Tuesday, March 13, 2007

Majlis...

Hujung minggu nan lalu menyaksikan aku dan keluarga berjalan jauh ke Segamat menghantar abang saudaraku yang bakal melangsungkan perkahwinan. Ditemani keluarga dan insan tersayang, jalan yang kutempuh tidak terasa memenatkan walau memang hakikatnya cukup panjang...Dan aku tiba2 mengakui bahawa sesuatu yg dilakukan dengan HATI, maka bukan beban yang terasa sebaliknya kepuasan melanda jiwa....Bahagia kerana kedekatan itu tercipta dan kasih ini semakin bertaut...Meladeni segala keperluannya, sesekali minta dimanja...Hari2 kami penuh ceria...
Saat akad dan lafaz berlangsung, ada air jernih yang mengalir daripada kolam mataku..Betapa tidak, Abang Fathul yang sangat rapat dengan keluarga kami, bakal bergelar suami..Kasih kini terbahagi, namun kuharap ia akan menambah seri...Memang sukar kuungkapkan perasaan yang bergolak kala itu...Gembira, terharu, sedih..semuanya terlalu menyelaput jiwa...Namun aku berdoa semoga jodoh mereka kekal buat selamanya.....
Teringat kala kami masih anak-anak...Aku, abang, abg fathul dan abangnya memang sentiasa bersama..paling tidak pun, aku yg meminta agar selalu bersama kerana aku satu-satunya cucu perempuan yang lebih kurang sebaya mereka...Kalau mereka memanjat, maka memanjatlah aku...andai mereka berlari, maka berlarianlah jua jawabnya...Namun itu semua meninggalkan kenangan yang amat berharga....
Kini hanya tinggal abangku yang masih belum berkahwin...Walau hatinya kini telah dimiliki semula, belum ada petanda dia akan menamatkan zaman bujangnya dalam waktu yang terdekat ini. Ibu pun dah tak mahu bersuara..Biarlah dia yang memilih jalan hidupnya....

Buat Abang Fathul dan Kak Pah, semoga hidupmu disimbahi cahaya dan diulit tawa ria serta kebahagiaan buat selamanya.....