Monday, January 29, 2007

Usaha dan cita-cita...

Dalam hidup ini tak selalunya kita berhasil mencapai apa yang dicitakan. Ada tika kita mengangankan sesuatu namun yang terhasil adalah sesuatu yang amat berlainan. Pun begitu, ia bukan bereti kita harus berhenti berusaha menggapai cita-cita...Bukan bermakna kita wajar berserah segalanya kepada taqdir yang Maha Esa. memang benar hidup ini ibarat sebuah percaturan. Kita merancang jalan mana yang harus diikut...Usaha apa yang harus diperbuat.Namun kuasa Allah SWT adalah yang paling agung dan tak pernah dapat ditandingi....
Yang penting kita harus mempersiapkan diri menerima apa jua kemungkinan yang bakal tiba. Memang ada kala bosan merauk jiwa, namun jangan sampai marahkan taqdir kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Percaya bahawa apa yang didatangkan kepada kita adalah yang termampu dipikul oleh batu jemala ini...Lambat laun kejayaan pasti menjenguk jua....

No comments: