Sunday, December 23, 2007

Dewasa Setahun Lagi....



12 Disember 2007 - Tahun pertama aku meraikan hari lahir sebagai isteri orang. Dalam hati ternanti2, apakah bakal ada kelainan yg akan berlaku lewat hari lahirku yg ke 25 ini...Jawapannya, pastilah ada...Dengan kehadiran suami tercinta, keluarga yg dikasihi dan teman2 yang masih setia menghiburkan hati dan menjadi teman mengadu saat duka dan gembira...Aku merasakan sambutan hari lahir tahun ini amat bermakna...


Parti kejutan tertutup yang dirancang suami dan ahli keluargaku membuat aku lena dalam linangan air mata gembira. Walau tanpa hadiah sebuah rumah yg tersergam, atau sebuah kereta yang mewah, keikhlasan yg terpancar di mata2 mereka membuatkan aku merasa sungguh bertuah. Bukankah aku antara insan bertuah yang mempunyai keluarga uuntuk disayangi, hidup di negara yg harmoni dan mampu memilih jalan untuk aku meneruskan hidup ini?Ya Allah..Aku bersyukur atas segalanya....

Pagi di pejabat- disengat oleh joki debunga..Tanpa aku sedari, aku menahan sakit yg teramat sangat, namun masih kugagahkan diri mengukir senyuman tatkala mendapatkan rawatan...Suami tertawa melihat aku yang ditahan di wad semata2 kerana disengat seekor 'kumbang', namun aku tak marah..dia memang kelakar...(as usual, ia menghiburkan hatiku dan mengalihkan perhatianku terhadap kesakitan yg kualami....)...

Seusai dibebaskan, sekali lagi kejutan...Aku diminta mengedit powerpoint oleh suamiku pada waktu aku harus pulang untuk rehat tengahari...Bukanlah aku berkira, tp kerana merasakan dia memilih waktu yg tidak tepat, dan mahukan kesegeraan untukku menyelesaikan kerja tersebut menyebabkan aku menarik muncung sedepa...Sungguh, aku tak pernah berkira untuk membantunya, tp di saat itu, apa yg kuperlukan ialah rehat yang total....

Namun, hati yg memberontak menjadi berbunga bila tersedar ia adalah sebahagian rancangan kejutan hari lahir buatku oleh teman2 sekolega yg begitu akrab; Aira, Kak Rai, Bet, Burn dan Hazwan..Dengan Mai sbg Jurukamera dan Suamiku sebagai artis dengan penampilan istimewa....Belum habis rasa terkejut oleh kek2 dan makan2 tengah malam tadi, dikejutkan sekali lagi oleh pakatan yg bagiku sangat menjadi...Thanks, guys...Love You all!Hingga hari ini, aku masih tersenyum sendiri setiap kali memandang baju yg dihadiahkan oleh kalian.....

Justeru, apa lagi yg aku perlukan untuk melengkapkan diari hidup ini?Tentunya kejayaan peribadi buat diri sendiri..Aku harap, segala yg kuazamkan dapat kucapai sebelum diari baru kubuka....Pergi belajar, menamatkan pengajian, dan pastinya, zuriat yg comel, bukti cintaku dan suami tercinta....Semoga iman dan amalku akan bertambah, sehingga aku mampu syahid sebagai wanita yg solehah......
'Anak Cina Pasang Lukah...
Lukah Dipasang di Tanjung Jati...
Di dalam Hati Tidak Dilupa...
Sebagai Rambut Bersimpul Mati...'

Menggapai Pelangi

Kisah hidup baru dalam hari2ku kini bermula... 3 November 2007 - Aku selamat diijabkabulkan dengan putera raja yg bertakhta di hatiku semenjak hampir 3 tahun lalu...Muhamad Fauzi Salihin...Dengan sekali lafaz maka bertukarlah nahu ku daripada nahu ibu kepada nahu suami (Aku tak pasti mengapa aku tersentuh sangat dengan bait ayat ini...)..Segalanya akan aku kongsikan dengannya kini...Bermula seawal membuka mata setiap pagi sehinggalah sebelum melelapkan mata pada malam harinya...

Aku masih ingat, di saat sibuk menanti hari bersejarah itu, nenekku yang sememangnya terlalu ingin menyaksikan persandinganku tiba2 jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. 3 hari sebelum majlis, aku masih mengambil giliran menjaganya sepanjang malam di hospital. Airmata sedih yg ingin mengalir, kuseka agar tidak jatuh di hadapannya...Tidak mengapalah, andai ini pengorbanan yang terpaksa kulakukan agar dia gembira.

Majlis perkahwinan kami berlangsung meriah namun serba sederhana...Dua majlis; satu di Serdang dan satu di Selayang...Cukup memberikan aku keletihan untuk ditanggung selama sebulan berikutnya....

Gembira rasa hati kerana teman2 yg hadir berkongsi kegembiraan ini bukanlah sedikit....Cuma hatiku sedikit ralat atas ketidakhadiran beberapa individu yg amat dekat di hatiku..Namun aku pasti mereka punyai alasan yg kukuh untuk itu...
Kehidupan selepas berkahwin...banyak perbezaan..Namun tidak banyak berlainan (Similar,eh?)..Cuma seperti yg kubicarakan awal2 tadi, segalanya akan kukongsikan bersama suami tercinta..Hidupku sempurna sebahagiannya...


Sesempurna separuh iman yang dijanjikan Allah SWT bagi setiap hamba-Nya yg berkahwin...


Suamiku...cintailah aku...sayangilah aku seadanya diriku....




Burung Merpati Terbang Seribu

Hinggap Seekor di Tengah Laman

Hendak Mati di Hujung Kuku

Hendak Berkubur di Tapak Tangan...


P/S: Visit www.ayza1505.multiply.com untuk gambar2 perkahwinanku bersama teman2 sekolah...


Wednesday, October 3, 2007

Belasungkawa.....

3 Oktober 2007.....

Kehilangan seorang teman yang pernah akrab di zaman persekolahan membuat aku berfikir kembali mengenai singkatnya hidup ini...semuda usia 26 dia kembali menemui Pencipta...Allah lebih sayangkan dia....

Terkilan rasa hati, tak tersampai ke pengetahuanku akan kecelakaan yang menimpanya...Lewat tirai malam yang berlabuh, aku dikejutkan dgn berita pemergiannya...Terkedu....Terkesima....seolah baru semalam bercerita dan bertegur sapa..Hari ini dia telah tiada...

Sejarah aku dan dia..biarpun kami tidak sebaya tetapi ada sesuatu yang mengikat kami untuk terus berkawan..Mungkin kerana dia rakan seangkatan abang2 yang begitu menjagaku sepanjang aku di SMKSS...Kemesraan dan kedekatan seolah seorang abang dan adik membuat kami selesa berbicara...

Walaupun dia punya kekurangan yang tersurat, namun dia tidak pernah menunjukkan rasa rendah diri..Keyakinannya membuat aku selalu berfikir betapa bertuahnya aku dilahirkan sempurna seluruhnya...dan membuat aku begitu bersyukur....dan senyuman selalu ada terukir di bibirnya....

Zaman persekolahannya memang dia agak nakal, walhal aku pula pengawas sekolah..Namun itu bukan alasan untuk kami saling bermusuh...yang penting, hingga kali terakhir kami bersua, senyuman masih lagi tetap aku terima dan senyuman jugalah yang kuhadiahkan buatnya....

Mungkin aku tak berpeluang menyelami isi hatinya hingga ke dasar....namun, dia akan selalu kekal sebagai seorang abang, kawan dan kenalan yang cukup meninggalkan kesan di kanvas memoriku...

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu, Abg Zhafis......Al-Fatihah....

Friday, September 28, 2007

Semakin jauh aku berlari, semakin dekat bayangmu menari...

Alhamdulillah...Ramadan telah tiba di petengahannya...Dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang meneruskan puasa dengan kondisi yang sihat, tanpa terjejas seluruhnya...Rindu setahun pada Ramadhan terubat jua...Dan aku terus mensyukuri nikmat yang dikurniakan ini....

Namun entah mengapa, Ramadhan kali ini juga yang paling mencabar emosi...Walaupun aku bertekun menganyam selembar kesabaran, namn ada kalanya jemari masih terluka dek pisau meraut yang cukup tajam...Harus kukatakan, mempertahankan kesabaran di bulan yang mulia ini adalah sesuatu yang amat menduga iman...Alhamdulillah, aku sudah lali dengan menahan perasaan...Sudah biasa dengan dugaan bertimpa...Lalu aku redha seluruhnya....Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk memperjuangkan ketabahan yang aku pertahankan selama ini..

Kehadiran seseorang yang mengetuk pintu hati buat kesekian kalinya membuatkan luka lama berdarah kembali...Bertahun aku memadam rajuk, merawat luka yang sentiasa berdarah...Namun mengapa dia hadir kembali mengocak kolam hatiku yang tenang? Sudah lupakah dia akan segenap kelukaan yang dihadiahkan buatku semasa aku masih mendamba kasihnya? Lalu, untuk apa dia kembali?......Memang aku tidak mungkin mencintainya sekali lagi...Namun usahlah diungkit kembali kisah lama yang menyebabkan hatiku berparut hingga kini...dan gurauan berbisa yang dilafazkannya membuatkan aku terasa harga diri ini diletak jauh di bawah telapak kakinya....Sewenangnya dia pergi dan sewenang itu jugakah dia ingin kembali?Usahlah sampai aku menarik kembali kemaafan yang telah aku ikhlaskan buatnya.....

Dan kerana dia itu juga...seseorang yang aku sayangi menjauhkan diri...Sepi....Lalu aku menyalahkan kealpaanku yang tidak berterus terang lewat fajar kedekatan kami....Maafkan aku....Sedalamnya, tiada seputik niat membelakangkan dirimu...Kekesalan bertapak di sudut hati ini...Dan air mata sedih jatuh di sudut bibirku...Puas kucuba memaksa diri bertahan dgn kerinduan ini..Namun makin jauh aku berlari, semakin dekat bayangmu menari...Mungkinkah dia akan kembali ke laman hati ini?..Hanya Tuhan mengerti....

Thursday, May 24, 2007

Rajuk dan pujuk...

Lelah hati menahan rajuk sepanjang minggu ini dan hujung minggu nan lalu..Mana tidaknya, serasa aku merajuk pada yg tak sudi memujuk..Mungkin aku terlalu menunjukkan padanya yang aku bisa berdiri walau tanpa ditongkat dengan pujuknya..lalu dia merasakan yang rajukku bukanlah pujuk jawabnya..Mungkin dia tidak, lambat atau belum sedar......
Tapi memang hati ini seakan telah kebal dengan rajuk..Aku tau merajuk dan taulah aku memujuk...Lalu dia gembira lagi....

Tuesday, April 24, 2007

Derai...

Alhamdulillah, aku masih bernafas di sini...Syukur pada Allah atas nikmat kehidupan dan iman yang tak terhingga...Semalam selesai sudah apa yang kami usahakan selama ini...Walaupun kemenangan tidak berpihak kepada kami tetapi kami puas kerana dapat bekerjasama menjayakannya...After all, winning is not everything...Tahniah buat sepasukan yang begitu gigih mencari kesempurnaan dalam persembahan malam tadi...Mungkin rezeki kemenangan itu bukan milik kami..Aku redha...
Cuma malam tadi tak dihiasi dengan kehadiran insan yang aku harap datang memberi sokongan...Mungkin bukan tempatnya di situ, mungkin dia benci menatap trek yang banyak meninggalkan kesan dalm hidupnya...Namun bencikah dia padaku? Bencikah dia pada apa yg aku lakukan? Berdosakah aku padanya hingga sedikit pun dia tidak ingin menimbangkan harapan yang aku bina agar dia hadir malam tadi?Hampa....sekali lagi...
Kemudian aku dikejutkan pula dengan berita yang lebih membuat hatiku berderai...Dia akan bercuti esok, berlibur bersama 'anak-anak buahnya' dan ke tempat yg tak pernah aku sampai bersamanya (walaupun telah kuajak berkali2...)...Lalu siapa lagi yang boleh memberikan bukti bahawa aku masih tetap yang istimewa di matanya? Mungkin aku yang terlalu mengharap... walhal dia tak memikirkan begitu...Dia mengajak, namun setelah aku bertanya...Hatiku telah tawar..Memang ajakan itu yg kunanti tapi bukan dalam situasi begini...(refer to friendster blog post dated today)...
Sepanjang malam aku berfikir...wajarkah aku pergi dan menumbangkan sekali lagi ketegasan hatiku meladeni rasa hati...Namun sehingga mataku terlelap, aku masih tidak ketemukan jawapan...Dan pagi ini, aku bangun dengan satu ketetapan...biarlah dia pergi..dan aku terus di sini....

Tuesday, March 13, 2007

Majlis...

Hujung minggu nan lalu menyaksikan aku dan keluarga berjalan jauh ke Segamat menghantar abang saudaraku yang bakal melangsungkan perkahwinan. Ditemani keluarga dan insan tersayang, jalan yang kutempuh tidak terasa memenatkan walau memang hakikatnya cukup panjang...Dan aku tiba2 mengakui bahawa sesuatu yg dilakukan dengan HATI, maka bukan beban yang terasa sebaliknya kepuasan melanda jiwa....Bahagia kerana kedekatan itu tercipta dan kasih ini semakin bertaut...Meladeni segala keperluannya, sesekali minta dimanja...Hari2 kami penuh ceria...
Saat akad dan lafaz berlangsung, ada air jernih yang mengalir daripada kolam mataku..Betapa tidak, Abang Fathul yang sangat rapat dengan keluarga kami, bakal bergelar suami..Kasih kini terbahagi, namun kuharap ia akan menambah seri...Memang sukar kuungkapkan perasaan yang bergolak kala itu...Gembira, terharu, sedih..semuanya terlalu menyelaput jiwa...Namun aku berdoa semoga jodoh mereka kekal buat selamanya.....
Teringat kala kami masih anak-anak...Aku, abang, abg fathul dan abangnya memang sentiasa bersama..paling tidak pun, aku yg meminta agar selalu bersama kerana aku satu-satunya cucu perempuan yang lebih kurang sebaya mereka...Kalau mereka memanjat, maka memanjatlah aku...andai mereka berlari, maka berlarianlah jua jawabnya...Namun itu semua meninggalkan kenangan yang amat berharga....
Kini hanya tinggal abangku yang masih belum berkahwin...Walau hatinya kini telah dimiliki semula, belum ada petanda dia akan menamatkan zaman bujangnya dalam waktu yang terdekat ini. Ibu pun dah tak mahu bersuara..Biarlah dia yang memilih jalan hidupnya....

Buat Abang Fathul dan Kak Pah, semoga hidupmu disimbahi cahaya dan diulit tawa ria serta kebahagiaan buat selamanya.....