Wednesday, August 20, 2008

Journey: II

KL-TAIPEI-LA

Saat kaki menjejak dalam kapal terbang, aku semakin tenang..namun sisa tangis masih berbekas..Terkejut bila tiba2 krew kabin memberikan aku segelas air Sprite sejuk, sedangkan aku baru melabuhkan punggung..Menerima tanpa bertanya, aku cuba mencari posisi menselesakan diri dengan seat kapal terbang yang ala-ala seat bas ekspress kelas ekonomi...

Suamiku masih menanggung sakit gigi yang berat (sejak sebelum kami berangkat)..Krew kabin pun tak mampu membantu kerana mereka hanya ada panadol, tp sakit gigi suamiku itu membuatkan dia menerima layanan yang istimewa dr krew kabin MAS...No wonder, MAS menang anugerah Best Cabin Crew of the year! Tabik to all crews yang bertugas sehingga di Taipei...Layanan 1st class..Mereka siap menyediakan towel basah, cuba mendapatkan bubur buat suamiku dan baru aku tau, air Sprite yang mereka beri awal penerbangan tadi rupanya untuk aku menyejukkan badan dan menenangkan emosi...Hmm...sangat sensitif....Patutlah aku je yg dapat, org lain tak dapat....:)

Perjalanan ke Taipei hanya mengambil masa 4 jam. Aku sempat melayan dua movies...'What Happen in Vegas' dan 'Nim's Island'..saje pilih cerita yang ringan2...buat pujuk2 hati....Sebaik aku tak layan KungFu Panda je...(sbb dah tengok...)...sbb takut kena gelak dengan suamiku...heh..

Sampai Taipei lebih kurang pukul 8 malam...cari tempat semayang,tp nampak gaya semayang hormat waktu jugakla kat dalam kapalterbang.....Kat Taipei,sorang freshmen UIUC tegur kami...Ada gak org Malaysia yg ramah...heh..Nama dia Dawson...Kami berjanji bertemu lagi lepas tiba nanti..Tp haluan kami berbeza..Aku dan suami akan bermalam di LA tp dia akan terus amik connecting flight ke O'Hare International Airport,Chicago...

Journey to LA mmg meletihkan..Duduk dekat 11 jam..mau tak cramp belakang aku ni ha..rasanya kaki yg bengkak makin bengkak..Thanks God,aku n suami pakai flight socks yg direcommend oleh Aira..That really helps..at least kaki aku tak bertambah bengkak n yg tak bengkak tu remain selamat.... Perjalanan waktu malam tak pernah buatkan aku mengantuk..Bosan layan TV, aku layan perasaan pulak...Nangis...Sudah tentu..Tp nasib baik ada bahu suami buat melepas sendu...Dia malas nak layan aku, sebab sakit giginya pun tak terlayan...Kasihan...

Terlelap juga mata ini lepas berjam-jam dalam penerbangan. Tapi masa dikejutkan untuk breakfast,aku terkejut sebab waktu tempatan masa itu ialah 4.30petang...Heh..kami makan ikut waktu Malaysia..memangla pelik...kan?Suami hanya boleh mengunyah makanan lembut dan aku...seperti biasa, tak pernah kering tekak dengan orange dan guava juice...Pramugara/i flight ke LA ni taklah seramah semasa perjalanan ke Taipei tadi,tp semua baik2 belaka...Whatever...Bila jam hampir mencecah jam 6.00 petang waktu tempatan,kami sudah bersedia untuk mendarat...Debaran makin kencang namun aku tabahkan hati...Tertanya2..apalah nasibku kala meijak bumi asing ini buat kali pertama...LA,here I come....

Journey: I

KLIA....12/8/2008
Air mata mengiringi ucap selamat pergi buatku dan suami namun doa dr semua membuatkan kami terus tabah mengorak langkah ke arah yang perlu kami tuju...Basah wajah dan baju menahan tiap titis lakrima yang membasahi...mengalir bak air terjun yang sarat rasa sedih, tapi aku harus pergi jua..menunaikan tanggungjawabku buat bekal mendidik anak bangsa...
Saat menuruni tangga eskalator dan menatap wajah2 yang tersayang buat kali terakhir, aku bagai berperang antara rasa ingin lari semula ke dakapan mereka dan pergi menuntut ilmu di rantau orang..Tapi hati kecilku memujuk bahawa perpisahan ini bukanlah suatu yang kekal...panjang umur,Insya Allah kami bertemu lagi..Aku cuma berdoa agar semua yang kutinggalkan akan dapat kujumpa kembali sesudah tamat tugas dan misi ini...Tunggu aku pulang, Malaysia.....
Usikan suami membuatkan aku merasa malu pada diri sendiri..Aku sudah besar namun mengongoi umpama anak kecil kehilangan ibu..Huduh sungguh melihat wajah di cermin, bagai semua mata memandang ke arahku....Baru aku terasa, payahnya berpisah dengan keluargaku, terutama ibu... Tapi tadi, ibu kelihatan lebih tabah dan masih mampu memberi nasihat, sedangkan aku hanyut dengan rasa sedih yang tak tertanggung....
Tren yang membawaku dan suami terus meluncur laju meninggalkan ruang menunggu... Kami 'boarding' pada saat2 terakhir sebelum masa yang ditetapkan....Sengaja kami lengahkan agar punya masa yang cukup mengucapkan selamat tinggal...
Hati teruja, namun rindu itu sudah mula terasa....

Jauh Akhirnya.....

Gugur sudah air mata ucap selamat tinggal...
Tinggal sudah ibu, ayah, keluarga dan teman...
Tinggal sudah tanah air tercinta...
Aku pergi menuntut ilmu...
Tapi aku akan kembali.....
Merawat rindu yang kupendam jauh di lubuk hati.....

Sunday, August 3, 2008

Terakhir Kalinya....

Suamiku tiada malam ini...Ke Sungai Chongkak, menyertai pelajar baru kolej menjalani Kem Pendedahan Reccan... Cintanya pada rekreasi, sayangnya pada kolej membuatkan dia berada di situ malam ini, dan meninggalkan aku di rumah....
Ops..jangan silap telahan, aku tak marah dan aku tak bersedih...Rindu, itu sudah tentu...tp yang pasti, aku mengerti mengapa dia harus ke sana dan mengapa aku harus tinggal di sini....
Kalau aku tak berbadan dua, kalau aku tak membawa baby dalam perutku ini, pasti aku sudah berada bersamanya di sana.... Kerana selama ini, aktiviti rekreasilah 'pengikat' kami...termasuklah KPR ini....
Biarlah dia yang menyampaikan salam kasihku kepada ssemua dia sana... Ini terakhir kalinya sebelum kami pergi dan tidak berpeluang menyertainya lagi bagi temppoh 2 tahun yang akan datang...kala itu, pasti segalanya akna berubah.....
Apapun, semoga dia selamat pergi dan pulang semula ke pangkuanku...
Sayang, jaga diri....

Candle Light Dinner...

Alhamdulillah..semalam selesai sudah kenduri doa selamat di rumahku... Walaupun hanya kami anak beranak namun segala persiapan dapat dilakukan dengan teratur dr pagi sampailah ke petang....Terima kasih buat ibu dan ayah yg bersusah payah mengatur majlis ini buat kami...Juga buat suami, abang, adik2 dan rizan yang turut membantu...Terasa ringan sekali kerja yang dilakukan....Kenduri ini dibuat sekali dengan kenduri arwah memperingati arwah orang2 yang kami sayang, yg telah pergi meninggalkan kami...
Tiga khemah terpasang di jalan di hadapan rumahku... Sehingga jam 8 malam, segalanya masih lancar. Tetamu mulai hadir...Namun jam 8.15pm, tiba2 seluruh blok rumahku bergelap. Bekalan elektrik terputus tiba2! Aku sedikit kaget namun cuba tenang berdepan keadaan.. Seisi rumah berusaha mencari lilin di sana sini bagi menerangi ruang rumah dan khemah kami...Ya Allah...dugaan betul!
Sehingga saat jemaah masjid tiba, elektrik masih belum disambungkan..KEadaan masih gelap..Kami melihat dlm samar,mengangkat lauk, memotong buah dalam gelap...mujur benda lain dah disiapkan petang tadi....Aku sendiri kurang nampak siapa yang memenuhi rumah dan khemah tetamu....
Sebaik doa mula dibaca, tiba2 bekalan elektrik disambung semula...Ssempatlah ia 'main-main' 3 kali sebelum benar2 tersambung..Yang kelakarnya, kami meniup dan memasang lilin berulangkali kerana tertipu dek bekalan yang putus2... :)
Alhamdulillah segalanya dapat diatasi....Dan aku rasa berkat doa yang diaminkan oleh semua, maka Allah membantu mempermudahkan majlis ini.... Kalau tidak, harussss semua orang ber'candle light dinner' malam tadi.... ;p
Terima kasih selaut alam buat mereka yang turut membantu usai kenduri... Kawan2 Ila, Edy n Enal, serta beberapa tetamu lain yang membuatkan segalanya menjadi lancar dan begitu mudah diuruskan..... Arigato goxaimas!!!
Apapun, semua sudah selesai..Terima kasih buat semua yang hadir malam tadi... Walaupun bukan acara yang besar, namun cukup bermakna bagiku..Aku mengharap restu dan dipermudahkan perjalanan sepanjang di US....Insya Allah akan aku cuba tabahkan hati sebelum kembali membalas jasa dengan menabur budi buat anak bangsa......Dan aku harap Burn benar...ramai yang doa selamat untukku, insya Allah semuanya akanberjalan lancar.... Amiinnnn

Friday, August 1, 2008

Aku dan Sesuatu....

Sekarang hanya tempoh menghitung hari buatku dan suami...juga mereka yg bakal kami tinggalkan...Masa2 yg berbaki ini, aku gunakan bersama suami mencari barang2 keperluan yang akan dibawa ke sana... Sambil2 itu, melunaskan sisa2 tanggungjawab di kantor...
Ini kali pertama aku akan benar2 terpisah jauh dr keluargaku..Bayangkan selama 26 tahun aku hidup, ini pertama kalinya aku akan memulakan kehidupan baru di tempat yang sangat asing bagiku..Syukur masih ada seseorang yang amat akrab di sisiku...Sekurang2nya, beban rindu yang tak tertanggung ini masih punya penebatnya....
Pemergianku kali ini membawa bersama tanggungjawab yang amat besar..Aku akan memulakan semula hari2 sbg pelajar, bukan pengajar seperti 2 tahun kebelakangan ini. Dan tanggungawab utk pulang dgn segulung ijazah dan berbuku2 pengalaman untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama anak bangsa.... Aku juga perlu melunasi tanggungjawabku melahirkan seorang lagi ummat Nabi Muhammad SAW di muka bumi ini, dan padaku, ittulah tanggungjawab yg paling utama... Aku agak gentar memandangkan ini pengalaman pertamaku bergelar ibu dan aku akan menghadapinya sendiri....hanya dengan suami tercinta....
Saat ini aku cuba belajar merindui sesuatu yang jarang aku zahirkan... Kasih sayang keluarga... Selama ini aku dan mereka mengerti kasih antara kami, namun kali ini, aku perlu belajar menzahirkan itu, belajar pula menanggung rindu, hidup jauh dr keluarga...
Aku dan sesuatu tentang hati ini mengatakan bahawa aku mampu menghadapi semua ini..Namun jauh di sudut hati, aku masih gentar memikirkan cabaran menumpang kasih di tempat orang...
Ya Allah, tabahkanlah aku.....

Tuesday, July 29, 2008

Look at what happened!

It's even better..
My new blog is now even even better with the whole new bunch of things, new links, ads on etc..
The special part -- new banner....
Baby...u deserve a ki*s for all this...I love you....

It's really true that when someone u love did something u love...
It will double the love!!!!

Aksi spontan....heh