Wednesday, September 10, 2008

Ramadhan di U*bana Ch*mpaign

Salam ramadhan buat semua. Hari ini genaplah 8 hari kita menunaikan tanggungjawab ketiga sebagai muslim yakni "Mengelakkan diri dari makan dan minun serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari" di bulan ramadhan yang barakah ini. Alhamdulillah, di sini tidaklah kami menempuh sebarang kesukaran untuk berpuasa walaupun cuaca di sini agak sejuk, selalu je terasa macam nak minum teh O dan pisang goreng.

DETIK DAN WAKTU
Waktu subuh di sini pada masa ini adalah pukul 5.13am dan semakin hari semakin lewat. Tidak pula diketahui waktu imsaknya kerana waktu solat ini kami perolehi dari internet, tidak tertulis waktu imsak. Kalau dulu kami berjaga-jaga dengan waktu imsak, disini kami pulun sampai dekat-dekat azan subuh. Azan dari internet, boleh buat pilihan azan m*kah, m*dinah atau m*sir..

Waktu berbuka pula pada masa ini 7.13pm dan semakin hari semakin awal. Juga azan live dari internet.

BUKA PUASA
2 hari lalu kami berbuka di Masjid. Di Ch*mpaign ini terdapat sebuah masjid. Berkeluasan seperti Dewan Ide*l U*M dan mampu menempatkan seramai 300-400 jemaah, Mungkin (I'm not good at it!). Lokasinya kawasan perumahan sebelah kampus. Sangat mudah untuk dicari namun sangat sukar untuk mencari parking. So, be cool car pool. Salah parking, anda akan diberi tiket(saman) dalam USD20 atau di tow USD250 per day.... Cabaran bagi orang2 yang beriman..

Purata jemaah dalam 200 orang semuanya (lelaki , wanita dan kanak2). Kebanyakannya dari timur tengah.

Berbuka di masjid, kami dihidangkan dengan jenis makanan dan volume orang timur tengah. Kebetulan time tu turn mereka sedekah iftar. Nasik macam nasik beriani untuk 2 orang makan, ayam 2 ketul seorang, kuah dal dan sayur. Punyalah banyak, kebanyakan orang asia tenggara, (kawan2 malaysia dan indonesia) tak habis tapi dipaksa juga habiskan kerana mereka tidak mahu berlaku pembaziran. Siap ada orang tunggu kat tong sisa lagi. Ada member tu tak larat nak habiskan dan siap ada orang tolong habiskan nasik dan ayam beliau. Hu hu.... No komen.

Tiap-tiap hari ada turn untuk organisasi berlainan. Tapi tidak pula diketahui menunya kerana itulah kali pertama dan terakhir setakat ini kami berbuka di situ.

Semalam kami ke bazaar Ramadhan. Walaupun agak suntuk sempat juga kami membeli ayam percik setengah ekor dan nasik kerabu. Oh, tidak lupa juga kuih akok yang menjadi kegemaran.

Ceh, berangan... semalam kami tidak kemana-mana. Syeda tiada kuliah untuk dihantar, Mas Eko tidak menghantar surat khabar untuk diteman, peti ais masih penuh untuk diisi dan pakaian masih suku bakul untuk dibasuh di laundry. So, duduklah dirumah menonton TV cerita Ob*ma dan McC*in meraih undi.

CUACA
Tadi cuaca agak baik. Cahaya matahari menyinar terik namun suhu agak sejuk. Dalam 16-17 darjah Celcius. Panas tapi sejuk. Hmmm.. sejuk dan bercahaya. Tak tahu pulak nak describe macam mana. Yang pastinya cerah, sejuk dan perlu bersweater.. Suhu tatkala blog ini ditulis pula adalah 12.6 darjah celcius..

http://www.wunderground.com/cgi-bin/findweather/getForecast?hourly=1&query=61801

5 comments:

Alice said...

Serious ai ingat ader Bazaar Ramadan kt IL. Baru nak terpekik jealous, huhu. Tak dpt kte nak enjoy pg Bazaar for the first time with hubby for the first time kan. Dulu gi sama2 pun, xdpt balik mkn sama2, huhu..

SyedaFauzi said...

sorry la Aira, tapi saje je nak bagi aira and burn jeles.

Anonymous said...

apsal i terbayang mcm etok yg tulis entry ni?
muahahaha

"Semalam kami ke bazaar Ramadhan. Walaupun agak suntuk sempat juga kami membeli ayam percik setengah ekor dan nasik kerabu. Oh, tidak lupa juga kuih akok yang menjadi kegemaran."

dear, rs nk je tolong poskan benda2 tu kt u. tp apakan daya. hah apalagi tu hint suruh masak la tu!! :)

ps:apsal i text number u tu tk dpt? konpius laaaaaaa

SyedaFauzi said...

You are damn right,dear...n etoq tgh kagum betapa terrornya u teka...hahahha

Anonymous said...

haha. guess i know men too well. or perhaps skema gile ayat2 tu psl boleh notices.

kem slm etok n baby :)