Monday, November 3, 2008
Setahun sudah berlalu...
Sungguh, aku mengakui, percintaan kami selama tiga tahun tak seindah setahun yang kami lalui ini.. Hari2 sebagai isteri bagiku, penuh cinta, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang... walau kadangkala ada hujan yang datang, ia tak pernah menjadi bah dan menghanyutkan segala rasa kasih yang kami bina.....Perkahwinan memang indah....
Mungkin juga kerana percintaan kami bukan seperti pasangan lain yang sakan... Kami tidak serapat dan sedekat ini saat bercinta..Bukan merpati sejoli yg sering berdua...Segalanya kerana kami ingin segalanya menjadi lebih indah selepas diijabkabulkan..Memang kami sering bertemu, tapi pertemuan itu selalunya atas dasar profesional dan urusan keluarga...Keluar pun dengan kawan2... Hanya sesekali kami keluar berdua, itupun selalu berakhir dalam jangka masa yang singkat...Aku juga tidak pernah menjejakkan kaki ke rumahnya sebelum berkahwin...Pertemuan dengan ibu bapanya hanya sewaktu dia berkonvo, dan sewaktu mereka masuk meminang....
Memang kedengaran agak kelakar... Macam orang dulu2..
Tapi itulah yg mengikat kami selama ini...Yang menjadikan hidup kami lebih bahagia dan indah...
Setahun berlalu sudah...dan kami akan memasuki fasa kedua perkahwinan kami....
Zuriat yang bakal lahir ini tanda kasih sayang kami yang utuh....
Saat ini, aku sedang memerhatikan suamiku yg terlena sementara menantikan aku menghabiskan tugasan...
Namun cintanya tetap terpancar..walau matanya terpejam....
Selamat ulangtahun perkahwinan kita yg pertama, suamiku.... Aku bahagia menjadi isterimu...
Semoga Allah merahmati perkahwinan kita, dan semoga kita terus bersama hingga akhir hayat....
Saturday, November 1, 2008
Selamat tinggal Oktober...
November 2..Daylight savings will end...Masa akan dicepatkan sejam.....
November 3...Our first anniversarry, baby!Alhamdulillah....
November 16...Iza, my dearest bestfriend akan menyiapkan masjid yg dibina atas nama cinta dengan Apen...Tahniah juga....
November 20... Buah cinta kami dijangka lahir....Semoga Allah pelihara aku dan dia dari segala musibah...dan semoga dia lahir sebagai permata hati yg soleh, menjadi perwira agama dan nusa....
Segalanya sudah terlalu hampir...Ya Allah, berikan aku semangat dan semoga segalanya akan menambah berkat dalam hidup kami.....Amiinn...
Wednesday, October 22, 2008
36 penuh debar...
Tak sampai 4 minggu lagi, dia akan lahir menyerikan hidup kami...
Semoga Allah akan kurniakan dia segenap kesempurnaan pancaindera..kemuliaan akhlak para nabi, ketinggian ilmu para ahli sufi dan bergunung2 cinta pada Allah dan kasih sayang dalam hatinya.....
Dan semoga Allah terus tabahkan hatiku, berjuang menjadi seorang ibu di bumi yang terlalu asing buatku..Tanpa ibu tercinta.... Aku ingin tabah...Ingin sekali......
Tuesday, October 21, 2008
Dia yg ditinggalkan...
satriaku......Monday, October 20, 2008
Ibu..ratu hatiku...
Friday, October 17, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri.....
Tengahari itu, kami dibawa beraya ke rumah Pak Arya di Savoy... Alhamdulillah..Riuhnya membuat aku lupa air mata yang aku tumpahkan pagi tadi...
Sunday, September 14, 2008
Iftar at Savoy....
Malam tadi berbuka puasa bersama keluarga2 angkat dr Indonesia yang baik2 semuanya..Kami berbuka di rumah 'ketua' masyarakat Indonesia di sini yang digelar Pak Arya...Rumah di Savoy itu memang memikat hati..Aku dan en anda jatuh cinta dengan interior dan exteriornya...Sayang sekali malam tadi kami terlupa membawa kamera...huhuhu...I can say, it is among the most beautiful elite neighborhood here (well,I haven't been to ALL of them...) - reminder:next time mesti bawak kamera...heh
Berbuka ibarat sebuah keluarga besar...membuat aku terasa seperti berada di rumah sendiri...Punya teman buat bicara dang bergelak tawa...Malam tadi terasa terisi dengan aktiviti yang benar2 membuatkan aku gembira... Seperti hari2 lalu di Malaysia....
***Gambar Rumah Pak Arya dari depan...(dicuri dari koleksi gambar curi en anda)
Pak Arya sudah 10 tahun di UC..Belajar dan terus bekerja dengan sebuah syarikat komputer (tak silap aku laaa) di sini..Orangnya baik,lembut...sama dengan isterinya Ibu Riyan...Pendekatan yang sangat Islamik dan berhikmah membuat kami senang dan tak rasa kekok berada di sana...Kami yang masih belajar memang disatukan oleh beliau yang sudah dianggap seperti bapa di sini..Beliau akan tahu kalau ada rakyat senegaranya yang akan datang,lalu bertindak menyatukan mereka dengan keluarga2 yang lain,diajak ke kelas pengajian, dibantu dalam hal pengurusan kehidupan di UC..Aku dan suami amat berterima kasih kerana walaupun kami bukan dr Indonesia, tp layanan yang diberikan tetap juga sama....
Sebelum berbuka, kami bertadarus beramai2..kemudian sama2 menunaikan solat Maghrib berjemaah...berbuka dengan pelbagai makanan dr masakan tradisi Indonesia spt opor ayam, pecal, rendang, lontong etc....hinggalah dessert yang moden2 eg cheese cake, brownies etc..Aku sempat membakar seloyang moist chocolate cake (read: periuk kat umah cuma muat utk masak berdua sahaja...loyang kek tu jelah yang paling besar...)..Selepas itu kami terus solat Isyak berjemaah dan solat terawih bersama...Alhamdulillah...sekurangnya malam ini terisi dengan aktiviti yang penuh barakah......
Thanks to Pak Ariya for inviting us to join this event...I will never forget how you guys have treated me and en anda since the 1st day we arrived in UIUC..Frankly, all Indonesian families here have set up a high benchmark on how we should treat others like the way they did...They have thaught us to be helpful, sincere and from them,we learnt the concept of ummah unity...Alhamdulillah....May Allah bless ALL of THEM......dot