Wednesday, December 26, 2007

Meniti Jejak....

Tanggal 17 November 2007 lalu, Aira selamat bertunang...Semenjak dia menyertai daerah akademik ini, kami semakin akrab sehinggalah hari ini, kami menjadi teman sebilik (Ops!Sebilik di pejabat sahaja...hehehe)..Terharu bila dia sanggup mencari alasan untuk membolehkan aku dan suami hadir di majlis pra-bersejarah baginya. Manakan tidak, kalau dia tidak berbuat demikian, silap2 hari pertunangannya jatuh pada hari yang sama aku dihantar ke rumah mentua!Sebagai teman sekerja, kakak(nyeh!) dan..hmm..sukar diungkapkan...aku takkan sanggup menghampakan jemputannya. Aira agak terkejut bila aku hadir, agak lewat, bersama suami tercinta...


Seperti biasa, perjalanan ke rumah Aira dihiasi dengan gurauan mengenai rumah kawan baik yang jauh, salah dan silap memasuki lorong serta masalah2 biasa yang melanda bila kami travel bersama, ke tempat yang agak asing dan jauh...Tapi, kami masih berjaya menemukan rumah Aira, dan aku gembira dapat berkongsi kegembiraanya hari itu....Mungkin ini yang dikatakan badi...Aku kawen, dia bertunang....Hmm..bagus,kan?Alhamdulillah....
Buat Aira & Parie: Congratulations!!....Semoga ikatan ini akan menjadi tanda permulaan suatu perhubungan yang lebih bermakna dan kekal buat selamanya buat kamu berdua.....Amiinn..