Tuesday, March 11, 2008

Sivik....

Kalau dieja dalam bahasa Inggeris, ia jadi CIVIC... Tapi ini bukan kes keta honda civic tp ada kena mengena dengan mata pelajaran sivik yang dipelajari olah murid2 sekolah sekarang ni...

Minggu nan lalu aku mengunjungi mines shopping fair..Hajat di hati nak melepaskan tension dengan menonton wayang bersama suami tercinta (and it end up dengan kami marathon tengok dua movie sekaligus...hehe). Sudah jadi kebiasaan, aku mmg bukan jenis yang suka bawa cash oney bebanyak dalam wallet..maka setiap kali aku perlukan wang dan ia sudah kehabisan, maka aku terpaksa melawat bank CIMB (cim-beng) untuk meminta wang...Dan seperti biasalah di mines, mesin ATM tu mmg sentiasa penuh orang berbaris, sebab tu ditambah menjadi dua mesin sekarang ni...

Apa yang ingin aku bangkitkan hari ini bukanlah kisah kecanggihan mesin tersebut, bukan juga tentang ramainya org pada malam tersebut..walaupun ia ada berkaitan...Tetapi lebih kepada rasa geram yang memang tak terlepas semasa aku beratur untuk mengambil duit malam tu... Bagi aku, kalau seseorang tu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, dia akan bertoleransi dengan keadaan line yg panjang berderet dan hari yg semakin lewat. Kalau dah nak keluarkan duit tu, faham2lah...I mean...organize sket kedatangan korang ke mesin tu... Siap2 keluarkan kad, dan try to shorten the length of time yg korang gunakan untuk berurusan kat mesin tu.

Dua tiga pelanggan yg membuatkan aku cukup geram bila mereka boleh lagi berfikir panjang mengani transaksi apakah yg ingin dibuat, jumlah duit yg nak dikeluarkan dan sebagainya. Siap pula ada yang boleh main check2 balance masa2 org tengah jenuh menanti...Hangin satu badan aku dibuatnya....

Aku ni bukanlah insan yg sempurna, tp aku faham bila kita harus sedar yang org lain mungkin sedang memerlukan dan mengejar masa... Ada sorang mamat yang membuat aku tambah hangin bila dia siap check balance, silap masuk pin number, cucuk kad tu berkali2, siap buat transfer duit lagi tp tak ingat no akaun, kena call kawan dia mintak no, then dia punye berdiri depan ATM machine tu berfikir menu apa yang nak dipilih mengalahkan anak dara pilih kain.... Sedangkan org kat belakang punyelah line up smp nak masuk kedai sebelah tu.....Ape punye pemikiran la mamat ni....

Ini baru satu kisah kurang sivik yang aku kongsikan. Kata suami, kenapa tak buat political blogs? Hmm..Politics mmg bukan interest aku.....Sorry, dear...Tapi apa yg aku kongsikan ialah peristiwa sehari2 yg berlaku pada aku dan aku coretkan buat pengajaran semua...Contohnya macam kisah sivik ni la.....

Kesimpulannya kat sini (dan peringatan, maybe...), lain kali, dtglah ke ATM machine dengan mindset yg betul. Jangan biarkan orang lain lenguh kaki, menderita kerana anda...Aku dah try, kalau setakat nak kuar duit, paling lama 2 min je yg diperlukan. Tu pun kalau ada kes terlupa pin no.....haih....manusia...manusia...(geleng kepala).....

No comments: