Monday, February 26, 2007

Menjejak Menara Cita...

Sedikit rasa ingin berkongsi...buat adik-adik yang masih jauh perjalanannya...
Semoga dapat dijadikan panduan mengorak langkah menggapai cita-cita....
Kaifiat menuntut ilmu:
- Mulakan belajar dengan doa dan Ummul Kitab
- Tumpukan sepenuh perhatian semasa di dalam kelas
- Kenalpasti bila waktu yang paling efektif untuk diri menerima pelajaran
- Banyakkan mencerap, peka dengan perubahan yang berlaku di sekeliling kita
- Banyakkan membantu rakan-rakan untuk membantu diri sendiri lebih memahami
pelajaran
- Cuba kaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian
- Jangan anggap belajar sebagai beban, anggap ia suatu ibadah kerana Tuhan takkan
menguji hamba-Nya kalau Dia tahu kita tidak mampu
- Jiwai apa yang dipelajari dan ikhlas terhadap ilmu
- Bersyukur, berdoa dan Tawakkal kepada Allah SWT


Persediaan Sebelum Peperiksaan :
- Banyakkan bertenang dan elak memikirkan masalah lain secara mendalam
- Membaca sedikit demi sedikit setiap kali habis belajar, bila tiba waktu peperiksaan
hanya buat ulangkaji semula
- Bagi subjek yang memerlukan latihan, buat latihan dan baca semula jawapan yang telah
dicari
- Pastikan semua alat tulis mencukupi dan jaga kesihatan menjelang peperiksaan
- Bertanya kepada pensyarah mengenai skop peperiksaan
- Bersyukur, Berdoa dan Tawakkal kepada Allah SWT

Bagaimana Mengatasi Stress :
- Cari elemen yang boleh menggembirakan hati
- Lakukan perkara yang disukai dan lakukan dengan sehabis baik
- Luahkan kekusutan perasaan pada orang yang dipercayai
- Usah membandingkan diri dengan orang lain, jadi diri sendiri yang terbaik, elak rasa
rendah diri tidak bertempat
- Jangan mengharap orang akan bersimpati pada kita, sebaliknya cuba berempati pada
perasaan orang lain dan diri sendiri
- Jangan menyusahkan hati orang lain tapi jangan menyusahkan diri sendiri
- Budi, Taat dan Redha ; Jaga Budi-bahasa, Taat pada apa yang ditetapkan buat kita
dan Redha atas apa yang berlaku supaya tidak stress
- Ingat bahawa semua orang tidak sempurna dan bukan kita seorang yang melakukan
kesilapan dan ditimpa masalah
- Bersyukur, Berdoa dan Tawakkal kepada Allah SWT



‘Biar Orang Buat Kita, Jangan Kita Buat Orang’ & Menurut Biar Berakal, Mengikut Biar Pandai’.
Semoga berjaya menjejak menara..menjadi insan berguna...

No comments: