Thursday, January 3, 2008

Meniti Jejak II....


Sekali lagi entri di blog ini dipenuhkan dengan perkhabaran gembira mereka yang membina atau sedang menuju arah untuk membina masjid. Kali ini lensa kameraku (acewah..macam photographer handalan la pulak!) beralih ke Kg.. Baru HICOM, Shah Alam...
30 Disember 2007, 2 hari sebelum kita melangkah ke tahun baru 2008.

Dalam pada bengang2 kerana tarikh yang tak dapat ditetapkan, akhirnya Iza, sahabatku selamat ditunangkan dengan kekasih hatinya yg juga kawan kami, Fendi...Tulah, bila dah sampai masanya, maka kalau nk jadi, akan tetap terjadi. Majlis yang pada mulanya terpaksa ditangguhkan kerana kesukaran mengumpulkan ahli keluarga Fendi (lepas ni aku punggil Apen je...geli lak panggil Fendi..formal sangat!) yang bersepah di serata muka bumi, akhirnya berlangsung juga dalam suasana sederhana namun cukup meriah.




Kemenangan bagiku kerana berjaya mem'booking' suamiku untuk bersama dalam acara ini. Turut serta ialah Bee, Haziq dan Ibu....Aku dan Yan bersama membantu menyiapkan Iza...Teringat waktu aku melalui hari yang sama tahun lalu....Debaran, namun kegembiraan bertakhta di sudut hati...Pun begitu, yang penting ialah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang......


Iza dan Apen, sudah seperti sebahagian ahli keluargaku. Di mana kami berada, bercuti, biasanya mereka turut serta. Persahabatan semenjak menjadi MTM terpatri erat sehingga kini dan semoga takkan ada penghujungnya. Rumahku sudah menjadi seolah rumah kedua baginya...

Iza memilih serba hijau untuk majlis pra-bersejarahnya itu (aku tau dia memang minat hijau)..dan aku bersyukur akhirnya mereka dapat mengikat tali pertunangan dan semoga cepat2lah berlangsung hari bersejarah yang paling indah itu....Haih..Lepas ni turn sapelah pulak...

Iza & Apen, tahniah buat kalian..Semoga persahabatan kita akan terus mewangi ibarat setanggi syurga.....


Asal Kapas Jadi Benang

Dari Benang Dibuat Baju

Barang Lepas Jangan Kenang

Sudah Jadi Orang Baru...Mengapa Dirindu.....