Tuesday, July 29, 2008

Look at what happened!

It's even better..
My new blog is now even even better with the whole new bunch of things, new links, ads on etc..
The special part -- new banner....
Baby...u deserve a ki*s for all this...I love you....

It's really true that when someone u love did something u love...
It will double the love!!!!

Aksi spontan....heh

BetTAKJahat.com....



Semalam ketemu Bet yg dirindui..Since dia berpindah ke Penang,this is our first met,probably the last sebelum aku fly...Kami sempat bersarapan bersama Burn n Kak Imah dan berborak panjang sebelum dia pulang untuk menguruskan hal berkaitan researchnya....(Hahaha...EPRD yg membuat aku diklasifikasikan seangkatan Burn..heh)..
Well, Bet...thanks for the bfast,the talk...N Burn,thanks for the treat..Kak Imah, thanks for the accompany...
Bet ada gak bercerita tentang dunia barunya...Homesick bile kesunyian..Especially bile Subuh n Maghrib...Semua wajah yang dirindu,muncul...Agaknya, aku pun akan menghadapi benda yg sama, bezanya ada sorang yang kurindu sentiasa menemani aku setiap masa...Alhamdulillah....
Lama kami berborak,macam2 yg dikongsi..As usual, terlalu banyak yg boleh aku ceritakan dan dengar dr Bet kerana dia seorang pendengar yang baik..And I tried my very best to be one,too...
Sebelum dia pulang,dia ada menitipkan sekeping kad n sepersalinan buat Baby dalam perutku ini..(Orang tak lahir lagi tp baju dan barang dah banyak dah--thanks to all!!)..
Kami berpeluk buat kali terakhir petang itu....

'Promised to hang out together again rite after u came back..k,babe'
'I promise!!!'

Bet memang TAK jahat.......Love u,babe...

Monday, July 28, 2008

Bersatu bertambah mutu....


Tergelak sendiri aku tatkala menaip tajuk post ini...
'Bersatu bertambah mutu'..macam cogankata hari pekerja je...heheheh
Tp itulah hakikatnya....
Mulai hari ini , blog ini akan berwajah baharu...Pengisiannya masih yg sama.....
Cuma ditambah dengan elemen2 baru yg memikat..
Latarnya juga makin cerah berseri...seceria hati ini...
Entahlah, selama ini tak tersedar yg blog ini terlalu kelam...Seolah mendung yg sentiasa berarak di hati ini...
Aku lupa, keceriaan telah memadam semua warna kelam dalam hidup ini..
Jadi mulai hari ini, segalanya akan berwajah baharu...Aku bangkit dengan semangat baharu...
Yang paling penting tajuk itu menggambarkan ia bukanlah 'air tangan'ku seorang kerana aku akan ditemani oleh seorang lagi pengkarya...Dan kerana dia blog ini berubah warna....
Selamat datang,sayang......

Wednesday, July 16, 2008

Aku akan....



Bulan ini merupakan bulan terakhir aku di Malaysia.. Tinggal hanya berbaki 3 minggu sebelum kami terbang ke rantau orang..menjadi perantau.. Kupandang satu satu wajah yg akan kurindu sepeninggalanku..
Kala ini ibu sedang sibuk merancang tarikh kenduri... meraikan pemergianku, bukan bersuka, tp doa semoga segalanya selamat hinggalah aku selamat pulang ke pangkuannya. Mak pula sudah berkali2 mengingatkan agar tidak melupakan dia waktu aku nk ke KLIA - dia nk ikut... Ayah pula masih seperti selalu...kerjanya membelikan aku susu segar..hmm,kasih ayah tak pernah berubah walau kini aku isteri orang. Apa saja yg kuminta, akan cuba ditunaikan..sementelah aku sedang berbadan dua ni, semakin galak dia..kadang2 tak mintak pun dia bagi, untuk cucu katanya... Adik2 seperti biasa..Tp telah kuingatkan merekalah yang akan menggantikan tugasku sbg kakak di rumah...Aku yakin mereka sudah cukup dewasa untuk diajar berdikari...



Pergi pada 12hb Ogos ini bermakna aku akan terlepas banyak acara penting keluarga dan teman2...perkahwinan rizan, hari raya pertama bersama keluarga mentua, beberapa sepupu yg akan menamatkan zaman bujang, kawan2 yg akan melangsungkan hari bersejarah, majlis konvo adik2...tahun depan haziq adik bongsuku akan menghadapi SPM..selalunya aku menjadi rujukannya tp kali ini, dia harus belajar mencari segalanya sendrii....Teman2 sekerja yg menjadi tempat berkongsi rasa dan cerita... Perkahwinan iza tersayang dgn apen... Perkahwinan shah, my bestfriend ever dgn fafai aka jepuk...n maz pun khabarnya sedang merancang hari bahagia.....Hmmmm... Ada sape2 lagi yg aku tertinggal? Haihh....Sorry,pal!
Aku akan merindui semua dan segalanya tentang UPM dan Malaysia...Hujan emas di tempat orang, hujan batu di tempat sendiri..Lebih baik di tempat sendri.....

Friday, July 11, 2008

Berdua lebih baik.....

Bulan terakhir di tanahair agak memenatkan.. Segala urusan berkaitan 'pemergian'ku harus diselesaikan..Alhamdulillah, dengan sokongan dan bantuan suami tercinta yang sentiasa menjadi tulang belakangku, segalanya dapat kuuruskan dengan teratur dan mudah.. Bukanlah urusan ni jadi mudah atau senang tapi kehadirannya menjadikan hatiku tak pernah berputus asa walau apa juapun dugaan yang melanda...
Hampir separuh persiapan telah dilakukan, terutamanya yang melibatkan dokumen penting dan penempatan di sana... Yang harus diuruskan kini; bagaimana untuk memenuhkan beg yang minta diisi... Ini perjalanan jauh kami yang pertama, bersiap pun untuk bertiga, bukan sekadar berdua.. Tp buat masa ini, memang berdua lebih baik..
Suamiku, terima kasih.....

Cukup Sudah....

Habis sudah masa berkabung....
Aku bangun dgn semangat baru di bulan Rejab nan mulia ini..
Belajar menerima bahawa bulan sebelum Ramadhan adalah masa Allah mengambil roh2 mereka yang dikasihi-Nya...
Al Fatihah buat semua yang telah pergi.....berturut2 di bulan Jun lalu....

Allahyarhamah Masanah Abdullah, Allahyarham Hj Selamat Idros, Allahyarham Abral Hj Isa, Allahyarham Mohd Hafiz Abdullah, Allahyarhamah Noryati Mar'ah dan Allahyarham Idris....
Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya jualah kita kembali....

Monday, June 9, 2008

Sepasang Capal Putih... Sebuah Rumah Batu...

Yai sudah tak segagah dulu... Ingatannya juga tak seperti dulu...
Dia ingat benda lama tp lupa benda baru...
Namun alhamdulillah dia masih kenal siapa aku....

'Mana capal putih aku? Yang putih.. Yang Syahida belikan....'
'Yang mana, abah?...'
'Yang putih...Yang Syahida belikan.....'
'Yang mana...........?'

4/6/2008..
Malam tadi kami beramai2 membacakan surah Yaassin untuk yai. Atuk kesayanganku itu sudah tak mampu makan dan minum..bubur sesudu yg disuap seawal pagi, dikulum sehingga malam menjelma... Mungkin sudah tiada rezekinya.. Sudah 2-3 hari yai enggan makan.. Badannya yang semangat menjadi kurus sejak dia tak mampu berjalan lagi...
Kata ibu, yaassin ini, kalau yai sihat, menjadi ubat..tp kalau dia dijemput Tuhan, biarlah menjadi bekal.. Yai dah tak mahu bercakap.. Saat aku melihat matanya yang semakin pudar, dia hanya memandang penuh erti....
'Yai, adik balik dulu... Yai tidur ye.. Cepat sihat ye...'
Dia mengangguk... Kemudian dia melelapkan mata....Dahinya, pipinya kucium malam itu.. Berat rasa hati mahu pulang, namun yai sendiri perlukan rehat yg cukup. Sementelah badanku yang kotor, belum mandi selepas pulang dr kerja dan membeli barang keperluan bersama suami tercinta...Jam sudah menunjukkan angka 1230 tgh malam....

Jam 330 pagi....
Aku dikejutkan dengan ketukan pintu di bilikku oleh ayah.. Sementelah pintu kubuka, ayah terus memberitahu..Perlahan....
'Yai sudah tiada... '
Lututku lemah... Aku terduduk di birai katil, kemudian mengejutkan suami..... Pantas aku mengangkat wudhu' dan menunaikan solat Isyak yang terlewat kukerjakan lantaran tertidur seketika.... Airmata ini tak mampu aku seka....Doa buat roh Yai... Kemudian aku sujud kepada-Nya..
Aku kehilangan datukku..... Kenapalah aku balik tadi....... Batinku memarahi diri sendiri.....Tapi Allah yang menentukan segalanya.... Dia yg mengatur aku pulang, Dia yg menetapkan Yai tidur, seolah tiada apa yang berlaku, lalu dia diambil nyawanya ketika orang lain mengandaikan yang dia sedang tidur... Dia pergi sendirian.. Kami semua tak sempat menatap.. Dan kami hanya mampu meratap pemergiannya...
Bermula jam itu jua, rumah nenekku tak putus dengan bacaan Yaassin.. Menjelang Subuh, semakin ramai yang datang berkunjung... Aku dapat tenangkan diri sesekali, namun ada tika, aku terikut emosi, menitiskan juraian air mata tanpa henti....
Alhamdulillah ramai yang hadir... Alhamdulillah penuh saf solat jenazah.. Alhamdulillah yai semakin kurus, tidak makan beberapa hari, lalu mudah jenazahnya diuruskan... Aku melihat hikmah di sebalik kejadian... Saudara mara jauh dekat hadir sama... Jiran tetangga membantu mengurus rumah dan tetamu... Ahli kariah bertungkus lumus bertukang keranda.....
Aku menyaksikan hingga saat jenazah yai dimasukkan ke liang lahad.. Aku melihat tanah dikambus menutupi liangnya... Dan aku mendengar hingga talkin sudah dibaca.... Lalu saat matahari semakin tegak di atas kepala, segalanya selesai.... Aku menoleh buat kali terakhir...
' Yai... adik pulang dulu......'
Capal putih itu tidak pernah wujud... Yang aku belikan untuknya hanyalah capal coklat... Hanya yai yang tau, mengapa dia meminta capal putih, mengapa dia asyik ternampak 2 ekor semut hitam dan mengapa dia tak ingin makan dan minum lewat pemergiannya.... Janji aku pada yai untuk membawakannya capal putih tak kesampaian... Kata ibu, tak perlu carikan sebab yai dah tak mampu berjalan.... Aku akur namun jauh di sudut hati, aku kesal..... Kalaulah aku sempat belikan capal putih untuk Yai......

5/6/2008
Malam ini malam kedua kenduri arwah di rumah yai... Seeprti malam sebelumnya, rumah yai penuh dengan kariah masjid,saudara mara dan jiran tetangga.. Semuanya sama2 datang untuk menghadiahkan tahlil dan bacaan yaassiin buat yai.....

1230 tengahari.....
Tok Wo berehat di rumah nenek (yang kupanggil Mak)... Sudah 2-3 hari dia demam.. Namun digagahkan jua turun dari Padang Rengas ke Serdang untuk melawat dan memberi sokongan moral buat kakaknya yang baru kehilangan suami... Dia tak sempat menatap wajah yai buat kali terakhir... Namun dia tetap ingin menatap wajah kakaknya.. Memberitahu yang dia ada....Mak menyambutnya gembira......namun masih dalam irama hiba selepas pemergian yai....
Tok Wo agak lemah.. sampai di rumah mak, dia berbaring di katil yai... Katil yang menempatkan jenazah yai... Katil itu katil aku... Yang diberikan pada yai selepas keadaan yai semakin uzur... Sementelah aku sudah berkahwin, katil bujang itu memang sangat yai perlukan.... Mak membiarkan dia tidur...
' Takpelah, kak... Saya tak dapat jumpa abang, janji saya dapat jumpa kakak....'
'Iyelah...Kau tidurlah...'

4 petang.....
Rumah mak mulai sibuk untuk persiapan kenduri malam ini. Meja mulai disusun. saudara mara mulai memenuhi ruang... Pak Ngah, sepupu ayah mengajak Tok Wo ke rumahnya yang berhampiran dengan rumah mak...
' Di sini nanti ramai orang.. Cik Wo tak sihat.. Baik ke rumah saya, rehatkan badan....'
Tok Wo akur.. Dia mengikut Pak Ngah ke rumahnya.. Hanya selang beberapa baris dari rumah mak.. dan kenduri malam itu berjalan seperti biasa....

1230 tengah malam....
Usai kenduri... saudara mara mulai berkemas untuk pulangPak Ngah juga begitu.. Dia datang bersama isteri dan anak-anaknya... Bungkusan bihun goreng dan kuih muih yang berlebihan dibawa pulang ke rumah.. Tok Wo belum makan semasa ditinggalkan... Pasti dia lapar...Dia tidur semenjak Maghrib.... Tak sampai hati nak dikejutkan...
' Jangan balik!! Jangan balik!!!!....Cik Wo dah tiada!!'
Jeritan makcikku selepas menerima panggilan dari Mak Ngah mengejutkan kami yang sedang bersiap untuk pulang.. Lantas semua bergegas kembali ke rumah mak.. Keluar semula dari kereta. turun semula dari motor dan datang semula ke rumah mak.....
' Ya Allah...adik aku... Semalam aku hilang suami, hari ni aku hilang adik pula.. Ya Allah....'
Kami redha.. Tok Wo mengikut jejak yai.. Hanya berselang beberapa jam.. Semasa dia pergi, tiada siapa yang sedar... Kakak Mak yang ada bersamanya juga tidak sedar dia pergi kerana saat itu dia tidur sendirian di kamar... Saat kami temukan dia, arwah sudah sejuk... Pasti sudah lama dia pergi... Mungkin semasa kami sibuk berkenduri.... Hatiku menangis lagi....
Tengah malam itu, bacaan Yaassiin bergema lagi di Serdang Jaya... Kali ini di rumah Pak Ngah... Kami hanya memanggil keluarga terdekat yang sempat dihubungi.. dan usai jenazah dimandi dan dikafankan, terus dibawa pulang ke rumah isterinya di Perak.. Kasihan Opah... Rumah batu yang sedang dibina selepas Tok Wo bersara kini seolah hilang serinya... Apalah guna rumah batu, andai Tok Wo sudah tiada...Ibu tidak menggalakkan aku untuk pergi melihat jenazah malam itu, namun bila aku dengar jenazah nak dibawa ke Perak, aku datang jua untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah....
Namun rahmat Allah itu besar... Mungkin ini rezeki anak-anaknya yang masih kecil....Dan gema bacaan Yaassiin itu beralih pula ke Padang Rengas...
Aku tak mampu mengikut... Badanku sudah cukup letih hari ini..Dua kehilangan dalam satu minggu...Dalam dua hari... Dua datuk yang memang dekat di hatiku.... Mereka takkan dapat menatap wajah anakku yang bakal lahir ini....Namun akan kupastikan wajah mereka, ketokohan dan kasih sayangku pada mereka diketahui olehnya.... Dan malam esoknya, tahlil di rumah mak bergema lagi......

Al-Fatihah buat arwah Yai, Hj. Selamat b. Idros dan Tok Wo, Abral b. Hj. Isa yang telah meninggalkan kami buat selamanya... Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin......Amiin...