Thursday, February 14, 2008

Bersendiri.....


Hujung minggu ini nampaknya aku bersendiri...Suami tercinta ke selatan tanah air menjalankan tugasnya...Kadang2 terfikir gak, kenape lain sangat perasaanku kali ini?Mungkin semenjak berkahwin, kami belum pernah berpisah selama dan sejauh ini...4 hari bukan sekejap... Ada resah yang terbit di sudut hati...Walaupun ini adalah tugas rasmi pertamanya bersama SmartzFitness, entah mengapa aku jadi begitu lemah menepis rindu.....


Apapun, semoga dia selamat selalu. Aku cuma mengharapkan dia segera menyelesaikan tugasnya dan kembali ke Serdang. Mungkin ini yang dikatakan demam bulan madu...Setiap hari dimanja olehnya, membuatkan aku menjadi tidak biasa jauh darinya.....Seorang teman pernah mengatakan, mengapa orang yang belum kahwin, boleh hidup sendiri selama berpuluh tahun, tp setelah berkkahwin, sehari tanpa dia seolah suatu yg menyeksakan...Aku mengaku, aku salah seorangnya...Entahlah, mungkin itulah sbb mengapa Allah suruh kita berkahwin..Kerana ia akan memberikan kita ketenangan dan hidup dalam kasih sayang....


Aku akan sabar menanti dia kembali... Semoga dia dilindungi dalam jihad mencari rezeki buat menampung hidup kami... Ya Allah, lindungi suamiku, perjalanan pergi dan pulangnya.. Jauhkan dia daripada malapetaka, bahaya bencana dan kemalangan...Semoga dia akan pulang segera ke dakapan mesra kasih sayangku....

1 comment:

Anonymous said...

salam kak..

ciannyer akak..jgn sedih2 ea..;)biasala tu kak..
arni nk share dgn akak satu pepatah melayu lama yg mama smpaikan kt arni..
"sayang anak,tangan-tangankan ; sayang isteri,tinggal-tinggalkan"

~actually mama tujukan yg part anak tu kt arni.not da wife part..=)~