Tuesday, March 11, 2008

Malam tadi...

Malam tadi ada huru-hara..
Yang kalah dulu rasa dah berkuasa...
Habis semua jiran lama dihalaunya....
Ish ish ish...ini ke hikmah namanya?

Malam tadi ada jiwa sedih...
Kerana diteriak oleh bekas anak murid sendiri...
Tapi jiwa itu tak mahu merintih...
Biarlah, budak baru tumbuh gigi...

Malam tadi ada cerita yang berlaku...
Kisah bendera berlari dan gambar diambil satu persatu...
Yang dulu takde bangunan dah ada tapak hari ini...
Yang dulu jadi penceramah dah nak jadi imam hari ini....

Malam tadi, aku seperti biasa....
Mendengar dan mendengar lagi pelbagai cerita...
Kanak-kanak baru dapat kaki, baru pandai berlari...
Tapi dah nak terus pergi mendaki....

Lalu aku pun ketawa sendiri......hehehehe

No comments: