Tuesday, October 16, 2012

Marah

Malam ini Faris tidur tak lena.. Faris tak keruan... Sebab Faris tau ibu marah. Ibu marah Faris sangat-sangat sampai ibu merajuk. Sampai ibu berdiam tak menegur. Faris menangis sekuat-kuat hati. Faris tarik tangan ibu, Faris ketuk pintu yg ibu kunci. Tapi ibu tak lembut hati. Bila ibu tidur, Faris peluk ibu. Faris cium ibu. Biar ibu tidak membuka mata, Faris sembamkan muka di belakang ibu... Sesungguhnya, tiada pelukan yang lebih hangat dr pelukan kesal Faris pada ibu....

Faris,
Bukan hati ibu membeku. Bukan juga hati ibu membenci.
Ibu hanya ingin mendidik. Ibu hanya ingin yang terbaik untukmu.
Puas sudah ibu memberitahu dengan selembut2 kata. Puas sudah ibu memujuk tapi Faris tak mahu kalah.

Faris sayang,
Dalam dunia ini, bukan semua yang kita nak, kita boleh dapat.
Mungkin juga bukan semua boleh kita dapat dalam masa yang sama.
Dan bila kita dapat sekali, bukan juga bererti kita boleh dapat sesuatu untuk selama-lamanya.

Kerana,
Dunia ini pinjaman,
Kemewahan juga pinjaman. Kesihatan, kekuatan, semuanya juga pinjaman.
Malah ibu juga hanya pinjaman, sepertimana Faris dipinjamkan untuk ibu.
Dan kerana itu, kita perlukan bekal untuk kembali.

Ibu sayang Faris, sebab itu ibu marah. Sebab itu ibu berkeras biarpun hati ini berderai melihat dirimu menangis.Setiap kali marah itu tiba, ibu perlu katakan pada diri yang ianya demi kebaikanmu. Bukan kerna ibu benci, bukan...

Saat ini mungkin Faris tidak faham. Namun suatu hari nanti ibu harap Faris mengerti.
Kenapa ibu lakukan begitu dan begini... Kenapa marah ibu mendatang dan senang pergi...
Kerana Faris anak ibu... Dan kerana ibu, Ibu....

Ibu sayang Faris......



Thursday, November 17, 2011

T.I.G.A.

Assalamualaikum...

Muhammad Faris Safiy yang di kala ini sedang lena dibuai mimpi. Tadi ibu tenung dalam2 muka anak ibu ni. Ibu belek setiap inci tubuhmu dan ibu cium seluruh wajahmu. Malam ini malam kedua kita berdua di rumah. Ayah masih di NY. 

Dua minggu lagi anak ibu ni akan mencecah usia tiga tahun. Genap tiga tahun lalu pada November 25, ibu melahirkan Faris di Provena Covenant Hospital, Urbana, yang Faris selalu panggil 'tempat Faris berlahir' tu. Serasa mcm baru semalam ibu melihat tubuh kecil Faris ditunjukkan di sebelah ibu selepas dikeluarkan dari rahim ibu. Waktu itu Faris masih biru tp wajahmu mungil sekali. Faris lahir besar, hampir 4kg... Genggaman erat tangan ayah waktu itu memberi mesej bahawa ayah sendiri masih terkejut dengan kelahiran Faris, cahaya mata yang kami nantikan selama sembilan bulan sebelumnya... 

Kita melalui hari-hari terawal Faris di dunia dikelilingi oleh teman2 ibu dan ayah yang baik2 belaka. Dua minggu pertama sebelum ibutok n abahtok tiba, ibu berjuang menguruskan Faris dengan dibantu ayah dlm kegilaan menghadapi penghujung semester. Lima hari selepas melahirkan Faris, ibu ke kampus dalam salju tebal utk present di dalam kelas. Dua hari selepas itu, ibu menduduki peperiksaan akhir buat semester pertama pengajian ibu. Kemudian, ibu bersengkang mata pula menyiapkan term paper. Penat dan lelah memang terasa. Ibu menangis pada malam2 yg ibu terasa sunyi. Ibu mengadu pada hari2 yg ibu terasa sangat menekan jiwa. Mujur ibu dikelilingi oleh insan2 yg banyak memberi semangat. Auntie2 yang menghantar makanan selama dua minggu. Abang2 dan kakak2 yg dtg melawat, mengubat rindu pada keluarga ibu di rumah. Meskipun terasa payahnya, namun sedikit pun ibu tidak menyalahkan Faris. Malah menatap wajah Faris menjadi rutin yg sangat menyenangkan. Melihat Faris membesar menjadi penawar di saat rindu bercambah. Faris tetap berjaya mencuri hati ibu walau perit perjalanan menuntut ilmu dan membesarkanmu ada tikanya membuat ibu lelah... 

Alhamdulillah tahun ini usia Faris bertambah setahun lagi. Ibu tak sabar menanti namun ibu juga berdebar. Setiap hari yg berlalu menandakan Faris akan makin membesar. Mungkinkah setiap hari juga akan menambah jarak antara kita? Akankah ada tikanya bila Faris mungkin tak suka lagi memeluk dan mencium ibu di khalayak ramai? Mungkinkah ada masanya Faris dah tak nak lagi obses dgn ibu utk segalanya? Akankah tiba masanya bila ibu tidak lagi cantik di mata Faris, bila gurauan ibu tidak lagi kelakar pada hemat Faris? Biarlah...biarlah itu semua menjadi rahsia Allah. Masa depan itu terlalu misteri. Apa yg penting, saat ini yg harus kita isi dgn kasih sayang, dgn cinta yg tak pernah surut di hati ibu. 

Sepanjang masa, hati ibu selalu terdetik rasa bersalah. Bila ibu mengenangkan ada tikanya Faris terpaksa ibu tinggalkan demi tanggungjawab yg lain. Ibu selalu terfikir, akan mengungkitkah Faris satu hari nanti? Di usia menjelang tiga ini, Faris terperangkap dalam jadual ibu yg padat,dalam pengembaraan ibu dan ayah mencari kebahagiaan dan memacak lebih banyak tiang dalam rumahtangga kami,  dalam percubaan2 dan eksperimen2 ibu untuk menjadi seorang ibu yg sempurna. Tapi suatu hari nanti Faris akan faham mengapa ibu perlu melakukan segalanya. Andai Faris membesar sbg anak yg soleh, Insya Allah Faris akan redha bahawa pengorbanan itu perlu dalam kita meneruskan hidup ini. Sebolehnya ibu akan meminimumkan trade-off antara Faris dengan segalanya. Tapi ada masa memang tidak dapat ibu elakkan, jadi maafkanlah ibu...  

Terlalu banyak fasa baru dalam hidup Faris saat ini. Dari US ke Malaysia dan kembali semula ke US. Kasihan ibu lihat Faris terpaksa berjuang untuk diterima, untuk memahami dan untuk menyelesakan diri. Walaupun ibu tahu struggle itu hanya sementara, naluri hati ibu tidak dapat tidak tersentuh bila ibu mengenangkan bahawa Faris juga berkorban untuk ibu. Dalam usia sekecil ini, Faris menghadapi segalanya demi menyokong ibu untuk mencapai cita-cita dan cinta ibu pada dunia pendidikan. Terima kasih, anak ibu.... 

Setiap hari yg berlalu membuat ibu semakin menyayangimu. Setiap hentian hidup yg kita lewati, cinta ibu makin dalam. Semoga di usia Tiga nanti Faris akan terus menikmati zaman kanak-kanak yg indah dan terus meniti jalan yg lurus utk membesar dlm redha-Nya. Insya Allah kalau dipanjangkan umur, mungkin kita akan bersama mengharungi hari2 seterusnya dan ibu bakal melihat Faris berjaya... Namun kalau ibu tiada, ketahuilah bahawa doa dan redha ibu selalu bersamamu... Ibu mendoakan semoga Faris akan membesar sbg anak yg soleh. Semoga setiap saat usiamu diberkati, semoga dunia dan akhiratmu dilimpahi kejayaan dan kebahagiaan... Ibu sayang Faris selamanya.... 

Salam sayang peluk cium,
Ibu. 

Saturday, June 11, 2011

Cinta itu....

Kadang-kadang tertanya aku sendiri...Kenapa org yg baik juga perlu kecewa dalam cinta? Kenapa org yg mencurahkan segalanya juga perlu menangis kerana dikecewakan? Ada masanya ia kedengaran tidak adil dan bisa menyebabkan org yg baik putus asa dengan kebaikan yang mereka pertahankan...

Minggu ini saja, 3 insan yg aku sayang kecewa dengan cinta. Kesemuanya bukan berpunca daripada mereka, tp kekasih hati yg disayangi. Ada yang ditinggal tanpa berita, ada yang dipergunakan lalu dikhianati, dan ada yang diduakan dengan insan yang tidak disangka-sangka. Aneh kerana insan2 kesayanganku ini tergolong di kalangan umat2 yang baik2 dan setia pada cinta...Aku sendiri ada tikanya keliru, bagaimana sebenarnya org menilai cinta? Kalau org yg baik pun dikhianati, bagaimana pula dengan org yg tidak setia dengan cinta? Kadang2 aku rasa seolah cinta kini tiada harganya kerana ia sangat mudah dilafazkan dan kemudian dikhianati... 

Pun begitu, aku faham. Bukan mudah membunuh rasa cinta pada seseorang. Seperti mana yang aku dan mungkin org lain lalui, menghapuskan cinta itu tidak semudah melafazkan kebencian mahupun perpisahan. Ada tikanya, rasa cinta yg tersisa itu adalah lebih payah untuk dikikis berbanding utk ditumbuhkan sebelumnya. Selaut air mata pun belum tentu dapat menyejukkan hati yg panas kerana terluka oleh cinta. Namun kita harus ingat, cinta itu lahir dari hati dan perasaan. dan perasaan itu bisa dididik kerana kita tuannya. Kalau kita bisa mendidik perasaan utk mencintai, maka kita jugalah yang sebenarnya boleh mendidik perasaan utk melupakan atau terus menyayangi. 

Sungguhkah cinta itu menyakitkan? 
Cinta buat manusia, memang menyakitkan. Bayangkan seorang ibu yang diderhakai anak sendiri. Bukankah sakit rasanya kerana seorang ibu pastinya mencintai anaknya sepenuh hati? Dan bayangkan juga bila kekasih hati meninggalkan kita...bukankah seksa rasanya kerana segunung kasih telah disemai, berguni janji telah diikat? Tapi cinta pada Allah itu tidak pernah menyakitkan. Allah cuma menguji tapi Dia tetap menjanjikan sesuatu yg baik di penghujungnya. Walaupun bukan di alam ini, namun Dia tetap punya janji buat insan yg mencintainya. 

Berpada-padalah bila mencintai manusia. Kerana hanya cinta pada-Nya yang sempurna dan kekal selamanya.   Namun janganlah serik memberi cinta yang ikhlas, kerana tanpa memberi, kita takkan mendapatnya...


Friday, June 3, 2011

Warna Summer 2011

Musim panas 2011 baru menampakkan wajah. Bahangnya sudah terasa.... Saban malam terpaksa berkipas dan panas mentari menyilaukan mata... Sesungguhnya ia adalah lebih indah berbanding musim dingin yg muram, berbanding hujan lebat yang mengaktifkan tornado/thunderstorm alarm. Cuma doaku janganlah sampai ia mengingatkan semula Heat Wave Chicago 1997 yang meragut ratusan nyawa, nauzubillah....
Musim panas selalu membawa senyuman padaku. Terlalu banyak masa untuk diisi dengan kombo F kesayangan dan terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan di luar lingkungan apartment yang tak berapa mesra ruang ni. :P Aihh...bahagiaa......
Cuma musim panas tahun ini adalah musim panas terakhir yang akan dikongsikan di sini bersama adik2 UIUC yg bakal bergraduat. Maka, sesempatnya kami cuba menghabiskan masa bersama... Bersantai dan bersukan di Quad, berkayuh gondola dan berkanu di Crystal Lake Park... Sedih rasanya bila mengenangkan mereka bakal meniti jalan sendiri dan pulang meninggalkan kami.
Tapi, secara positifnya, ia adalah petanda yang baik. Maknanya, mereka akan melangkah dewasa setahun lagi dan akan memasuki alam baru yang menuntut lebih komitmen. Dan ia adalah motivasiku untuk lebih tekun belajar dan pulang segera utk menyertai mereka..Semoga Allah permudahkan urusan pengajian dan kehidupanku di sini...Amiinn
Saat ini bunga2 sudah kembang bermekar...Walaupun hati agak sebak ditinggalkan, namun ia adalah satu lagi milestone yang penting buat kehidupan adik-adik UIUC yg aku sayangi...Terima kasih kerana selama ini banyak membantu aku beradaptasi dengan kehidupan yang serba baru, terima kasih kerana selalu melayan karenah Faris yang sukar dijangka, terima kasih kerana menjadi inspirasiku utk lebih banyak meneroka perkara baru yang aku sendiri tak pernah terfikirkan. Buat yang sangat dekat dengan Faris (you guys know who you are!), terima kasih kerana membantu menjaga Faris saat aku tersepit di antara tuntutan sbg pelajar dan seorang ibu....
Semoga hanya kejayaan yang menanti kalian..Tunggu nanti aku pulang.....:)



Tuesday, May 24, 2011

Janji dan Antisipasi

Terpanggil saya untuk menulis sesuatu utk 'menokok-tambah' (?) apa yg ditulis oleh Ana... Ana bertanya kenapa manusia suka memungkiri janji.Kupasan yang baik dan sempat meninggalkan bekas di hati...:) Puas menghentam mereka yang memungkiri janji, saya pula yang ingin bertanya, apa pula halnya dengan org yang tak pernah berjanji? Apa ceritanya dengan mereka yang tak sanggup mengukir janji? Adakah mereka yang tidak suka berjanji atau tidak melafazkan janji akan terlepas daripada beban memenuhi antisipasi org sekeliling mereka?

Manusia...azalinya...UNIK. Lahirnya dengan pelbagai sifat. Cara berfikirnya pelbagai. Dan cara bertindaknya juga bermacam ragam. Ada yang suka bercerita, senang berkongsi dan ramah berbicara. Ada yang pemendam rasa, suka menyendiri dan tidak gemarkan orientasi silaturrahim berasaskan vokal..in other words, pendiam atau tidak banyak cakapnya. Pada hemat saya, org yg suka berjanji ni ialah mereka yang lebih berorientasikan vokal. Actingnya sukar dijangka, tapi ayatnya, aduhaiii...sangat meyakinkan. Lain pula ceritanya dengan mereka yang lebih banyak bertindak dari bercakap. Ada ketika, mereka mungkin tidak memberikan gambaran sebenar tentang apa yang mereka inginkan atau bakal berikan, namun hasil kerja mereka luar biasa dan lebih dari apa yg kita jangkakan.

Bila berbicara mengenai mereka yang berjanji, Kita mengantisipasi bahawa mereka akan memenuhi janji mereka. KAlau dia berjanji untuk mengahwiniku, maka itulah yang akan aku harapkan. Andai dia berjanji untuk menjagaku ke akhir hayatnya, maka itulah yang akan aku tanam di sanubari, dan andai si dia berjanji bahawa akulah syurganya, maka itulah yang akan menjadi panduan bila kami melayari bahtera rumahtangga. Kita mengantisipasi masa depan, malah objektif kehidupan, berdasarkan apa yang dijanjikan buat kita. Mungkin kita berusaha mendapatkan straight A's kerana dijanjikan tempat di universiti, scholarship etc. Kita berusaha mencari suami yg soleh kerana dijanjikan panduan, syurga dunia akhirat dan keluarga yang Islamik.

Namun, ada org yg tak suka berjanji. Mereka gemar mengambil pendirian tunggu dan lihat, kalau ada, adalah,kalau takde, jangan menangis. Jadi,bagaimana hendak diukur tahap komitmen mereka yang tak mampu memberikan janji ini? Dan, bagaimana kita hendak mengantisipasi apa yang bakal berlaku kiranya tiada janji yang kita pegang? KAlau orang yg berjanji untuk menjaga kita sepanjang hayatnya, lalu dia meninggalkan kita, kita bisa mengatakan bahawa dia tidak memenuhi janjinya. Namun bagaimana ingin kita tuntut janji tersebut sekiranya seseorang itu tidak pernah pun berjanji untuk menjaga kita secara literalnya? Dalam perkahwinan, mungkin lain ceritanya...ia janji yang datang sekali dengan ikatan yang kita bina. Bila kita berkahwin, maka ia adalah janji bahawa kita akan menjaga pasangan kita seumur hidupnya, janji bahawa kita akan menjaga kebajikannya dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan buat kita sebagai suami isteri. Dengan satu ikatan, beberapa janji telah diukir dan beberapa antisipasi telah digambarkan. Dan adalah tidak salah mengantisipasi sesuatu daripada ikatan perkahwinan yang telah dimeterai.

Pada hakikatnya, bukan semua perkara biasa dijanjikan, namun manusia takkan berhenti mengantisipasi sesuatu. Ada sesetengah perkara, goes without saying...Tak perlu dilafazkan, namun difahami dr lubuk hati yg paling dalam...Tak perlu ditulis namun tetap kukuh dalam ingatan. Adakah salah untuk menjangka apa yg bakal kita terima dari mereka yang tidak pernah berjanji secara lisan dengan kita? Andai suamimu tidak pernah menjanjikan sebarang hadiah buatmu, adakah salah andai dirimu mengantisipasi hadiah bila tiba hari lahirmu? Andai isterimu tidak berjanji untuk memasak buatmu, adakah salah andai dirimu mengantisipasi bahawa bila pulang ke rumah nanti akan ada hidangan tersedia buatmu yg penat pulang dr mencari rezeki? Rasanya, tidak salah,kan? Kerana kedua2 perkara ini adalah janji yang tak perlu dilafazkan.Namun andai dimungkiri dan tidak memenuhi antisipasi, kesannya mungkin amat memeritkan.

Namun,ini bukanlah nota melepaskan diri buat mereka di luar sana yang tidak berjanji. Buat suami, walaupun anda tidak pernah berjanji untuk membantu isteri anda melakukan kerja rumah, tidak salah andai mereka mengantisipasi sedemikian terutama bila mereka tidak menang tangan menguruskan anak, kerja dan rumahtangga dalam satu masa. Buat isteri, biarpun anda tidak pernah berjanji dengan suami anda bahawa anda akan menjaga ibunya sebaik anda menjaga ibu anda, adalah tidak salah andai dia mengantisipasikan perkara tersebut dari anda kerana anda adalah sebahagian dari hidup mereka. Buat para majikan, mungkin anda tidak pernah berjanji akan meraikan para pekerja yang cemerlang dalam tugas mereka, namun tidak salah mereka mengantisipasikan penghargaan dr anda andai mereka benar2 cemerlang....Justeru, janji bukanlah sesuatu yang selalu terlihat secara zahir, mahupun bisa dilafazkan secara terus in certain circumstances. Namun, antisipasi tetap hadir walau tanpa janji diukir....

Bagi saya, janji yang pasti hanyalah janji Allah...Ia tertulis di 114 bab ayat cinta-Nya. Namun, berapa ramaikah yang mengantisipasi kesudahan yang sempurna berpandukan janji-Nya? Tepuk dada tanya iman....Wallahua'lam..

DariLubukHatiYgPalingDalam.

Monday, May 2, 2011

May I.......

Kadang-kadang rasa cemburu di hati melihat orang lain bisa berposting dan berblogging dengan konsisten. Aihh... Semangat tu ada tp bila tiba masa nak menulis je, semuanya mati. Tambahan pula bila dah ditambah dengan askar sorang tu (Faris) yang asyik jealous kerana diduakan dengan PC/laptop/homework/apa jua....makinlah hilang kegagahan utk terus berkarya...~Alasan lapuk.

Ramai sangat yang look fwd for May, maka aku juga cuba mencari sebab utk mencintai dan menanti May. Tapi reasons yg ada semuanya membuatkan senyumanku menjadi terbalik (read: frowned). Kerana May ialah bulan terakhir adik2 senior UIUC akan bersama kami. Babysitter terbaik, KN, juga akan pulang tanggal June. May ialah Hari Ibu tp Ibu dan Mak jauh di mata. May ialah bulan berkonvo tp aku tak berkonvo. May ialah bulan Summer tp, sehingga kini, angin Spring-Ter masih menggigit. Jadi, I'm not THAT excited for May, for myself...

Tapi hidup bukanlah tentang kita semata-mata. Hidup juga bererti berkongsi kegembiraan bersama org lain. Ia juga tentang meraikan insan lain yang mungkin mempunyai sbb tersendiri utk bergembira di saat kita berduka. Apakah kerana kita tiada sbb utk bergembira bila tibanya sesuatu tarikh, maka kita mahu menafikan kegembiraan org lain? Tentu sekali tidak, kan....Maka, walaupun aku tiada sbb utk mencintai May tahun ini, tidak bermakna aku tidak merasa ingin turut bergembira buat mereka yang begitu menantikan tibanya May ini. Aku berbangga adik2ku akan bergraduat, hasil usaha penat lelah selama 4 tahun kini terbayar..Aku gembira buat teman2 dan keluarga yg hari lahirnya jatuh pada tanggal May kerana mereka masih dipanjangkan usia dan diberi peluang berkongsi kegembriaan dan hadir dalam hidupku. Aku tumpang tersentuh kerana Hari Ibu ini ialah kali kedua aku menyambut Hari Ibu sbg ibu kepada seorang anak yang setiap hari sentiasa membuat hatiku berbunga....

Yang paling penting, May ini menandakan waktu utk pulang ke pangkuan yang tersayang semakin hampir, walaupun cuma utk sebulan dan tarikh pulang yg masih belum dapat dipastikan...

So, May... please be kind to everyone... For all of us have some good reasons to anticipate you...:)

(Note to self: Bagi kita, ia mungkin bukan berlian..Tp bg org lain, ia mungkin dunia....)

Saturday, February 19, 2011

Notes

It's official!

For time being, I'm off from my habit of listening to lagu2 tangkap leleh, rock kapak mahupun irama Malaysia yg boleh membuat hati sayu. Yea..u guys know why. I'm just afraid that I might be too sad that I might can't make it to class until April ~~drama queen~~

But yea... Pengorbanan sesuatu yang pasti untuk bahagia, untuk berjaya... And this is the path I choose... saya tak menyesal, cuma kekadang menangis sendiri sesikit memikirkan, apa yg ko tgh buat ni Syeda.... dah takde keje lain g duduk jauh2 dr laki ko? huhuhu.....-exaggerate namanya tuh.

This is one long separation... Being apart is just not my style. I'm used to always be together with my loved ones... And in this case, En Anda. We never been far from each other for this long.... hurmmm...Kalau nak mengharapkan ibu ke, ayah ke, adik2 ke, abg ke, sampai ke sini...tak tentu tarikh mahupun tahun bila yang akan ter-realisasi (?)... Cuma kehadiran En Anda je yg boleh dinanti kerana insya Allah dia pasti ke mari....

Namun bila memandang Faris, rindu itu jadi terubat. Air mata yang tumpah tak sebanyak saat mula2 dtg bersama En Anda pada 2008. At least by having him with me, I feel stronger as he only have ME....Lelah melayan dia setiap hari, banyak saya mengadu pada En Anda...tp bukan bermakna sy bosan... Untung ada teman yang faham... Ada housemate yang sanggup menerima karenah anak sekecil Faris yang ada masa sukar dijangka.... Thanks, Mbak Atie...

Frankly speaking, this temporary-long-distance-relationship makes us realize that we need each other more than we know... He'll call everyday without fail. We'll chat like there's no tomorrow and like it's just a call from local landline to another. We enjoy each other's company even though we didn't get to see each other... At least I know that we can survive being apart for quite sometimes... Tapi idealnya, pastinya kami ingin bersama.... Berdua melihat Faris membesar dan melalui pengalaman baru di tanah kelahirannya sendiri....

Saat ini salju mulai mencair dan hijau daun terlihat lagi... Spring is coming and I hope it will swept all the winter tears..

En Anda, please be here soon..... We miss you so much...

Hugs,

Faris & Ibu.

Friday, October 22, 2010

Terima Kasih


Buat semua yang prihatin, Syafiq telah dijumpai semula beberapa jam selepas iklan ini disiarkan. Hampir2 nak masuk Buletin 1.30 hari yang sama, tapi kami mendapat panggilan lebih kurang 20 minit sebelum itu mengatakan yang dia telah dijumpai.
Apapun, saya minta maaf kerana lambat mengemaskini blog seleps itu kerana menyangka telah update status di FB, jadi tak ramai yang akan membaca post ini semula. Namun beberapa panggilan dan email yang diterima selepas itu telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia memang prihatin dan di sebalik kekesalan tidak mendapat tahu bahawa Syafiq ada di rumah kawannya, kami sebenarnya dikelilingi oleh insan-insan berhati mulia.
Terima kasih atas segala usaha yang telah dicurahkan untuk mengesan Syafiq.
Insya Allah, semoga Allah sahaja yang membalas budi baik kalian.
Syafiq dah janji pada polis, dia takkan lari rumah lagi - walaupun hanya untuk bermain PSP di rumah kawan sendiri....haihhh.....

Friday, October 15, 2010

Mengukur Perkahwinan

Aku memang cengeng. Period

Sebab tu aku senang menangis. Sebab tu hati ini senang terusik. Banyak benda yang tak sanggup aku suarakan secara bersemuka kerana aku risau aku akan menitiskan airmata. Waima ia adalah sesuatu yang menyalakan api kemarahan di sudut hati ini. Kenapa? Kerana aku cengeng. Sekali aku menangis, satu dunia akan tahu kerana effect pd wajah aku ni, sangat obvious, dan sukar dipulihkan sedetik masa.

*

*

*

Ok fine, apa yg cuba aku merepekkan di sini. Hurmmm......

|

|

Apa erti sebuah perkahwinan kepada anda? Bagaimana kita nak meletak harga pada sebuah perkahwinan? Pada mas kahwinnya ka? Pada dulang hantarannya ka...pada tempat bulan madunya ka...pada besar rumahnya ka... pada berapa org anaknya ka..atau mungkin pada berapa urat emas berlian yang anda terima ka.....

Tak...Rasanya harganya bukan segitu dan bukan begitu juga cara mengukurnya....

Ada orang, kaya...tp tak bahagia... Ada org, miskin, tp gembira... Ada org takde anak, bahagia juga, ada orang anak berderet2, berpisah jua... Jadi, siapa yang sebenarnya meletak penanda aras kebahagiaan sesebuah perkahwinan, dan apakah pula yg menjadi landasan pengukuran tersebut? Tepuk dada, tanya iman...sesekali, tanya selera.....

Aku baru setahun jagung dalam perkahwinan. Anak pun baru 1...Belum 2,3,4, atau 5... Aku rasa aku juga masih jahil menilai perkahwinan sendiri. Masih belajar, dan terus belajar untuk menjadikan rumahtangga ini rumahtangga yang dirahmati....Tapi, aku faham sesuatu. Aku tahu apa yg ingin aku capai daripada perkahwinan ini. Aku tahu apa matlamat terakhir yang ingin aku jadikan destinasi, destinasi cinta....

Aku ingin mendapat rahmat Illahi... Aku membina perkahwinan untuk mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Aku berkahwin kerana inginkan kesucian dalam sebuah perhubungan yang indah. Aku berumahtangga kerana aku tahu tidak sempurna imanku selagi aku tidak menurut sunnah....

Aku melihat perkahwinan itu sebagai satu entiti suci yang penuh barakah. Kalau ada yang buruk tentangnya, kitalah pencoraknya. Kalau ada yg pincang tentangnya, kitalah yang tidak sempurna. Pada aku, perkahwinan ialah penenang jiwa yang paling indah.

Memang setiap manusia ada kelemahan. Tp itu bukan alasan untuk tidak berubah dan mencuba untuk berubah. Kita ingin segalanya sempurna mengikut perancangan, tp tahukah kita siapakah yang menentukan bahawa segalanya akan berjaya atau tidak?

Saat kita mengeluhkan suami yang tidak romantik, yang tidak pandai berkomunikasi, tahukah kita ada insan yang kehilangan suami di saat mengandungkan anak pertama? Saat kita menjadikan alsan suami tidak dapat memenuhi segala kehendak mewah kita, ada insan yang tidak punyai ayah untuk anaknya? Bila kita mengatakan isteri kita terlalu banyak cakapnya, tahukah kita ada insan yang menjaga isterinya yang terlantar sakit dan tidak bercakap bertahun-tahun lamanya? Bila kita merasa terlalu sukar memahami isteri kita, ada insan yang tidak punya isteri pun untuk dicanda belai setiap masa?

Justeru, apa yang nak ditangiskan sangat nasib kita kalau ada insan lain yang lebih menderita dari kita? Selagi suami/isteri itu masih setia dgn perkahwinan ini, selagi mereka tidak memaksa kita membunuh anak sendiri atau melacurkan diri, selagi mereka tidak menyuruh kita membuang keluarga sendiri....Pada aku, adalah wajar perkahwinan itu dipertahankan. Selalu ada ruang untuk diperbaiki, itu kata kuncinya... Kita cuba berubah demi kebaikan dan kita menyokong pasangan kita berubah demi kebaikan. Dia mungkin perlukan bimbingan, kita pula janganlah bosan menyatakan bahawa kita selalu ada.

Adatlah berumahtangga penuh badainya. Sesekali taufan melanda, ribut menerpa, bahtera yang dikemudi teroleng-oleng di tengah samudera, namun dengan tali Allah, kita seharusnya masih mampu berlabuh dengan selamatnya. Mungkin ini juga didorong oleh sifat manusia yang tak pernah cukup dengan apa yang ada, sudah diberi banyak namun masih meminta... Atau mungkin iblis dan jin terlalu bijak menggoda hingga rumahtangga yang aman bahagia pun boleh runtuh dan berakhir dengan kekecewaan.

Aku selalu yakin bila seluruh jalan kelam, di hujungnya pasti ada cahaya. Bila aku yakin hidup ini umpama roda, aku jadi percaya, tak selamanya ujian yang melemahkan itu diturunkan buat kita. Allah Maha Pengasih, pasti ada hikmah di sebalik segalanya...

Sudahkah kita bersyukur dengan suami/isteri yang dikurniakan buat kita?

Sudahkah kita menilai perkahwinan kita?

Wallahualam....

**habis tu apa kena mengena dengan kecengengan aku? Jawapannya jelas; mendengar, melihat dan mengetahui bila ada orang yang mengabaikan perkahwinannya, ia membuat aku menangis, dan membuat seluruh tubuhku bisa-bisa......

#siri.bercakap.dengan.diri.sendiri


Saturday, October 9, 2010

A favor.....



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Assalamualaikum and a very good day,

Mohon kerjasama kepada semua rakan-rakan yang mempunyai sebarang maklumat atau melihat kanak-kanak ini untuk menghubungi kami di nombor yang tertera pada poster yang dilampirkan.
For those who has any information or seen this child, do contact us using the number on the poster attached.

Kanak-kanak ini merupakan anak saudara saya dan didapati tidak pulang ke rumah selepas pulang dari sekolah.
He is my nephew and did not turn up after came back from school yesterday.

Kerjasama daripada semua amat kami harapkan dan sangat membantu kami sekeluarga menghadapi waktu yang mencabar ini.
Your cooperation and assistance are much appreciated.

Terima kasih dan wassalam.
Thank you.

Syeda & Family

Wednesday, October 6, 2010

World Leader in Tropical Agriculture?

Tahun ini adalah tahun keempat aku berkhidmat dengan UPM. Lain sangat rasanya menjadi seorang pegawai berbanding menjadi seorang pelajar. Dan untuk pengetahuan semua, sisi pandanganku terhadap UPM bukanlah hanya sebagai seorang pelajar dan pegawai, malah lebih dpd itu. UPM terlalu dekat dengan hatiku.... (Ok, I know, with the facts that my parents, my late grandpa, few aunts, uncless, cousinss yang also bekerja dengan UPM, kannnn...i knowww!!!)

Tapi, aku juga seorang anak pegawai dan aku membesar dengan UPM sebagai rumah keduaku..Tempat aku bermain dan menimba ilmu, tempat aku menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanakku dengan mencari ikan di parit (sekarang dah jadi longkang..), bermain di taman permainan yang kini sudah menjadi tennis court, meneman ayah berlatih di padang rugby, melawat ibu di makmal masakan FPP setiap kali pulang dari sekolah, serta menanti2 pesta konvo utk menunggang kuda padi... Itu semua kenangan terindah zaman kanak-kanak di UPM untuk disimpan di lipatan memori...

Semakin hari, aku semakin rindu pada UPM yang dahulu. UPM kini seolah sudah hilang jati dirinya... Ke mana pergi stor jualan yang dahulu menjual hasil2 ladang UPM yang segar bugar dengan harga yang sangat berpatutan? Aku rindukan susu segar dari ladang, telur ayam yang berharga 6sen, buah2an yang ranum dan manis-manis belaka...Aku rindu hari raya bila banyak lembu disembelih, kami tidak perlu membeli daging di luar lagi.... Pada hematku, sepatutnya stor itu sudah berkembang menjadi 'kompleks' jualan yang menawarkan lebih banyak produk pertanian yang tinggi mutunya (maklumlah, keluar dari U..), malah sepatutnya menjadi model di kalangan universiti tempatan dan pengusaha tempatan. Maybe boleh jadi setanding cold storage atau dah capai tahap pasaraya mcm Tesco, Carrefour bla bla bla... Kita mungkin mampu mempromosikan benih2 baru, kaedah2 baru pertanian dengan kecanggihan teknologi baru dan kajian biotech.....Sadly, itu tak berlaku...

Sebaliknya, kini jualan makin terhad. Kerja pengembangan kepada petani tempatan makin berkurang. Kampung angkat sudah tiada, malah stor jualan sudah ditutup! Yang ada hanyalah TPU yang mengadakan jualan berkala, itupun dalam kuantiti yang amat sedikit... Di mana lembu2 kita yang sepatutnya gemuk2 dan sihat2 belaka? Apa jadi pada rambutan, durian kita yang sangat tinggi mutunya? Sepatutnya kita ada sebuah galeri, ada science shops, tempat kita promosikan produk kita, dan berkongsi hasil penyelidikan dengan komuniti. Tapi kalau contact dengan komuniti pun dah jadi amat terhad, apalah nak jadi dengan yang namanya universiti ni...hmmm....

Kajian2 kita banyak tapi berapa sangat yang sampai kepada petani? Tak ramai petani yang membaca jurnal, tak ramai juga yang pernah ke UPM, jadi, tanpa buku, penulisan di akhbar, dan kerja pengembangan, bagaimana pengetahuan dan teknologi baru ini nak kita sampaikan kepada mereka? Nak harapkan pegawai pengembangan? Berapa kerat sangat mereka ni di seluruh negara, dan adakah mereka mampu untuk mencapai semua petani yang mendamba? Ini persoalan yang perlukan jawapan...Aku tau ramai yang boleh memberikan jawapan, tp apa akan kita lakukan dengan jawpan tersebut? Adakah ia juga akan dipandang turut dipandang sepi bila semua penyelidik sibuk menerbitkan jurnal utk ISI? Tepuk dada, tanya hati.....And yes, ini bukan alasan untuk aku malas nak menulis ye....

Aku nak lihat bagaimana pesta konvo tahun ini bakal berlangsung...Adakah kegemilangan pesta konvo 15 tahun lalu boleh diulang kembali? Atau ia juga akan menjadi sekadar 'pasar malam' tempat student mencari kain, dan tudung, dan baju, dan makanan yang tak ubah seperti di pasar Ramadhan? Adakah gerai fakulti dan institut dapat menarik pengunjung lagi? Akankah ada kuda padi seperti dahulu, serta anak ayam merah biru yang sentiasa menarik perhatian dahulu? Tak lupa kesempatan berkayak, wall climbing, dan main pukul bantal di kolam UPM... Ahhh..kenangann..kenangann...

Pada aku, kalau tiada bunga orkid segar bugar dan anak pokok durian D24 terbaik dipromosikan di pesta konvo kali ini, mungkin kita perlu menilai kembali, benarkah kita ini The World Leader in Tropical Agriculture?...Wallahualam...

Tuesday, August 24, 2010

Roti telur manis, roti telur masin.....

Tahun ini insya Allah genap 3 tahun kami berumahtangga. Usia perkahwinan yang masih mentah, namun cukup indah... Semoga kami akan terus meraikan 3 November setiap tahun sehinggalah ke kahir hayat kami...

Alam perkahwinan memang indah... Penuh cinta, penuh rasa... Serasa ingin berkongsi segalanya berdua...Perkahwinan juga bererti bertoleransi dan menerima... Bayangkan dua individu yang berbeza cara asuh dan budaya keluarganya.... Tinggal bersama di bawah satu bumbung, berkongsi tilam dan bantal, menatap wajah sesama sendiri setiap hari... Nilai siapakah yang terbaik? Nilai kita atau nilai si dia?

Pengalaman mengajar aku bahawa manusia sememangnya unik... Dan tidak satu pun yang serupa seluruhnya.. Jika sebelum berkahwin, nilai keluarga kita dirasakan paling baik untuk diikuti dalam membina rumahtangga, namun ternyata setelah berkahwin, ada pula nilai baru yang kita harus adaptasi demi membina sebuah keluarga yang bahagia...Di awal perkahwinan, isu penerimaan dan toleransi sering timbul... Ada tika, perkara kecil pun jadi isu...contohnya perbalahan kami tentang roti telur....

Sejak kecil aku diajar makan roti telur masin. Dan itulah aku rasa cara yang betul membuat roti telur... Tapi ternyata setelah berkahwin, aku mendapati suami gemarkan roti telur yang manis, bergula... Mulanya, aku jadi pelik... Aku mempersoalkan, kenapa mesti roti telur manis? Sedangkan aku biasa makan dan masak roti telur masiin? Beria2 kami menegakkan roti telur mane yg paling sedap n betul cara masaknya... Dua2 tanak mengalah...Kacau betull...hahahaha

Tapi kemudian aku menyedari, bahawa ibu mertuaku memang biasa memasak roti telur manis... No wonder la encik suami memuja masakan tersebut... Seperti aku yang selalu memuja masakan ibu... Aku jadi sedar... Nilai adalah sesuatu yang subjektif... Tak semestinya apa yang benar n baik utk kita, juga baik utk org lain... Setiap manusia punya cara masing2... Aku sedar bahawa aku menyangka semua manusia sama... Bahawa semua org suka roti telur masin... Aku lupa bahawa Allah mengurniakan pelbagai rasa utk kita nikmati, dan tak seharusnya kita menutup pandangan kepada hanya satu cara...

Andai dikenang2, memang kelakar... Hanya kerana roti telur, kami berbalah, namun penghujungnya tidaklah sampai kami bertelagah... But it was indeed an eye opening argument... Bagaimana cara yang berbeza yang perlu kita luhuri demi menyesuaikan diri dengan insan yang amat kita cintai...Selepas peristiwa tersebut, aku mula memasak 2 batch roti telur setiap kali... Yang masin utk aku dan yang manis utk encik suami... Tak terniat pun nak mengindoktrinasikan dia utk menyukai roti telur masin, sebaliknya, aku menerima roti telur manis sbg sesuatu yang dia pilih dan sukai... Itulah indahnya toleransi....

Aku berjanji, lepas ni tiada lagi persoalan tentang roti telur mana yang lebih sedap... Cuma roti telur masin, masih tetap menjadi pilihanku...=)

Monday, August 9, 2010

Selamat Kembali, Kekasih...

Tak sangka pejam celik pejam celik, Ramadhan bakal datang lagi... Alhamdulillah, sekurang-kurangnya tahun ini aku masih diberikan peluang merasai nikmat bulan mulia ini dan yang paling penting, bersama keluarga tercinta. Sudah 2 tahun aku menyimpan rindu dendam, dan akhirnya saat ini tiba juga... Tak sabar mengulang kembali kenangan berpuasa dan merancang juadah berbuka...
Tahun ini juga aku akan meneruskan tugas mengejut suami tercinta untuk bersahur sepanjang bulan Ramadhan... dan seperti biasa menyediakan juadah berbuka buat yang tersayang... Aihh..teringat kembali memori di US, berpuasa semasa mengandungkan Faris, dan berpuasa selepas kehadiran Faris.. Tahun ini Faris semakin besar.. Harap2 dia tak terbangun bila aku nak menyediakan juadah bersahur nanti...=) Faris tolong ibu lah ye.... Waktu mengandungkan Faris, alhamdulillah aku dapat berpuasa penuh dan tidak juga aku ponteng puasa bila menyusukannya. Faris memang bukan alasan untuk tidak berpuasa...=) PAda aku yang penting kekuatan dalam diri dan bagaimana kita melihat sesuatu. Apakah kita melihat tanggungjawab mengandungkan dan menyusukan itu sebagai sesuatu yang meletihkan atau suatu nikmat dan cabaran buat kita? Tapi aku juga faham, ada sesetengah orang memang tidak memiliki ketahanan fizikal yang mengizinkan, tapi aku yakin Allah lebih mengetahui.... Malulah sikit kepada org lelaki yang ponteng puasa tanpa alasan, bila seorang ibu mengandung bisa berpuasa dengan jayanya....
Alhamdulillah juga kami dah selamat menduduki rumah baru... Wlaupun hanya sekangkang kera dari rumah ibu, tp lain banyak bila pintu itu 2, dan bukan satu..bila berbumbung dua, dan bukan satu...=) Kami berdikari sekali lagi... Tapi Faris masih terussss mengunjungi rumah ibu tanpa kenal siang malam...sebab di situ dia mula mengenali siapa itu keluarga di Malaysia...Aiihh..Faris..faris..=) Rumah kami pun semakin penuh dengan perabot. Bulan ni agak sengkek jugalah kerana urusan pindah memindah ni. Dengan sofa, peti ais, mesin basuh, TV, keperluan rumah, dan sebagainya, bulan ni kami senyap awal sikit. Hahahaha.... Tapi waktu ini aku memang ingin berterima kasih sekali lagi pada semua yang telah memberikan hadiah perkahwinan yang bisa aku manfaatkan untuk rumah ini. Pinggan mangkuk tu tak payah ceritalah, memang dah diharamkan daripada membeli untuk 7 keturunan! Electrical appliances mcm seterika, oven, coffee maker, toaster, rice cooker, blender, ayat-ayat yang boleh digantung di dinding, etc semua tu dah tak perlu dibeli... Masih banyak set lagi yang belum diusik dalam stor tu... Maklumlah, duduk rumah 2 orang, takkan nk pakai rice cooker 2L? hahaha...Even masa mula2 pindah tu rasa macam pengantin baru lak sbb baru nk bukak hadiah perkahwinan yang dah berusia hampir 3 tahun! =)
Lepas ni, persiapan raya... Hati ni tak terlalu beria nak beraya, cuma si kecik tu jelah.. Baju yang abg KN dia bawakkan dr US tu dah kira baju raya dah... Baju melayu yang besar tahun lepas sekarang dah elok terletak... Tapi biasalah hati ibu ni, masih jugak nak cari baju raya lagi untuk anak tersayang...hehehe... Tak lupa juga buat Encik Anda... Saya ingatla, bukannya lupa yang awak tu takde baju raya lagi...;D

Memang berada di negara sendiri, kehidupan adalah lebih hectic dr berada di perantauan. Banyak hati yang perlu dijaga, banyak kenduri dan rapat umum yang perlu dihadiri, dan banyak godaan yang memerlukan kita kuat utk menolak... Tapi dengan keikhlasan, segala yang sukar akan menjadi mudah, Insya Allah.... Doaku semoga semua kebahagiaan ini kekal dan bertambah lagi. Semoga bulan yang mulia ini membawa seribu barakah buat kami dan semoga cinta kami terus subur dan bermekar setiap hari..... Selamat kembali, Ramadhan....

Monday, June 28, 2010

Ujian dan hikmah...

Sebagai seorang yang percaya dan yakin pada ketentuan dan kuasa Allah, aku selalu menjadi insan yang redha atas apa jua yang didatangkan kepadaku. Memang kadangkala hati terdetik utk mengeluh dan menangis, tp selalunya, jiwa akan selalu tabah menerima...
Sebab itu, aku tak banyak complaints atas apa jua pun yang didatangkan. Percaya semua benda ada sebab dan ada hikmahnya... Biarpun segala kepayahan diturunkan, selagi mampu, aku akan terus tabah dan mencari jalur cahaya di sebalik kegelapan yang menyesakkan dada.
Ape2 ajelah yang aku nak merapu ni......
Ok, kalaulah anda semua masih ingat, cerita tentang aku dan En Anda yang mencari rumah sewa bukanlah baru... Walaupun ada rumah sendiri di Kajang, dek kerana area yang tak berapa bagus, jadi kami decide untuk mencari rumah yang dekat dengan UPM, supaya senang aku nak pergi balik kerja (as for time being, ayah is still my best 'car coordinator')... En Anda ada mencadangkan duduk je di sana, tp setelah menimbangkan kedudukan, jarak, and surrounding area, maka kami mengambil keputusan, Serdang is still a best place to live....
Jadi bulan lepas kami mulalah misi mencari rumah2 berdekatan... Hmm..banyak gak rumah yang nak disewakan/dijual kat sekitar Seri Serdang ni... N surprisingly di Serdang Jaya juga... Pada mulanya, kami sudah sepakat menyewa rumah yang sedang dalam pengubahsuaian... Dah cakap dah pada tuan rumah, kalau dah siap, kami nak sewa... Mujur tuan rumah baik, sanggup bertolak ansur, dan dia pun kata, kalau masa renovation dijalankan, tetiba kami jumpa rumah lain, takpelah, dia tak kisah... Jadi, kami senang hati...=)
Percaya atau tidak, aku dan En Anda melawat rumah tu setiap hari... Kami akan update diri tentang apa jua perubahan yang dah dilakukan.. Simen dan ada, pasir dah berlonggok, cat dah tukar, tiles dah pasang...semuanya kami update... Weekend lalu, genap 2 minggu kami menanti.... Rumah tu belum siap sepenuhnya, tp kami dah nampak rumah yang lebih baik dr sebelumnya...
Jadi Sabtu lepas En Anda cuba menghubungi tuan rumah berkenaan nak confirmkan pasal rumah tu.. Boleh pulak no tel pakcik tu hilang, pulak tu, bila kami tunggu di rumah tu, dia tak muncul, tp bila kami gerak dan datang balik, pekerja tu kata boss dia baru je balik...aihh..banyak betul halangan.... Takpelah, ahad jelah kita confirmkan... Kata En Anda laa....
Then, Ahad tu, sebelum pulang ke Serdang (kami balik Selayang), tiba2 adikku call.. Katanya mak sebelah rumah nak sewakan rumah dia... Oh mann!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Saya sangat nak rumah itu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Gembira mcm dapat emas sebungkal, aku tak habis2 senyum bila ibu kata dia dah tolong confirmkan pada mak& ayah sebelah... (Terharunya..wuwuwuwuuu T__T).. Then malam tu aku dan En Anda pergi ke rumah ayah sebelah tu dan berbincang tentang hasrat kami secara proper la kann...
Alhamdulillah... ayah sebelah sangat baik sbb bagi kami sewa rumah tu utk RM4XX/- je.... Tanpa deposit bla bla bla, dah ada landline... Syukurrrr sangat!!! What else could you wished for? Rumah sebelah rumah sendiri, tempat yg kita dah biasa makan tidur be*ak bermain sejak kecik, rumah yang sangat banyak sentimental valuenya pada diri ini... Bergenang sekejap air mata ini... Tak sangka dalam dunia ni ada lagi insan yang baik hati mcm keluarga mak&ayah sebelah.... Thank you very much!!!!
Then malam sebelum tidur tu, aku mula terfikir.... Patutlah bermacam dugaan nak call pakcik rumah yang kat SS tu...tp aku n En Anda tak mengeluh pun... then kesabaran menanti sehingga segalanya confirm...akhirnya dibayar dengan rumah yang memang kami idamkan, akhirnya dapat kami diami.... Dengan sewa yang amat berpatutan... Alhamdulillah....
Oleh itu, percayalah setiap ujian yang datang, pasti hadir dengan hikmah yang tak terbayangkan...=)

Wednesday, June 16, 2010

Cuma sedikit bicara...

Lusa genap 6 bulan aku melapor diri di UPM. Sudah hampir setengah tahun rupanya aku menjadi 'pekerja' semula. Setelah menghabiskan sepanjang tahun lalu dan separuh tahun sebelumnya di US sebagai pelajar, aku kini melangkah semula sebagai seorang ahli fakulti (faculty, u may say). Sudah sudahlah mengenang cerita yang menyakitkan hati... Aku kini tiada hati untuk bersedih lagi. Senyuman ini sudah ikhlas...:)
Sebelum pulang tempoh hari, aku merasakan bahawa nafas ini akan hilang sesaknya sebaik aku tiba di tanah air. Segala rindu dendam pasti akan terlerai, dan kekusutan menjadi seorang pelajar pasti berakhir. Ironinya, bila saja aku sampai di Malaysia, aku telah mula mendengar pelbagai cerita sedih yang membuatkan dadaku berombak deras. Biar kini dekat dengan yang tersayang, ternyata hidup masih jua penuh cabaran. Urgghhh............
Pun begitu, tahap stress yang aku alami sudah semakin menurun berbanding sewaktu mula-mula sampai di sini. Aku kini sudah mula biasa dengan rutin bekerja sambil menguruskan si kecil dan 'baby' besar ~~u know who~~ yang satu tu.. Aku bersyukur kerana sokongan yang aku terima bukan sedikit. Andai tidak dibantu ibu, ayah, abang, dan adik2, rasanya hari2ku pasti lebih mencabar.
Encik Anda semakin sibuk dengan kerjaya baru di sebuah firma pembangunan perisian di ibu negara. Bekerja di sektor swasta, kadangkala aku merasa sukar untuk mendapatkan komitmennya dalam beberapa perkara. Awal dulu, aku rasa agak tertekan kerana dengan si kecil yang makin keletah, aku terpaksa menguruskan segalanya dari pagi hinggalah sebelum melelapkan mata. Kadangkala aku jadi marah dengan keadaan, namun hati kecil ini selalu menyuruh aku bersabar. Aku tabik spring buat mereka yang survivor, membesarkan bayi sekecil faris, sambil menguruskan segalanya, pekerjaan, pelajaran dan kehidupan, dengan tanpa mengeluh. Semoga Allah jua yang merahmati kalian..... Semoga aku setabah itu...
Since Bee sedang menghitung hari untuk hari bahagianya, aku dan En Anda juga mulai sibuk mencari rumah untuk memulakan hidup baru - ala2 pengantin baru lak..hehehe... Bukan apa, kami sedar kami juga perlu berdikari..Ehem ehem.. Bukanla maksudnya selama ni aku malas nak berdikari, tapi, tuntutan keadaan menyebabkan aku lebih selesa berada di rumah ibuayah yang aku diami sekarang. Tapi kali ini macam dan confirm je yang aku akan lama berada di Malaysia. Jadi, kami pun kamikaze mencari rumah... I hope this is the right decision...
Aku telah belajar untuk menerima segalanya dengan redha. Maksud aku, lebih redha dari sebelum2 ini. Apa yang penting, aku, En Anda dan Faris sentiasa bersama. Aku kini harus lebih matang menangani episod2 yang bakal berlaku dalam hidup ini. Terima kasih buat yang selalu ada... Yang selalu mendengar... Yang selalu membaca apa yang ingin hati ini bicarakan...
Buat yang setia membaca curhat ini, jangan tersilap sangka, blog ini kadangkala berlagu sedih kerana kebanyakan postnya ditulis saat hati gundah... Namun tak bermakna aku tak bahagia menghitung hari... Andai kalian ingin mendalami catatan2 pendek hari2ku, teruskan ke sini. Marilah tersenyum bersamaku.........

**Kalau Faris tak nak senyum pun, ibu paksa senyum jugak!

Wednesday, February 24, 2010

Ini Realiti....

Kalau dihitung congak, dah hampir dua bulan aku pulang ke tanah air... Semakin selesa dengan benda lama yg aku tinggalkan, dan sibuk belajar perkara baru yang belum pernah aku temukan... Tiba di tanah air, memulakan kerja seperti biasa... maksudnya berdepan dgn realiti sekali lagi. Kalau di US, hidup seolah di alam fantasi... Tiada apa nak dirisaukan, kecuali bagaimana menghadapi hidup dengan beban rindu yg menikam-nikam... Tapi di sini, kehidupan harus diteruskan dengan pelbagai masalah, politik dan cerita yang kadang2 membuat kita lemah... Bagiku, tidak mengapalah terpaksa berdepan itu semua, asalkan aku dikelilingi insan-insan yg aku sayang...

Dugaan besar selepas pulang, ialah mendengar cerita kurang enak tentang kepulanganku dari warga tempat aku mencari rezeki.. Ada yang menyambut dengan senyum, dengan tahniah, namun tak kurang yg menyambut dengan sinis, seolah kepulanganku ini suatu dosa.. Ada yang bertanya kenapa aku pulang, ada yang menyangka, aku pulang dgn tangan kosong... Jahat kan mulut manusia ni... Berapa ramai yang benar2 bertemu aku untuk mengetahui kenapa aku pulang? Perlu ke aku tampal di muka pintu bahawa aku pulang dengan sesuatu? Aku pulang dengan masters dan dengan seorang anak... Ada yang masih ragu?

Biarlah...

Mulut manusia ni bukannya mcm mulut tempayan..boleh ditutup2... Nanti dah penat, diamlah dia... Teringat pesan ibu, biar orang buat kita, jangan kita buat orang...

Sekarang tugas aku ialah fokus untuk doctoral degree.. ke mana aku akan pergi? Usah ditanya... Sekarang aku berusaha melakukan apa yang sepatutnya... Ada rezeki nanti, maka melangkahlah aku ke mana jua yang ditentukan....

Kemudian.... berdepan cabaan mengurus sendiri Faris tanpa En Anda selalu di sisi... Nasib baiklah aku masih punya rujukan dan teman terbaik iaitu ibu dan adik-adik... Masing-masing menghulurkan bantuan... Kalau tak, mungkin aku jadi kurang bersemangat kerana merasa aku menggalas segalanya sendiri... En Anda sudah mula bekerja dengan company baru nun jauh di tengah kota lumpur. Jadi dari celik mata hingga sebelum tidur, Faris banyak diuruskan oleh aku.. Tidak hairanlah bila dia terlalu melekat dengan aku... Bila dah ada tanggungjawab besar ni, aku harus fikirkan kembali untuk mengambil lesen. Dah tak boleh jadi mak datin lagi... huhuhu

Hmmm...Kadang-kadang ada rindu menjengah... Pada ketenangan hidup bertiga di rantau orang... Pada salju yang ditinggalkan... Tp panas Malaysia masih terus memikat aku... Lumrah manusia, tak pernah puas dengan apa yang ada, sudah cukup masih meminta... Termasuklah aku...


"Asalkan kita terus bersama...tiada apa yang melemahkan ibu...."

Align Center

Saturday, September 5, 2009

Bukan Ibu Tak Sayang...

Muhammad Faris Safiy,

Maaf sayang, ibu terpaksa tinggalkan Faris tadi... Faris tahu tak betapa berat kaki ibu nak melangkah keluar tinggalkan Faris dengan ayah di rumah? Melihat anak mata Faris yang bersinar-sinar, ibu rasa macam tak jadi nak keluar... Apatah lagi bila Faris menangis sebab ibu letak Faris dekat ayah.. Faris merangkak peluk kaki ibu, sambil nangis kuat2..Kesiannn anak ibu.... Ibu terpaksa juga keluar sebab ibu kena pergi kelas... Kalau tak, nanti ibu tak pandai.. Macam mana nak ajar Faris... Nak ajar kakak2 abang2 Faris di UPM? Ingat tau, ibu tinggal sebab ibu sayang, bukan ibu benci....

Ingat tak sebelum tu kita main peluk2? Ibu peluk Faris kuat2, lepas tu Faris peluk ibu balik..kuat2? Siap ada sound-effect lagi...:) Lepas tu pagi tadi Faris temankan ibu bersahur macam biasa... Faris macam tau2 je dah berapa hari ibu bersahur sendiri, Faris selalu bangun teman ibu, lepas tu Faris tidur balik lepas ibu sembahyang Subuh. Thanks, anak ibu... Ibu sunyi bila ayah pergi kerja tapi Faris selalu buat ibu ceria...

Ibu seronok melayan karenah Faris.. Faris dah pandai usik ibu sekarang ye?... Suka acah2 ibu balik kalau ibu kata tak boleh... biase nii..:) Sekarang pun Faris manja sangat dengan ibu... Kadang2 sampai ibu tak boleh nak buat kerja.. Nasib baik ada ayah.. Walaupun ayah kadang2 garang dengan Faris, tapi ayah sayang Faris... Ayah marah sebab sayang, bukan benci tau... Tu dah tanggungjawab ayah... Dia kan ayah...

Faris dah pandai tepuk tangan bila ibu nyanyi Tepuk Amai2... Faris goyang kepala dan badan bila dengar muzik.. Faris khusyuk bila dengar nasyid 25 Rasul, siap marah kalau nasyid tu terhenti... Faris merangkak keliling rumah, meniti dari satu sofa ke satu sofa... Siap tolong ibu punggah barang utk dikemas... Bila ibu melipat kain, Faris pun tolong kirai2kan... Kadang2 Faris tolong tutupkan TV, atau tukar channel waktu ibu asyik tengok cite Drop Dead Diva... Kalau nak disenaraikan, tak cukup muka surat apa yang ibu lihat Faris buat dan pelajari setiap hari... Ada je benda baru yang Faris kuasai... Alhamdulillah...

Cuma, ibu tak tau kenapa Faris belum tumbuh gigi..... Takpelah, takde gigi lagi pun masih comel lagi sekarang ni..:)


Anak ibu,buah hati...

Ingat tau... Setiap hari Selasa dan Jumaat untuk 4 bulan yang akan datang, ibu akan selalu tinggalkan Faris dari pagi sampai tengahari... Faris jangan nakal2 duduk rumah dengan ayah, ye.. ayah berkorban kurangkan waktu kerja sebab nak jaga Faris sendiri, Faris kena sayang ayah, dengar cakap ayah, ye sayang... Nanti lepas kelas, ibu balik, kita main sama2 lagi... Faris boleh sayang ibu n peluk ibu mcm Faris selalu buat bila geram kat ibu... Kita boleh main guling2 atas katil macam selalu... Then ibu boleh bacakan buku untuk Faris macam selalu...

Cuma ibu terpaksa tinggalkan Faris seketika demi masa depan kita... Ingat ye sayang, ibu pergi sebab ibu cinta, bukan sebaliknya.... Ibu n ayah sayang Faris selamanya....

Tabahlah menempuh hari2 membesarmu ya, Cinta....

Sayang selalu,
Ibu

Wednesday, August 26, 2009

Empat telekung...

Satu kali setiap hari.
Selepas satu waktu solat.
Empat telekung berteleku....
Satu nafas....
Bismillah......
Kini hanya ada satu telekung.
Masih, Bismillah.....

Wednesday, August 19, 2009

Hujung Musim Hangat

Kadangkala kita rasa kita hebat..
Kita rasa segalanya dalam tangan kita..
Hakikatnya, ketentuan Allah kunci segala...

Kadang-kadang ingin pergi jauh dari apa yang mampu kita capai..
Tapi tak tertunai...
Tak perlu risau... Ia bukan hujung dunia...

*
*
*
*

Summer break hampir tiba ke penghujungnya... Minggu depan, kelas akan bermula lagi. Tak pasti apa yang mahu diharapkan.. Tak pasti apa yang akan kuhadapi.. Tapi yang penting, aku sedang cuba sedaya upaya menyediakan diri untuk menempuh semuanya dgn tabah dan cekal.

Faris makin lasak. Kadang2 aku sendiri lelah dibuatnya. Bayangkan anak sekecil Faris, yang keletah dan sudah pandai menyakat dan merajuk. Kadang2 lelah mengejarnya membuatkan aku teringat2 pada ibu. Lelahnya beliau mengejar kami lima beradik. Apapun, kehadiran Faris memberi aku peluang menguji kesabaran, ketabahan dan kekuatan aku sebagai seorang ibu. Biarpun aku masih bertatih, seperti Faris yang masih melangkah dengan bantuan, aku bersyukur kerana aku masih dikelilingi oleh insan2 yang banyak memberikan aku sokongan dan bantuan. Seolah tak terbayang andai aku menghadapi ini semua sendirian. Pasti aku sedih...
Sepanjang cuti, aku ingatkan aku akan lebih rajin meng-update blog ini. Namun ternyata, terlalu banyak perkara yang aku pelajari setiap hari yang tak termampu dicoretkan di sini. Hari2 yang kulalui bersama Encik Anda dan Faris, yang sentiasa membuatkan aku tertawa... Senyum yang tak perlu dipaksa. Segalanya tak mampu diluahkan dengan kata2..
Kehadiran Aini Marina dan Nashriq, serta Teda yang sentiasa bersedia menghulur bantuan dan meneman di rumah, membuatkan hidupku ceria lagi. Mungkin kalian tak mengerti seronoknya mempunyai adik yang boleh diajak berbicara, bercerita dan berkongsi suka duka. Merantau jauh di bumi asing ini, kami hanya ada sesama sendiri untuk menumpang kasih. Sesekali rindu terhadap adik2 di Malaysia rasa terubat dan menyembuh...

Musim hangat ini, aku habiskan dengan mencurah seluruh kasih terhadap Faris dan seluruh cinta buat ayahnya. Kami tak perlu pergi jauh untuk bergembira dan ketawa bersama.. Seluruh Chambana menjadi saksi cinta kami. Sesekali hati merasa terlalu ingin menyeberang sempadan negeri, tapi selagi dua cinta itu masih di sisi, rumah ini terasa seperti syurga yang tiada galang ganti....

**Ketawa ini ikhlas...:)

Wednesday, June 24, 2009

Southern Beat...

(Ini hutang cerita Road Trip kami ke Tennessee...)

Akhirnya, 26 Mei tiba jua.. Tak sabar2 Encik Anda nak bertolak. Oleh kerana aku masih perlu menghadiri kelas online malam itu, maka dia compromise untuk gerak dari Orchard Downs 1 minit selepas jam 10malam. Dugaan pertama sebelum bertolak.. ada problem dgn debit card dan bank account untuk sewa kereta. Oleh kerana En Anda takde credit card dan balance dalam acc kat cni pun tak sebanyak mana, Budget tak nak approve kad dia untuk sewa kereta. Kat cni, nak sewa kereta pun kena tgk credit history n score.. Payah gak kalau takde credit card. Pelik, org mmg sengaja soh kita berhutang kalau nk sewa kereta..heh..Aku pulak takde lesen walaupun ada kredit kad dr Malaysia. Terpaksalah Teda bertekak dengan CSR Budget tu...heh... Rupe2nye, aku boleh selesaikan masalah ni dengan hanya satu panggilan telefon untuk transfer funds ke account En Anda.. Kat cni, acc aku tu kira acc primary sbb all scholarships masuk kat situ... Punyelah lama fikir cemana nak transfer duit dah malam2 tu.. Sebaik la toll free TCF Bank senang nak ingat, 1-800-TCF-BANK... Haihh... Akhirnya dapat juga sewa kereta malam tu.... Jadi, taklah kami kerugian kereta mahupun sewa kabin yang bakal bermula esok...
(Note to self: Do not underestimate what your bank could do...huhu)
Perjalanan selama 8 jam tak terasa kerana Faris sentiasa menceriakan suasana.. Walaupun dah tengah malam, bukan senang nak bagi dia tidur.. Di samping terpaksa menahan rengekannya yang memang sangat tak suka duduk dalam car seat... Jenuh la si Teda melayan.. Since kami VIP dalam trip ni, maka kami pun taklah terlibat dalam acara pemanduan berhemah yang disertai oleh Ily dan En Anda..:) Sampai di Tennessee, kami berhenti sarapan di Waffle House yang terletak lebih kurang 1/2 jam dari Pigeon Forge, persinggahan pertama kami. Masing2 dengan muka separuh sedar, termasuklah Faris.. Tapi kami agak kecewa sbb nama je makan kat Waffle House, tapi waffle kat cni takleh nak dibanggakan sbb tak sedap dan kebanyakan hidangan ada bacon.. Hurmm.. Limited choice la kata orang.. Penat dan lapar punye pasal, layan je la..
(Note to self: Waffle House tak semestinya menghidangkan waffle yang sedap...)
Check in di cabin... Pejabat cabin ni terletak di downtown Pigeon Forge, tapi cabin kami terletak lebih kurang 20 minit lagi perjalanan meredah hutan dan bukit.. Seram gak la sbb jalan licin dan dalam hutann.. Ala2 jalan kat Ulu Yam.. Tapi kami puas hati kerana cabin tu memang superb.. 2 bed, 1 1/2 bath.. Siap hot tub, pool table, Smokey Mountain view, dapur yang lengkap dan serba serbi kelengkapan yang sebuah rumah perlukan. I feel sooo like home! Oleh kerana hujan tak berhenti2 hari tu, kami cuma menghabiskan petang di cabin, main pool (tetibe aku tersedar yang aku ada bakat main pool..:P), melayan Faris, masak2 untuk makan dan merehatkan badan. Malamnya, kami yg dara ni(heheh) berendam dalam hot tub.. Layannnn..... Malam yang dingin dan keletihan yang masih bersisa membuatkan kami lena tanpa kompromi.. Kumpul daya untuk aktiviti esok..
(Note to self: Walaupun anda sudah menjadi ibu, anda masih boleh berendam dalam hot tub bersama anak dara dan merasa diri menjadi muda..heh)

Esoknya, kami memulakan aktivit meround Pigeon Forge. Bandar PF memang menarik. Banyak amusement park dan lokasi keluarga berhibur.. Basically, ia berdasarkan pekan koboi, cuma lebih mantap dengan McD..heh.. Kami berhenti di Wonder Works, kerana binaan bangunannya cukup menambat hati, terbalik. WW ialah sebuah pusat ala2 muzium seni dan planetarium, yang dibina berkonsepkan Mining activity yang menjadi mata pencarian utama penduduk PF. Menariknya, kami tak diberi tiket, cuma distamp di tangan, dan kami masih boleh kembali pada keesokan harinya kalau tak sempat habis round dalam hari yang sama.. Bagus, kan? WW ni cuba mengintegrasikan sains dan seni.. Konsep yang menarik.. :) Penat jugaklah meroundnya. Faris sampai berapa kali tertidur terbangun.. Yang penting, bila keluar, aku dapat merealisasikan hasrat naik roller coaster dgn En Anda, walaupun hanya dalam simulator. Then, kami round bandar PF dan lunch di Chinese Restaurant kepunyaan org Malaysia. Layan jugaklah sbb murah.. Makan buffet dan boleh masuk dr pagi sampai malam (obviously la kami tak tggu sampai malam, kan). Faris merasai pengalaman pertama duduk di atas high chair di restoran ini.. Gembira dia sbb dapat duduk sama 'tinggi' dgn ibu dan ayahnya... sayang anak ibu! Sempat juga kami mengambil gambar dgn costume koboi dan southern Army.. saje buat kenangan..
(Note to self: Kalau suami anda tak suka naik roller coaster, cadangkan beli simulator roller coaster letak di rumah..:))


Hari kedua, kami berhorse riding di Pendarosa Riding Stable. Pengalaman baru kerana berkuda masuk hutan dan mendaki bukit. Aku, Ily dan Teda je yang naik kuda sbb En Anda nak jaga Faris..katanya.. Agak cuak jugakla sbb bukit tinggi, kuda tinggi, dan trek licin.. Aku cuma berdoa semoga selamat sampai semula ke bawah. Turun je kuda, aku terus mencium Faris.. Baru aku tau, sedihnya bila terasa akan berjauhan dari Faris dan En Anda.. Kemudian, kami bertiga merealisasikan hasrat untuk melakukan bungee jumping. Ternyata ia pengalaman yang sukar diungkapkan. Masa terjun tu terasa mcm hilang segala masalah. Sampai lupa aku masih ada assignment yang belum siap..hehe.. En Anda tak bungee jump kerana menjaga Faris..katanya... :P.
(Note to self: Bungee Jumping bukan untuk orang yang gayat...)

Lewat petang baru kami bertolak ke Gatlinburg. bandar yang sangat cute dan cantik.. Baru je kereta memasuki bandar ini, aku sudah terpana dgn keindahannya. Tapi, yg penting kami harus mencari tempat berteduh. Oleh kerana waktu itu weekend, banyak motel dan hotel yang penuh. Nasib baik kami dapat menginap di Four Season Inn yang terletak di tengah2 Gatlinburg. Malamnya kami meround bandar kecil ini dan purchase tiket untuk masuk Aquarium dan 2 lagi tempat tarikan Ripley's. Aku dan En Anda end up dengan memasuki Ripley's Guinness World Record, Aquarium, dan Ripley's Motion Theatre (tgk movie mcm naik roller coaster dibuatnya!). malam itu, kami merehatkan diri kerana esoknya, kami akan berjalan lama..
(Note to self: Kalau keluar malam dan kedai makan semua dah tutup, makan subway suda... )

Esoknya kami memulakan hari dgn melawat aquarium. They said that it is the #1 aquarium in the US. En Anda pun kata lebih best dari aquarium di Chicago (eleh, hint tanak bg aku g la tu...). Aku yang memang suka tgk jerung ni memang asyik la tengok jerung buat renang gaya bebas di aquarium ni. Banyak juga cipataan Allah yang belum pernah aku lihat, dipamerkan di sini. Faris sangat excited melihat sekeliling. Tapi seperti biasa, dia agak anti-klimaks.. Berapa kali ntah dia bangun tertidur, bangun tidur... Mesti dia pelik sbb banyak lak ikan2 berenang atas kepala dia..:)
(Note to self: Pastikan anak anda kenal siapa ikan...) Then, kami teruskan dgn memasuki Ripley's Motion Theatre. Tgk movie, bukanlah full movie pun. Tapi dptlah membuatkan tulang belakang aku n En Anda tergeliat. Masa kami di MT ni, Faris dijaga oleh Teda dan Ily sambil makan aiskrim Baskin' Robins. So, dapatlah aku bermanja mesra dgn ayah Faris..:P
(Note to self: Pastikan baby sitter anda bagi sikit aiskrim pada anak anda kalau mereka pergi makan di kedai aiskrim.. )

Hari seterusnya di Gatlinburg, kami bersiap packing dan memakai baju untuk dibasahkan. Aku nak jugak ke Smokey Mountains dan mencelup kaki dalam sungai. Selepas mendaki Smokey Mountain ~dengan keta, dan ambil gambar di puncak tertinggi yg boleh dicapai ~dengan kereta, kami singgah di Ocnaluftee Park, pusat berkelah berkonsepkan Red Indian's town. Rupenya, tak semudah itu nak kenalkan Faris dgn sungai. Sejuk mengelatuk airnya. Aku yg adventourous ni pun tak tahan sbb makin direndam, makin bisa pulak kaki ni. Patutlah takde org buat terjun tiruk kat cni..Akhirnya kami cuma merendam kaki sekali sekala sambil melihat gelagat angsa yang berenang berkawan2 di sungai ni..
(Note to self: Pastikan bayi anda tidakk dipatuk angsa semasa berkelah di tepi sungai yang ada angsa..)


Kami meneruskan perjalanan selama 6 jam menuju ke Memphis. Hasrat hati nak merasai pengalaman Encik Elvis Presley dan zaman kegemilangan beliau. On the way, jalan agak jammed tapi sampai Memphis kami tak tau kenapa.. Walhal takde accident pun, jalan pun OK je.. Lebih kurang jam 12 malam kami tiba di motel, check in dan terus bersedia nk landing. Selepas cuci apa yg patut, kami pun mempraktikkan hikmat lelap tanpa kompromi dalam masa kurang dari 0.001s (ini exaggerating saja..:P).. Sedang kami beradu, lebih kurang jam 3 pagi, pintu motel diketuk kuat.. Macam nak roboh.. Dalam mamai2 tu, Encik Anda buka pintu separuh.. Orang di luar, perempuan, separuh menjerit, kata ada leaking dalam bathroom kami. Dia gesa encik Anda bukak pintu. Encik anda yang maish separuh sedar, buka pintu dan perempuan tu terus meluru masuk bilik air. Aku terjaga, Faris menangis, Ily dan Teda pun terjaga. Then Teda tanya perempuan tu dr mana.. dia tak jawab straight sebaliknya suruh kami check telephone, berfungsi ke tak. Aku pelik gak kenapa dia suruh check phone tu. Tapi kepala yg masih mamai tak boleh nak mengeluarkan logik antara phone leaking, check telephone, dgn perempuan yang dtg pukul 3 pagi. Urghh... Lepas Teda menggesa perempuan tu keluar, dia pun keluar sambil berkata, 'You know that you can call 0 if you have any problems, right?'. Kami iyakan je n suruh dia keluar cepat. Sempat la dia mintak maaf sebab Faris menangis masa kelam kabut tu. Lepas perempuan tu keluar, kami buat wrapping session. Siapa dia dan kenapa dia dtg? Kami call reception, sah2 dia kata jgn bukak pintu.. Shoot! Terus kami check barang kami dan rupanya sempat la jugak dia capai wallet Encik Anda masa tgh mintak maaf dgn aku tadi... Nak marah, salah sendiri... Takpelah, bukan rezeki kami.. Melayang jugak hundred dollars ++ (nasib baik kami mmg tak pegang cash banyak2.. tu pun sbb baru dapat payment buatkan website kawan dia..huhu), dan kebetulan debit card aku pun dalam tu.. hmmm... payah nak senyum, tapi kami tabahkan hati... Tokey motel tu call kan police dan tak pasal2 kami kena interrogate.. Sebaik abg polis tu baik dan mesra..so, taklah aku terbakar sangat. Siap dia tanya kami dr mana, kenapa pakai tudung etc. Then atas keramahan aku, sempat jugakla kami dapat tau bini dia keje kat Graceland dan dapat nasihat tentang keselamatan sewaktu berada di Memphis. Tapi apakan daya, nasi dah jd bubur...Sedang diinterrogate tu, tetibe pakcik security lak masuk, jumpa wallet Encik Anda tepi keta polis.. Haih, nasib la.. Duit, debit card n staff card Encik anda dah takde. Sebaik lepas je sedar wallet tu hilang, aku call terus card center, cancelkan debit cards kami. Sekali lagi, 1 800 TCF BANK berjasa kepada kami. Kami sambung tidur selepas puas disoaljawab oleh abg polis...
(Note to self: Jangan beri stranger tumpang bilik air motel walaupun dia kata dah tak tahan..suruh dia pegi general restroom kat lobby je...)


Esoknya, kami ke Graceland. Sebelum tu sempat singgah makan di Middle East restaurant. Layan makan kebab, nasi beryani.. Faris seronok sbb macam2 makanan masuk dlm perut dia.. Yang akhirnya membuatkan dia nak muntah bila disuapkan Gerber Foods. Dramatik sungguh anak ibu ni. Kami menghabiskan sepanjang hari di Graceland. Menelusuri detik kegemilangan Elvis. Best betul jadi Elvis... rumah besar, keta banyak, duit banyak.. (Tau tak elvis memang terkenal sbb suka bagi kereta dia kat ahli keluarga, kawan2, pekerja dan sesape je yg dia suke? huh...) Dari seorang yg jahil Elvis, aku dah kenal Elvis dan kisah hidupnnya lepas balik Graceland. Malam tu kami singgah di Beale Street. Takde apa yang nak dibanggakan, cuma spot ni mmg terkenal dengan irama blues nya.. Like they said, 'There are no Black or White.. There's only Blues...' catchy, huh?
(Note to self: Jangan ramah sangat sewaktu di Beale Street, anda mungkin terpaksa belanja org yg tak dikenali makan...)




Kami menghabiskan hari terakhir di Memphis dan meneruskan perjalanan pulang ke Champaign. Memphis memang agak sunyi. Aku pun tak sure orang2 Memphis ni gi mana.. Tapi, ramai populasi African American dari Caucasian.. Secara kasarnya la.. Sebab mana2 pergi, org diaaa je yg kami jumpa... 6 jam lagi di atas jalan, dan akhirnya kami sampai semula di Champaign. aku terlepas online class malam tu sbb samai2 rumah dah pukul 9. Nasib baik boleh bukak archive.. :P Dengan itu maka tamatlah road trip kami ke Tennessee...

**Aku memang tak arif memanggil kembali semua kenangan satu persatu. Maaf kerana aku recall kembali segalanya dalam bahasa yang sangat santai. Mungkin influence dari Encik Anda..
Tapi aku yakin aku belajar sesuatu dari road trip kali ini.
  • Aku mendapat pengalaman pertama membawa seorang anak sekecil faris menempuh perjalanan yang panjang.
  • Aku belajar menasihati seorang adik sekali lagi...
  • Aku belajar, hilang wang bukanlah sesuatu yang harus ditangiskan. Yang penting, kami semua selamat...
  • Dan aku belajar bahawa, semakin aku meneroka alam yang luas ini, semakin banyak benda yang perlu aku pelajari, ingin ketahui, dan dalami.. Semoga akan ada kali kedua....


(Last Note to self: Kadangkala menyembunyikan kesedihan adalah lebih mudah dari menelannya...)