Sunday, December 23, 2007

Semoga Berbahagia, Sahabatku.....

Azie...Dia teman sekamar tatkala aku menghabiskan masa2 terakhirku di Kolej Canselor...Setahun bersama berkongsi rasa, Azie yg kukenali, comel dan lemah lembut..Jauh panggang dr api denganku yg kasar dan sesuka hati ni..heh..Dia pernah menyatakan hanya akan berkahwin sebaik usia menjejak 27..bukan berkahwin, tapi memikirkan tentang perkahwinan...Aku sedikit sebanyak tidak bersetuju dengan pandangannya tatkala itu, Bagiku, perkahwinan bukanlah sesuatu yg wajar diperlambatkan, ia adalah suatu tuntutan....

Namun, aku tidak menyalahkan dia atas kata2nya itu. Dia pernah terkecewa dengan cintanya. Hairan bagaiman gadis sebaik Azie tergamak dilukakan hatinya oleh seorang yang bernama lelaki...

Dalam pada sibuk menjalankan tanggungjawabku sebagai pelajar, kekasih, anak etc....aku masih ada masa untuk melihat kelainan pada jelingan mata seorang teman sekelas, Heri...Aku yakin, dia punyai perasaan aneh yang sukar diungkapkan buat Azie. Aku hanya ingin mengetahui apakah ramalanku benar belaka lantas aku menjalankan misi penyiasatan untuk mengetahui kedudukan Azie di hatinya. Tepat telahanku, Azie lah ratu yg terlalu ingin dimilikinya.....





Aku mengenali Heri sekadar sebagai teman sekelas. Dia juga seangkatan denganku semasa kami masih menuntut dalam Diploma...Namun di kalangan rakan2 lelaki, dia tergolong antara yg paling pemalu, penyegan, pensenyap(heh?) dan yg sewaktu dengannya...Aku yakin, dia adalah lelaki yg baik buat Azie...Aku pun menjalankan misiku mencucuk jarum Azie dan meminta bantuan temanku, Ciboy untuk mencucuk jarum pada Heri....




Alhamdulillah, 20 November 2007 lalu mereka selamat diijabkabulkan, dan 9 Disember lepas, mereka selamat bersanding. Demi membalas persahabatan dan kehadiran mereka pada majlisku, aku dan keluargaku bersama teman akrab semasa belajar; Iza, Meen, dan Shah menghadiri majlis persandingan di kampung Azie di Ulu Bendul...Seolah suatu reunion yg dirancang, kami turut bertemu Edi, Chock, Ciboy dan CT. Nuar dan Bob tiba saat kami ingin berangkat pulang. Rindu pada indahnya dunia sebagai pelajar...Walau begitu banyak pahit dan manis yg berlaku, namun ia mendewasakan kami. Semoga pasangan sahabatku ini dilimpahi rahmat pada hari2 yg bakal mendatang....Dan semoga persahabatan kami terus mekar dan kembang, umpama bunga sepanjang zaman......