Monday, February 26, 2007

Menjejak Menara Cita...

Sedikit rasa ingin berkongsi...buat adik-adik yang masih jauh perjalanannya...
Semoga dapat dijadikan panduan mengorak langkah menggapai cita-cita....
Kaifiat menuntut ilmu:
- Mulakan belajar dengan doa dan Ummul Kitab
- Tumpukan sepenuh perhatian semasa di dalam kelas
- Kenalpasti bila waktu yang paling efektif untuk diri menerima pelajaran
- Banyakkan mencerap, peka dengan perubahan yang berlaku di sekeliling kita
- Banyakkan membantu rakan-rakan untuk membantu diri sendiri lebih memahami
pelajaran
- Cuba kaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian
- Jangan anggap belajar sebagai beban, anggap ia suatu ibadah kerana Tuhan takkan
menguji hamba-Nya kalau Dia tahu kita tidak mampu
- Jiwai apa yang dipelajari dan ikhlas terhadap ilmu
- Bersyukur, berdoa dan Tawakkal kepada Allah SWT


Persediaan Sebelum Peperiksaan :
- Banyakkan bertenang dan elak memikirkan masalah lain secara mendalam
- Membaca sedikit demi sedikit setiap kali habis belajar, bila tiba waktu peperiksaan
hanya buat ulangkaji semula
- Bagi subjek yang memerlukan latihan, buat latihan dan baca semula jawapan yang telah
dicari
- Pastikan semua alat tulis mencukupi dan jaga kesihatan menjelang peperiksaan
- Bertanya kepada pensyarah mengenai skop peperiksaan
- Bersyukur, Berdoa dan Tawakkal kepada Allah SWT

Bagaimana Mengatasi Stress :
- Cari elemen yang boleh menggembirakan hati
- Lakukan perkara yang disukai dan lakukan dengan sehabis baik
- Luahkan kekusutan perasaan pada orang yang dipercayai
- Usah membandingkan diri dengan orang lain, jadi diri sendiri yang terbaik, elak rasa
rendah diri tidak bertempat
- Jangan mengharap orang akan bersimpati pada kita, sebaliknya cuba berempati pada
perasaan orang lain dan diri sendiri
- Jangan menyusahkan hati orang lain tapi jangan menyusahkan diri sendiri
- Budi, Taat dan Redha ; Jaga Budi-bahasa, Taat pada apa yang ditetapkan buat kita
dan Redha atas apa yang berlaku supaya tidak stress
- Ingat bahawa semua orang tidak sempurna dan bukan kita seorang yang melakukan
kesilapan dan ditimpa masalah
- Bersyukur, Berdoa dan Tawakkal kepada Allah SWT



‘Biar Orang Buat Kita, Jangan Kita Buat Orang’ & Menurut Biar Berakal, Mengikut Biar Pandai’.
Semoga berjaya menjejak menara..menjadi insan berguna...

Bicara Sepi Buatmu

Seandainya ada benci yang bersarang mengaburi tiap kasih yang ingin kau tumpahkan, maka usah langsung kau berikan sisa kasih sayangmu buatku…Simpan sahaja biar jadi azimatmu yang paling berharga..Paling tidak pun, aku takkan terus terluka dan tertanya-tanya…Di mana sebenarnya aku berdiri di hatimu… Masih adakah ruang buatku menghadiahkan kasih sayang yang ingin aku ikhlaskan, andai kau sering menolak kala rindu ini bertandang?

Aku sepi... Lalu aku damba adanya dirimu.. Walau jauh di sudut hati, biar kau tak lekang dari pandangan, namun jiwa insaniku mendidik aku bertoleransi dengan kemahuanmu... Kau tak wajar aku ikat dan simpan ibarat boneka yang menghiasi almari perhiasan ruang mataku.. Kau juga perlukan ruang udaramu sendiri... Kau juga perlukan laman buat menyemai minat yang mendalam dalam apa jua yang kau hasratkan... Maka sesetianya sesekali tak pernah aku menafikan hakmu itu...

Namun aku hanya ingin sedikit pengertian.. Bahawa aku wanita biasa yang hanya terlalu ingin belajar menjadi tabah... Telah aku pendamkan segala rasa ingin menyimpan kau sendirian, namun sesekali aku inginkan kau meneman... Luahkan apa yang ingin kudengari, katakan apa yang kau hajati... Mengubat rajuk di hati yang kau undang menghiasi kolam hatiku... Acapkali aku terluka atas sebab yang sama namun kau masih tega mengulanginya... Kau enggan belajar untuk tidak melakukannya sekali lagi... Atau kau masih bertatih mendalami hati sepi ini...

Sepi...Namun aku selalu menyayangimu... Kau di hadapan mataku namun jauhmu seolah tak mampu aku gapai dengan tangan mulusku... Akukah yang terlalu mendamba atau kau yang terlalu menduga... Apa yang harus aku lakukan, biar kau ingin mengerti dan faham yang aku tak pernah putus berharap dan berdoa moga kau melihat.. apa yang mata ini ingin bicarakan.....

Mengertilah, sayang....

Thursday, February 15, 2007

CINTA?

Rasa cinta adalah perasaan kemanjaan terhadap seseorang dan kegelian di dalam hati yang tidak dapat digaru (rasa lucu; tapi benar). Yang penting, uruskan CINTA agar ia tidak membawa padah sengsara. Bagaimana? Jawapannya,

1. Berfikiran bijak dari aspek masa hadapan (beranak-pinak: penubuhan Institusi Keluarga Kusyairy)
2. Susun strategi bagi 4K (Kasih, Kahwin, Keluarga, Kerabat, bersama si dia ke anak-cucu (sebelum kita kembali ke Rahmatullah)
3. Kawal perasaan dan tenang (cool) selalu; jangan kelam kabut dan usah melayani jiwa-raga gelisah.

Mereka yang berjaya dalam percintaan adalah mereka yang mempunyai sifat kesabaran, penyejuk hati kepada orang lain (teman), dan boleh membantu serta memberi rasa sayang kepada orang lain.....

Monday, February 12, 2007

Penat..

Biarlah aku sendiri melayari episod sepi...
Usah kau hampiri jika bukan itu niatmu...
Tak usah ditanya ke mana aku kan pergi...
Hanya kupohon doa agar kau sejahtera selalu.....

Lalu berlalulah malam nan gemilang itu...

Malam tadi, tanggal 11 Februari 2007...
Berlangsunglah malam nan gemilang yang menjadi kebanggaan sebuah entiti...malah diriku sendiri...
Sepatutnya, malam ini membawa erti yg amat sukar kuungkapkan...bagaimana ia terlalu memberi makna, meninggalkan kenangan, menghidupkan cinta dan kasih sayang serta mengajar aku erti usaha, persahabatan dan kepuasan dalam kerja berpasukan...
Malam itu sepatutnya menjadi cara aku dan rakan-rakan meluah kasih pada sebuah entiti yang terlalu besar jasanya dan terlalu tinggi kasihnya pada kami....
Dan ia pernah jadi saksi di mana cintaku bersemi....

Namun malam tadi aku sendiri....
Mungkin bukan keseorangan tetapi aku cukup kesepian...
Dan dalam kesepian itu, mencari tempat mengadu nasib dan berkongsi rasa...
Mujur ada yg mengerti dan memberi muka....
Lalu sudi berkongsi rasa yang sama....
Hakikatnya, apa yg kami rasa...SAMA....
Tersisih...dilupakan dan tiada keikhlasan...
Orang lain boleh membuat andaian namun kami yg merasa ini begitu terkilan....
Mujurlah ada sahabat, ada teman buat bertukar cerita..
Namun itu belum bisa memadam kelukaan di lubuk jiwa....

Setelah segalanya kami ikhlaskan...
Setelah keringat kami titiskan dan setelah kasih sayang kami berikan...
Lalu kami dibuang...atau mungkin kami yang merasa terbuang.....
Atau mungkin bukan membuang...sekadar dipinggirkan daripada melihat hasil tuaian yang dua musim dibelai....
Mungkin juga tidak mahu kami terus menilai dan membandingkan...
Kerana zaman yang baru ini BANYAK PERUBAHAN yang telah terlaksanakan.....

Dan aku hanya tersenyum..
Namun dalam diam hati ini menangis....
Bukan mengharap diladeni persis sang puteri yang perlu disiapkan makan pakainya..
Tidak minta dipujuk rayu bagai sang pria memuja perawannya..
Cukuplah sekadar menyemai ikhlas kasih di jiwa..
Demi menyambut cinta yang kami hulurkan di sebalik kasih dan sayang yang kami wariskan....
Namun hampa.....mereka tidak sedar itu semua....

Lalu malam nan gemilang itu berlalu jua...
Tanpa aku dan dia menyaksikan....
Tanda kasih sayang kami pada entiti itu meraikan PERUBAHAN yang mereka canangkan....
Walau jauh di sudut hati...aku masih kecewa...
Namun biarlah hanya aku dan dia yg mengerti...
Betapa kasih cinta kami pada entiti nan satu ini...tidak pernah goyah.....
Walau seketika.......

Sunday, February 11, 2007

Sahabatku, mengertilah...

Sahabatku....
Teruslah mengguris hatiku yang pernah kau lukai suatu tika dulu...
Teruslah menafikan kejujuranku hadir dan berlalu dari hidupmu....
Takkan kupertahankan diriku..
Terserah padamu...

Mengapa tidak kau lihat seribu hikmah di sebalik ujian yang Tuhan berikan ini?
Kenapa mesti menyalahkan masa silam yang takkan mampu diulang kembali?
Telah kuperjelaskan segalanya....
Namun mengapa kau masih terus meratap nasib dan membiarkan aku terus terluka?

Antara kita memang takkan mampu bersama...
Biarlah hanya kasih sayang antara sahabat yang mengikatnya...

Aku akur...
Hidup ini bukan setiap hari disulam gelak tawa dan bunga ceria...
Adakala bila awan berarak suram, langit kasih turut menjadi kelam...

Namun sahabat....
Usah tenggelam dalam kesedihan...
Kerana kesedihan mengajar kita menghargai setiap ruang dan peluang untuk kita mengetahui, merasai dan menilai erti sebuah kesabaran.....

Dan bila kesabaran itu tiba di tahap yang paling mulia..
Maka ganjarannya seolah terbuka pintunya syurga....
Allah takkan melupai janji-Nya..
Pada hamba yang berbudi, taat dan redha......
Mengertilah....

Sepi...Sunyi...

Kesibukan memenuhi tugasan harian kadangkala membuat jiwaku kosong..
Ramai orang di sekelilingku namun aku masih sepi...
Entahlah...apa yang dicari aku sendiri tak pasti...
Ada tika hati dibisik kesunyian yang tak terungkapkan..
Bagai ada satu lohong kosong yang menanti diisi...
Siapa..apa yang bakal mengisinya...aku masih mencari....

Hari ni pasti aku sepi lagi...
Orang yang dikasihi punyai agenda penting yang tak mungkin diambil ringan...
Dan aku menanti lagi sepanjang hari...
Dengan jiwa yang penuh kekosongan...
Apa sebenarnya yang aku cari?....