasa pedihnya...Ia mungkin saat kehilangan cinta pertama, kekecewaan dalam hidup, perpecahan keluarga dan sebagainya...
Namun insan yang positif haruslah memandang setiap kegagalan dan kekecewaan itu sebagai penguat semangat untuk berjaya. Setiap kali ujian tiba, ia bukanlah petanda hujung dunia, sebaliknya ia adalah tanda sebuah kehidupan baru yang bakal bermula...Tuhan itu Maha Kaya, Pengasih dan Penyayang... Tiap dugaannya didatangkan selepas menghitung kemampuan kita menggalasnya...
Percayalah setiap yang terjadi punyai hikmah di sebaliknya dan usah kecewa pada kegagalan...Jangan hidup bersandar kenangan tetapi jadikan ia sebagai panduan...Manusia takkan mampu membina tamadun dengan meninggalkan sejarah...Sejarah dan kenanganlah yang mematangkan kita...Ia menyuluh jalan gelita tika kita buntu membuat pilihan...Ia teman saat kita keseorangan.....
Kenangan tidak pernah bersalah...Ia terjadi kerana sesuatu sebab..Bila kita mula melupakan kenangan, maka kita akan mengulangi kesilapan yang pernah kita lakukan...
Seorang teman pernah berkata: 'Kerana kenangan aku di sini dan kerana kenangan, persahabatan kita terus bersemi dan mekar hingga hari ini....'
Lalu aku terus mengharagai nikmat kenangan dan terus melakar memori di kanvas hidup ini....

Monday, February 26, 2007

Dia...

Sukar untukku menggambarkan dirinya..
Siapa dia...yang selalu bertakhta......

Ada kala dia ibarat mentari yang menyinar...
Terik dan menyakitkan...
Namun tidak sampai membakar....

Ada tika dia ibarat bulan...
Setia menerangi malam walau tanpa bintang menari....
Malam tanpanya dingin dan suram, namun tidak sampai dia membiarkan aku tersadung....

Kadangkala dia ibarat seorang anak kecil,
Pinta dimanja dan diladeni segala mahunya....
Namun dia masih teman yang setia,
Menghias hariku dengan nasihat dan panduan yang kujadikan bekalan....

Bila dia memandangku,
Aku terasa diriku cantik...

Bila dia ketawa,
Serasa aku ingin menari...

Bila dia marah,
Ingin aku mendakapnya...

Bila dia kesedihan,
Biarlah aku yang meneman...

Dalam setiap mimpiku,
Bayangnya selalu muncul....

Tiapkali sepi bertandang,
Guraunya memadam sunyi.....

Setiap hari yang berlalu,
Bagai terlalu singkat bila dia bersama...

Sesaat tanpanya di sisi,
Bagai dahaga berkurun di gurun yang tandus.....

Berkali kutanya pada diri...
Benarkah dia pilihanku?...
Berkali cinta ini meyakinkan...
Dialah insan yang kuperlukan...

Mungkin dia bukan putera raja yang diimpikan setiap perawan...
Namun dia sultan di hatiku, yang tiada duanya....
Lalu aku terus membiarkan,
Cinta ini mekar dan tetap bermekar...
Hingga hujung nyawa.....hanya buatnya....

Menjejak Menara Cita...

Sedikit rasa ingin berkongsi...buat adik-adik yang masih jauh perjalanannya...
Semoga dapat dijadikan panduan mengorak langkah menggapai cita-cita....
Kaifiat menuntut ilmu:
- Mulakan belajar dengan doa dan Ummul Kitab
- Tumpukan sepenuh perhatian semasa di dalam kelas
- Kenalpasti bila waktu yang paling efektif untuk diri menerima pelajaran
- Banyakkan mencerap, peka dengan perubahan yang berlaku di sekeliling kita
- Banyakkan membantu rakan-rakan untuk membantu diri sendiri lebih memahami
pelajaran
- Cuba kaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian
- Jangan anggap belajar sebagai beban, anggap ia suatu ibadah kerana Tuhan takkan
menguji hamba-Nya kalau Dia tahu kita tidak mampu
- Jiwai apa yang dipelajari dan ikhlas terhadap ilmu
- Bersyukur, berdoa dan Tawakkal kepada Allah SWT


Persediaan Sebelum Peperiksaan :
- Banyakkan bertenang dan elak memikirkan masalah lain secara mendalam
- Membaca sedikit demi sedikit setiap kali habis belajar, bila tiba waktu peperiksaan
hanya buat ulangkaji semula
- Bagi subjek yang memerlukan latihan, buat latihan dan baca semula jawapan yang telah
dicari
- Pastikan semua alat tulis mencukupi dan jaga kesihatan menjelang peperiksaan
- Bertanya kepada pensyarah mengenai skop peperiksaan
- Bersyukur, Berdoa dan Tawakkal kepada Allah SWT

Bagaimana Mengatasi Stress :
- Cari elemen yang boleh menggembirakan hati
- Lakukan perkara yang disukai dan lakukan dengan sehabis baik
- Luahkan kekusutan perasaan pada orang yang dipercayai
- Usah membandingkan diri dengan orang lain, jadi diri sendiri yang terbaik, elak rasa
rendah diri tidak bertempat
- Jangan mengharap orang akan bersimpati pada kita, sebaliknya cuba berempati pada
perasaan orang lain dan diri sendiri
- Jangan menyusahkan hati orang lain tapi jangan menyusahkan diri sendiri
- Budi, Taat dan Redha ; Jaga Budi-bahasa, Taat pada apa yang ditetapkan buat kita
dan Redha atas apa yang berlaku supaya tidak stress
- Ingat bahawa semua orang tidak sempurna dan bukan kita seorang yang melakukan
kesilapan dan ditimpa masalah
- Bersyukur, Berdoa dan Tawakkal kepada Allah SWT



‘Biar Orang Buat Kita, Jangan Kita Buat Orang’ & Menurut Biar Berakal, Mengikut Biar Pandai’.
Semoga berjaya menjejak menara..menjadi insan berguna...

Bicara Sepi Buatmu

Seandainya ada benci yang bersarang mengaburi tiap kasih yang ingin kau tumpahkan, maka usah langsung kau berikan sisa kasih sayangmu buatku…Simpan sahaja biar jadi azimatmu yang paling berharga..Paling tidak pun, aku takkan terus terluka dan tertanya-tanya…Di mana sebenarnya aku berdiri di hatimu… Masih adakah ruang buatku menghadiahkan kasih sayang yang ingin aku ikhlaskan, andai kau sering menolak kala rindu ini bertandang?

Aku sepi... Lalu aku damba adanya dirimu.. Walau jauh di sudut hati, biar kau tak lekang dari pandangan, namun jiwa insaniku mendidik aku bertoleransi dengan kemahuanmu... Kau tak wajar aku ikat dan simpan ibarat boneka yang menghiasi almari perhiasan ruang mataku.. Kau juga perlukan ruang udaramu sendiri... Kau juga perlukan laman buat menyemai minat yang mendalam dalam apa jua yang kau hasratkan... Maka sesetianya sesekali tak pernah aku menafikan hakmu itu...

Namun aku hanya ingin sedikit pengertian.. Bahawa aku wanita biasa yang hanya terlalu ingin belajar menjadi tabah... Telah aku pendamkan segala rasa ingin menyimpan kau sendirian, namun sesekali aku inginkan kau meneman... Luahkan apa yang ingin kudengari, katakan apa yang kau hajati... Mengubat rajuk di hati yang kau undang menghiasi kolam hatiku... Acapkali aku terluka atas sebab yang sama namun kau masih tega mengulanginya... Kau enggan belajar untuk tidak melakukannya sekali lagi... Atau kau masih bertatih mendalami hati sepi ini...

Sepi...Namun aku selalu menyayangimu... Kau di hadapan mataku namun jauhmu seolah tak mampu aku gapai dengan tangan mulusku... Akukah yang terlalu mendamba atau kau yang terlalu menduga... Apa yang harus aku lakukan, biar kau ingin mengerti dan faham yang aku tak pernah putus berharap dan berdoa moga kau melihat.. apa yang mata ini ingin bicarakan.....

Mengertilah, sayang....