Thursday, May 29, 2008

Seribu tahun takkan bisa...

Hujan...
Petang ini sendiri lagi pulang dr kantor... Pasti menangis...
Usai tiba di rumah, katil, kerusi, meja dan seluruh ruang kamar ini akan menjadi ruang rindu yang menyeksakan...
Seorang sahabat bertanya... 'Tak mengidam apa-apa saat ini?'..
Spontan hati tulusku menjawab dan terzahir oleh kotak suara....
'Kuidamkan cintaku pulang ke pangkuanku saat ini juga...'
Lalu dia mengerti... Aku pasti...

Inbox...

Inbox saya tak pernah kosong...
Selalu berisi...
Ada saja yang menghantar perkhabaran...
Selalunya sy gembira..
Tp semalam...hari ini...inbox seperti kosong..
Kerana perkhabaran yang dinanti tak kunjung tiba....
Seolah tersiat2 hati ini....
Melihat tiada namanya sebaris nama pengirim cerita.....
Saya rindu...

Wednesday, May 28, 2008

Seminggu Bersendiri....

Beberapa malam ini, aku bersendiri...Riuh di rumah tp sunyi di hati.. Suami tercinta keluar bekerja di luar negara..Jauh yang tak pernah kami hadapi sepanjang berkawan, bercinta dan berkahwin...Kesibukannya menyebabkan kami tak dapat menghabiskan masa yang berkualiti lewat pemergiannya... Tapi malam tadi aku redha dia pergi... Pesanku pada diri, dia akan kembali... Kembali ke dakapan kasih sayangku semula...
Kucupan kasih sayangnya malam tadi bekal untuk seminggu ketiadaannya... Yang pasti, aku akan menanti dia pulang, agar rindu ini akan lenyap terus dr jiwa......
B, sayang rindu........

Wednesday, May 21, 2008

Curi tulang or berat tulang?

Kalau semua orang yang berdiam itu tidak disalahkan, maka takkan ada orang yang nak bercakap..
Kalau semua yang bekerja itu, asyik disuruh berulangkali...
Lama2 bosan jadinya....
Kalau yang mengunci pintu itu lebih selamat..maka tiada yang nak berkeliaran...
Bukan berat tulang...tidak juga curi tulang...
Tapi bosan disuruh buat benda yang sama...
Bosan bila asyik dipersalah kalau ada yang tak kena..
Walhal, dalam tersepit, kitalah juga penyelamatnya.....
Pilihlah...nak curi tulang atau nak jadi berat tulang?
Atau nak diam sepanjang jalan?

Thursday, May 15, 2008

Memori Tercipta

Bergetar jiwa di persada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Ku ingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama......
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Tuesday, May 13, 2008

Appointment melompat

Sepatutnya appointment dengan dokter on 4.5.2008
Tapi kerana gian nk balik kampung, maka cancel....
Nak buat appointment on 11.5.2008
Tp terpaksa sambut Hari Ibu di Nikko Hotel dengan professor2...
Nak buat appointment lagi...on 18.5.2008
Tp akan berada di Bukit Merah Laketown Resort...
Akhirnya terpaksa buat appointment on 25.5.2008
Hari Shah bertunang...
Hari Ahad...
Nasib baik Shah bertunang petang
Nasib baik hari Ahad ada 24jam..macam hari2 lain....
Pagi sahaja...kena jugak berjumpa puan doktora.....
Baby ibu, maafkan ibu....
Too busy....Too hectic... Too much.....
Sorry...

Monday, May 5, 2008

Cuti-cuti Malaysia...

Bukan cuti rasmi...Tapi cuti yg tak rasmi...
Menyambung cuti yang rasmi....
Ramai yang bercuti hari ini... Bukan aku...
Aku dah pun pulang dari bercuti...
Cuti yang tak dijangka.....
Hari ini aku pula sunyi kerana cuti.....
Tidak mengapa...Esok cuti bakal berakhir dan segalanya akan bermula kembali....
Masa tu baru fikir nak bercuti lagi.....
Manusia - diberi tak pernah cukup, meminta tak pernah puas.....