Wednesday, August 20, 2008

Journey: II

KL-TAIPEI-LA

Saat kaki menjejak dalam kapal terbang, aku semakin tenang..namun sisa tangis masih berbekas..Terkejut bila tiba2 krew kabin memberikan aku segelas air Sprite sejuk, sedangkan aku baru melabuhkan punggung..Menerima tanpa bertanya, aku cuba mencari posisi menselesakan diri dengan seat kapal terbang yang ala-ala seat bas ekspress kelas ekonomi...

Suamiku masih menanggung sakit gigi yang berat (sejak sebelum kami berangkat)..Krew kabin pun tak mampu membantu kerana mereka hanya ada panadol, tp sakit gigi suamiku itu membuatkan dia menerima layanan yang istimewa dr krew kabin MAS...No wonder, MAS menang anugerah Best Cabin Crew of the year! Tabik to all crews yang bertugas sehingga di Taipei...Layanan 1st class..Mereka siap menyediakan towel basah, cuba mendapatkan bubur buat suamiku dan baru aku tau, air Sprite yang mereka beri awal penerbangan tadi rupanya untuk aku menyejukkan badan dan menenangkan emosi...Hmm...sangat sensitif....Patutlah aku je yg dapat, org lain tak dapat....:)

Perjalanan ke Taipei hanya mengambil masa 4 jam. Aku sempat melayan dua movies...'What Happen in Vegas' dan 'Nim's Island'..saje pilih cerita yang ringan2...buat pujuk2 hati....Sebaik aku tak layan KungFu Panda je...(sbb dah tengok...)...sbb takut kena gelak dengan suamiku...heh..

Sampai Taipei lebih kurang pukul 8 malam...cari tempat semayang,tp nampak gaya semayang hormat waktu jugakla kat dalam kapalterbang.....Kat Taipei,sorang freshmen UIUC tegur kami...Ada gak org Malaysia yg ramah...heh..Nama dia Dawson...Kami berjanji bertemu lagi lepas tiba nanti..Tp haluan kami berbeza..Aku dan suami akan bermalam di LA tp dia akan terus amik connecting flight ke O'Hare International Airport,Chicago...

Journey to LA mmg meletihkan..Duduk dekat 11 jam..mau tak cramp belakang aku ni ha..rasanya kaki yg bengkak makin bengkak..Thanks God,aku n suami pakai flight socks yg direcommend oleh Aira..That really helps..at least kaki aku tak bertambah bengkak n yg tak bengkak tu remain selamat.... Perjalanan waktu malam tak pernah buatkan aku mengantuk..Bosan layan TV, aku layan perasaan pulak...Nangis...Sudah tentu..Tp nasib baik ada bahu suami buat melepas sendu...Dia malas nak layan aku, sebab sakit giginya pun tak terlayan...Kasihan...

Terlelap juga mata ini lepas berjam-jam dalam penerbangan. Tapi masa dikejutkan untuk breakfast,aku terkejut sebab waktu tempatan masa itu ialah 4.30petang...Heh..kami makan ikut waktu Malaysia..memangla pelik...kan?Suami hanya boleh mengunyah makanan lembut dan aku...seperti biasa, tak pernah kering tekak dengan orange dan guava juice...Pramugara/i flight ke LA ni taklah seramah semasa perjalanan ke Taipei tadi,tp semua baik2 belaka...Whatever...Bila jam hampir mencecah jam 6.00 petang waktu tempatan,kami sudah bersedia untuk mendarat...Debaran makin kencang namun aku tabahkan hati...Tertanya2..apalah nasibku kala meijak bumi asing ini buat kali pertama...LA,here I come....

3 comments:

Anonymous said...

dear. thg membayangkan perjalanan u ni. i jd pembaca setia ni. tk sbr nk tau ending journey ni. hehehe

Anonymous said...

Apa?Fauzi sakit gigi?Adeh, duduk sini tak nak sakit pulak...hehe!

I dah stat cuti belajar. Selamat berpuasa di perantauan. Tak dapatlah nak makan roti john putrajaya.huhu!

Anonymous said...

Fuh.. some journey. I pon siap boleh rase cramp belakang. Ulang alik Penang-KL pon i dah tak sanggup. Bored to death.

Tp U sgt ratu airmata. No need to explain. Dah tahu dah. hehe.

"What happen in Vegas", eh? Sucks kan citer tu.

Take care, babe.