Wednesday, July 16, 2008

Aku akan....



Bulan ini merupakan bulan terakhir aku di Malaysia.. Tinggal hanya berbaki 3 minggu sebelum kami terbang ke rantau orang..menjadi perantau.. Kupandang satu satu wajah yg akan kurindu sepeninggalanku..
Kala ini ibu sedang sibuk merancang tarikh kenduri... meraikan pemergianku, bukan bersuka, tp doa semoga segalanya selamat hinggalah aku selamat pulang ke pangkuannya. Mak pula sudah berkali2 mengingatkan agar tidak melupakan dia waktu aku nk ke KLIA - dia nk ikut... Ayah pula masih seperti selalu...kerjanya membelikan aku susu segar..hmm,kasih ayah tak pernah berubah walau kini aku isteri orang. Apa saja yg kuminta, akan cuba ditunaikan..sementelah aku sedang berbadan dua ni, semakin galak dia..kadang2 tak mintak pun dia bagi, untuk cucu katanya... Adik2 seperti biasa..Tp telah kuingatkan merekalah yang akan menggantikan tugasku sbg kakak di rumah...Aku yakin mereka sudah cukup dewasa untuk diajar berdikari...



Pergi pada 12hb Ogos ini bermakna aku akan terlepas banyak acara penting keluarga dan teman2...perkahwinan rizan, hari raya pertama bersama keluarga mentua, beberapa sepupu yg akan menamatkan zaman bujang, kawan2 yg akan melangsungkan hari bersejarah, majlis konvo adik2...tahun depan haziq adik bongsuku akan menghadapi SPM..selalunya aku menjadi rujukannya tp kali ini, dia harus belajar mencari segalanya sendrii....Teman2 sekerja yg menjadi tempat berkongsi rasa dan cerita... Perkahwinan iza tersayang dgn apen... Perkahwinan shah, my bestfriend ever dgn fafai aka jepuk...n maz pun khabarnya sedang merancang hari bahagia.....Hmmmm... Ada sape2 lagi yg aku tertinggal? Haihh....Sorry,pal!
Aku akan merindui semua dan segalanya tentang UPM dan Malaysia...Hujan emas di tempat orang, hujan batu di tempat sendiri..Lebih baik di tempat sendri.....

1 comment:

missdreamcatcher said...

my wedding?
im sure u akan sempat nye, sbb lama lagi..hehe

i want to send u oso!
mesti emotic nnti

alalalala gonna miss u loadz la dear
u blum pegi pun dh miss u like crzy