Tuesday, March 11, 2008

Riang Ria Rasa Hati...

Hamba senyum...
Semua proses memilih pemimpin sudah selesai..Tinggal sang pemimpin yang perlu melunaskan tanggungjawab seterusnya....Di satu sudut hati ada rasa kecewa dan sedih...Bukan kerana pemimpin hamba kecundang, tp kerana risaukan perpaduan yg kian goyah....Hamba sebagai pendidik.. Anak pemberontak ke, anak pemimpin ke, tetap dinamakan anak didik... Hamba tak kisah siapa di atas, tp mampukah perpaduan yg tercalar kembali diubati?
Hamba menuju ke bilik ahli kelab pemberontak. Dia minta hamba ajarkan bagaiman menyulam bunga nan indah...Tanpa prejudis...Hamba datang....Tatkala proses memindahkan kepakaran berlangsung.......
'Negara SesisirPisang dah jatuh ke tangan pemberontak, ada sesiapa yg menangis ke?...'
Sinis bunyinya kata2 seorang ahli kelab pemberontak yang melihat hamba sebagai Hang Tuah pemimpin2 lama....Hamba tersenyum sahaja...Tak mudah melatah...
'Hamba ok aje... Cuma ada Bendahara yg memang menangis...Sedih sebab dah tau suara ramai yang dia punyai dahulu sudah beralih kasih...'
Ahli kelab pemberontak senyum juga..Membalas senyuman yang hamba lontarkan dengan memandang tepat ke anak matanya.....
'Sebenarnya rakyat dah fed-up dengan pemimpin lama...', ujar ahli kelab pemberontak lagi.
Hamba senyum lagi....
'Tapi malam tadi ahli kelab tuan hamba menghalau ahli kelab pemimpin lama... Habis diamuknya satu kampung... Hatta Lekir, Lekiu, Kasturi dan Jebat juga menggeleng kepala...', ujar hamba.
Tambah hamba lagi......
'Walhal selama ini dia bebas bercerita, bersyair dan mengaji di madrasah kami. Dia dijemput ke segala kenduri kendara kami, dia diberi ruang interaksi dengan penduduk di sini... Bebas mengajak anak muda mendirikan solat, dan kami tak mempertikaikan identitinya yg ibarat Pak Sheikh itu...Janggut sunnah, serban sunnah, jubah sunnah..... Tapi malam tadi perilakunya jauh sungguh dr sunnah Rasulullah.......'
Ahli kelab pemberontak terkejut, tapi menyatakan.....
'Hamba bimbang andai dia akan memberikan imej yg buruk pada semua pemimpin pemberontak...Sebenarnya mereka tidak begitu......'- sambil geleng kepala.
'Resminya memang begitu...di dunia ini, yang sedikit itu yg akan mewakili yang lain. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..Bukan kumpulan pemberontak je begitu, pemimpin lama juga begitu... Kita ada naskhah undang2, undang2 yang termaktub juga amat cantik..Tapi pelaksananya yg merapu merapik, dia pula ahli kelab pemimpin lama, habis semua ahli kena tempiasnya...', hamba menambah. Biar dia tahu, bukan hanya kumpulan pemberontak yg tidak boleh dinilai berdasarkan seorang pengAMUK... Kelab pemimpin lama pun harus dinilai secara adil juga....
Hamba keluar dari bilik ahli kelab pemberontak dengan senyum juga... Sungguh, hamba amat terbuka dalam hal ini. yang penting pemimpin baru dari kalangan pemberontak akan menjalankan kewajipan terhadap rakyat dengan saksama. Sebelum melangkah keluar sempat hamba berpaling padanya dan berkata...
'Riang ria rasa hati hamba..Lepas ni hamba nak pergi melancong ke utara selalu2...maklumlah, dah takde bunga emas yang perlu dihantar. Hamba pun nk bawa keluarga berjalan2 selalu naik pedati hamba, sebab makanan kuda nak diturunkan harganya. Lagi satu, hamba nak tambah rumah lagi, kan daun pintu dah boleh diperoleh secara percuma tanpa perlu menukar barter dengan garam lagi? Seronok agaknya pemimpin baru ni,kan?....'
Hamba pun melangkah pergi... Hamba memang tak pilih kasih... Baru tadi hamba memberi ilmu hamba kepada ahli kelab pemberontak itu, sebelum dia menyindir hamba.. Tetap hamba khatamkan juga mengajar dia... Maklumlah, majmuk katakan......
Hamba menyanyi2 kecil...
'Mengapakah riang ria...meresap ke seluruh anggota.....'

No comments: