Saturday, December 13, 2008

Ulangtahun terindah....



Bulan Disember sudah masuk hari ke-12...


Seperti 26 tahun lalu, hari ini hari aku semakin dewasa..Hari ulangtahunku...


Banyak perkara yang baru dalam hidupku mengiringi hari yg penuh bermakna ini...


Inilah ulangtahun pertamaku di rantau orang..Pastinya tanpa kejutan teman2, tanpa sambutan sederhana bersama adik2 tersayang seperti tahun-tahun nan lalu...Namun aku bersyukur, laman maya membenarkan aku menerima ucapan yang terlalu banyak hingga aku tidak sedar aku dikelilingi oleh begiu ramai teman2 yang begitu prihatin....terima kasih selaut alam!
Tahun ini bermula episod baru dalam lembar hidupku sebagai seorang ibu..Kehadiran Muhammad Faris Safiy menyemarakkan lagi cinta dalam rumahtangga kami...alhamdulillah, setelah 3 minggu, aku semakin matang menggalasi tugas sebagai seorang isteri dan ibu... Walau badan penat, namun setiap kali melihat anak mata Faris yang bersinar, lelah itu hilang..Dan melihat kegembiraan suami melayani anak kami, tidak terasa capeknya perjalanan yang kutempuh selama ini....
Cabaran buatku bila aku masih perlu melunasi tanggungjawab sebagai seorang pelajar di bumi yang terlalu asing bagiku ini... Bayangkan saja bagaimana aku terpaksa menggagahkan diri menghadiri kelas pada hari ke-5 Faris dilahirkan... dan terus pada hari ke-9, aku masih membentangkan tugasan yang tetelah kukerjakan sepanjang semester..Allah itu Maha Pengasih..dan kerana aku tak dapat mencari penyelesaian yg boleh bertoleransi dengan keadaanku yang baru lepas melahirkan, maka aku diberi kekuatan melangkah ke kelas...aku sendiri takjub bagaimana aku bisa menghadapi segalanya sehingga hari ini, di mana aku menduduki peperiksaan akhir untuk salah satu subjek semester ini....


Aku perlukan rehat yang panjang....Ya, aku perlu mengasihani tubuhku juga...Cukuplah 2 minggu yang penuh dengan tekanan dan beban minda memikirkan tugasan dan sebagainya... Aku akan berehat seketika bila hadiah teristimewaku tiba esok...Aku tak mahu merosakkan keterujaan dan kerinduan yang kusimpan jauh di sudut hati....Dan aku tak mahu menduakan rasa itu dengan keletihan.....


Apa Hadiah istimewa itu?....
.
.
.
..Tentunya kehadiran Ibu dan Ayah tercinta ke Bumi Urbana yang membawa sejuta rasa yang indah di jiwa....Salju Urbana pasti tidak dingin lagi....:)

4 comments:

Zura said...

wah syeda..
tahniah eh..
comel bangat Muhammad Faris Safiy..
tentu terasa kepayahannya bila berpantang di negara orang..
tkperla..
tu kan ujian dariNya..
tabah aje..
yg pasti semua ini akan jadi kenangan yg paling indah bila balik ke Malaysia nnt..
InsyaAllah..

Syeda4g said...

Thanks, akak..
Memang mencabar berjauhan dari keluarga di saat2 begini...
Nasib baik ibu dtg ni, terubat sikit rindu..
Doakan saya terus tabah ye kak...

Anonymous said...

syeda,
tahniah sbb berjaya menambahkan seorang lagi umat Nabi kat dunia nie..hehe.

nie aku konpius nie tkg ayah dan ibu mu di kawasan ku..
gambar berlatar belakangkan stesen keta api gua musang tu membawa jiwa balik ke gua musang kejap.huahuahuaa...

Syeda4g said...

Hehehe...
Die, tempat jatuh lagikan dikenang..Inikan pula tempat bermain...
aku faham perasaan mu lo ni...hehehe