Tuesday, October 16, 2012

Marah

Malam ini Faris tidur tak lena.. Faris tak keruan... Sebab Faris tau ibu marah. Ibu marah Faris sangat-sangat sampai ibu merajuk. Sampai ibu berdiam tak menegur. Faris menangis sekuat-kuat hati. Faris tarik tangan ibu, Faris ketuk pintu yg ibu kunci. Tapi ibu tak lembut hati. Bila ibu tidur, Faris peluk ibu. Faris cium ibu. Biar ibu tidak membuka mata, Faris sembamkan muka di belakang ibu... Sesungguhnya, tiada pelukan yang lebih hangat dr pelukan kesal Faris pada ibu....

Faris,
Bukan hati ibu membeku. Bukan juga hati ibu membenci.
Ibu hanya ingin mendidik. Ibu hanya ingin yang terbaik untukmu.
Puas sudah ibu memberitahu dengan selembut2 kata. Puas sudah ibu memujuk tapi Faris tak mahu kalah.

Faris sayang,
Dalam dunia ini, bukan semua yang kita nak, kita boleh dapat.
Mungkin juga bukan semua boleh kita dapat dalam masa yang sama.
Dan bila kita dapat sekali, bukan juga bererti kita boleh dapat sesuatu untuk selama-lamanya.

Kerana,
Dunia ini pinjaman,
Kemewahan juga pinjaman. Kesihatan, kekuatan, semuanya juga pinjaman.
Malah ibu juga hanya pinjaman, sepertimana Faris dipinjamkan untuk ibu.
Dan kerana itu, kita perlukan bekal untuk kembali.

Ibu sayang Faris, sebab itu ibu marah. Sebab itu ibu berkeras biarpun hati ini berderai melihat dirimu menangis.Setiap kali marah itu tiba, ibu perlu katakan pada diri yang ianya demi kebaikanmu. Bukan kerna ibu benci, bukan...

Saat ini mungkin Faris tidak faham. Namun suatu hari nanti ibu harap Faris mengerti.
Kenapa ibu lakukan begitu dan begini... Kenapa marah ibu mendatang dan senang pergi...
Kerana Faris anak ibu... Dan kerana ibu, Ibu....

Ibu sayang Faris......



2 comments:

Mawar Berduri said...

Syeda, i pn slalu rs mcm tue .but u managed to capture it in words.. i rasa apa yg kita dpt belajar dr kejadian ni, kita juga sedang di uji. huhu. i selalu jgk hilang kawal bl myra buat perangai. kadang2 i menagis.. thinking maybe she behaving that way because my fault, my gene and a lot because of me..
tp bila dh reda i rs dlm kita nk mendidik anak, kita juga sedang mendidik hati kita, kn? at least that's how i feel..

ibu mana yang tak sayangkan anak...

SyedaFauzi said...

Yes, Lat. Kita tau yg kita marah kerana sayangkan dia, cuma kadang2 kita jd sedih n geram sbb tak tau adakah marah tu jalan terbaik yang boleh kita guna untuk mendidik dia. Kadang2 i rasa i tak patut marah, diorang kecik lagi. Tapi kadang2 i rasa, i kena marah sbb kalau tak marah, diorang ingat kita tak serius pulak. Kita belajar banyak benda dari anak-anak kita, sama mcm mereka belajar banyak perkara dr kita. Semoga Allah tabahkan hati kita dan permudahkan tugas kita mendidik mereka.... Amiinnn