Friday, October 17, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri.....

Salam Aidilfitri...
Maaf buat teman2 yg asyik bertanya mengapa aku dah lama tak menjengah ke ruang rasa ini.. Sejujurnya, hari2 sebelum raya dan selepas raya ini, walaupun dapat aku penuhi dengan pelbagai aktiviti yang memekarkan bunga2 ceria di jiwa, jauh di sudut hati, aku terlalu lemah untuk menaip walau apa jua yg aku rasa. Alasannya, mudah, tahun ini tahun pertama aku beraya jauh dr insan2 yang teramat aku sayang, walau aku berada di sebelah insan yg aku cinta. Percayalah, ikatan kekeluargaan buatku, jauh lebih sukar dileraikan rindunya berbanding menyambut hari bahagia bersama suami tercinta. Apatah lagi, bila melihat wajah adik2 dan ibu di lensa kamera, melihat wajah ayah yang merindui aku, aku jadi tak keruan... 2-3 hari sebelum aidilfitri, aku menangis setiap malam, 2-3 hari selepas aidilfitri, aku masih lagi membanjirkan wajah dengan air mata...Hasilnya, aku demam dan selsema beserta batuk yang masih belum sembuh hingga kini...
Mungkin aku anak manja yang tak pernah mengerti apa itu berada jauh dari keluarga tercinta. Sementelah dengan keadaan aku yang menunggu hari, tahap sensitiviti semakin bertambah, hingga aku mudah jauh hati dan pantas sahaja merindui wajah ibu..Mungkin ini pengalaman pertama menjadi ibu, dan rasa sakit yang kadangkala mencucuk membuat aku rindu belaian ibu acapkali aku kurang sihat....(Nahh...air mataku bergenang lagi...)
Pun begitu, aku tak pernah menafikan bahawa semakin lama aku di bumi Urbana-Champaign ini, aku semakin belajar untuk tabah menanggung rasa. Ia membuat aku menjadi dewasa...Menggalasi tanggungjawab sebagai seorang isteri, pelajar, kakak, adik dan teman, di samping belajar menjadi seorang ibu membuatkan aku merasa lelah ada tikanya...Dikelilingi teman2 baru, yang menjadi ahli keluargaku di sini, sedikit sebanyak mengukir senyum di wajah..Meladeni suami yang kerap membuat aku ketawa, membuatkan rasa rindu itu kadangkala dapat kulupakan seketika... Biar aku menggamit semula beberapa acara penting sepanjang 'kehilanganku' di daerah yang hingar ini...Ist Chapter: Raya...
1. Raya Pertama...
Pagi raya dipenuhi dengan solat Eid berjemaah di masjid CIMIC di Lincoln Street.. Mas Eko yang membawa kami ke sana..Bertemu beberapa pelajar Malaysia dan keluarga Indonesia yang sama bersolat...Air mata jadi murah bila kami saling bermaaf2an dan bertukar rasa rindu pada kampung halaman. Yang baru tiba, seperti aku, pastinya tahun ini amat sukar bagi kami merana berjauhan dari keluarga buat kali pertama..Yang mana sudah tiba masa pulang, sedih kerana tahun depan pasti tidak ketemu lagi dengan teman2 yang bakal ditinggalkan..Air mata yang punya makna tersendiri..Pulang solat, aku bermaafan dengan suami. walaupun dia kata, dia tidak mengerti bagaimana aku selalu bisa menitiskan air mata saat bermaafan dengan keluarga, dia berjaya menenangkan aku saat aku memohon ampun dan maaf darinya...Alhamdulillah, aku masih ada dia buat teman di hari mulia ini...Maaf zahir batin,suamiku....

Tengahari itu, kami dibawa beraya ke rumah Pak Arya di Savoy... Alhamdulillah..Riuhnya membuat aku lupa air mata yang aku tumpahkan pagi tadi...
2. Raya di Chicago
Sebagaimana tradisinya, kami menghadiri rumah terbuka Pengarah MSD, Pn Rohana, di Chicago..Perjalanan selama 3 jam tidak terasa bila aku mengenangkan saat untuk bertemu Burn dan teman2 tutor UPM yang sama2 menuntut di universiti di midwest. Thanks to CikMat, Dzelda, Ezamil, Saffiyah and urghhh..(what'd dat guy's name?)...yang sama2 membuatkan perjalanan menjadi tidak sunyi.. Kami tiba di chicago lebih kurang pukul 1pm dan menghabiskan masa lebih kurang 4 jam juga di sana..Burn makin kurus.-puasa katanya... Then, sempat bermesar2 dengan students from U Minessota, Michigan State U,U o Michigan, Western Michigan U, Purdue U, dan Wisconsin-Madison... Tutor UPM lain yg aku jumpa including Reese, Mashitah, Shazene, and Salahuddin. Semua pun meluahkan rindu pd UPM dan tanahair...



Ramai juga yang hadir,mungkin dekat 500 orang...Seronok melihat ramai yang berbaju kurung, berbaju melayu dan berbicara bahasa sendiri...aku tentunya tidak melepaskan peluang makan nasi dagang kegemaran...Teruja jumpa ikan kat sini..Kat UC,nak cari ikan segar pun susah..memanjang ikan frozen je...huhu...
Dalam perjalanan pulang, kami singgah solat Asar di Masjid Jame' Chicago...Then, bershopping daging halal di Devon Street sebelum menamatkan acara shopping di Tai-Nam, pasar Asia yang menwarkan barang oriental dengan harga yang..hmm.AGAK murah la berbanding FarEast...Sempat membeli 10 pounds dada ayam, 6 pounds ground beef dan 5 pounds lamb's legs...Buat bekalan untuk beberapa bulan ni..Nak ke Chicago lagi..entah bilalah pulak....
Hasrat nak jalan2 di Lake Michigan terpaksa aku simpan sebab hari makin gelap, cuaca pun main sejuk...dengan kami masaing2 berbaju kurung dan berbaju melayu..macam tak tahan je nak membuat aksi2 Titanic kat tepi tasik..Hmm..mungkin lain kali...Ke Navy Pier dan menghabiskan round2 Chicago.....One day...Perhaps...
3. Jamuan Raya MaSA

Sabtu nan lalu, MaSA UIUC menganjurkan sambutan hari raya buat kami, keluarga Malaysian di UIUC..Berkumpul lagi dengan adik2 yang ceria...Tak sangka, aku masih muat menyarung kebaya yang ditempah sebelum ke sini...(Kalau Ibu tau mesti terbeliak biji mata dia...:))
Aku sempat menyediakan dessert moist chocolate cake utk jamuan tersebut..dalam kepala ni rasa macam nak masak macam2..Tp bila kelas asyik habis petang and assignments pun banyak yang nak diselesaikan, pulak tu masak sorang2...hasilnya cuma seloyang kek coklat je lah...
Alhamdulillah, ramai gak yang bawa juadah enak2 hari tu..Soto, lodeh, rendang, nasi minyak etc...Walaupun rasanya taklah lengkap seperti di tanahair..Sedikit sebanyak ia mengubat rindu di hati...Kenalah terima hakikat, bukan senang nak cari kerisik bermutu, santan yang segar dan rempah ratus yang lengkap di sini...
Majlis berlangsung dengan sangat meriah...Mungkin mereka sudah tegar dengan kehibaan beraya di sini..Ada yang gembira meraikan tahun terakhir beraya di perantauan...Aku?Tetap tersenyum walau di hati...Tuhan saja yang tahu....

2 comments:

MiZz AiRa said...

Wah, nice to get to read from you again. Syeda is back! =) Do heal ur heart kay dear. Berdua lebih baik, bertiga apatah lagi. Ai kt sini, emph, healing lah. But u will never see the same smile like in the pics sampai lah parie dtg balik..

Syeda said...

laling.
hehe sonok dpt baca yr blog after a while. keep checking in yr page each day, nasib boleh emel n text checking how ur (now i sounded like a pervert bestfren) hehe ;)

glad that u enjoy yr raya. i cant share yr sadness coz i myself have never been jauh2 from my family, except for boarding school, but tu tk kira la coz still in msia.

tkpe, absence makes the heart grow fonder kn? (cliche i know)

B STRONG (coz i know ur always are, esp when the times that I'm weak) and wait for a surprise package to urbana yaaa (seprais)

levvvvvv + kissssseessss + huggggsssssss