Friday, January 26, 2007

Impian dan pengorbanan....

Bukan mudah bila kita menginginkan sesuatu yang memelukan kita mengorbankan sesuatu..But to have something, absolutely you must loose something..It's all about sacrificing...
Kadang2 kita rasa kita dah terlalu kuat menanggung kesedihan, dah terlalu tabah menghadap ujian, namun dugaan itu terus datang dan cuba menggoyahkan kecekalan yg kita anyamkan...Tapi ia bukan alasan untuk kita mengalah dengan keadaan. Kena percaya yg Tuhan itu takkan menguji hamba-Nya kalau Dia tahu kita tidak mampu menangani ujian yg ingin menduga iman dan akal.
Cuma kekadang terlintas, sampai bilakah kita harus terus berkorban? Sampai bila harus terus mengukir senyum walau hati lara menanggung? Sampai bila harus mencipta tawa andai hati tak ingin gembira?Persoalan ini mungkin tiada jawapannya....
Kerana setiap hari kita akan berdepan dengan cabaran baru...setiap hari kita akan menerima ujian baru...Fitrahnya, manusia itu akan sentiasa inginkan pembaharuan..Takkan sentiasa ingin berada di takuk lama...Dek kerana itulah, maka ujian yg dihadapi akan unik untuk setiap pembaharuan yg diinginkan...Kita perlu akur bahawa setiap insan punyai impian yg perlu dan ingin direalisasikan....kerana itulah kita perlu menghormati impian orang lain dan diri sendiri...jangan sesekali mempersendakan impian yg terukirkan.....

No comments: