Wednesday, February 24, 2010

Ini Realiti....

Kalau dihitung congak, dah hampir dua bulan aku pulang ke tanah air... Semakin selesa dengan benda lama yg aku tinggalkan, dan sibuk belajar perkara baru yang belum pernah aku temukan... Tiba di tanah air, memulakan kerja seperti biasa... maksudnya berdepan dgn realiti sekali lagi. Kalau di US, hidup seolah di alam fantasi... Tiada apa nak dirisaukan, kecuali bagaimana menghadapi hidup dengan beban rindu yg menikam-nikam... Tapi di sini, kehidupan harus diteruskan dengan pelbagai masalah, politik dan cerita yang kadang2 membuat kita lemah... Bagiku, tidak mengapalah terpaksa berdepan itu semua, asalkan aku dikelilingi insan-insan yg aku sayang...

Dugaan besar selepas pulang, ialah mendengar cerita kurang enak tentang kepulanganku dari warga tempat aku mencari rezeki.. Ada yang menyambut dengan senyum, dengan tahniah, namun tak kurang yg menyambut dengan sinis, seolah kepulanganku ini suatu dosa.. Ada yang bertanya kenapa aku pulang, ada yang menyangka, aku pulang dgn tangan kosong... Jahat kan mulut manusia ni... Berapa ramai yang benar2 bertemu aku untuk mengetahui kenapa aku pulang? Perlu ke aku tampal di muka pintu bahawa aku pulang dengan sesuatu? Aku pulang dengan masters dan dengan seorang anak... Ada yang masih ragu?

Biarlah...

Mulut manusia ni bukannya mcm mulut tempayan..boleh ditutup2... Nanti dah penat, diamlah dia... Teringat pesan ibu, biar orang buat kita, jangan kita buat orang...

Sekarang tugas aku ialah fokus untuk doctoral degree.. ke mana aku akan pergi? Usah ditanya... Sekarang aku berusaha melakukan apa yang sepatutnya... Ada rezeki nanti, maka melangkahlah aku ke mana jua yang ditentukan....

Kemudian.... berdepan cabaan mengurus sendiri Faris tanpa En Anda selalu di sisi... Nasib baiklah aku masih punya rujukan dan teman terbaik iaitu ibu dan adik-adik... Masing-masing menghulurkan bantuan... Kalau tak, mungkin aku jadi kurang bersemangat kerana merasa aku menggalas segalanya sendiri... En Anda sudah mula bekerja dengan company baru nun jauh di tengah kota lumpur. Jadi dari celik mata hingga sebelum tidur, Faris banyak diuruskan oleh aku.. Tidak hairanlah bila dia terlalu melekat dengan aku... Bila dah ada tanggungjawab besar ni, aku harus fikirkan kembali untuk mengambil lesen. Dah tak boleh jadi mak datin lagi... huhuhu

Hmmm...Kadang-kadang ada rindu menjengah... Pada ketenangan hidup bertiga di rantau orang... Pada salju yang ditinggalkan... Tp panas Malaysia masih terus memikat aku... Lumrah manusia, tak pernah puas dengan apa yang ada, sudah cukup masih meminta... Termasuklah aku...


"Asalkan kita terus bersama...tiada apa yang melemahkan ibu...."

Align Center

4 comments:

ReeNaJoE said...

so touch by ur entry dear...lately aku sgt super sensitive..d other day my stdnt ckp sthing yg hurt my feeling pun aku nangis(not infront of him mind u!!!)...biarlah org nak ckp apa pun syeda..yg pntg kite sedar apa yg kite buat betul di jln Allah...manusia ni sll dengki dgn kelebihan kite n kalau kekurangan plak habis dijaja keliling kmpg!! tpt kaje ko yg penuh dgn intelectual people pun ada perangai camtu just imagine tpt keje aku ni n lain2 tpt di malaysia ni...at least u ada family yg n kawan2 baik yg akan meyokong di belakang...miss u babe

Nadiah Sidek said...

ya Allah..ada ke yg tak berpuas hati dgn kepulangan syeda? kalau syeda tak tulis kat blog..mmg tak tahu cerita pun. sabar ye. rsnya duduk di perantauan lebih aman dan tenang dpd 'mulut jahat' manusia walaupun kita ni hanya org asing di tmpt org..hmm..

be strong ya!

SyedaFauzi said...

nad/ shah:
memang tak mudah bila hidup dikelilingi insan2 yang hanya tahu bercakap tapi tak mahu mendengar... yang hanya tahu menjatuhkan orang, bukan membantu... tp takpe, Allah Maha BEsar kan... yang benar pasti dipelihara dan ditunjukkan jalan...

thanks for being there for me!

Bet said...

Babe dah lama xsinggah cni.
the last time i checked mcm xde entry br.

Hey, hope everything has got bec to normal now.

cant wait to be 'reunited' with u.