Monday, January 21, 2008

Kenangan kami denganmu...




'...daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali..'


10 Muharram 1429H...Hari ini bermula redup..Namun bukan hujan..Hari ini hari Asyura..Hari yang penuh keberkatan...Namun hari ini juga, langit hatiku berdukacita...Pemergian seorang teman yang akrab membuat hari yang redup berarak menjadi mendung yang gelap di hatiku...
Aku seolah terkesima bila mendapat mesej dr Bob..Hatiku enggan percaya, sehinggalah Bob menghubungiku semula...Entah mengapa, aku terlalu degil untuk mengiakan berita tersebut...Alhamdulillah, Allah berikan aku kekuatan..Dengan air mata yg tertahan, dengan hati yg bergetar, dengan sisa semangat yang masih ada, aku menghubungi seorang demi seorang teman2 kami..Aku mendail nombor2 yang aku ingat, yg tercatat dalam hpku...Namun hati ini masih belum dapat menerima hakikat tersebut secara total...Ciboy telah tiada....


Serasa baru semalam kami bergelak tawa, bertukar cerita..Kali terakhir bertemu di kenduri Azie, dia mengusikku yang baru berkahwin..Aku pula marahkan dia yg tidak hadir ke majlis walimahku..Janjinya untuk menjemputku ke majlisnya pula hanya tinggal sebuah janji...Dia tiada lagi untuk menunaikan janji tersebut....




Ridzuan aka Ciboy...Teman seangkatan semenjak aku bersekolah rendah..Jika org lain menganggapnya sebagai kenalan, aku dan teman2 memandangnya sebagai keluarga HRD kami...Dia bukanlah penghulu bagi segala acara namun dia tak pernah dilupakan dalam apa jua aktiviti yang kami aturkan...Dia jarang berbicara namun sesekali bersuara, menceriakan suasana...

Secara peribadinya, aku menganggapnya sebagai teman yang akrab..Kami bersekolah rendah yang sama, berkongsi teman2 sekolah menengah yang serupa, dan mengikuti pengajian yang sama sewaktu diploma dan ijazah pertama...Sejarah nan serupa itu membuat kami berkongsi 'Serdang Chemistry' yang begitu kuat...Keakraban yang tak terungkapkan...



Arwah seorang yang mudah tersenyum...Cinta hatinya, CT..Baru minggu nan lalu aku dapat menghidu pertunangan mereka, dan sepatutnya mereka bakal disatukan dalam masa yang terdekat ini..Namun, apakan daya, jodoh mereka tiada...Aku melihat air jernih yang bertakung di kolam mata CT...Sarat dgn rasa terkilan dan kesedihan yang tak terucap..Namun dia tabah dan sesekali masih mampu tersenyum...Aku rasa, hatiku jua tersayat melihat dia memandang jenazah ciboy penuh cinta...dengan sayu..Dia sempat memberitahu, dia sedih mengenangkan betapa kesakitan yang arwah tanggung sebelum menghembuskan nafas yang terakhir...Dan aku faham itu.....Arwah kecundang di jalan raya...Sesuatu yg memang digeruni...




Rumahku menjadi tempat teman2 berkumpul menunggu jenazah tiba dr hospital..Edi, Chok, Nuar, Soksek, Iqbal, Azie, Hery, Iza, Yan dan Anep membuatkan penantian tersebut menjadi seolah pertemuan semula yang tak dirancang...Dari mata2 mereka, aku dapat lihat rasa kehilangan yang terpancar...Manakan tidak..Teman kami, rakan seperjuangan, tempat berkongsi rasa...



Bob, antara yang paling akrab dengan arwah, sempat membantu mengendalikan jenazah sehingga sampai ke liang lahad...Aku hanya mampu melihat dan menenangkan ibu, adik dan tunang arwah..Bahu ini basah dgn airmata mereka...Biarlah..Ini baktiku yg terakhir untuk arwah...Bob adalah yang paling sugul antara kami..Dia terlalu rapat dgn arwah..Dia org pertama yang CT hubungi selepas kejadian...Dari Alor Setar dia datang semata2 utk menguruskan jenazah arwah...Betapa mulianya hatimu,Bob....
Teringat saat sama2 bertungkus lumus membuat assignment..Sama2 'punch card' di Maulana...Outing ke Genting..dinner bersama...dan yg terakhir...our last supper di Chop n Steak..Kami berazam untuk mengadakan reunion HRD yg dirancang di PD..Namun nampak gayanya, ia akan berlangsung tanpa Ciboy di sisi....Aku masih ingat, aku dan ciboy beria menyatukan Azie dan Hery (rujuk post tentang perkahwinan Azie&Hery)..akhirnya kami berjaya menyatukan mereka..rupanya, kami yg tak sempat melihat dia bersatu....11 Muharram itu, cuaca baik dan cerah..Seolah memudahkan urusan pengkebumian arwah...Ramai yang datang menyembahyangkan arwah..Teman2 sejak sekolah rendah, menengah dan universiti..Semua dtg memberi penghormatan terakhir...Aku melihat saat ibunya menuangkan air semasa memandikan arwah..dalam sendu, dia merestui pemergian arwah..Alhamdulillah..Ahli keluarganya cukup tabah....

Saat talkin dibacakan, aku sayu sekali lagi..Tanggungjawab arwah berakhir kini..Hanya kami yang ditinggalkan inilah yang akan meneruskan perjuangan hidup di dunia ini...Matahari semakin meninggi saat segalanya selesai...Aku meninggalkan taman rohani itu dengan jutaan doa..Moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman....Al-Fatihah....




Sahabatku akan kuteruskan perjuangan ini..

Waalupun kini kau tiada di sisi...





Wednesday, January 9, 2008

Teman seperjuangan....

Sepatutnya post ini telah kucoret minggu nan lalu lagi..Tapi kerana gambar yg kuperlukan baru kuperolehi, maka hari ini baru ia terlakar di sini...

Ajakan teman-teman lama zaman persekolahan (SKS) untuk lepak bersama membuat aku begitu terharu..Yelah, dah bergelar isteri orang, tp mereka tak pernah melupakan aku...Tp yg membuat aku begitu pelik ialah, ajakan mereka yg beria-ia agar aku datang juga..Walaupun tahu begitu banyak acara yang perlu aku penuhi. Sebagai teman, aku takkan sesekali sengaja ingin menghampakan pelawaan mereka, namun komitmen yang banyak kadangkala membuat aku terpaksa mengatakan 'tidak'....
Suamiku tidak dapat menemani..Dia hanya menghantar dan meneruskan urusannya. Agak hampa juga, namun dia punya komitmen tersendiri. Kepada teman2, aku kirimkan salamnya dan mohon maaf kerana belum berkesempatan membawa dia ke dunia kecil kita...Well, the appology accepted but still, they insist to get to know him better one day....

Rupanya lepak2 malam itu bukanlah lepak2 yg biasa...Ada kejutan menanti..Sambutan hari lahir buat semua yg lahir pada tanggal Disember..Aku, Mira dan Azlan Idris yg hadir malam itu, walaupun sepatutnya PutraWan turut diraikan. Dari Chop n Steak, kami bergerak menuju ke dataran putra di Masjid Putrajaya...Lebih meriah, kata Junn..Kita boleh berhadapan dan tak perlu menjaga protokol macam di restoran..Ok, thanks Junn n Ina - They all yg masak spaghetti buat santapan kami...hehehehe..Sekali lagi, Secret Recipe menjadi pilihan..Memang kenyang kek bulan ni..


Masjid Putrajaya jadi saksi persahabatan kami..Siapa sangka, inilah teman2 seperjuangan semenjak aku bersekolah rendah...Tahun ini maka genaplah 20 tahun persahabatan kami..Mungkin lebih, mungkin kurang, tp ia berkisar kepada perkenalan kami sewaktu sama2 di SKS.....

Buat teman-teman yg sudi meraikan hari kedewasaanku...Terima kasih selaut alam...Semoga apa yg kita kongsikan hari ini akan terus menjadi azimat berharga, menjadi teman buat kita menempuh hari....Aku sayang kalian!
'...Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga...'

Friday, January 4, 2008

Selamat Hari Lahirmu, Sayang....


4 Januari 2008 - Masih belum hilang kegembiraan menyambut ulangbulan perkahwinan, hari lahir suamiku pula tiba. Hari ini merupakan hari dia semakin dewasa. Tak dilupakan, hari ini, 2 bulan lalu, kami bersanding di atas pelamin..Hari yang penuh indah buat kami...

Untuk tahun ini, aku mengejutkan dia dengan kek kegemarannya, NY Cheese..Plain but very rich!(So CHEESY - kata Caar..)...Dia terkejut, sbb dalam pada aku selalu bersamanya, masih ada masa aku meloloskan diri pergi menmpah kek, membawanya pulang dan menyorokkannya di dalam fridge..heheh...credit to Aira, Ila dan Edy yg membantu dalam usaha menghadirkan kek itu di rumah ini. Malam tadi, ayah, ibu dan bee turut bersama dalam 'parti' kecil-kecilan yang kuanjurkan..Memang kurang meriah kerana tak ramai yang ada, tapi cukup bermakna kerana inilah hari lahir pertama buat menantu di rumah kami ini.....

Minggu nan lalu, aku dan Bet ke MidValley..Mendapatkan Hadiah dan Kad Istimewa buatnya...Jenuh juga nak menyorokkan dari pandangannya semalam...Suamiku begitu teruja dan aku suka melihat senyuman meleret yang tidak putus2 dari bibirnya...Ia membuat aku merasa begitu bahagia.....Hadiah yang kuberi? Hmm...Satu Magnetic Dart Set...Namun ia bukan dart biasa..mengapa?Biarlah ia jadi rahsiaa :)....Aku harap dia menyukainya...Sesuai dengan perangainya yg suka main-main, dan kerana aku merasa dia sudah terlalu stress untuk menerima sebuah hadiah yang serius....Plus..An A1 size Bday Card serta sebuah sajak yang kukarang khas untuknya....Tergelak namun aku terharu, bila dia melafazkan setiap bait sajak dan tulisan yang aku nukilkan dalam kad tersebut...Dapat aku rasakan, cintaku bertambah dalam buatnya......

Suamiku, hari ini kau dewasa setahun lagi..Semoga kematangan berlari seiring kedewasaan yang menyapa...Semoga harimu dicurahi rahmat, dilimpahi kurnia...Berjaya dan dipermudahkan segala usahamu...Terima kasih atas cinta dan kasih sayang yang kau curahkan buatku.Aku bukanlah wanita terbaik buatmu, namun cintamu membuat aku selalu ingin menjadi isteri yang terbaik setiap hari...Semoga kesejahteraan buatmu dan semoga kita bersama hingga ke syurgawi......
Selamat Hari Lahir yang Ke-26, Suamiku.....

Thursday, January 3, 2008

Purnama Kedua Muncul Sudah...

Hari ini, genap dua bulan aku diijabkabulkan...Hari ini dua purnama lalu, Muhamad Fauzi Salihin menerimaku secara rasmi sebagai isterinya. Pada hari ini juga ayah menyerahkan aku kepadanya untuk dicintai, disayangi, dijaga dan dididik sebagai isteri yang solehah...Betapa cepat masa berlalu.Tanpa sedar, ada air hangat mengalir di sudut mataku..Sudah dua bulan aku menjadi seorang isteri.....


Kasih yang aku semai setiap hari hadir dan bertambah mekar setiap detik..Kasih yang kami kongsikan cukup membalut aku dengan rasa cinta setiap hari..Suamiku, terima kasih atas selaut cinta yang kau curahkan mewarnai hamparan hati ini...

Andai dia membaca kala ini, ingin aku sampaikan satu perkara padanya...
'Cinta dan kasih yang telah aku ikhlaskan ini hanya untuknya...Cintailah aku sepertimana seorang isteri itu layak dicintai...Harta berkoyan bukanlah jaminan untuk kebahagiaan..Apa yg aku damba sekadar keikhlasan dan ketulusan dalam mendidik aku menjadi isteri yang solehah...Sekali janji telah kulafazkan, takkan kupermainkan...Pimpinlah aku ke syurga abadi...'
Selamat UlangBulan Perkahwinan Kita Yang ke-2...

Meniti Jejak II....


Sekali lagi entri di blog ini dipenuhkan dengan perkhabaran gembira mereka yang membina atau sedang menuju arah untuk membina masjid. Kali ini lensa kameraku (acewah..macam photographer handalan la pulak!) beralih ke Kg.. Baru HICOM, Shah Alam...
30 Disember 2007, 2 hari sebelum kita melangkah ke tahun baru 2008.

Dalam pada bengang2 kerana tarikh yang tak dapat ditetapkan, akhirnya Iza, sahabatku selamat ditunangkan dengan kekasih hatinya yg juga kawan kami, Fendi...Tulah, bila dah sampai masanya, maka kalau nk jadi, akan tetap terjadi. Majlis yang pada mulanya terpaksa ditangguhkan kerana kesukaran mengumpulkan ahli keluarga Fendi (lepas ni aku punggil Apen je...geli lak panggil Fendi..formal sangat!) yang bersepah di serata muka bumi, akhirnya berlangsung juga dalam suasana sederhana namun cukup meriah.




Kemenangan bagiku kerana berjaya mem'booking' suamiku untuk bersama dalam acara ini. Turut serta ialah Bee, Haziq dan Ibu....Aku dan Yan bersama membantu menyiapkan Iza...Teringat waktu aku melalui hari yang sama tahun lalu....Debaran, namun kegembiraan bertakhta di sudut hati...Pun begitu, yang penting ialah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang......


Iza dan Apen, sudah seperti sebahagian ahli keluargaku. Di mana kami berada, bercuti, biasanya mereka turut serta. Persahabatan semenjak menjadi MTM terpatri erat sehingga kini dan semoga takkan ada penghujungnya. Rumahku sudah menjadi seolah rumah kedua baginya...

Iza memilih serba hijau untuk majlis pra-bersejarahnya itu (aku tau dia memang minat hijau)..dan aku bersyukur akhirnya mereka dapat mengikat tali pertunangan dan semoga cepat2lah berlangsung hari bersejarah yang paling indah itu....Haih..Lepas ni turn sapelah pulak...

Iza & Apen, tahniah buat kalian..Semoga persahabatan kita akan terus mewangi ibarat setanggi syurga.....


Asal Kapas Jadi Benang

Dari Benang Dibuat Baju

Barang Lepas Jangan Kenang

Sudah Jadi Orang Baru...Mengapa Dirindu.....

Friday, December 28, 2007

Suram..

Hari ni kondisi badan tak berapa nak ok..Entah..Ada penyakit baru 'hinggap' dalam tubuh aku ni..Seriau jugak, aku harap ia tak berlarutan....Terharu dgn keprihatinan suamiku..Aku tau, dia risaukan keadaan aku...Usai ke PK n amik ubat, aku terus balik rumah, tidak menyertai Ai, Kak Rai dan Bet berjamuan tahun baru aka pau Kak Rai di laksa shack JJ cheras selatan.....
Tengahari ini, aku menerima perkhabaran yang agak menggetarkan. Jumlah biasiswa ke US hanya berbaki satu. Aku dan Aira seolah sudah kehilangan motivasi untuk meneruskan permainan ini. Terserahlah.....Patutlah hari ini suram...Ada khabar2 yg tak menyenangkan hati nak kuterima.....Semoga ada hikmah atas segalanya..Amiin

Wednesday, December 26, 2007

Meniti Jejak....

Tanggal 17 November 2007 lalu, Aira selamat bertunang...Semenjak dia menyertai daerah akademik ini, kami semakin akrab sehinggalah hari ini, kami menjadi teman sebilik (Ops!Sebilik di pejabat sahaja...hehehe)..Terharu bila dia sanggup mencari alasan untuk membolehkan aku dan suami hadir di majlis pra-bersejarah baginya. Manakan tidak, kalau dia tidak berbuat demikian, silap2 hari pertunangannya jatuh pada hari yang sama aku dihantar ke rumah mentua!Sebagai teman sekerja, kakak(nyeh!) dan..hmm..sukar diungkapkan...aku takkan sanggup menghampakan jemputannya. Aira agak terkejut bila aku hadir, agak lewat, bersama suami tercinta...


Seperti biasa, perjalanan ke rumah Aira dihiasi dengan gurauan mengenai rumah kawan baik yang jauh, salah dan silap memasuki lorong serta masalah2 biasa yang melanda bila kami travel bersama, ke tempat yang agak asing dan jauh...Tapi, kami masih berjaya menemukan rumah Aira, dan aku gembira dapat berkongsi kegembiraanya hari itu....Mungkin ini yang dikatakan badi...Aku kawen, dia bertunang....Hmm..bagus,kan?Alhamdulillah....
Buat Aira & Parie: Congratulations!!....Semoga ikatan ini akan menjadi tanda permulaan suatu perhubungan yang lebih bermakna dan kekal buat selamanya buat kamu berdua.....Amiinn..