Thursday, May 15, 2008

Memori Tercipta

Bergetar jiwa di persada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Ku ingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama......
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Tuesday, May 13, 2008

Appointment melompat

Sepatutnya appointment dengan dokter on 4.5.2008
Tapi kerana gian nk balik kampung, maka cancel....
Nak buat appointment on 11.5.2008
Tp terpaksa sambut Hari Ibu di Nikko Hotel dengan professor2...
Nak buat appointment lagi...on 18.5.2008
Tp akan berada di Bukit Merah Laketown Resort...
Akhirnya terpaksa buat appointment on 25.5.2008
Hari Shah bertunang...
Hari Ahad...
Nasib baik Shah bertunang petang
Nasib baik hari Ahad ada 24jam..macam hari2 lain....
Pagi sahaja...kena jugak berjumpa puan doktora.....
Baby ibu, maafkan ibu....
Too busy....Too hectic... Too much.....
Sorry...

Monday, May 5, 2008

Cuti-cuti Malaysia...

Bukan cuti rasmi...Tapi cuti yg tak rasmi...
Menyambung cuti yang rasmi....
Ramai yang bercuti hari ini... Bukan aku...
Aku dah pun pulang dari bercuti...
Cuti yang tak dijangka.....
Hari ini aku pula sunyi kerana cuti.....
Tidak mengapa...Esok cuti bakal berakhir dan segalanya akan bermula kembali....
Masa tu baru fikir nak bercuti lagi.....
Manusia - diberi tak pernah cukup, meminta tak pernah puas.....

Friday, April 25, 2008

Menghitung hari....

Pagi Jumaat....
Genap empat bulan lagi sebelum kelasku bermula di SANA... Entah... Makin hampir hari yg dinanti, makin besar pula dugaan melanda... Jalan sudah luas terbentang...mampukah aku meniti liku2 yg bakal membawa aku ke sana?...berserah....
Apa salah si kecilku ini? Belum pun lahir ke dunia, ada pula yang menyalahkan dia sbg penghalang aku mengejar cita2..Yang mengandungkan dia, AKU...Rahim AKU, kudrat AKU, walaupun semua dipinjamkan oleh Illahi, namun AKU sedikit tak mengeluh... Kan aku selalu dilindungi Ar-Rahim? Mengapa pula ada yg mempersoalkan mengapa dia harus hadir lewat pemergian aku ke rantau orang? Sedih.......
Percaya tak kalau aku katakan, aku merasakan bahawa andai dia tiada, mungkin aku takkan mendapat peluang ini..Aku percaya ini adalah rezeki si kecil ini... Usahlah kita melihat dia sbg satu beban... Ini kan rezeki dr Allah....
Mujur ada suami dan teman yg memberikan sokongan..Sekelumit aku tak pernah menyalahkan takqdir yg ingin menganugerahkan aku cahaya mata di saat2 begini... Aku percaya janji Allah: 'Setiap kesukaran ada kesenangannya...'..
Aku harap aku akan dikurniakan segenap ketabahan untuk terus menghitung hari sebelum pemergianku....

Tuesday, April 8, 2008

Terbang tinggi.....

8/4/2008
Kata orang, sabar itu separuh daripada iman..Kesabaran itu kemenangan...dan itulah yg cuba aku pertahankan selama berbulan2 menanti jawapan yg tak pasti...
Tp bila pagi ni mendapat perkhabaran gembira yg biasiswa aku diluluskan, hari yg mendung terus bertukar cerah secerah langit terbentang dan mendung yg berarak di hatiku semakin menyegan lalu meninggalkan ruang jiwa ini...mentari pula yg mengambilalih ruangnya....
Kesabaran ini berbaloi dgn apa yg bakal kuterima.....Seolah sepasang sayap yg akan membawaku terbang tinggi....
Mungkin ini rezeki si kecil yg baru ingin menjenguk dunia ini....
Alhamdulillah.....
Illinois, here I come!.......

Thursday, April 3, 2008

Lima purnama dan satu buah cinta....

Hari ni genap 5 purnama perkongsian hidupku dengan suami...Alhamdulillah...
Ulangbulan kali ini berbeza dgn yg sebelum2nya...
Sebelum ini kami hanya berdua...Berkongsi dunia...
Bulan ini jadi 2 setengah.....
Senyum meleret......
Bahagia...
Sayang, semoga buah cinta yg bakal menjenguk dunia ini menjadi tanda cinta kita bakal kekal selamanya........

Tuesday, April 1, 2008

Bukan Mudah.....

Apa yg mereka tahu tentang keletihan..tentang perancangan..tentang pengorbanan...

Yang mereka tahu cuma bersukaria..Datang bersenang lenang.....

Yang bekerja letih selalu...Tapi tak mengeluh kerana ingin semua bergembira..

Namun yang cuma diminta memberi sokongan...Bijak menutur kata...Bijak meminta segala...

Tapi tidak hadir si penghujungnya.....

Usaha gigih ini, aku dedikasikan buat semua yg menyokong secara total.....

Salam selaut kasih....