Wednesday, June 24, 2009

Southern Beat...

(Ini hutang cerita Road Trip kami ke Tennessee...)

Akhirnya, 26 Mei tiba jua.. Tak sabar2 Encik Anda nak bertolak. Oleh kerana aku masih perlu menghadiri kelas online malam itu, maka dia compromise untuk gerak dari Orchard Downs 1 minit selepas jam 10malam. Dugaan pertama sebelum bertolak.. ada problem dgn debit card dan bank account untuk sewa kereta. Oleh kerana En Anda takde credit card dan balance dalam acc kat cni pun tak sebanyak mana, Budget tak nak approve kad dia untuk sewa kereta. Kat cni, nak sewa kereta pun kena tgk credit history n score.. Payah gak kalau takde credit card. Pelik, org mmg sengaja soh kita berhutang kalau nk sewa kereta..heh..Aku pulak takde lesen walaupun ada kredit kad dr Malaysia. Terpaksalah Teda bertekak dengan CSR Budget tu...heh... Rupe2nye, aku boleh selesaikan masalah ni dengan hanya satu panggilan telefon untuk transfer funds ke account En Anda.. Kat cni, acc aku tu kira acc primary sbb all scholarships masuk kat situ... Punyelah lama fikir cemana nak transfer duit dah malam2 tu.. Sebaik la toll free TCF Bank senang nak ingat, 1-800-TCF-BANK... Haihh... Akhirnya dapat juga sewa kereta malam tu.... Jadi, taklah kami kerugian kereta mahupun sewa kabin yang bakal bermula esok...
(Note to self: Do not underestimate what your bank could do...huhu)
Perjalanan selama 8 jam tak terasa kerana Faris sentiasa menceriakan suasana.. Walaupun dah tengah malam, bukan senang nak bagi dia tidur.. Di samping terpaksa menahan rengekannya yang memang sangat tak suka duduk dalam car seat... Jenuh la si Teda melayan.. Since kami VIP dalam trip ni, maka kami pun taklah terlibat dalam acara pemanduan berhemah yang disertai oleh Ily dan En Anda..:) Sampai di Tennessee, kami berhenti sarapan di Waffle House yang terletak lebih kurang 1/2 jam dari Pigeon Forge, persinggahan pertama kami. Masing2 dengan muka separuh sedar, termasuklah Faris.. Tapi kami agak kecewa sbb nama je makan kat Waffle House, tapi waffle kat cni takleh nak dibanggakan sbb tak sedap dan kebanyakan hidangan ada bacon.. Hurmm.. Limited choice la kata orang.. Penat dan lapar punye pasal, layan je la..
(Note to self: Waffle House tak semestinya menghidangkan waffle yang sedap...)
Check in di cabin... Pejabat cabin ni terletak di downtown Pigeon Forge, tapi cabin kami terletak lebih kurang 20 minit lagi perjalanan meredah hutan dan bukit.. Seram gak la sbb jalan licin dan dalam hutann.. Ala2 jalan kat Ulu Yam.. Tapi kami puas hati kerana cabin tu memang superb.. 2 bed, 1 1/2 bath.. Siap hot tub, pool table, Smokey Mountain view, dapur yang lengkap dan serba serbi kelengkapan yang sebuah rumah perlukan. I feel sooo like home! Oleh kerana hujan tak berhenti2 hari tu, kami cuma menghabiskan petang di cabin, main pool (tetibe aku tersedar yang aku ada bakat main pool..:P), melayan Faris, masak2 untuk makan dan merehatkan badan. Malamnya, kami yg dara ni(heheh) berendam dalam hot tub.. Layannnn..... Malam yang dingin dan keletihan yang masih bersisa membuatkan kami lena tanpa kompromi.. Kumpul daya untuk aktiviti esok..
(Note to self: Walaupun anda sudah menjadi ibu, anda masih boleh berendam dalam hot tub bersama anak dara dan merasa diri menjadi muda..heh)

Esoknya, kami memulakan aktivit meround Pigeon Forge. Bandar PF memang menarik. Banyak amusement park dan lokasi keluarga berhibur.. Basically, ia berdasarkan pekan koboi, cuma lebih mantap dengan McD..heh.. Kami berhenti di Wonder Works, kerana binaan bangunannya cukup menambat hati, terbalik. WW ialah sebuah pusat ala2 muzium seni dan planetarium, yang dibina berkonsepkan Mining activity yang menjadi mata pencarian utama penduduk PF. Menariknya, kami tak diberi tiket, cuma distamp di tangan, dan kami masih boleh kembali pada keesokan harinya kalau tak sempat habis round dalam hari yang sama.. Bagus, kan? WW ni cuba mengintegrasikan sains dan seni.. Konsep yang menarik.. :) Penat jugaklah meroundnya. Faris sampai berapa kali tertidur terbangun.. Yang penting, bila keluar, aku dapat merealisasikan hasrat naik roller coaster dgn En Anda, walaupun hanya dalam simulator. Then, kami round bandar PF dan lunch di Chinese Restaurant kepunyaan org Malaysia. Layan jugaklah sbb murah.. Makan buffet dan boleh masuk dr pagi sampai malam (obviously la kami tak tggu sampai malam, kan). Faris merasai pengalaman pertama duduk di atas high chair di restoran ini.. Gembira dia sbb dapat duduk sama 'tinggi' dgn ibu dan ayahnya... sayang anak ibu! Sempat juga kami mengambil gambar dgn costume koboi dan southern Army.. saje buat kenangan..
(Note to self: Kalau suami anda tak suka naik roller coaster, cadangkan beli simulator roller coaster letak di rumah..:))


Hari kedua, kami berhorse riding di Pendarosa Riding Stable. Pengalaman baru kerana berkuda masuk hutan dan mendaki bukit. Aku, Ily dan Teda je yang naik kuda sbb En Anda nak jaga Faris..katanya.. Agak cuak jugakla sbb bukit tinggi, kuda tinggi, dan trek licin.. Aku cuma berdoa semoga selamat sampai semula ke bawah. Turun je kuda, aku terus mencium Faris.. Baru aku tau, sedihnya bila terasa akan berjauhan dari Faris dan En Anda.. Kemudian, kami bertiga merealisasikan hasrat untuk melakukan bungee jumping. Ternyata ia pengalaman yang sukar diungkapkan. Masa terjun tu terasa mcm hilang segala masalah. Sampai lupa aku masih ada assignment yang belum siap..hehe.. En Anda tak bungee jump kerana menjaga Faris..katanya... :P.
(Note to self: Bungee Jumping bukan untuk orang yang gayat...)

Lewat petang baru kami bertolak ke Gatlinburg. bandar yang sangat cute dan cantik.. Baru je kereta memasuki bandar ini, aku sudah terpana dgn keindahannya. Tapi, yg penting kami harus mencari tempat berteduh. Oleh kerana waktu itu weekend, banyak motel dan hotel yang penuh. Nasib baik kami dapat menginap di Four Season Inn yang terletak di tengah2 Gatlinburg. Malamnya kami meround bandar kecil ini dan purchase tiket untuk masuk Aquarium dan 2 lagi tempat tarikan Ripley's. Aku dan En Anda end up dengan memasuki Ripley's Guinness World Record, Aquarium, dan Ripley's Motion Theatre (tgk movie mcm naik roller coaster dibuatnya!). malam itu, kami merehatkan diri kerana esoknya, kami akan berjalan lama..
(Note to self: Kalau keluar malam dan kedai makan semua dah tutup, makan subway suda... )

Esoknya kami memulakan hari dgn melawat aquarium. They said that it is the #1 aquarium in the US. En Anda pun kata lebih best dari aquarium di Chicago (eleh, hint tanak bg aku g la tu...). Aku yang memang suka tgk jerung ni memang asyik la tengok jerung buat renang gaya bebas di aquarium ni. Banyak juga cipataan Allah yang belum pernah aku lihat, dipamerkan di sini. Faris sangat excited melihat sekeliling. Tapi seperti biasa, dia agak anti-klimaks.. Berapa kali ntah dia bangun tertidur, bangun tidur... Mesti dia pelik sbb banyak lak ikan2 berenang atas kepala dia..:)
(Note to self: Pastikan anak anda kenal siapa ikan...) Then, kami teruskan dgn memasuki Ripley's Motion Theatre. Tgk movie, bukanlah full movie pun. Tapi dptlah membuatkan tulang belakang aku n En Anda tergeliat. Masa kami di MT ni, Faris dijaga oleh Teda dan Ily sambil makan aiskrim Baskin' Robins. So, dapatlah aku bermanja mesra dgn ayah Faris..:P
(Note to self: Pastikan baby sitter anda bagi sikit aiskrim pada anak anda kalau mereka pergi makan di kedai aiskrim.. )

Hari seterusnya di Gatlinburg, kami bersiap packing dan memakai baju untuk dibasahkan. Aku nak jugak ke Smokey Mountains dan mencelup kaki dalam sungai. Selepas mendaki Smokey Mountain ~dengan keta, dan ambil gambar di puncak tertinggi yg boleh dicapai ~dengan kereta, kami singgah di Ocnaluftee Park, pusat berkelah berkonsepkan Red Indian's town. Rupenya, tak semudah itu nak kenalkan Faris dgn sungai. Sejuk mengelatuk airnya. Aku yg adventourous ni pun tak tahan sbb makin direndam, makin bisa pulak kaki ni. Patutlah takde org buat terjun tiruk kat cni..Akhirnya kami cuma merendam kaki sekali sekala sambil melihat gelagat angsa yang berenang berkawan2 di sungai ni..
(Note to self: Pastikan bayi anda tidakk dipatuk angsa semasa berkelah di tepi sungai yang ada angsa..)


Kami meneruskan perjalanan selama 6 jam menuju ke Memphis. Hasrat hati nak merasai pengalaman Encik Elvis Presley dan zaman kegemilangan beliau. On the way, jalan agak jammed tapi sampai Memphis kami tak tau kenapa.. Walhal takde accident pun, jalan pun OK je.. Lebih kurang jam 12 malam kami tiba di motel, check in dan terus bersedia nk landing. Selepas cuci apa yg patut, kami pun mempraktikkan hikmat lelap tanpa kompromi dalam masa kurang dari 0.001s (ini exaggerating saja..:P).. Sedang kami beradu, lebih kurang jam 3 pagi, pintu motel diketuk kuat.. Macam nak roboh.. Dalam mamai2 tu, Encik Anda buka pintu separuh.. Orang di luar, perempuan, separuh menjerit, kata ada leaking dalam bathroom kami. Dia gesa encik Anda bukak pintu. Encik anda yang maish separuh sedar, buka pintu dan perempuan tu terus meluru masuk bilik air. Aku terjaga, Faris menangis, Ily dan Teda pun terjaga. Then Teda tanya perempuan tu dr mana.. dia tak jawab straight sebaliknya suruh kami check telephone, berfungsi ke tak. Aku pelik gak kenapa dia suruh check phone tu. Tapi kepala yg masih mamai tak boleh nak mengeluarkan logik antara phone leaking, check telephone, dgn perempuan yang dtg pukul 3 pagi. Urghh... Lepas Teda menggesa perempuan tu keluar, dia pun keluar sambil berkata, 'You know that you can call 0 if you have any problems, right?'. Kami iyakan je n suruh dia keluar cepat. Sempat la dia mintak maaf sebab Faris menangis masa kelam kabut tu. Lepas perempuan tu keluar, kami buat wrapping session. Siapa dia dan kenapa dia dtg? Kami call reception, sah2 dia kata jgn bukak pintu.. Shoot! Terus kami check barang kami dan rupanya sempat la jugak dia capai wallet Encik Anda masa tgh mintak maaf dgn aku tadi... Nak marah, salah sendiri... Takpelah, bukan rezeki kami.. Melayang jugak hundred dollars ++ (nasib baik kami mmg tak pegang cash banyak2.. tu pun sbb baru dapat payment buatkan website kawan dia..huhu), dan kebetulan debit card aku pun dalam tu.. hmmm... payah nak senyum, tapi kami tabahkan hati... Tokey motel tu call kan police dan tak pasal2 kami kena interrogate.. Sebaik abg polis tu baik dan mesra..so, taklah aku terbakar sangat. Siap dia tanya kami dr mana, kenapa pakai tudung etc. Then atas keramahan aku, sempat jugakla kami dapat tau bini dia keje kat Graceland dan dapat nasihat tentang keselamatan sewaktu berada di Memphis. Tapi apakan daya, nasi dah jd bubur...Sedang diinterrogate tu, tetibe pakcik security lak masuk, jumpa wallet Encik Anda tepi keta polis.. Haih, nasib la.. Duit, debit card n staff card Encik anda dah takde. Sebaik lepas je sedar wallet tu hilang, aku call terus card center, cancelkan debit cards kami. Sekali lagi, 1 800 TCF BANK berjasa kepada kami. Kami sambung tidur selepas puas disoaljawab oleh abg polis...
(Note to self: Jangan beri stranger tumpang bilik air motel walaupun dia kata dah tak tahan..suruh dia pegi general restroom kat lobby je...)


Esoknya, kami ke Graceland. Sebelum tu sempat singgah makan di Middle East restaurant. Layan makan kebab, nasi beryani.. Faris seronok sbb macam2 makanan masuk dlm perut dia.. Yang akhirnya membuatkan dia nak muntah bila disuapkan Gerber Foods. Dramatik sungguh anak ibu ni. Kami menghabiskan sepanjang hari di Graceland. Menelusuri detik kegemilangan Elvis. Best betul jadi Elvis... rumah besar, keta banyak, duit banyak.. (Tau tak elvis memang terkenal sbb suka bagi kereta dia kat ahli keluarga, kawan2, pekerja dan sesape je yg dia suke? huh...) Dari seorang yg jahil Elvis, aku dah kenal Elvis dan kisah hidupnnya lepas balik Graceland. Malam tu kami singgah di Beale Street. Takde apa yang nak dibanggakan, cuma spot ni mmg terkenal dengan irama blues nya.. Like they said, 'There are no Black or White.. There's only Blues...' catchy, huh?
(Note to self: Jangan ramah sangat sewaktu di Beale Street, anda mungkin terpaksa belanja org yg tak dikenali makan...)




Kami menghabiskan hari terakhir di Memphis dan meneruskan perjalanan pulang ke Champaign. Memphis memang agak sunyi. Aku pun tak sure orang2 Memphis ni gi mana.. Tapi, ramai populasi African American dari Caucasian.. Secara kasarnya la.. Sebab mana2 pergi, org diaaa je yg kami jumpa... 6 jam lagi di atas jalan, dan akhirnya kami sampai semula di Champaign. aku terlepas online class malam tu sbb samai2 rumah dah pukul 9. Nasib baik boleh bukak archive.. :P Dengan itu maka tamatlah road trip kami ke Tennessee...

**Aku memang tak arif memanggil kembali semua kenangan satu persatu. Maaf kerana aku recall kembali segalanya dalam bahasa yang sangat santai. Mungkin influence dari Encik Anda..
Tapi aku yakin aku belajar sesuatu dari road trip kali ini.
  • Aku mendapat pengalaman pertama membawa seorang anak sekecil faris menempuh perjalanan yang panjang.
  • Aku belajar menasihati seorang adik sekali lagi...
  • Aku belajar, hilang wang bukanlah sesuatu yang harus ditangiskan. Yang penting, kami semua selamat...
  • Dan aku belajar bahawa, semakin aku meneroka alam yang luas ini, semakin banyak benda yang perlu aku pelajari, ingin ketahui, dan dalami.. Semoga akan ada kali kedua....


(Last Note to self: Kadangkala menyembunyikan kesedihan adalah lebih mudah dari menelannya...)


9 comments:

NaDiaH SiDeK said...

seronoknya jln2. mai la jln ke sini pulak. *wink wink*

amboi puan syeda bergumbira mcm anak dara..hehe..

MiZz AiRa said...

D, come to think of it, there are lots of other nasty ways to get rob. Kena con is certainly the less nasty one. Betul ckp syeda, alhamdulilah semuanya selamat, itu paling penting.

Really D, your trip sounds fun! And Faris mesti behave like a good boy kan, senang jer tgk Syeda berjalan. Saper cakap klu ader baby susah nk jalan.. =)

Thanks for sharing, for the length, it's worth the wait!

SyedaFauzi said...

Nad:Insya Allah, ada rezeki sampailah kami kat Nebraska nanti.. Dah kenal dgn Ustaz Wan Jamaluddin? Kami nak ke rumah dia minggu ni..:)Ala, bukan awak tak kenal kite... Dari sekolah mmg suke bergembira..hehehe..

D:Alhamdulillah semua selamat.. The trip was a blast, and we enjoyed ourselves. Faris mmg behave sepanjang trip, sesekali je dia dia cranky, kalau ada isu.. Tu yg ibu dia bersuka ria bukan main..heh.. Glad u enjoyed the reading...:)

nard said...

bestnyer dgr citer dr org jauh ni...

Ily_Lalala said...

i love your note-to-selfs tu.. lol.
p.s. we didnt open the door nak kasi minah tu tumpang tandas did we? die kate bilik die bocor. so check our tandas jugak. lol.

"akan ada kali kedua.."
faris nak ada adik???!!!
=DDDD

missdreamcatcher said...

hi dear. lama tk bukak blogs (by blogs i mean ur blog and other blog termasukla my blog. hehe)..

ni yg jenjalan aritu eh? ada jalan lagi ke pastu?

i paling menarik tertarik dengan acara bungee jumping (and not to self yg mengkaver secara jayanya bahawa fauzi tulung jaga baby) ngn cabin tu. tgk skali mcm rumah edward cullen kt dalam tgh2 hutan dlm citer twilight (hehe)

dear rinduuuuuu!

ps: tk de windy2 ke tgk u selamba pakai lengan pendek je..heh

missdreamcatcher said...

and masa baca part yg ade org terkocoh2 masuk bilik at 3am tu somehow i sensed yg u kene rob dlm diam. tup2baca lagi mmg betul pun wallet kene songlap.huhu

instinct kot. sebab skrg ni msia (kl la kot) makin menjadi2 robbery ni. smpi i jadi extra cautious all the time..

u tk care k dear

SyedaFauzi said...

Hun,

The bungee jumping n cabin mmg awesome..kalau pergi sana lagi, those are 2 things yg i nak re-experience.
Skrg kan tgh summer and windy2 pun tak berapa nk sejuk, tu yg i bantai pakai t-shirt je. u know, d typical me la kann..hehe.

I pun tak sangka kena con kat memphis tu tp pengalaman la kan.. ala, kat mana2 pun mmg possible to happen.. u pun kena xtra cautious, i know anywhere on earth skrg ni tak selamat mcm dulu..

rindu kat u A LOTTTTT...hugs and kisses!

bet said...

Comeynye faris. Cannot tahat tgk dia. Rase nk cubit dow.