Sunday, December 23, 2007

Menggapai Pelangi

Kisah hidup baru dalam hari2ku kini bermula... 3 November 2007 - Aku selamat diijabkabulkan dengan putera raja yg bertakhta di hatiku semenjak hampir 3 tahun lalu...Muhamad Fauzi Salihin...Dengan sekali lafaz maka bertukarlah nahu ku daripada nahu ibu kepada nahu suami (Aku tak pasti mengapa aku tersentuh sangat dengan bait ayat ini...)..Segalanya akan aku kongsikan dengannya kini...Bermula seawal membuka mata setiap pagi sehinggalah sebelum melelapkan mata pada malam harinya...

Aku masih ingat, di saat sibuk menanti hari bersejarah itu, nenekku yang sememangnya terlalu ingin menyaksikan persandinganku tiba2 jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. 3 hari sebelum majlis, aku masih mengambil giliran menjaganya sepanjang malam di hospital. Airmata sedih yg ingin mengalir, kuseka agar tidak jatuh di hadapannya...Tidak mengapalah, andai ini pengorbanan yang terpaksa kulakukan agar dia gembira.

Majlis perkahwinan kami berlangsung meriah namun serba sederhana...Dua majlis; satu di Serdang dan satu di Selayang...Cukup memberikan aku keletihan untuk ditanggung selama sebulan berikutnya....

Gembira rasa hati kerana teman2 yg hadir berkongsi kegembiraan ini bukanlah sedikit....Cuma hatiku sedikit ralat atas ketidakhadiran beberapa individu yg amat dekat di hatiku..Namun aku pasti mereka punyai alasan yg kukuh untuk itu...
Kehidupan selepas berkahwin...banyak perbezaan..Namun tidak banyak berlainan (Similar,eh?)..Cuma seperti yg kubicarakan awal2 tadi, segalanya akan kukongsikan bersama suami tercinta..Hidupku sempurna sebahagiannya...


Sesempurna separuh iman yang dijanjikan Allah SWT bagi setiap hamba-Nya yg berkahwin...


Suamiku...cintailah aku...sayangilah aku seadanya diriku....




Burung Merpati Terbang Seribu

Hinggap Seekor di Tengah Laman

Hendak Mati di Hujung Kuku

Hendak Berkubur di Tapak Tangan...


P/S: Visit www.ayza1505.multiply.com untuk gambar2 perkahwinanku bersama teman2 sekolah...