Thursday, November 20, 2008

Masih..masih...masih...

Tajuk ini dipinjam dari past shoutout from Bet's FS....
Tp ia adalah klausa yang paling sesuai menggambarkan keadaan aku sekarang...
Masih menanti baby yang malas2 mahu keluar...sejuk agaknya...
Kata orang, anak pertama memang biasa tak ikut schedule...
Tp itu tak membuat aku boleh menarik nafas lega kerana aku juga tahu implikasi andai bayi ini terlalu lama di dalam sana...
Saat2 terakhir ini seolah terlalu lama untuk dinanti...

Tugasan2 banyak yang tergendala kerana aku terlalu memikirkan bayiku...
Perutku sudah sakit2 dan ia membuat aku tak mampu menumpukan perhatian pada pembacaan, penulisan mahupun tugas harian.....
Semoga Allah berikan aku kekuatan untuk menempuh hari2 terakhir ini dan menyelesaikan segala tanggaungjawabku terhadap pelajaran dan rumahtangga...
Mujur suamiku amat memahami... dan dia amat membantu.....

Anakku. keluarlah sayang....Ibu dah penat menggendong perut ini..
Ayuh lena dalam dakapan ibu pula,ya.....

2 comments:

Alice said...

Msg to baby syeda "Keluar lah cepat little boy, ramai auntie and uncle dah tanyer, ibu dah letih nak jawab tue, hehe" Rest assured, Insya Allah you will be fine. God always bless kind-hearted people like u. Muahz!

Anonymous said...

Syeda...
Banyak2 berdoa...
Aku doakan semoga selamat semuanya...